Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 September 2018

BN Pulau PRK Port Dickson, Anggap Pembaziran – Zahid

BN Pulau PRK Port Dickson, Anggap Pembaziran – Zahid

BN Pulau PRK Port Dickson, Anggap Pembaziran – Zahid

Azman Abas

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Barisan Nasional (BN) akan memulaukan Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata BN menyifatkan PRK itu sebagai pembaziran wang rakyat dan diadakan semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik seseorang dan sesebuah parti.

Menurutnya, hasil perbincangan dengan pemimpin komponen, BN mengambil keputusan itu kerana berpegang kepada prinsip untuk menterjemahkan demokrasi dengan betul.

"Jika sesuatu PRK itu diadakan untuk menterjemahkan erti demokrasi bagi memenuhi kerusi setelah kematian berlaku maka tentu kita mahu melihat proses demokrasi ini harus berjalan.

"Tetapi jika kerusi itu dikosongkan bukan atas sebab kematian maka satu pertimbangan harus dilakukan oleh BN terutama UMNO. Kami melihat bahawa mustahil sesuatu kerusi yang dikosongkan itu berlandaskan kepada hanya bagi memenuhi cita-cita politik seseorang maka kita akan menyertai serta meletakkan calon di dalam PRK berkenaan.

"Setelah biro politik UMNO mengadakan mesyuarat hari ini selain perbincangan dengan rakan-rakan parti komponen khususnya MIC yang telah diperuntukkan kerusi di Port Dickson ini, maka kami mengambil keputusan bahawa BN akan memulau PRK Port Dickson ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO, di sini, hari ini.

Dr Ahmad Zahid seterusnya menegaskan keputusan berkenaan adalah muktamad dan dalam keadaan kerajaan hari ini yang dihimpit masalah kewangan adalah lebih baik peruntukan untuk PRK tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih baik.

"Oleh kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM3.6 juta diperlukan untuk mengendalikan PRK ini, maka saya harap peruntukan tersebut dapat digunakan bagi tujuan-tujuan yang lebih baik daripada hanya mengadakan PRK ini," katanya.

Ditanya sama ada keputusan BN itu akan memberikan laluan mudah kepada pihak lawan, beliau berkata yang amat penting wang rakyat mesti dijimatkan. Malah keputusan berkenaan bukanlah langkah pertama kerana sebelum ini keputusan turut diambil dalam PRK DUN Penanti.

Menjawab soalan apakah parti berkenaan akan membantu sekiranya Pas meletakkan calon, beliau memberitahu penglibatan mereka sebelum ini adalah berdasarkan kepada kes-kes tertentu.

"Jika ada calon Pas yang bertanding kita tidak ada perundingan ke arah untuk memberikan sokongan atau jentera kami kerana keputusan kami adalah memboikot PRK berkenaan," katanya.

Pada masa yang sama, Dr Ahmad Zahid turut menegaskan parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon bebas yang bertanding pada PRK tersebut.





Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate