Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 September 2018

Celcom tawar 100,000 telefon pintar percuma | Teknologi | Berita Harian

Celcom tawar 100,000 telefon pintar percuma | Teknologi | Berita Harian

Celcom tawar 100,000 telefon pintar percuma

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd mengemukakan tawaran eksklusif kepada pelanggan untuk memiliki satu atau lebih telefon pintar, daripada 100,000 yang ditawarkan secara percuma tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Bermula daripada 20 September 2018 hingga 29 Disember 2018, pelanggan Celcom Mobile bakal menikmati peluang pengecualian bayaran pendahuluan untuk semua pelan peranti tergabung pasca bayar Celcom iaitu pelan Celcom Mobile Gold Plus, Celcom Mobile Gold Supreme, Celcom Mobile Platinum dan Celcom Mobile Platinum.

Bagi pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Celcom lebih dari 12 bulan dan tidak pernah dikenakan sekatan perkhidmatan selama tiga bulan, mereka boleh menikmati pengecualian awal apabila melanggan salah satu daripada empat pelan di atas bersama kontrak peranti.

Selain itu, untuk pelanggan baru Celcom juga mereka dapat menikmati pengecualian bayaran pendahuluan separa apabila mendaftar dengan mana-mana pelan peranti tergabung Celcom.

Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan telefon pintar 4G yang terkini, di antaranya Huawei P20, Oppo F9, Huawei nova 3i, Oppo A3s, Huawei nova 2 Lite, iPhone6 32GB, Samsung Galaxy J4 dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Idham Nawawi, berkata Celcom telah meningkatkan lagi pelan perantinya dengan tawaran nilai terbaik untuk pelanggan bagi memudahkan mereka memiliki telefon pintar 4G baru atau menaik taraf telefon pintar yang sedia ada.

"Celcom akan terus meningkatkan produk dan perkhidmatannya untuk menyampaikan pengalaman digital terbaik sekali gus menawarkan peranti terkini pada nilai hebat khusus untuk pelanggan.

"Pelanggan kami boleh terus berhubung dan menikmati pengalaman video terbaik dengan rangkaian Celcom, memandangkan kini lebih mudah untuk memilik peranti yang menyokong rangkaian 4G menerusi kempen baru Celcom iaitu percuma telefon pintar untuk 101 hari," katanya.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate