Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Julai 2018

Dakwaan Gubal Wang Haram Jelas Isu RM2.6 Bilion Hanya Sekadar Tuduhan - Najib Razak


4 July 2018  Berita Utama

Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan kerajaan yang ingin mendakwa beliau di atas sepuluh kesalahan penggubalan wang haram membuktikan isu RM2.6 bilion yang kononnya diseleweng oleh beliau hanyalah sekadar satu tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Menurut kenyataan Najib di ruangan entri facebook rasminya, selama ini rakyat disajikan kononnya beliau mencuri dana RM2.6 bilion itu daripada syarikat 1MDB, namun pendakwaan terhadap beliau membuktikan sebaliknya.

"Mereka mahu mendakwa saya diatas sepuluh kesalahan penggubalan wang haram. Sedangkan sebelum ini rakyat disajikan kononnya saya telah mencuri wang derma RM2.6 billion daripada 1MDB.

"Tindakan kerajaan yang mahu mendakwa saya atas dakwaan lain, yang juga tanpa bukti kukuh, membuktikan bahawa mereka tidak punyai bukti kukuh dalam tuduhan dana RM2.6 bilion itu.

"Maka untuk mendakwa saya di mahkamah dalam kes ini bukanlah semudah yang disangka," tegasnya.

Najib juga mendakwa, tindakan kerajaan melakukan justifikasi kepada tuduhan tersebut dengan cuba mencari bukti lain secara tidak langsung telah menimbulkan keraguan.

"Baru sekarang, kerajaan mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari 'bukti lain', yang menimbulkan keraguan, sama ada ia sesuatu yang benar, diimaginasikan atau hanya direka-reka," ujarnya.-MediaUMNO

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate