Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Februari 2016

BNBBC : Laporan Polis UMNO Bagan Datok & Pulai Gambar TPM @Zahid_Hamidi Diedit Badan Anjing - CC @pdrmsia @skmm_mcmc

Wanita hina TPM, laporan polis dibuat di 2 negeri

24 FEB: UMNO Bahagian Bagan Datoh dan Pulai hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tujuan menghina.

Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh membuat laporan polis petang tadi terhadap Doris Jones yang menghina Timbalan Perdana Menteri menerusi FB.

Seramai 21 ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Bagan Datoh diketuai oleh Naib Ketua, Abdul Aziz Mokhtar membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan jam 4.37 petang.

TELUK INTAN 24 FEBRUARY 2016 .( FOR ALL ) Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Abdul Aziz Mokhtar, (lima dari kiri) bersama barisan Exco Pemuda UMNO Bagan Datoh, menunjukkan laporan yang di buat di perkarangan Balai Polis Teluk Intan. STR/ RAVALE SAVARINATHAN . *** Local Caption ***

Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Abdul Aziz Mokhtar, bersama barisan Exco Pemuda UMNO Bagan Datoh, menunjukkan laporan yang di buat di perkarangan Balai Polis Teluk Intan.

Abdul Aziz, 40, ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, pihaknya mendesak polis segera melakukan siasatan dan menahan pihak yang terbabit dan membawanya ke mahkamah agar dikenakan hukuman setimpal.

Sementara itu di Johor Bahru, UMNO Bahagian Pulai pula membuat laporan polis jam 3.15 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Bahagian Pulai, Wan Mohd Fazli Wan Muhamad, berkata beliau menerima satu pesanan daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penghinaan itu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, beliau bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pemilik akaun FB yang menggunakan nama Doris Jones.

"Pemilik FB ini sudah melakukan provokasi melampau dan tidak bertamadun terhadap Timbalan Perdana Menteri dan kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan wanita ini yang biadap," katanya.

Manakala di IPOH, Pemuda UMNO Perak menyifatkan tindakan itu dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental, tiada maruah dan tiada sifat seorang manusia berilmu.

Ketuanya, Hairul Anwar Mohamed Noor, sehubungan turut meminta polis mengambil tindakan terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran kepada orang lain untuk menghormati sistem undang-undang di Malaysia, termasuk mereka yang berada di luar negara.




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate