Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2018

Apa Maksud Kenyataan Azmin : Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum ???

Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum - Azmin Ali - Negara - Kosmo Online

Lu pikirlah sendiri...

Adakah Melayu Haprak ini akan hormat kedudukan Melayu dalam Perlembagaan yang menetapkan hak mereka dipelihara.

Mereka sebenarnya mahu merubah perlembagaan atas nama kesaksamaan dan keadilan walau membelakangkan Perlembagaan Malaysia.

Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum - Azmin Ali

azmin

Azmin Ali

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) percaya dasar ekonomi negara tidak harus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarkan keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warga Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Ini yang diamalkan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi di Selangor. Justeru, dengan pengalaman  saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku Menteri Besar sebelum ini), kita boleh kembangkan  amalan ini ke peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasar-dasar ekonomi kita boleh memberi manfaat kepada  seluruh rakyat Malaysia.

"Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata, DEB tidak akan digantikan sepenuhnya namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenalkan seiring dengan hala tuju baharu kerajaan PH.

Katanya, perkara itu akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi dan beliau berharap sebahagian daripada dasar baharu jika perlu akan diperkenalkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 pada November ini. - Bernama    



Dihantar daripada iPhone saya

28 Julai 2018

Kelajuan Pergerakan Cahaya Sains Moden Mengikut Kiraan Al-Quran Beribu Tahun Yang Lalu | Detik Islam

Kelajuan Pergerakan Cahaya Mengikut Kiraan Al-Quran | Detik Islam

Kelajuan Pergerakan Cahaya Mengikut Kiraan Al-Quran


Kelajuan Cahaya, kecepatan gelombang elektro magnetic yang tercepat di alam ini, iaitu: 299792.5 km/saat, yang baru diketahui abad 20, namun telah termaktub dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu.


Mungkin saudara-saudarai pernah tahu jika konstant C, atau kecepatan cahaya yaitu kecepatan paling pantas di alam maya ini diukur, dihitung atau ditentukan oleh berbagai institusi berikut:

US National Bureau of Standards, C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat


The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat


Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard: "Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 saat".


Sekarang, mari kita tengok apa yangg Al-Quran tulis tentang kecepatan cahaya.


Qs. 10 Yunus: 5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (jalan-jalan) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq. Dia menjelaskan tanda-tanda kepada orang-orang yang mengetahui.


Qs. 21 Anbiyaa: 33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.


Qs. 32 Sajdah: 5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu


Sekarang, mari kita perhatikan dengan seksama.

Jarak yang dicapai "Sang urusan" selama 1 hari = jarak yang ditempuh bulan selama 1000 tahun atau 12000 bulan.

C . t = 12000 . L

dimana : C = kecepatan Sang urusan

t = waktu selama satu hari

L = panjang rute edar bulan selama satu bulan


Sekarang, sistem kalender telah diuji mendapatkan nilai C yang sama dengan nilai C yang sudah diketahui setelah pengukuran.


Ada dua jenis sistem kalender bulan:

1. Sistem sinodik, didasarkan atas penampakan semu gerak bulan dan matahari dari bumi.

1 hari = 24 jam

1 bulan = 29.53059 hari


2. Sistem sidereal, didasarkan atas pergerakan relatif bulan dan matahari terhadap bintang dan alam semesta.

1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat

1 bulan = 27.321661 hari

Bulan kembali ke posisi semula tepat pada garis lurus antara matahari dan bumi. Periode ini disebut "satu bulan sinodik"


Selanjutnya perhatikan rute bulan selama satu bulan sidereal, Rutenya bukan berupa lingkaran seperti yang mungkin anda bayangkan melainkan berbentuk kurva yang panjangnya L = v . T.


Dimana:

v = kecepatan bulan

T = periode revolusi bulan

= 27.321661 hari

a = 27.321661 days/365.25636 days x 360° = 26.92848°


Ada dua tipe kecepatan bulan :

1. Kecepatan relatif terhadap bumi yang bisa dihitung dengan

rumus berikut: ve = 2 . p . R / T


dimana R = jari-jari revolusi bulan = 384264 km

T = periode revolusi bulan = 655.71986 jam

Jadi ve = 2 * 3.14162 * 384264 km / 655.71986 jam

= 3682.07 km/jam


2. Kecepatan relatif terhadap bintang atau alam semesta. Yang ini yang akan diperlukan. Einstein mengusulkan bahwa kecepatan jenis kedua ini dihitung dengan mengalikan yang pertama dengan cosinus a, sehingga: v = Ve * Cos a


Dimana a adalah sudut yang dibentuk oleh revolusi bumi selama satu bulan sidereal

a = 26.92848°


Bandingkan C (kecepatan sang urusan) hasil perhitungan dengan nilai C (kecepatan cahaya) yang sudah diketahui !


Jika:

L = v . T

v = Ve * Cos a

Ve = 3682.07 km/jam

a = 26.92848°

T = 655.71986 jam

t = 86164.0906 saat


Maka:

C . t = 12000 . L

C . t = 12000 . v . T

C . t = 12000 . (Ve * Cos a) . T

C = 12000 . ve . Cos a . T / t

C = 12000 * 3682.07 km/jam * 0.89157 * 655.71986 jam / 86164.0906 saat

C = 299792.5 km/det


Sekarang,,, mari kita bandingkan antara perhitungan yg ditulis Qur'an dengan perhitungan abad 20.


Qur'an ————————————-> C = 299792.5 km/saat

US National Bureau of Standards, ———-> C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat


Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standar: "Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 detik".


Kesimpulan dari Profesor Elnaby:


"Perhitungan ini membuktikan ketepatan dan konsistensi nilai konstanta C hasil pengukuran selama ini dan juga mnunjukkan kebenaran AlQuranul karim sebagai wahyu yang patut dipelajari dengan analisis yang tajam karena penulisnya adalah ALLAH, Sang Pencipta Alam Semesta Raya."


Elnaby, M.H, 1990, A New Astronomical Quranic Method for The Determination of The Greatest Speed C


Fix, John D, 1995, Astronomy, Journey of the Cosmic Frontier, 1st edition, Mosby-Year Book, Inc., St Louis, Missouri


Qur'anul Kariim, 611 M, ALLAH Azza Wa Jalla, Pencipta Alam Semesta Raya


Qur'an Surat 32 Sajdah:

1. Alif laam miim

2. Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari Tuhan semesta alam.

3. Tetapi mengapa mereka mengatakan: "Dia Muhammad mengada-adakannya." Sebenarnya Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.

4. Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di 'Arsy. tidak ada bagi kamu selain dari padanya seorang penolongpun dan tidak seorang pemberi syafa'at. Maka Apakah kamu tidak memperhatikan?

5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu


Jadi,,, 1 bukti lagi… Islam — TERBUKTI BENAR…

Adakah dalam kitab agama lain yg boleh menjelaskan soalan kecepatan cahaya ini???


Qs.4 Nisaa':82. MAKA APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN AL-QUR'AN? KALAU SEKIRANYA AL-QURAN ITU BUKAN DARI SISI ALLAH, TENTULAH MEREKA MENDAPAT PERTENTANGAN YANG BANYAK DIDALAMNYA.


Sumber dari amekaw.com



Dihantar daripada iPhone saya

PAS Seru Umat Islam Hadiri Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman Hari Ini



Ribuan dijangka sertai Himpunan Kebangkitan Ummah esok

Syed Hassan Syed Ali
Syed Hassan Syed Ali

KUALA LUMPUR 27 Julai - Lebih 7,000 peserta dijangka menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah esok yang akan diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, jumlah tersebut termasuk ahli daripada 700 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu yang menyokong Melayu.

"Selepas perhimpunan ini, kita mahukan tindakan sewajarnya daripada kerajaan yang dilihat mengusik isu-isu berkenaan Melayu.

"Kerajaan juga mula mengubah landskap negara dengan menyamakan orang Melayu dengan kaum lain. Pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan juga dilihat mahu popular dengan pujian kaum lain," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Himpunan Kebangkitan Ummah merupakan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang bertemakan 'Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14): Islam Melayu terancam' akan bermula pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Perhimpunan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati orang Melayu dengan beberapa tindakan awal kerajaan Pakatan Harapan sejak mengambil tampuk pemerintahan negara.

Sehubungan itu, Syed Hassan berharap, orang Melayu akan hadir menyokong perhimpunan ini dengan apa cara sekalipun.

Tambahnya, sepanjang perhimpunan peserta dinasihatkan menjaga tatatertib dan disiplin.

"Jangan rosakkan nama penganjur dan berhimpunlah dengan cara berhemah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Video Umat Islam Pulau Pinang Berhimpun Desak Ramasamy Turun

24 Julai 2018

Kenyataan Media Presiden UMNO merangkap Ketua Pembangkang Isu Batal SOSMA

KENYATAAN MEDIA

1. Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau SOSMA, dipandang berat oleh UMNO.

2. Penggubalannya yang semata-mata bertujuan menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, tidak langsung menyentuh soal politik individu.

3. Antara elemen pentingnya ialah kesalahan yang menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan perbuatan yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

4. Berbanding dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 (yang membabitkan penahanan tanpa bicara), pesalah SOSMA tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Malah, ada peruntukan bahawa perbicaraan perlu diadakan di Mahkamah Tinggi. ISA tiada perbicaraan selama 2 tahun manakala penahanan di bawah SOSMA hanya 28 hari sahaja kemudian perlu dibicarakan.

5. UMNO ingin mempersoalkan logik langkah pembatalan ini dalam menjamin ketenteraman awam, sedangkan sudah wujud tindakan pihak tertentu untuk mencabar institusi Raja-Raja Melayu dan melaga-lagakan kaum sejak Pakatan Harapan memerintah.

6. Pembatalan SOSMA akan membuka lebih banyak ruang kepada sesetengah pihak untuk meningkatkan provokasi kaum dan agama melalui pelbagai saluran media sosial dan internet.

7. Dengan cadangan untuk menarik balik undang-undang 'draconian' yang beliau sendiri pertahankan di antara tahun 1981 dan 2003, dikhuatiri negara akan lebih terancam dengan meledaknya era 'free for all' internet dan media massa, serta perbuatan yang menjurus ke arah menggugat ketenteraman awam.

8. Ditambah pula dengan hasrat melupuskan Akta Hasutan 1948 dan Akta Anti-Berita Palsu 2018, kerajaan nampaknya mahu menggalakkan provokasi dan sentimen agama, kaum dan politik di dalam negara.

9. UMNO khuatir ada pihak yang menunggu peluang ini bagi menyebarkan hasutan serta dakyah di kalangan rakyat. Kesannya amat menakutkan, dan rakyat tidak lagi akan berasa selamat dalam suasana sedemikian.

10. Harus diingat, zaman Perdana Menteri ke-4 ialah era analog, era di bawah Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula ialah zaman digital dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tugas di zaman siber.

11. Negara kini berdepan ancaman keselamatan yang dikawal jauh atau "remote control" secara terancang. Dalam ketika berlaku banyak perubahan lanskap politik dalam negara dan antarabangsa, perundangan seperti SOSMA dan Akta Hasutan sangat kena pada masanya, tetapi pada masa sama aspek keadilan turut melindungi hak hak individu yang disyaki terlibat.

12. Dr Mahathir tidak pernah menghadapi kecaman dan kritikan alam siber pada zamannya. Adakah beliau sudah bersedia kali ini untuk menghadapi segala fitnah dan pembohongan siber yang dilakukan PH ketika sebelum PRU14?

13. Ancaman kali ini lebih besar. Dengan terdedahnya Malaysia dan rakyatnya kepada anasir asing, terutama golongan muda, mereka lebih teruja untuk mencuba pendekatan yang digunakan di Barat dan banyak negara lain, di sini untuk mengkucar-kacirkan keadaan.

14. UMNO percaya kerajaan juga akan membatalkan POTA, iaitu Prevention of Terrorism Act 2015, yang memagari negara daripada sebarang kegiatan berunsurkan keganasan ala DAESH dan militan lain.

15. Apakah Dr Mahathir berbuat demikian semata-matauntuk memelihara kepentingan politiknya, atau demi mengambil hati pengundi PH?

16. Jika inilah hasratnya, maka UMNO menasihatkan rakyat supaya bersedia dari sekarang untuk melihat wujudnya ketidakstabilan di dalam negara dengan berkembangnya semula kegiatan subversif seperti yang pernah dialami selepas merdeka, di mana ISA terpaksa digubal.

17. Kerajaan terdahulu tidak pernah memikirkan keuntungan politik dalam menggubal setiap undang-undang yang difikirkan perlu untuk menjaga kepentingan setiap warganegara, malah sedia menggunakan pendekatan tidak populis ini demi ketenteraman awam.

18. Jika kerajaan memikirkan pemansuhan akta berkenaan akan lebih menstabil dan menenteramkan menstabilkan negara, maka
dihapuskan akta yang bukan saja masih digunapakai oleh negara jiran, malah kebanyakan kuasa besar dan negara yang menjadi kiblat PH.

19. Apa yang pasti, UMNO dan BN tidak mahu dipersalahkan jika pemansuhannya akan menjadikan Malaysia sebagai 'negara koboi'.

20. Atau mungkin Dr Mahathir merasakan SOSMA dan pelbagai akta anti-keganasan yang digubal pada zaman kerajaan terdahulu "tidak cukup kuat" dan beliau berasakan perlu ada akta yang lebih "keras" bagi mengekang teguran-teguran yang dilemparkan kepadanya, walapun di lidahnya menyebut, beliau terbuka menerima teguran.

21. Apakah ini bermakna ISA akan dikembalikan? Sama sama kita perhatikan.

Ahmad Zahid Hamidi
Kuala Lumpur
23 Julai 2018


Dihantar daripada iPhone saya

Panasss : Zahid Balun Mahathir Lagi Isu Hutang Negara Tahun 1986 di Parlimen

https://youtu.be/_56tZxKpszU

Sila layari Channel Panglima untuk mengikuti video terkini DS Dr Ahmad Zahid Hamidi Ketua Pembangkang BN dan video lain yang begitu menarik.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kami.


Dihantar daripada iPhone saya

23 Julai 2018

Hutang 1980-an dan 90-an : Perdana Menteri @chedetofficial Salah Fakta Asas

Hutang 1980-an dan 90-an : Perdana Menteri Salah Fakta Asas

Hutang 1980-an dan 90-an : Perdana Menteri Salah Fakta Asas

Saya mengikuti sesi Dewan Rakyat sebelah pagi tadi dan berasa tertarik dengan jawapan Perdana Menteri bagi soalan jawab lisan berkenaan pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan dari Jepun.

2) Dalam jawapan yang diberikan, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa hutang kerajaan pada tahun 1980an dan 1990an adalah kurang dari RM300 bilion atau bersamaan sekitar 27% KDNK negara pada masa itu.

3) Saya telah membuat semakan dari data yang diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan. Hasil semakan yang telah dibuat mendapati jawapan dari Perdana Menteri adalah jauh tersasar dari kebenaran sebenar.

4) Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh yang disebutkan Perdana Menteri tidak pernah melebihi RM300 bilion, namun apabila dibandingkan dengan KDNK, Perdana Menteri ternyata telah memberi jawapan yang tidak benar dan mengelirukan Dewan.

5) Sebagai rekod, sepanjang tempoh kali pertama pentadbiran Perdana Menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981 sehingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan adalah pada tahun 1997 iaitu sebanyak 31.9%.

6) Manakala rekod tertinggi yang dicatatkan adalah pada tahun 1986 iaitu sebanyak 103.4% berbanding KDNK. Rekod 103.4% ini juga adalah yang paling tinggi dalam sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia.

7) Berkenaan hutang luar persisir pula, tahun 1986 juga telah menjadi rekod tertinggi dalam sejarah apabila peratusan hutang luar persisir berbanding KDNK yang direkodkan sebanyak 39.5%.

8) Dewan Rakyat sepatutnya dijadikan tempat untuk kerajaan menyatakan kebenaran. Namun apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri pada pagi tadi adalah sangat mengecewakan. Jumlah 27% yang disebut bukan sahaja tidak tepat malah boleh disifatkan salah secara mutlak dan terang.

9) Perdana Menteri dengan jelas telah mengelirukan Dewan. Suka saya memetik Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifat menghina Majlis Mesyuarat.

10) Rakyat telah membuat keputusan untuk memberi mandat kepada kerajaan baharu. Sementara Barisan Nasional sedang dalam proses menjadi pembangkang yang berkaliber, saya juga mengharapkan kerajaan hari ini juga dapat mengangkat slogan ketelusan yang selama ini dilaungkan.

Kenyataan Penuh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Shahril Sufian Hamdan

23 Julai 2018


2 hours ago



Dihantar daripada iPhone saya

Nepali worker issue: Ahmad @Zahid_Hamidi says ready to be investigated by MACC - Nation | The Star Online

Nepali worker issue: Ahmad Zahid says ready to be investigated by MACC - Nation | The Star Online

Nepali worker issue: Ahmad Zahid says ready to be investigated by MACC

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Bernama filepic
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Bernama filepic

KUALA LUMPUR: Former deputy prime minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says he is ready to face the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigation over allegations his family members had profited from the trafficking of Nepali migrant workers.

"I am ready to be investigated and show evidence that I was not involved or had abused my power or that any of my family members were involved," he told reporters at Parliament lobby on Monday (July 23).

Dr Ahmad Zahid was responding to claims in a report by Nepali Times that high ranking politicians in Nepal and former Malaysian officials and their family members were involved in looting more than RM185mil over the past five years from vulnerable Nepali migrant workers desperate to seek work in Malaysia.

The reported stated that Dr Ahmad Zahid, who was also the Home Minister then, had outsourced a private company, Ultra Kirana Sdn Bhd, which required Nepali migrant workers to apply for work visas through a Kathmandu-based affiliate, Malaysia VLN Nepal.

The agency charged RM118 (Rs3,200) from every Malaysia-bound Nepali worker, and collected RM72mil (Rs1.95bil) from more than 600,000 workers between September 2013 and April 2018.

This included making it mandatory for all Nepali migrants to undergo a biometric health screening test via Bestinet Sdn Bhd, a company run by Dr Ahmad Zahid's brother-in-law Amin Abdul Nor.

The report also claimed that Dr Ahmad Zahid's brother Abdul Hakim Hamidi and former Natural Resources and Environment Minister Tan Sri Azmi Khalid also reportedly owned shares in Bestinet.

Asked on his family links to Bestinet, Dr Ahmad Zahid said that none of his sisters or family members were involved.

"I am not involved and it's not mine.

"It belongs to a Bangladeshi," he claimed.

He denied having a brother-in-law named Amin or having any shares in Bestinet, and said the company had been in business before he assumed the post of Home Minister.

He added that he was not afraid of being investigated by the MACC.



Dihantar daripada iPhone saya

20 Julai 2018

[VIDEO] ADUN Balakong maut kemalangan - Nahas & Bencana - Utusan Online

[VIDEO] ADUN Balakong maut kemalangan - Nahas & Bencana - Utusan Online

[VIDEO] ADUN Balakong maut kemalangan

NG TIEN CHEE 2
NG TIEN CHEE

KUALA LUMPUR 20 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, 40, maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 11.7, Lebuh Raya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.


Video Media Sosial

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Tien Chee yang memandu bersendirian kenderaan Nissan X-trail maut di tempat kejadian.

Difahamkan, lori yang terlibat dalam kemalangan itu milik syarikat Grand Saga.

Turut terlibat dalam kejadian ialah kereta Perodua Myvi yang melanggar belakang kereta mangsa kerana tidak sempat mengelak.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan kejadian. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE



Dihantar daripada iPhone saya

19 Julai 2018

Kalau tak boleh buat jangan berjanji, sifat munafik - Zahid Hamidi

Kalau tak boleh buat jangan berjanji, sifat munafik

Kalau tak boleh buat jangan berjanji, sifat munafik

19 JULAI: Salah satu ciri-ciri orang yang munafik adalah golongan yang tidak menepati janji, ujar ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu katanya, apabila rakyat sudah memberikan harapan terhadap janji-janji yang ditaburkan dan ianya tidak dapat dilaksanakan, ia adalah satu penipuan kepada rakyat.

Dr Ahmad Zahid Hamidi

"Akujanji dalam manifesto tetap akujanji. Bukan apabila tidak boleh melakukan dalam tempoh 100 hari kononnya manifesto ataupun janji ini bukan kitab suci. Tak boleh buat, tak boleh buatlah..jangan nak memesongkan dan cari alasan.

"Apakah ciri-ciri orang munafik? Apabila berjanji tidak ditepati..bila bercakap, bohong. Kalau tahu tidak boleh laksanakan, jangan berjanji. Ini menipu rakyat, rakyat percaya dan meletakkan harapan akhirnya tidak dapat melakukannya," kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pencelahan daripada ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ketika membahaskan usul Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Khamis.

Ka Siong di dalam pencelahannya memohon penjelasan daripada Zahid mengenai implikasi Pakatan Harapan (PH) tidak melaksanakan janji-janji manifesto setelah rakyat mempercayai janji-janji tersebut dan memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Susulan daripada jawapan Zahid itu ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer telah membangkitkan peraturan mesyuarat 36(4) meminta Zahid yang juga ketua pembangkang supaya menarik semula perkataan munafik yang digunakan.

Namun begitu timbalan speaker, Nga Kor Ming setelah mendengar penjelasan daripada Zahid berpendapat ianya tidak prejudis justeru tiada keperluan untuk ditarik balik.

"Saya dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk, dia buat kenyataan secara prinsip. Dia tidak menuju kepada Perdana Menteri. Maka jika dia buat kenyataan umum macam itu, maka dia tidak prejudis," katanya.

Sementara itu Zahid di dalam ucapannya turut berharap agar kerajaan PH dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan terdahulu yang bermanfaat kepada rakyat.

"Kita harap (kerajaan) jangan bakul sampahkan dasar-dasar yang baik yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu," katanya. – Oleh AIDIL SYUKRI

Zahid: Manifesto pembangkang 'rubbish'

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan manifesto pembangkang sebagai sampah dan tidak berpijak di bumi nyata kerana hanya 15 peratus sahaja janji-janji manifesto dalam pilihan raya 2008 mampu dilaksanakan. Menteri Dalam Negeri itu turut menasihatkan pembangkang tidak lagi menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana realitinya ianya tidak mampu ditunaikan.…

30/10/2013

In "Utama"



Dihantar daripada iPhone saya

17 Julai 2018

Kantoi - Surat Speaker Tidak Cukup Notis 14 Hari

Mohamad Ariff mungkin Speaker Dewan Rakyat | Nasional | Berita Harian

Baca dan fikir....



Mohamad Ariff mungkin Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, memberi bayangan beliau akan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Beliau menjangkakan menerima surat lantikan rasmi daripada kerajaan selewat-lewatnya esok.

"Saya pun masih tunggu 'official' kalau jadi...sebab kalau esok dah dekat sangat. Kita tengok macam mana.

"Takkanlah Ahad sebab Isnin dah nak mula dah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad Ariff mengulas laporan media kelmarin yang menyebut beliau dan seorang lagi bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, antara disebut-sebut sebagai calon Speaker yang baharu.

Kelmarin, NSTP melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, menolak tawaran jawatan Speaker Dewan Rakyat dan turut memaklumkan perkara itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Perkara 57 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut seseorang ADUN yang dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat perlu mengundurkan diri daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum memulakan tugasnya.

Selasa lalu, Dr Wan Azizah berkata, nama Speaker Dewan Rakyat bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada hari berkenaan atau keesokannya.

Sebelum ini, selain Johari, beberapa nama turut disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan, termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 yang dijadual berlangsung selama 20 hari, mulai Isnin ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Selasa ini.



Dihantar daripada iPhone saya

15 Julai 2018

Penderhakaan kepada rakyat jika UEC diiktiraf - Nasional - Utusan Online

Penderhakaan kepada rakyat jika UEC diiktiraf - Nasional - Utusan Online

Penderhakaan kepada rakyat jika UEC diiktiraf

Teo Kok Seong

Sejauh manakah Prof melihat sistem UEC?

KOK SEONG: Apa yang saya perhatikan UEC memberi kesan terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana calon-calon­nya akan merampas peluang pelajar lain yang mengikuti sistem pendidikan sedia ada, khususnya pelajar berketurunan Cina.

Ini kerana sistem kuota masih terpakai dalam kes-kes tertentu walaupun meritokrasi merupakan amalan stan­dard dalam pengambilan pelajar. Ia perlu diguna pakai untuk mengelak sesuatu kursus itu dipenuhi satu kaum sahaja akibat meritokrasi bebas.

Secara umumnya calon UEC juga akan menjejaskan peluang pelajar Cina yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada saya, biarlah UEC terus kekal di atas paksi sedia ada tanpa wujud dalam Dasar Pendi­dikan Kebangsaan.

UEC diasaskan berdasarkan sistem pendidikan di Taiwan. Sehubungan itu,adakah UEC juga boleh memberi kesan kepada Bahasa Melayu dan dilihat sebagai menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan?

Apa-apa jenis persekolahan yang tidak berada dalam sistem pendidikan negara perlu dianggap sebagai tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang antaranya mengangkat Bahasa Melayu bahasa pengantar utama.

Dalam hal ini, UEC dikendalikan dalam bahasa lain dan tidak mengikuti silibus Kementerian Pendidikan.

Ini jelas berada di luar sistem pendidikan negara. Sebenarnya semua sekolah mene­ngah atau sekolah tinggi persendirian Cina di negara ini telah diberi peluang untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan sewaktu kita mencapai kemerdekaan. Dalam hal ini, ada yang menyertainya dan ada yang tidak menyertainya de­ngan menjadi sekolah persendirian Cina yang menawarkan UEC.

Adakah permintaan Dong Zong yang mahu kerajaan mengiktiraf UEC boleh dikatakan sebagai rasis dan menolak sistem perpa­duan serta menentang Gagasan 1Malaysia?

Ia tidak boleh dikatakan rasis. Cuma persoalannya kini ialah mengapa sekolah persendirian Cina mahu berada dalam sistem pendidikan di peringkat atas ia­itu hanya peringkat pendidikan tinggi? Ini jelas memperlihatkan sikap rakus dan mahu untung dalam semua hal.

Jika dilihat kembali pendidikan aliran Cina sebenar­nya te­lah bermula di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) seterus­nya ke sekolah tinggi persendirian Cina di peringkat menengah.

Ia dibuat supaya pelajar dapat terus belajar dalam bahasa berkenaan walaupun mahu ke universiti awam (UA) melanjutkan pendidikan tinggi. Inilah yang dikatakan rakus dan mahu meraih keuntu­ngan pada semua peringkat dan setiap masa.

Apakah kesannya jika UEC diiktiraf dalam sistem pendidikan negara?

Pertama sekali pada saya ia sa­ngat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini.

Keduanya, pengiktirafan UEC akan mewujudkan contoh terdahulu seperti peperiksaan lain G.C.E A Level yang telah me­nerima desakan serupa. Maka kemungkinan akan ada lagi desakan lain demi kepentingan pihak tertentu.

Di samping itu, jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ia boleh di ibarat seperti 'menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan'. Ini tidak adil kepada mereka yang bergelumang dengan sistem yang telah dicemuh banyak pihak sebelum ini. Dalam erti kata lain, jika UEC diiktiraf ia umpama satu bentuk penderhakaan kepada rakyat.

Apakah harapan Prof. dalam memajukan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

Sesungguhnya, sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai cacat celanya. Malah ia telah ditambah baik, sama ada untuk pendidikan rendah, menengah dan pendidikan tinggi. Kita harus percaya dan yakin kepada sistem pendidikan kebangsaan yang kita bangunkan sendiri dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama harus menerima keyakinan daripada rakyat dengan kemampuannya dalam memajukan negara.

Saya berharap Bahasa Melayu akan terus menjadi bahasa ilmu, manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa tidak kurang penting sebagai jambatan ilmu. Inilah sebaik-baik perimbangan untuk terus melindungi martabat bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita.



Dihantar daripada iPhone saya

Timbalan Menteri Pendidikan yakin janji iktiraf UEC bakal dilaksana - Utusan Online

Timbalan Menteri Pendidikan yakin janji iktiraf UEC bakal dilaksana - Nasional - Utusan Online
Janji janji hapus tol hapus PTPTN dll tak nak ditunai. 

Yang ini laju pula nak tunai ya...

Malaysia Baru hanya laju tunai janji jika janji untuk orang Cina. 

Kan?

Bukan tuduh memang terbukti dah...

Timbalan Menteri Pendidikan yakin janji iktiraf UEC bakal dilaksana

UEC NIEN CHING
NIE CHING (duduk) bersama wakil-wakil dari Dong Jiao Zong selepas sesi dialog sesama mereka yang diadakan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya semalam. - UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR 14 Julai - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengadakan pertemuan bersama wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) di Putrajaya semalam yakin janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan tetap terlaksana.

Menurutnya, perkara ini sudah termaktub dalam manifesto PH dan beliau kini juga lebih tenang selepas mengetahui tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut pengiktirafan UEC.

"Terima kasih kepada semua komrad yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk menghadiri sesi dialog bersama Dong Jiao Zong di Kementerian Pendidikan (semalam).

"Ramai yang bertanya adakah saya tertekan dengan isu berkaitan UEC baru-baru ini. Sebaliknya saya lebih tenang. Jadual padat, banyak kerja perlu diselesaikan, penat tetapi ya, saya agak tenang. Ini kerana saya tahu saya tidak keseorangan dalam perjalanan mengiktiraf UEC," katanya dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE



Dihantar daripada iPhone saya

Panassss : Yahudi Kerala berhijrah ke Malaysia. Kebetulan atau dirancang? - Abu Leman

Yahudi Kerala berhijrah ke Malaysia. Kebetulan atau dirancang? - Abu Leman
Panglima menyalin semula artikel ini untuk dibaca dan diperhalusi. Mungkin ada jawapan sesuai untuk kebenaran atau kedangkalannya.

Minta komen anda kerana kita tidak mahu membaca sebelah pihak sahaja.

Zaman era baru bebas bersuara ini semua bebas memberikan pandangan. Persepsi akan kalah dengan realiti.

Adakah tulisan ini persepsi atau realiti ? Wallahu A'lam.


Yahudi Kerala berhijrah ke Malaysia. Kebetulan atau dirancang?

Kiri. Pinarayi Vijayan, Ketua Menteri Karala

Yahudi Malabar juga digelar YAHUDI COCHIN, ialah kumpulan Yahudi India tertua.

Asal-usul mereka dikatakan berbalik ke zaman Raja Sulaiman walaupun dari segi pembuktian sejarah agak lemah. Pemindahan ke India bermula dengan kejatuhan Baitulmuqaddis pada tahun 70 M.

Mereka tinggal di dalam negeri Kerajaan Cochin di selatan India, sekarang ia sebahagian daripada negeri Kerala.

Beberapa gelombang pemindahan ke dalam kerala membawa kepada kemajmukan etnik. Masyarakat dibahagikan kepada Yahudi Putih (Yahudi Paradesi) dan Yahudi Hitam (Malabari), tetapi kedua-duanya bertutur dalam bahasa Judeo-Malayalam iaitu satu dialek Bahasa Malayalam.

Kebanyakan besar Yahudi Cochin berpindah ke Israel selepas penubuhannya dan bilangan yang masih tinggal di Cochin amat kecil dan hampir pupus.

Yahudi Malaysia

Yahudi Malaysia adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara ini.

Sejumlah kaum ini pernah hidup secara terbuka di negeri Pulau Pinang sehingga ke hujung 1970-an.

Mereka juga pernah tinggal di tempat lain di negara ini terutamanya di Negeri Sembilan dan Melaka.

Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristian (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), YAHUDI COCHIN dari India dan Yahudi Ashkenazi.

Mahathir

Bapa Mahathir, Mohamad bin Iskandar berasal dari Pulau Pinang, dengan nenek moyang India dari negeri selatan India Kerala, manakala ibunya Wan Tempawan, berasal dari Kedah.

Pelbagai pertikaian tentang keturunan Mahathir yang diperdebatkan dari istilah A/L hinggalah asal usul dari Yaman.

Tetapi satu fakta yang konsisten adalah asal keturunan Mahathir adalah dari India Kerala.

Satu fakta lain di atas, Yahudi Cochin juga dari Kerala. Dan Yahudi Malaysia juga ada yang berasal dari Kerala yang menetap di Pulau Pinang.

Hidung

Satu fakta yang sukar untuk dielakkan adalah bukti fizikal dan persamaan genetik. Seorang anak akan mendapat hidung mancung jika ibu bapanya juga berhidung mancung.

Begitu juga Mahathir, bentuk hidungnya sama dengan Yahudi Cochin yang lain.

Sarah Cohen, seorang Yahudi Cochin, Karala.
Gamy Salem, juga seorang Yahudi Cochin di Karala
Iskandar Kutty
Mahathir dan Marina

Kebetulan


Mungkin kebetulan, dan kita mengharapkan perkara seperti ini tidak benar.

Kerana jika ini perkara yang benar maka Malaysia akan menuju kehancuran seperti yang terjadi di Turki yang telah dirosakkan oleh Kamal Ataturk, seorang Yahudi yang menyamar sebagai Muslim.

Tidak mustahil sistem beraja akan dihapuskan, sekuler dan liberalisme diterapkan sedikit demi sedikit, agama Islam diolah sesuai dengan kefahaman barat.

Jika Ataturk menukar laungan azan ke bahasa Turki, Mahathir pula menolak hadis dengan alasan ia sekadar sunat dan tidak autentik.

Pelbagai penghinaan terhadap Islam dilakukan secara terang-terangan di acara berbeza seperti sup tangan penghinaan kepada hukum hudud, Nabi tiada pisau gilatte hinaan kepada janggut Nabi, Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, dan pelbagai lagi penolakan kepada agama Islam yang rakyat Malaysia sendiri telah saksikan.

Dan terbaru Mahathir tidak kekok bekerjasama dengan DAP yang memang terkenal memusuhi Islam sejak penubuhannya 1966 selepas majoriti menolak nama lamanya PAP, LGBT pula mula mendapat tempat di dalam negara bahkan di dalam institusi kerajaan itu sendiri.


Dihantar daripada iPhone saya

14 Julai 2018

Presiden UMNO @Zahid_Hamidi Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

Zahid Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

Selepas mengambil beberapa ketika untuk memilih gandingan yang terbaik akhirnya senarai MT Lantikan dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri telah disiapkan.

Ia diumumkan akhirnya oleh Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kita yakin ada peluang untuk umno bangkit kembali jika semua ahli pasukan MT terbaru akan bekerjasama satu kumpulan dan mengukuhkan peraduan.

Selamat berjuang untuk semua yang telah dipilih.


Zahid Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan negeri-negeri.

Menurut Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

"Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan melantik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan di negeri-negeri.

"Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran pimpinan baharu UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri," jelasnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah beliau, selesainya pemilihan parti baru-baru ini telah memperlihatkan bahawa UMNO kini lebih terbuka dan demokratik.

"UMNO telah melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar bulan lalu.

"Keterbukaan pemilihan ini mencatatkan sejarah pemilihan UMNO sejak 1987 dan memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif untuk semua," ujarnya.

Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik bagi memegang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Setiausaha Kerja dan juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.




Dihantar daripada iPhone saya

Cari Blog Ini

Translate