Kita masih lagi kecoh. Isu Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz masih menguasai rangking berita utama negara...
Setakat ini, UMNO Jerlun yang bermesyuarat selama 3 jam semalam menegaskan akan tetap mempertahankan Pak Lah. Mereka mahu Mukhriz berhenti mengkritik dan menumpukan tugasnya selaku Ahli Parlimen. Namun, mereka seperti tidak sama mulut dan apa yang ada dalam perut kerana memberi sokongan kepada si penderhaka tersebut untuk terus naik ke persada jawatan sebagai Ketua...Sepatutnya Jerlun tidak perlu memberi sokongan kepada individu seperti Mukhriz yang jelas menekan dan mendesak PM agar turun dengan begitu radikal sekali. Pelik, mesyuarat yang sama tapi menghasilkan keputusan berbeza.
Apapun Jerlun telah 'terlanjur' menyokong pencalonan Mukhriz ke jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mereka nampaknya tidak kisah meskipun Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin mahukan Mukhriz melepaskan jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan keluar dari parti sekiranya beliau terus berprasangka buruk dan berfikiran jumud ke atas kepimpinan UMNO.
Semua masih kacau bilau sekarang ini. Yang menjadi teraju utama ' pentas' masih tidak dijangka adegan mereka seterusnya. Samada Tun Mahathir, Mukhriz, Anwar dan lain lain.
Ketika Anwar Ibrahim masih lagi terkial kial mencari sokongan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen BN tentang tawaran melompat parti yang sudah sampai ke peringkat laporan BPR mengikut berita semalam, Ezam pula dijangka kembali kepada UMNO. Ketika Nazri Aziz dan beberapa pemimpin UMNO yang lain gembira dengan keputusan tersebut, bakal calon Ketua Pemuda yang enggan keluar parti bernama Mukhriz jelas tidak senang dan berprasangka buruk dengan kemasukan semula bekas ahli UMNO itu..
Bagi saya, Mukhriz tidak perlu gusar dengan kemasukan siapa sahaja termasuk dari parti PAS sekalipun...Jika Ketua Pemuda PAS ingin masuk UMNO, Mukhriz tentu tidak akan menentang tindakan parti menerimanya jika benar inginkan UMNO semakin kuat dan mantap. Kecuali ia dirasakan mengganggu peluang yang sudah terbentang setakat ini bagi memenangi pemilihan Ketua Pemuda dengan penafian Hishamuddin Hussein dari terus mempertahankan jawatannya di dalam parti sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Detik Daily, bertajuk sama di atas, memaparkan gesaan agar Anwar menjawab dakwaan Mukhriz yang mengaitkannya dengan Amerika Syarikat dan Yahudi...
Ini kerana cabaran PKR agar Timbalan Perdana Menteri menjawab tuduhan memberi komisyen kepada broker yang terlibat denga pembelian Kementerian Pertahanan dan kes Altantunya sudah dijawab oleh Najib Tun Razak manakala Anwar Ibrahim belum lagi menjawab tuduhan Mukhriz dan membiarkan setiausaha PKR sahaja menjawab bagi dirinya.
Apatah Bang Anwar tidak berani berdepan dengan media massa seperti kebiasaannya sebelum ini ?
Mungkin ilham belum lagi datang nampaknya...Menunggu gerakan sesuai bagi menjadikan pentas 'catur politik' ini akan berakhir dengan Check Mate....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan