Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Julai 2018

Panassss - Annuar Musa Jawab Alasan Ermiyati Dakwa Tiada Muka Baru MT UMNO 2018

Mas Ermiyati Patut Berterus Terang.. Jangan Beri Alasan Tidak Masuk Akal

Mas Ermiyati Patut Berterus Terang.. Jangan Beri Alasan Tidak Masuk Akal

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan alasan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsuddin untuk menjadi wakil rakyat bebas tersangat lemah.

Tegasnya dakwaan kononnya beliau mengharapkan 70 peratus 'muka baru' terpilih ke Majlis Tertinggi (MT) adalah tidak munasabah.

Hakikatnya jelas beliau lebih separuh ahli MT yang terpilih adalah muka baru termasuk tiga wanita iaitu Suraya Yaacob, Khadirah Abu Zahar dan Rosnah Rashid Shirlin.

"Mereka dari jalur Pergerakan Puteri. Ada lain-lain muka baru seperti Alwi Che Mat, Zahidi Zainul Abidin, Fathul Bari, Lokman Adam, Azian Osman dan beberapa orang lagi.

"Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden,Timbalan dan tiga Naib Presiden semuanya muka baru pada jawatan masing masing..17 dari 32 muka baru bererti lebih dari 50 peratus", katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mas Ermiyati sendiri tegas beliau lagi enggan menawar diri.

"Sepatutnya beliau berusaha menawarkan lebih ramai muka baru..

"Lebih baik berterus terang je sebab yang sebenar. Tidak perlu menjengkelkan parti yang kita sendiri menerima terlalu banyak nikmat dan penghargaan darinya.

"Ramai yang berjuang lebih lama, tidak pun dapat apa yang Mas dapat.Tapi mereka lebih setia!!", ujarnya. -MediaUMNO



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate