Pengikut Blog Panglima

19 Februari 2017

4 suspek sudah tinggalkan Malaysia | Berita Harian


4 suspek sudah tinggalkan Malaysia

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bersama ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika sidang media mengenai perkembangan terkini kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Bukit Aman, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan empat suspek Korea Utara yang sedang dikesan bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam sudah meninggalkan negara ini pada hari kejadian, 13 Februari.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Katanya, kesemua suspek lelaki itu berumur di antara 33 dan 57 tahun.

Beliau berkata, polis tidak akan mendedahkan lokasi dan negara di mana empat suspek kes pembunuhan Jong-nam berada ketika ini.

"Empat suspek kes pembunuhan Jong-nam memegang pasport biasa dan bukan pasport diplomatik," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/250362?m=1


Sent from my iPhone
Catat Ulasan