Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label Sultan Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan Perak. Papar semua catatan

25 Februari 2009

Edisi Malam : Respon kepada Komen Setpol Nizar bekas MB (derhaka) Perak - Malaysiakini

Komen ini di bawah tajuk artikel pagi tadi ( klik sini ) :

Terima kasih kunjungan bekas Setpol MB Perak. Ia satu kunjungan hormat yang begitu dihargai oleh saya selaku blogger daif dan biasa macam rakyat marhaen juga...

Saya tahu sukar hidup tanpa kerja di saat ekonomi meleset sekarang. Dan saya bersimpati dengan nasib kurang baik yang menimpa beliau selepat takdir ALLAH menetapkan Nizar berkuasa hanya 11 bulan.

Moga saudara Misbah dapat rezeki yang mencukupi untuk keluarga dengan cara yang halal dan hasil yang halal. Sehingga keberkatan melimpahi dan menjadikan ketenangan akan lahir dalam setiap tindakan dan juga perkataan.

Komen yang dipertikaikan kebenarannya oleh sahabat saya di atas, tidaklah dpt saya berikan hitam putih benar salahn faktanya.

Kerana Allah lebih mengetahui fakta tersebut dan jika benarlah kata2 saudara misbah tadi maka saya memuji perbuatan Nizar yang memberikan tanahnya kepada Pak Teh demi membina sekolah agama.

Cuma kenalah barang diingati selalu bahawa jika ada perkara yang tidak betul maka wajib juga kita mencelanya.

[Ngeh-Nizar-Nga.JPG]

Mencela atas kesilapan yang dilakukan si Nizar dan rakan rakan PAS dalam bermuamalat dengan parti bernama DAP atau PKR.

Seperti mana is tanah dipajak
999 tahun ( berita sini )yang diberi kepada bangsa lain hingga meminggirkan parajurit parajurit yang pernah berjasa di Perak.



Hingga menjadikan Sultan Perak sebak ( klik sini ) ketika bertitah berkenaan isu tanah tersebut.

Ditambah lagi dengan sembah derhaka Nizar dan berterusan pula dia bersama Pakatan Rakyat ingin menyaman MB yang diperkenan Sultan dan berterusan pula mereka membuat tindakan kurang ajar menggantung MB dan exco yang dilantik oleh Sultan.

Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini ? 




Siapa masih ingat lagi bagaimana taraf Mufti seperti Exco telah direndahkan selepas Nizar menjadi MB Pakatan? ( berita klik sini )

 Ia telah menjadi bualan para bloggers pro kerajaan.

Siapa yang baca ayat quran dari kalangan sahabat Misbah ada yang tak faham ke maksud menghormat dan mentaati Allah Rasul dan Ulil Amri? Bukankah Allah menyuruh taat kepada Rasul dan sama sahaja taat kepada Rasul dikira taat kepadaNYA juga ?

Bukankah taat kepada Raja / Ulil Amri adalah tanda taat kepada Rasul?

Bukankah derhaka 'utusan' Rasul dikira derhaka kepada Rasul juga?

Atau ia tidak ada dimasukkan dalam sukatan Usrah mingguan atau bulanan PAS tentang hal ini ?

Adakah sikap sebegini ada pada MIC MCA ? 

Adakah mereka menghina Islam ? atau mengatakan langkah mayat mereka dahulu jika nak amal ajaran Islam seperti Hudud ?

Hanya DAP sahaja berterusan berusaha terus menerus mencabar Sultan kita. Dulu, kini dan selamanya. 

Mereka semakin kuat dengan bantuan PKR dan malangnya PAS turut sama 'sekaki' dalam hal ini...

Berikan bukti MCA MIC derhaka kepada Sultan atau anda hari ini juga sajudara Misbah perlu '
MUFARAKAH' dengan jemaah yang anda dokong sekarang ini yang sudah jauh tersasar arah tujuan dan tidak lagi dapat mengenal mana satu musuh mana satu kawan.

Adakah Yahudi hafal quran dan hadis digelar orientalis dikira beriman dan patut dibuat guru atau kawan ?

Adakah musuh Islam itu patut dibuat kawan / teman rapat selepas mereka menunjukkan minat dengan Al Quran dan Hadis dibaca oleh PAS ?

Adakah PAS memahami muslihat mereka ?

Atau masih kurang matang dalam menilai mana satu permata mana satu kaca ?


Moga Allah membuka hati saya dan anda ke arah jalan yang benar amin.

terima kasih dan BPN pasti akan menghalang sesiapa yang ingin menjatuhkan agama dari dalam atau luar serta ingin menghina bangsa yang menjadi penganut Islam...


terima kasih semua dan mari kita terangkan lagi kepada saudara kita dari 'sebelah opposisi' dengan pendirian kita, agar mereka juga akan faham seperti mana yang kita faham, dengan penuh rahmat dan kasih sayang..


Salam perjuangan dan selamat malam.

07 Februari 2009

PAS dalang dan alat untuk cetuskan huru hara di Perak oleh PKR dan DAP - Malaysiakini




1. PAS terang terangan adalah dalang kepada huru hara yang berlaku di Perak. Gambar di atas menjelaskan sejelas jelasnya siapakah yang menjadi dalang kepada huru hara sehingga tercetusnya 'pertempuran' antara Melayu FRU dengan Melayu PAS di sana.

2. Yang memalukan ialah Melayu PAS menjadi alat membantah sedangkan yang lain hanya memerhati dari jauh apakah yang akan terjadi dan apakah kerugian atau keuntungan bisnes politik mereka selepas ini. 

Play Safe yang sungguh keji dan tidak bermoral.

3. Perhatikan putar belit pemimpin PAS berkenaan huru hara tersebut :

- Laporan Utusan Malaysia hari ini 7 Feb 2009 ( link sini )  :

 - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah merancang rusuhan tersebut dan mendakwa ia adalah didorong perasaan tidak puas hati penyokong mereka.

''Apa yang berlaku sebenarnya adalah gelombang kebangkitan rakyat menuntut hak mereka," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.



 

- Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang juga dengan nada sama enggan mengaku mempunyai kaitan.

Katanya, apa yang dimahukan ialah keamanan dan mengelak sebarang kekacauan.

''Kita cuma seru semua penyokong pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar dan apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri," katanya.



4. Sedangkan sebelum perhimpunan Ketua Pemuda PAS Perak sudah mengesahkan mereka akan membantah dan memprotes tindakan melantik MB Baru oleh Sultan Perak tersebut.






Baca sini yang dipetik dari Malaysiakini :

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.


Lihat link ini http://www.tv3.com.my gelagat penyokong PAS yang telah membuat kecoh semalam...



5. Karpal Sing telah membuat kenyataan akan menyaman Sultan ( berita sini )  namun Anwar cepat cepat menafikan dan juga dinafikan Nizar sendiri selepas itu. 



Persoalannya : 

Adakah Karpal tidak sekapal dengan mereka dan sekepala ?



Atau dia jenis keras kepala dan suka suka nak balas dendam kesumat selama ini antaranya dengan Sultan Perak ??



Atau penafian itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang sangat marah Sultan mereka dihina?



Selepas melihat semua persoalan dan realiti pemerintahan PR ini ternyata bagi saya satu sahaja soalan yang ingin saya tanya kepada semua rakyat :



Adakah ini pakatan yang benar benar  membela rakyat dan 

pilihan terbaik kepada mereka???



Lihat gambar di bawah ini dan fikirkan kenapa mereka begitu berani menderhaka kepada Raja kita dan Melayu manakah yang sanggup derhaka kepada penjaga ketuanan agama dan bangsanya jika tidak dari jenis pengkhianat kepada Raja Raja Melayu kita yang mana mereka adalah darah suci dari keluarga suci Nabi kita Rasulullah s.a.w. dari jalur Siti Fatimah r.a seperti tulisan GAP di sini  ?



[raja-raja440.jpg]


Yang pasti kami sebagai team Blogger Pembela Negara BPN akan menyembah taat setia kepada Raja Raja Melayu kita dan akan membela sehingga titisan darah yang terakhir di alam fizikal atau alam maya walau apa sahaja akan terjadi kelak.. 




DAULAT TUANKU!

 DAULAT TUANKU! 

DAULAT TUANKU !


Allah Akbar !!!!! 

Allah Akbar !!!!!! 

Allah Akbar  !!!!!! 

06 Februari 2009

Karpal dan Nizar kurang ajar lagi - Mahu Saman DYMM Sultan Perak ; bagus dua dua dibuang negeri dengan segera !!!

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.



Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan



Si Karpal Singh biadap lagi. Mahu menyaman seorang manusia berstatus Raja / Sultan yang tidak memperkenan kehendak bonekanya membubarkan DUN...



Kenapa dan kenapa ?



Kenapa bersungguh sungguh si Karpal Bedebah ni ingin membuat durjana menyaman Sultan Perak ?



Begitu berani sekali dan kita akan lihat sejauh mana keberaniannya.



Ingatlah Sultan Perak tidak memikirkan kepentingan diri sendiri kerana segala kuasa wang dan harta sudah diperolehi baginda.



Yang difikir ialah nasib agama, bangsa dan negari yang semakin terancam dengan tindak tanduk DAP PKR PAS yang tidak segan segan lagi biadap dan derhaka kepada Sultan selaku Kuasa Tertinggi kerajaan negeri.



Mana komen Hj Hadi ? Mana komen Anwar ? Mana komen Lim Kit Siang ( jangan harap dia akan tentang ) bab saman Sultan ini ?




TAMBAHAN :


TAHNIAH DR ZAMRY SEBAGAI MB PERAK YANG BARU.



DATUK Dr. Zambry Abdul Kadir

MOGA BERJAYA MENGEMBALIKAN KESTABILAN PERAK DAN MENGELAKKAN

 IA DIPERINTAH OLEH PROKSI DAP ATAU PKR   SEKALI LAGI....


Wahai Sahabat BPN - Mari Kita Pertahanakan Sultan Perak dan Kutuk Penderhaka Nizar





1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.

2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..

3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.

4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.

5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda. 

6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

7.  Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.


BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut.

Contoh komen : 

Penderhaka Sultan !! said...

Kecewa btul aku ngan sultan perak ! kata belajar pandai... xkan xble fikir ! Rakyat pon ble fikir ! ni yg nak derhaka nih !!

Anonymous said...

sultan memang berjiwa umno betoi la.... sambut la jubli perak sorang2...

Anonymous said...

sultan pun ikat telo oleh Beruk Negara

Blogger nordin said...

kecewa dgn sultan perak
ingatkan betul bijak dan berjiwa rakyat
rupanya sama dgn sultan dan raja yang lain
jangan jangan sultan pun dapat rm 50 juta
sultan semuanya sama sultan bn dan bukan fikirkan hal rakyat

Thursday, February 05, 2009 4:55:00 PM


Lihat link asal komen di atas di sini dan sini...

Harap semua dapat siarkan pendirian BPN ini di blog sahabat semua...

Salam.

Cari Blog Ini

Translate