Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
Si Karpal Singh biadap lagi. Mahu menyaman seorang manusia berstatus Raja / Sultan yang tidak memperkenan kehendak bonekanya membubarkan DUN...
Kenapa dan kenapa ?
Kenapa bersungguh sungguh si Karpal Bedebah ni ingin membuat durjana menyaman Sultan Perak ?
Begitu berani sekali dan kita akan lihat sejauh mana keberaniannya.
Ingatlah Sultan Perak tidak memikirkan kepentingan diri sendiri kerana segala kuasa wang dan harta sudah diperolehi baginda.
Yang difikir ialah nasib agama, bangsa dan negari yang semakin terancam dengan tindak tanduk DAP PKR PAS yang tidak segan segan lagi biadap dan derhaka kepada Sultan selaku Kuasa Tertinggi kerajaan negeri.
Mana komen Hj Hadi ? Mana komen Anwar ? Mana komen Lim Kit Siang ( jangan harap dia akan tentang ) bab saman Sultan ini ?
TAMBAHAN :
TAHNIAH DR ZAMRY SEBAGAI MB PERAK YANG BARU.
MOGA BERJAYA MENGEMBALIKAN KESTABILAN PERAK DAN MENGELAKKAN
IA DIPERINTAH OLEH PROKSI DAP ATAU PKR SEKALI LAGI....
