Pengikut Blog Panglima

19 Februari 2017

Gambar Jamil Khir Naik Motor Ke Perhimpunan RUU355 dan Catatan Peribadi Beliau


Semalam sebuah catatan perjalanan sejarah dilakarkan. Setelah sekian lama melihat perjalanan umat Islam Malaysia khususnya dipentas politik lebih lagi diambang dan pasca pilihanraya. 
Betapa hambatan perpecahan,perbalahan, pergeseran hatta kepuakkan yg mengundang  pertembungan didalam agama. 
Penat melihat nasib ummah sedangkan musuh semakin mengambil kesempatan. Bangsa Melayu kita dihina, warisan jenerasi muda kita dirosak kan dgn pendekatan penuh terancang. Melayu terus berpecah.
Islam diserang dari pelbagai sudut. Seluruh agensi agama dan umat Islam dilecehkan. 
Raja raja juga turut diseret kemedan dan di hinakan. Ummah dalam keluh kesah sedang umat Islam adalah kelompok majoriti dinegara Malaysia. Lalu bagaimana Ummah untuk hari seterusnya.
Semalam sejarah baru bermula. Umat Islam lelaki dan wanita, tua dan muda. Lebih membanggakan anak anak muda pemimpin masa hadapan negara. Berkumpul dan berhimpun penuh ukhuwah. Melupakan perbezaan parti, perbezaan fikrah dan perbezaan kumpulan.
Semalam ada yg datang dari jauh dan dekat. Belanja sendiri. Berpenat lelah bahkan basah dek hujan yg turut bersama mencurah buat ujian bagi semua.
Semalam,saya setelah 2 hari berkampong di hujung kampong Janda Baik bergegas turun bersama dalam satu himpunan yg dimanakan 355. Lautan manusia serba ungu, berdiri bahu membahu, duduk bersimpuh bersentuh tubuh. Betapa hati ini tersentuh semuanya datang kerana satu misi melihat mahkamah syariah diperkasakan. Hukum Allah dimertabatkan. 
Semalam saya dijemput menyampai sedikit tazkirah. Tiada yg paling saya syukuri Umat Islam Malaysia merentas batasan politik telah bersatu atas nikmat Islam melalui RUU 355.
Semalam Umat Islam Malaysia melakar sejarah ukhuwah.
Semalam saya kembali ke Janda Baik. Bangun bersujud membesarkan IIahi atas nikmat persaudaraan ini.

Jamil Khir Baharom
Catat Ulasan