Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Julai 2018

Kantoi - Surat Speaker Tidak Cukup Notis 14 Hari

Mohamad Ariff mungkin Speaker Dewan Rakyat | Nasional | Berita Harian

Baca dan fikir....



Mohamad Ariff mungkin Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, memberi bayangan beliau akan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Beliau menjangkakan menerima surat lantikan rasmi daripada kerajaan selewat-lewatnya esok.

"Saya pun masih tunggu 'official' kalau jadi...sebab kalau esok dah dekat sangat. Kita tengok macam mana.

"Takkanlah Ahad sebab Isnin dah nak mula dah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad Ariff mengulas laporan media kelmarin yang menyebut beliau dan seorang lagi bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, antara disebut-sebut sebagai calon Speaker yang baharu.

Kelmarin, NSTP melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, menolak tawaran jawatan Speaker Dewan Rakyat dan turut memaklumkan perkara itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Perkara 57 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut seseorang ADUN yang dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat perlu mengundurkan diri daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum memulakan tugasnya.

Selasa lalu, Dr Wan Azizah berkata, nama Speaker Dewan Rakyat bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada hari berkenaan atau keesokannya.

Sebelum ini, selain Johari, beberapa nama turut disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan, termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 yang dijadual berlangsung selama 20 hari, mulai Isnin ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Selasa ini.



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate