Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Mei 2008

Mohd Sayuti Othman @ Tinta Merah - satu penilaian peribadi

Bahasanya halus. Sehalus kulit ibu yang disanjungnya. Imej di kepala blog tertera gambar manusia berbakat dalam penulisan dan puitis dalam meluahkan kata kata, dan dibayangi gambar keris tanda ketuanan Melayu dan bendera Malaysia, tanda yang bagi saya amat besar dan perlu di-zoom-kan dengan lebih dekat gambar tersebut...

Banyak perkara yang mengejutkan saya dapat dibaca dari tulisan beliau yang asli, tanpa perlu dicedok dari mana mana 'kolah' berita kerana beliau sendiri gemar mencari berita di 'lubuknya' sendirian. Kegigihan beliau samada dibayar atau tidak adalah satu cara yang saya hargai sebagai tanda sejati seorang penulis melayu Islam yang sudah ditemui di zaman ini.

Kata orang, hati dibentuk oleh dosa pahala. Jika bersih ia kerana dari kejernihan hati yang bebas dari dosa. Dan begitulah sebaliknya...

Tulisan beliau nampaknya begitu tinggi adab susilanya dan inilah tulisan contoh bagi blogger blogger di alam siber jika ingin terus memberi ulasan dan menarik perhatian pembaca hingga akan menjadi pengikut setia tulisannya..

Apa yang ada pada MSO ialah beliau sangat jujur berbicara. Kes 'orang baju petak merah' tentu tidak sukar difahami dan beliau sendiri sangat marah namun disejukkan oleh idolanya Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.... Jika tidak, tentu teruk dibelasah 'si baju petak merah' jika tidak kerana pujukan sang Guru yang telah menaruh harapan tinggi pada si baju petak merah sebagai penggantinya di Kelantan selepas ini...

Isu pengganti MB di Kelantan sangat hebat dibicara. Sebagai teman rapat dengan Nik Aziz, bahan yang diutarakan di sini amat menarik perhatian saya sebagai penulis baru yang ingin menjadikan penulisan sebagai medan dakwah dan jihad ke jalan Allah !

Apa yang disimpulkan di sini, MSO ada potensi menjadi pengkritik dan penyokong kerajaan secara bijaksana. Beliau masih ada kefahaman yang tinggi tentang semangat cintakan tanah air dan semangat berpolitik yang dibenarkan oleh agama ....Jika tidak, masakah ada gambar keris dan bendera Malaysia di kepala media blognya?

Seruan saya dari saudara seagama kepada MSO,

Tuan kritiklah kerana Allah dan sokonglah sesiapa sahaja kerana Allah.. Kerana PAS dan UMNO tidak maksum dan tentu mana mana kebaikan perlu dipertimbangkan untuk diberi nilai positif. Begitu juga kelemahan perlu dinasihat dengan saksama dan tidak mengguris rasa sesiapa... Ia menampakkan kepada khalayak bahawa kita sendiri adalah seorang yang mencontohi sifat Adil Nabi Muhammad s.a.w yang menerima apa sahaja konsep hidup zaman jahiliyyah yang baik dan disesuaikan pula dengan ajaran Islam yang baru menemui audiennya ketika itu...

Jika ada parti bernama Islam sekalipun membuat tindakan merugikan Islam dan negara Malaysia , saudaralah orang pertama yang kena mempertahankan agama jika benar kasihkan Islam sebagai pegangan hidup dan sumber ketenangan diri ... Jika tidak, anda sendiri menjadi punca kepada keruntuhan jati diri Islam di dalam perlembagaan yang telah diwarisi sejak zaman awal kemerdekaan dan didokong bersama oleh semua parti Perikatan sebelum ditukar kepada Barisan Nasional...

Satu Pakatan yang dibina atas parti bercampur kaum dan agama ! namun Islam tetap berjaya dinobatkan sebagai agama rasmi negara Malaysia....

Moga anda dijadikan Hassan bin Tsabit kedua di zaman ini yang akan menggunakan ketinggian akal dan hujah dalam menolak semua fahaman menjadikan mana mana agama sebagai sama rata dan tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa seperti Pluralisme ...

Moga harapan ini didengar Allah dan dimakbulkan oleh Nya .....

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate