Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
Si Karpal Singh biadap lagi. Mahu menyaman seorang manusia berstatus Raja / Sultan yang tidak memperkenan kehendak bonekanya membubarkan DUN...
Kenapa dan kenapa ?
Kenapa bersungguh sungguh si Karpal Bedebah ni ingin membuat durjana menyaman Sultan Perak ?
Begitu berani sekali dan kita akan lihat sejauh mana keberaniannya.
Ingatlah Sultan Perak tidak memikirkan kepentingan diri sendiri kerana segala kuasa wang dan harta sudah diperolehi baginda.
Yang difikir ialah nasib agama, bangsa dan negari yang semakin terancam dengan tindak tanduk DAP PKR PAS yang tidak segan segan lagi biadap dan derhaka kepada Sultan selaku Kuasa Tertinggi kerajaan negeri.
Mana komen Hj Hadi ? Mana komen Anwar ? Mana komen Lim Kit Siang ( jangan harap dia akan tentang ) bab saman Sultan ini ?
TAMBAHAN :
TAHNIAH DR ZAMRY SEBAGAI MB PERAK YANG BARU.
MOGA BERJAYA MENGEMBALIKAN KESTABILAN PERAK DAN MENGELAKKAN
IA DIPERINTAH OLEH PROKSI DAP ATAU PKR SEKALI LAGI....
13 ulasan:
SALAM PANG5,
INI SUDAH LEBIH DARI KURANG AJAR NIH..!!.
SINGH NI TAK SEDAR DIRI LANSUNG, DAH LUMPUH PUN MASIH ADA HAJAT NAK BUAT ORANG MARAH.
HUKUM JERK LA..DIORANG NIH..
walaupon aku tak ada sultan,tak patut anjing2 tu melawan sultan....
Seseorang perlu ajar singh ni agar dia tahu bahangnya panas neraka bagi orang kafir.
View Profile: Rantong
jgn durhaka kepada sultan.
kelak akan bawa padah.
tgk brite tadi,depan Istana pon wat onar.Pastu sembunyi kat masjid.
come on la.aku jadi malu plak.
Salam Pang5,
Kurang ajar kepada Raja dlm masyarakat Melayu mempunyai sejarah yg panjang. Di zaman silam sudah ada peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang. Panglima kanan baginda sendiri yang membunuh Raja selepas isterinya dizalimi Raja.
Pepatah Melayu: Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah tidak sesuai dengan budaya Melayu, walaupun pepatah itu adalah pepatah Melayu. Kita harus mentaati Raja, kerana pemimpin politik bertukar ganti, namun Raja tetap di singgahsana.
Sebenarnya kuasa Raja telah banyak dihapuskan oleh pemimpin-pemimpin BN dahulu menerusi pindaan perlembagaan pada 1983 dan 1993 (Apa yg kerajaan BN buat itu tak boleh dipanggil menderhaka Raja, kerana ia cuma memperlekeh Raja). Kuasa Raja kini telah banyak dilupuskan oleh BN pada 1983 dan 1993 dahulu, oleh itu janganlah sesiapa seperti Karpal dan Nizar yang cuba memperkecilkan lagi kuasa Raja selepas BN meragut banyak kuasa baginda dahulu. Sisa-sisa kuasa Raja yang ada setelah dirampas oleh BN itu harus rakyat pertahankan tidak kira mereka org BN, org PR atau org PAP (Parti Atas Pagar) macam saya. Cukuplah apa yg pemimpin-pemimpin BN lakukan dahulu, janganlah pula Karpal, Nizar dan pemimpin-pemimpin PR menambah duka Raja-Raja.
Daulat Tuanku!
Rentetan peristiwa menderhaka dan menghina kuasa Raja-Raja Melayu:
1. Penderhakaan I pada 1983: Kuasa Raja-Raja dilucutkan oleh kerajaan BN yg menyebabkan baginda tidak lagi berkuasa utk menyatakan 'tidak' kpd Rang Undang-Undang yg diluluskan Parlimen dan DUN. Kuasa Yg DiPertuan Agong utk mengisytiharkan zarurat juga telah ditarik balik.
2. Penderhakan II pada 1993: Imuniti Raja-Raja dihapuskan oleh kerajaan BN, antara yg dilucutkan ialah kekebalan Raja utk didakwa di mahkamah. Sebelum 1993, Raja tidak boleh didakwa di mahkamah, selepas penghinaan yg dilakukan BN itu, Raja sudah boleh didakwa di mahkamah. Apa yg Karpal lakukan mendakwa Raja adalah hasil kerja BN pada 1993 dahulu. Jika BN tidak pinda perlembagaan pada 1993 pasti Sultan Perak tidak berpeluang utk didakwa di mahkamah. Apa yg berlaku hari ini adalah seperti satu komplot Karpal dan BN utk menghina Raja.
3. Penderhakaan III pada 2008, selepas PRU-12: UMNO Terengganu enggan menerima titah Sultan utk melantik org lain sebagai MB bagi menggantikan Idris Jusoh. Malah ada sepanduk menggelar Sultan sebagai 'binatang' yg dibawa oleh penyokong-penyokong UMNO. Penderhakaan UMNO yg memalukan.
4. Penderhakaan iv pada 2008, selepas PRU-12: UMNO Perlis enggan menerima titah sultan utk melantik org lain sebagai MB bagi menggantikan Shahidan Kassim. Penyokong-penyokong UMNO yg berang telah berdemonstrasi di depan istana Arau malah menendang pintu pagar istana. Penderhakaan UMNO yg memalukan.
5. Penderhakaan v pada 2009: Karpal Singh dan Nizar ingin menyaman Raja berdasarkan pindaan undang-undang yg dirintis oleh kerajaan BN pada 1993 yg membenarkan kesalahann Raja-Raja diadili dimahkamah.
Saya sokong Pang5 supaya siapa saja penderhaka Raja wajar diadili, tidak kira org BN atau PR. Cuma utk hukum pemimpin-pemimpin BN yg derhaka kpd Raja-Raja dahulu tidak boleh dilakukan kini kerana khidmat mereka masih diperlukan. Kalau nak hukum biarlah kita hukum pemimpin-pemimpin BN sahaja, kerana mereka tidak berkuasa.
Kuasa Raja-Raja Melayu sudah lama dihakis oleh dasar memperlekeh kuasa Raja-Raja oleh kerajaan BN dahulu, dan janganlah kita menambah luka Raja-Raja kita.
Daulat Tuanku!!
Maaf, para 7 yg saya tulis: "Kalau nak hukum biarlah kita hukum pemimpin-pemimpin BN saja...", sepatutnya dibaca sebagai: "Kalau nak hukum biarlah kita hukum pemimpin-pemimpin PR saja...."
Harap maklum.
Naper?
Sultan tu kebal ke?Tak makan dek api neraka ke?Rakyat tak leh saman ke?
Buka le minda sikit woi...
Kita duduk dalam dunia ni cuma allah saja yg tak makan SAMAN.Yang lain semuanya sama.Makan nasi.Apakah sultan tu makan besi ke?Sampai rakyat tak leh nak bersuara.Rakyat nak saman sultan..salah ke?Kalau sultan tu berada dipihak yang benar...jawab aje kat mahkamah.
Apakah sultan boleh ujud sorang diri ke?Tanpa rakyat..sultan boleh memerintah ke?
Kalau sultan yg adil..aku tak kisah nak bayar gaji dia.Tapi kalau sultan yg zalim..kau orang je la yang bayar gaji dia.
Tak takut ke nak mengadap Allah dengan tangan yg kotor penuh dosa dan noda.Menidakkan hak rakyat?
-Cuma nak bagi pakat2 buka minda sikit
Aku nak maki habis dekat ANWAR LAHANAT. Sebab dia negara aku tak aman. Sebab dia tiap-taip hari kerajaan tak dapat bertindak dengan tenang. Sebab dia FRU banyak kerja diorang nak buat. Sebab dia berapa banyak pemedih mata dah dibazirkan. Sebab dia berapa banyak hak orang melayu tergadai. Sebab dia ekonomi negara kita hampir lingkup. Sebab dia DAP naik kepala. Sebab dia Kristian mula mintak tah ape-ape. Sebab die rakyat dah pandai biadap dengan Sultannya.
ANWAR
AKU BAGI AMARAN DEKAT KO. BAIK KO BERTOBAT DAN DUDUK DIAM-DIAM. TAK PON PEGILAH JADI LECTURE KAT AMERIKA DAN JANGAN BALIK2 kat MALAYSIA.
ANWAR AKU BAGI AMARAN KAT KO, JANGAN SAMPAI KASUT, SELUAR DALAM, BONTOT SUKMA AKU BALING KAT KO
Memang kita tidak berkompromi dengan sesiapa sahaja menderhaka kepada Raja sebagai ulil amri negara kita.
PR dijatuhkan kerana begitu berani menjatuhkan maruah Raja selepas maruah mufti dijatuhkan juga.
Balasan Allah !!!!!
cuba bandingkan di kelantan dan kedah tidak ada pun senario seperti ini.
mereka tidak sekejam PR di Perak yang terlalu menjadi bonek sehingga sanggup menderhaka demi kuasa boneka tersebut.
derhaka ker sultan kn buang negeri???bis klau derhaka kepada ALLAH nak buang ke mn lak???
klau xpaham apa maksud ulil amri jgn cakap ar.....
sbb ulilamri dalam islam adalah org yang nak laksanakn syariat Allah dimuka bumi allah ni bukan yang laksanakan syariat kafir penjajah...
tuan BLOG ni pikir dulu ar baru tulis jgn duk main tulis jer....
tp xtau apa yang awk tulis.....
berani mati - kau tak pergi tidur atas jalan ke semalam ?
bagus biar kau baring je depan treler dan lori tu..
berani mati kan.
Kau tau apa ttg ulil amri ?
PAS tu kira ulil amri jika diberi kuasa oleh Sultan.
Selepas tu jika Sultan dah tarik kuasa maknanya kena terima dan taatlah titah sultan. dan tak jadi ulil amri lagi..
habis tu yang menderhaka kepada sultan tu apa pasal ?
Pemerintah Sultan Perak ada suruh Nizar buka kilang arak ke ?
atau suruh rakyat buka aurat ke ?
ada ????
jawab jangan tak jawab...
Malu aku dengan orang yang nak bela penderhaka macam Nizar aka boneka karpal..
Sudah lah.aku malas nak marah marah pagi pagi ni.
Ingat anda akan lihat kesan politik yang boleh meranapkan kesultanan Raja Raja Melayu yang menjaga agama dan bangsa melayu kita di malaysia.
Siapa sokong Anwar maknanya mahukan Malaysia mahu jadi Republik of Malaysia seperti Singapura / Indonesia dan tak mustahil Presiden pertama ialah Anwar sendiri ????
Kau mahu macam tu ?
Jawab beb....
Sekarang kita semua kena bersatu.. Jangan biar isu politik membuatkan kaum kita diketawakan org lain.. Singh sekor ni dh melampau.. Dia mmg dh xnk duduk dkt Malaysia.. Kte tggu dia kne halau..
Catat Ulasan