Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Februari 2016

Gambar FB Hina TPM @Zahid_Hamidi - Lagi Laporan Polis dibuat di Sabah CC @pdrmsia @skmm_mcmc

Lagi laporan polis dibuat isu hina TPM


JUHARI (empat dari kanan) dan Aminah (enam dari kiri) bersama NGO menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Edmund Samunting

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus tampil membuat laporan polis berhubung tindakan seorang individu memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di laman sosial Facebook bagi tujuan menghina.

Selain wajar dikenakan tindakan tegas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat identiti pemilik akaun Facebook terbabit.

Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia yang membuat laporan polis berhubung isu berkenaan menyifatkan individu menggunakan akaun Doris Jones itu amat biadap, selain menghina rakyat Malaysia.

"Saya berharap polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang tadi.

Di KOTA KINABALU, Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Malaysia, Datuk Juhari Janan, berkata SKMM wajar mengambil tindakan tegas dengan mengenal pasti identiti individu berkenaan.

Beliau berkata, tindakan pemilik akaun Facebook yang mendakwa dirinya berasal dari Sabah itu bukan sekadar memalukan imej rakyat Negeri Di Bawah Bayu, malah mencetuskan persepsi negatif terhadap negara.

"Tindakan pemilik Facebook itu adalah penghinaan kepada pemimpin negara dan tidak wajar dilakukan.

"Perkara yang dilakukan wanita ini memalukan negara," katanya ketika tampil membuat laporan polis berhubung isu sama di IPD Kota Kinabalu, tadi.

Selain Persatuan Bangsa Sungai Malaysia, dua lagi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) dan Persatuan Kapal Belia Asia serta Wanita UMNO Kota Kinabalu, Kudat dan Tuaran turut membuat laporan polis.

Yang turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose dan Timbalan Presiden SAMORA, Jose Modsinupu.




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate