Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Julai 2018

Mas Ermieyati tiada jati diri - Utusan Online

Mas Ermieyati tiada jati diri - Politik - Utusan Online

Siapa yang tergelincir sebenanrnya ? Andalah yang tergelincir kerana tidak ada jati diri dalam parti.... jangan selepas ini lompat masuk ppbm pula.

Mas Ermieyati tiada jati diri


MAS ERMIEYATI
MAS ERMIEYATI

KOTA BHARU 1 Julai - Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin disifatkan tiada jati diri dan mengkhianati perjuangan UMNO apabila mengumumkan keluar dari parti itu selepas pemilihan semalam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Mas Ermieyati sepatutnya meletakkan jawatan kerana kemenangannya itu adalah atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri berkata, kemenangan bekas Ketua Puteri UMNO itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU_14) adalah hasil daripada bantuan daripada parti tersebut.

"Mana jati diri beliau sebagai bekas pemimpin tertinggi UMNO. Beliau bertanding atas tiket UMNO dan menang pun atas tiket UMNO. Apakah beliau lupa, parti yang mengeluarkan wang serta menggerakkan jentera untuk beliau berkempen sepanjang PRU-14.

"Sekarang letak jawatan. Bertanding balik atas tiket bebas. Kita lihat adakah ahli serta penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) sokong beliau atau tidak. Kalau menang bergeraklah sebagai Ahli Parlimen bebas bukan ambil jalan tidak bermaruah seperti ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mas Ermieyati mengumumkan keluar daripada UMNO dengan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula hari ini.

Mas Ermieyati dalam satu kenyataan berkata, beliau tindakannya itu dibuat seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman selain mahu menjadi pembangkang yang menegur kerajaan tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.

Sementara itu, Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, langkah yang sama juga perlu diambil oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang telah keluar UMNO lebih awal.

"Ketiga-tiga mereka tidak ada jati diri. Mereka harus letak jawatan dan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada mahu memilih mereka yang bertanding atas tiket bebas.

"Saya berharap mereka berani dan mempunyai maruah untuk mengambil langkah ini," katanya. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate