Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Februari 2016

Gambar TPM @Zahid_Hamidi Dihina Seperti Anjing di FB Doris Jones Wajib Disiasat @PDRMsia @SKMM_MCMC


Satu facebook telah memuat naik gambar menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah ditemui di facebook Doris Jones di sini https://www.facebook.com/freenorthborneo?fref=ts


Komen menghina juga ditemui di ruang komen fb tersebut.


SEtakat ini 196 sudah kongsikan gambar dimuat naik oleh Doris dan sudah mendapat 1695 like.



Gambar ini dimuatnaik pada 22 Feb 2016 jam 4.04 petang.

Beberapa hari lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia yang jaga SKMM Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sudah bersuara akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan media sosial.

Kita kecewa melihat pengguna media sosial telah sewenangnya menjadikan medium tersebut sebagai jalan melepaskan kemarahan dan melakukan penghinaan terutama kepada pemimpin negara sendiri.

Pengajaran perlu dilakukan dengan hukuman yang setimpal kepada pelaku yang tidak berfikir panjang dalam soal ini demi mencari populariti murahan tanpa memikirkan kesan kepada maruah YAB TPM dan juga keluarga beliau.

Rakyat Malaysia wajib mengecam tindakan tidak bermoral Doris Jones ini yang sudah dilihat beberapa hari disiarkan di FB beliau sekaligus menolak kemungkinan ia satu godaman pihak luar terhadap beliau.

Kita menunggu tindakan keras akan diambil segera oleh pihak berkuasa terhadap Doris Jones dan semua yang menghina pemimpin kita.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate