Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Julai 2017

Blog Laksamana Bukit Bintang dedah nama sebenar MAHATHIR S/O ISKANDAR KUTTY


Kecoh bila nama sebenar Mahathir didedahkan oleh Naib Presiden UMNO DS Dr Ahmad Zahid hari ini di Kelana Jaya. Ketika perasmian mesyuarat perwakilan bahagian tersebut petang Ahad semalam.


Ramai melompat tidak setuju kerana dirasakan perkauman namun lebih ramai yang telah lama meluat merasa seolah -olah 'buku bertemu ruas' apabila didedahkan nama sebenar beliau. Yang jarang didedahkan seperti mana dilakukan oleh Zahid.

Siri penentangan Mahathir sejak zaman Tunku Abdul Rahman diikuti Zaman Pak Lah dan sekarang zaman Najib sudah diketahui umum. Ertinya beliau seorang yang suka melawan arus sehinggalah arus tersebut mengikut arus dia.

Mendedahkan nama sebenar bukan bermaksud mahu menghina sesiapa atau bangsa apa namun untuk menyedarkan penyokongnya bahawa orang sebegini tidak mudah dipercayai.

Kerana selepas 22 tahun menjadi PM dan telah pun bersara ramai pula masih terpedaya dengan permainan politik beliau dan diperdaya kemudiannya selepas itu isu demi isu yang tidak masuk akal dan terus diperdaya dan terpedaya lagi.

Masalah perpecahan Melayu makin melebar dan antara punca tidak lain dari orang bernama Mahathir yang disahkan bukan asli Melayu.

Sikap sebenar Melayu jauh berbeza dengan Mahathir kerana Melayu itu sungguh sopan santun dan hormat pemimpin serta taat setia kepada pemimpin.

Namun sikap kurang ajar ini bukan Melayu asli dan rupanya dari golongan Mamak Kutty. 

Sekali lagi bukan bermaksud semua Mamak Kutty tidak bagus tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Jangan kerana Mahathir semua keturunan Mamak Kutty terpalit sama bahananya.

Jika Melayu pun mengikut perangai Mahathir maka mereka juga layak digelar keturunan seperti Mamak Kutty juga kerana sikap yang tidak melambangkan identiti Melayu sejati.



Sent from my iPhone

24 Julai 2017

TPM @Zahid_Hamidi - Laporan Al-Jazeera tidak tepat, sengaja timbulkan persepsi negatif | BNBBC

Laporan Al-Jazeera tidak tepat, sengaja timbulkan persepsi negatif | BNBBC - Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

Laporan Al-Jazeera Tidak Tepat, Sengaja Timbulkan Persepsi Negatif

24 JULAI: Laporan media antarabangsa Al-Jazeera berhubung kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia adalah bukan gambaran sebenar yang berlaku kini kerana rakaman tersebut dibuat pada enam bulan lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hasil siasatan yang dilakukan terhadap dokumentari tersebut adalah dibuat secara bersiri bagi memperlihat perkara negatif di negara, sama seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Oleh sebab itu, kata Zahid lagi bukanlah satu perkara yang pelik jika media antarabangsa itu mempunyai masalah dengan negara-negara tersebut termasuk Malaysia.

"Apa yang dilaporkan Al-Jazeera bukan sekadar 3 hari lalu, tetapi ia adalah bersiri dan meletakkan Malaysia menerima pendatang tanpa izin, sebenarnya dalam siasatan yang dibuat, dokumen Al-Jazeera buat rakaman 6 bulan lalu.

"Sekarang apabila kita buat permohonan secara online, perkara ini tak timbul lagi, banyak perkara negatif pasal Malaysia dibuat, bukan perkara ini sahaja, sebab itu dia ada masalah dengan negara-negara lain," katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat, Isnin.

Terdahulu Wan Azizah meminta Zahid menjelaskan laporan Al-Jazeera itu yang memaparkan terdapat berjuta warga Bangladesh yang masuk ke Malaysia yang terpaksa melalui satu sistem seperti perdagangan manusia.

Mengulas lanjut, Zahid berkata angka 1.5 juta warga Bangladesh yang berada di Malaysia adalah tidak benar.

Ini kerana tegasnya lagi, angka tersebut adalah jumlah warga Bangladesh yang ingin ke luar negara melalui rekod daripada pihak kerajaan mereka.

"Angka ini bukan jumlah yang mutlak, sebab 1.5 juta itu dikatakan merujuk kepada warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan mereka untuk ke luar negara.

"Jumlah kemasukan mereka bergantung kepada keperluan sebenar yang dibuat, tak ada syarikat yang dilantik untuk membawa masuk warga Bangladesh ke Malaysia, bagi mereka yang masuk secara terus dan tidak melalui agen, pematauan dan semakan akan dibuat melalui pintu masuk biometrik, iaitu sistem pengkalan data.

"Harap penjelasan ini dapat mencerahkan persepsi negatif," ujarnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan sejak 1 Julai lalu, sebanyak 1066 premis telah diserbu dan hasil daripada itu seramai 4576 pendatang tanpa izin telah ditahan dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk dibuat pertuduhan.


Sent from my iPhone

11 Julai 2017

Kes Thaqif: Keluarga puas hati penjelasan doktor pakar | Semasa | Berita Harian

Kes Thaqif: Keluarga puas hati penjelasan doktor pakar

IBU saudara kepada Mohamad Thaqif, Dzuraidah Ahmad bersama suami, Masariff Masduki ditemuramah wartawan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KOTA TINGGI: Wakil keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi berpuas hati dengan penjelasan doktor pakar mengenai punca kematian bekas pelajar tahfiz itu yang berpunca jangkitan kencing tikus berbeza, yang pertama kali ditemui di negara ini.

Ibu saudara kepada Mohamad Thaqif, Dzuraidah Ahmad, 38, yang mewakili keluarga pada pertemuan bersama pakar bedah hari ini, berkata berdasarkan penerangan doktor, penyakit kencing tikus yang dihidapi Allahyarham Thaqif tidak pernah dilaporkan di negara ini.

Katanya, doktor memberitahu kebiasaannya kencing tikus akan dapat dikenal pasti dalam tempoh seminggu, namun berbeza bagi kes Allahyarham Thaqif yang mengambil masa lama dan menyerang kakinya terlebih dulu.

"Menurut doktor, kebiasaan kencing tikus akan dapat dikenal pasti dalam tempoh seminggu, namun berbeza bagi kes Allahyarham, ia menyerang bahagian kaki dan akhirnya virus itu ditemui di buah pinggang selepas pembedahan bedah siasat kali kedua dijalankan.

"Mungkin ini ada hikmahnya, penemuan terbaru itu akan dapat membantu pasukan perubatan memahami penyakit kencing tikus seumpama itu pada masa depan," katanya.

Beliau yang hadir bersama suami, Masariff Masduki, ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, hari ini.

Dzuraidah berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan penjelasan terperinci daripada pakar bedah Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas pertemuan hampir sejam bersama pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

"Ibu Mohamad Thaqif, Felda Wani Ahmad, turut bersama mendengar penerangan dan penjelasan terperinci Pakar Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) menerusi panggilan telefon (pembesar suara).

"Bagaimanapun saya dan keluarga akan berbincang dan meneliti semula laporan perubatan dan bedah siasat berhubung punca kematian Thaqif sebelum menentukan sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

"Saya akan berjumpa dengan ibu bapa Thaqif selepas ini untuk berbincang dan sebarang tindakan selanjutnya hanya akan diputuskan oleh ibu bapa Allahyarham dan peguam yang dilantik keluarga sebelum ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/301183?m=1


Sent from my iPhone

Kerajaan Fokus Mantapkan PBT - Ahmad @Zahid_Hamidi


Tarikh kemaskini: 10/07/2017



PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kerajaan fokus memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pentadbir bandar, khususnya dalam aspek kepentingan penjagaan kebersihan, keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan serta memulihara dan menjamin kelestarian alam sekitar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi merealisasikan usaha tersebut, sebanyak 13 kertas mesyuarat dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MKNT) Ke-71 yang dipengerusikannya di sini hari ini.

Katanya PBT disarankan supaya memperkukuh penguatkuasaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan awam seperti pemasangan sistem perangkap minyak terutamanya di premis komersial, masalah tandas awam yang kotor, penggunaan bahan pencuci yang bersesuaian dan berkesan dan pembasmian infestasi tikus yang menjadi masalah kesihatan awam.

"Ini juga termasuk masalah keselamatan dan kesihatan semasa mengendalikan bahan kimia berbahaya di kawasan PBT," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat itu.

Mesyuarat juga menyentuh mengenai mewujudkan garis panduan Tadika dan Taska dengan persekitaran yang selamat, bebas halangan untuk kanak-kanak, penjaga, pengguna lain dalam bangunan bertingkat dan memastikan persekitaran pembelajaran yang berkualiti tinggi, selesa serta selamat untuk perkembangan rohani dan jasmani kanak-kanak, katanya.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan inisiatif ke arah memulihara alam sekitar seperti mengawal pembangunan chalet atas air agar kawasan tarikan semula jadi sentiasa terpelihara dan mewajibkan pemasangan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang boleh mengurangkan permintaan bekalan air awam.

Dalam pada itu, mesyuarat yang dihadiri menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri serta ketua agensi dan jabatan berkaitan turut menggalakkan proses pewartaan terhadap cadangan pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) (Pindaan 2012) oleh kerajaan negeri agar pelaksanaan menyeluruh dapat dikuatkuasakan secara seragam oleh PBT.

Antara cadangan pindaan itu ialah mengenai kecekapan tenaga yang memandatorikan Piawaian Malaysia MS1525-Kod Amalan Bagi Kegunaan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Dalam Sektor Bangunan Bukan Kediaman, serta keperluan melaksanakan kehendak menentang dan mencegah kebakaran secara aktif dan pasif disesuaikan dengan praktis kesenibinaan dan kejuruteraan masa kini, katanya.

Timbalan perdana menteri berkata mesyuarat juga telah membincangkan kertas mengenai penggunaan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) sebagai satu daripada kaedah untuk memantapkan industri pembinaan negara.

Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Sept 2015 bersetuju mewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedah IBS bagi projek bernilai RM50 juta dan ke atas bagi projek sektor swasta.

"Susulan itu, mekanisme terbaik bagi merealisasikan keputusan Jemaah Menteri tersebut adalah dengan mewajibkan syarat penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada syarat dalam permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan dan juga Pelan Bangunan," katanya.

Ahmad Zahid berkata kejayaan mekanisme tersebut adalah amat bergantung kepada pihak kerajaan negeri untuk menerima pakai syarat berkenaan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat PBT.

Mesyuarat itu juga membincangkan mengenai persediaan Malaysia untuk menganjurkan Persidangan Forum Bandar Sedunia Ke-9 yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 13 Febi 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), katanya.

Katanya persidangan dwitahunan berkenaan diadakan oleh Program Penempatan Manusia, Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) bertujuan untuk mengkaji isu-isu mendesak yang dihadapi dunia sejagat berkaitan perbandaran dan penempatan manusia.

Persidangan antarabangsa tersebut dijangka dapat mengumpulkan 25,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk pakar-pakar dari seluruh dunia, katanya.

"Seharusnya platform ini digunakan dengan sebaiknya oleh Malaysia untuk berkongsi serta menunjukkan inisiatif perbandaran yang telah dilaksanakan kepada dunia sekali gus menunjukkan komitmen negara dalam menjayakan New Urban Agenda (Agenda Perbandaran Baharu)," katanya.

-- BERNAMA


Tahniah @CMLimGuanENg - Tayangan Filem GAY PERCUMA di Pulau Pinang





PULAU PINANG: Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac bakal mengadakan tayangan percuma sebuah filem gay dari Vietnam.

Bertempat di Penangpac, acara dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017.

Filem gay yang berjudul ‘Lost in Paradise’ ini memuatkan sebuah jalan cerita mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada tahun 2011.

Sebuah portal berita online bagi komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan bahawa filem ini banyak memuatkan babak-babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.

Sebelum ini juga terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan kedudukan golongan LGBT di Pulau Pinang seperti penganjuran program Pink Dot Penang 2014 dan kemunculan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang pada bulan Mei tahun lepas di mana ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu bertindak sebagai pengerusi sementaranya – menara.my


Cari Blog Ini

Translate