Hari ini dan semalam kecoh lagi negara kita Malaysia. Selepas 'warga emas' keluar membawa diri dan anak serta pengikut taksub, parti telah dikejutkan dengan kemungkinan perwira PKR dan orang kanan DSAI akan kembali. Hingga kini, saya belum menemui kenyataan rasmi Ezam di mana mana sumber berita utama samada Utusan, Bharian atau Malaysiakini..
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Fadzi Paharudin dilapor telah mendesak Mukhriz dan rakan rakan agar keluar parti. saya setuju. Ia satu desakan yang perlu dibuat sekarang ini. Mengusir 'sampah' yang mengganggu 'mata' dari melihat dengan selesa.
Sebentar tadi, UMNO Jerlun mengikrarkan sokongan kepada PM ketika membuat sidang media yang turut disertai Mukhriz. Namun Mukhriz memang tidak tahu malu, menegaskan 'langkah sumbangnya' dengan mendesak Pak Lah turun dengan segera untuk mengelakkan kehancuran parti. Ketika baru sahaja mendengar pendirian rasmi UMNO Jerlun yang disampaikan oleh ketuanya.
Jika Ezam akan menjadi semakin bersinar dengan kemasukannya ke UMNO, Mukhriz pula sanggup menumpang bawah ketiak bapanya dalam mencari sesuatu pendirian yang jelas tidak memenuhi semangat parti yang kini memerlukan sokongan padu di dalam menangani masalah yang timbul.
Jika tindakan Tun Mahathir membawa bencana kepada UMNO, sepatutnya Mukhriz berusaha kembali menebus segala kesilapan yang dilakukan bapa beliau.
Apa akan jadi jika terus menerus tindakan Tun Mahathir ini, membaca ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara ??? adakah ada akta sesuai untuk itu ?
Kita tidak ingin sesuatu yang pernah digunakan sebagai senjata akan makan tuan. Namun, jika itu kehendak Allah, adakah kita mampu menghalang ???
1 ulasan:
Huh,debar-debar nak tunggu pengumuman saudara ezam.Nampaknya kalau masuk ezam dalam UMNO,banyak yang panas punggung.
Catat Ulasan