Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Oktober 2008

Poll debat Mstar Online : Debat wajar diadakan

1. Shahrir Samad setuju debat diadakan.

2. Nik Aziz juga setuju debat diadakan.

3. Pembaca Mstar juga setuju debat diadakan.


Yang tak setuju ? hang pa tau dah kan ....usah kita peduli. Mari tengok siapa pandai berdebat antara Khir lawan Khairy.

Baru anak jantan ada telur macam ni layak jadi Ketua Pemuda yang hebat seantero Malaysia....

Anak Jawa lawan anak ( apa ye ) ......

Lihat dan klik result poll tentang debat di bawah dari Mstar Online, tanda sokongan rakyat agar debat dibuat...

Mari kita berdebat dengan hebat...








25 Oktober 2008

CC Komen di Blog Sayuti - Isu YB Zul yang mengkritik Anwar di parlimen

Saya membaca komen menghina YB ZUL KULIM oleh MSO MELAYU @ Sayuti Omar yang seolah olah mempertikaikan keikhlasan YB ZUL dengan kaitan pengguran petisyen oleh UMNO untuk Parlimen Kulim. Habuan RM 12 ribu sebulan diletakkan sebab kenapa ZUL KULIM tidak mahu meneruskan hubungan dengan PKR hingga sanggup mengkritik parti yang menjulangnya sehingga menjadi YB.

Yang pelik MSO tidak pula membangkitkan isu YB ZUL yang pernah saya baca berkata tidak menerima satu sen pun atas khidmatnya membela Anwar. Begitu juga YB ZUL tidak pula kecil hati meskipun tidak dipilih kembali menjadi peguam bela kes liwat terbaru Anwar. Dan YB ZUL sebelum ini memang ahli PAS ( tidak silap saya ) dan memang dia ahli PAS berbaju PKR yang mungkin memiliki kewargapartian dua parti iaitu PAS dan PKR.

Sikap tidak konsisten MSO membelasah UMNO dan tidak membela YB ZUL yang mempertahankan ISlam melalui NGO yang dipimpinnya, melambangkan sikap 'tidak jelas' MSO tersebut yang bagi saya nampak ISLAMIK tetapi masih lagi BUTA HATI walaupun sudah dicuci perutnya dengan air zam zam umrah di Mekah baru baru ini...

Sewajarnya jika tiada penulis lain menulis membela YB ZUL beliau patut menggunakan apa yang ada padanya dari segi pengaruh dan blog yang hebat, untuk menggesa dibela YB ZUL...Bukannya terbalik 360 darjah dengan menggenakan beliau kembali dengan plot plot gosip yang hanya layak untuk majalah artis hiburan, tidak untuk blog yang menjadi wadah rakyat menimba maklumat dan kesedaran secara berterusan di alam maya maha luas ini...

Moga kesilapan begini tidak akan berulang lagi dan tentunya saya ingin melihat tulisan MSO jelas mengkritik dengan berhikmah mana mana pihak yang salah samada dari PAS UMNO PKR mahupun DAP...

Dan yakinlah dengan nama Ar Razzaq yang boleh memberikan kurniaan tanpa disangka oleh manusia dan dari jalan dan arah yang sangat berbeza dari apa yang tergambar di fikiran kita yang gelap hati dan tiada pacaindera istimewa bernama basirah ini... Komen saya seperti di bawah :


saya tahu menganalisa dengan hati yang buta tidak sama dengan hati yang terbuka dan terang.

saya dapat menerima kekurangan tetapi membuat prasangka dan mengharapkan rakyat berperasaan seperti tuan hamba, adalah sangat tidak kena.

sepatutnya YB ZUL tidak dispekulasikan sebegitu rupa walaupun ia tentu sekali menjadi liabiliti kepada PR yang semakin kabur dan tenggelam hari ke hari.

Apa kata permainan politik ini jangan diletakkan asas prasangka tetapi biarlah berfakta ?

Selagi tidak keluar dari mulutnya maka eloklah dibiarkan sahaja perbuatannya dan kita serahkan nawaitunya kepada Allah Taala.

Saya juga boleh berprasangka bahawa anda menulis demi mendapat sesuap emas atau perak tidak ubah seperti penembak upahan bagi sesiapa sahaja asalkan di'keras'kan oleh wang ?

Di manakah pendirian saudara tentang Bar Council yang jelas cuba menyentuh Islam dan didiamkan sahaja oleh Anwar ?

Kenapa sukar sekali saya menemui tulisan saudara utk tajuk seperti itu ?

Sayang...saudara hanya suka mengikut rasa saudara yang sudah berat neraca timbangannya ke arah Anwar...

apatah lagi mungkin jualan buku saudara tidak sehebat yang disangka ?

Allah Maha Pemberi Rezeki dan saya tahu tuan hamba tidak tergolong dalam fuqara atau miskin.

Marilah kita membebaskan diri dan membiarkan fakta tepat menjadi asas penulisan kita semua Insya Allah selepas ini.

Salam..

23 Oktober 2008

Komen Sahabat Mantap : kehendak Mahathir atau akar umbi ?

Baru beberapa hari sahaja mesyuarat UMNO Bahagian dah ramai calon yang telah dapat cukup pencalonan untuk layak bertanding. Memang seronoklah bagi mereka yang dah dapat kuota tersebut manakala bagi mereka yang belum dapat cukup pencalonan sedang giat berusaha ke seluruh pelusuk tanahair untuk memastikan mereka juga layak untuk bertanding. Persoalannya, apakah benar akar umbi mahukan perubahan kepimpinan tertinggi UMNO dan mahukan calon-calon tertentu bagi bagi mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam parti?

Persoalan isu akar umbi ni dah lama bermain di bibir pemimpin-pemimpin atasan parti dalam usaha untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa. Kehendak akar umbi seperti yang dinyatakan telah memperlihatkan bahawa tempoh peralihan kuasa telah pun berjaya dilaksanakan. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan akan menyerahkan pucuk kepimpinan parti kepada pengganti beliau, DS Najib. Maka DS Najib telah mendapat restu Pak Lah dan akar umbi untuk jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Perkara ini jelas kelihatan di mana semua bahagian yang telah bermesyuarat yang hanya mencadangkan nama DS Najib.

Pola pencalonan di hampir kesemua mesyuarat bahgian tidak memperlihatkan pola pemilihan akar umbi. Ia lebih mirip kepada kehendak sesetengah pemimpin yang galak mempromosikan kempen mempercepatkan peralihan kuasa. Cerita-cerita yang timbul selepas DS Najib memanggil Dato Zahid Hamidi dan TS Muhyiddin meminta Dato Zahid lepaskan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dan bertanding jawatan Naib Presiden. Kononnya nak bagi TS Muhyiddin ruang jadi Timbalan Presiden atas kehendak akar umbi. Namun demikian, dalam satu sidang media pada 19/10/08, DS Najib telah menyatakan bagi beliau pilihlah mereka yang layak untuk membantu parti kelak. Yang jelas di sini, DS Najib tak pun kata orang tersebut adalah TS Muhyiddin. Tapi apa yang menghairankan, jentera TS Muhyiddin galak pukul kompang kat seluruh pelusuk tanahair yang DS Najib mahukan TS Muhyiddin melalui slogan ‘Najib-Muhyiddin’.

Sebelum itu, pada 18/10/08, Pak Lah mengumumkan di Sabah bahawa ada ‘orang dari luar parti’ yang cuba menjadi ‘Pengarah’ dalam menentukan siapa yang perlu diletakkan untuk menerajui kepimpinan parti. Pengarah yang dimaksudkan adalah Tun Mahathir yang telahpun mengisytiharkan keluar parti sebelum ini. Kita tau la Tun masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO, khususnya ketua-ketua bahagian yang nama tak naik jadi calon PRU 12 lalu kerana ahli di bahagian mereka dah muak dengan karenah mereka. Seperti biasa la Tun memang pandai ambil peluang daripada mereka-mereka ni. Maka dia orang ni pun jadi la ’kepala jentera tak bertauliah’ di bahagian masing-masing. Sebenarnya dia orang ni nak kekalkan jawatan mereka kat bahagian je. Harap-harap dalam PRU 13 nanti nama naik jadi calon.

Dalam hal berkaitan peralihan kuasa, TS Muhyiddin jelas menjadi orang yang paling kuat menyuarakan agar proses tersebut perlu dipercepatkan. Tempoh Jun 09 yang telah dipersetujui oleh MT bagi beliau terlalu lama. Maka mesyuarat MT pun buat resolusi baru peralihan kuasa iaitu pada Mac 09. Pada 7/10/08 Pak Lah umumkan tak akan pertahankan jawatan Presiden demi keutuhan parti. Tun terperanjat namun gembira. Begitu juga TS Muhyiddin tersenyum lebar.

Masa mesyuarat bahagian sedang hangat, tup-tup TS Muhyiddin minta pulak masa kempen dipercepatkan. Beliau mendakwa bahawa perkara ini disalahtafsirkan oleh sestengah pihak dan media. Beliau kata yang beliau sarankan hanyalah tempohmasa kempen perlu dipendekkan hingga Disember je. Kalau itu maksud beliau, maka lepas bulan Disember tak boleh ada kempen. Tiga bulan yang mendatang, semua calon yang layak duduk diam je. Boleh ke? Beliau dan jentera beliau akan pasti buat demikian ke? Ramai berpendapat bahawa beliau ’yang menjadi suara Tun’ mahu memastikan peralihan berlaku Disember ini. Pastinya Perhimpunan Agong Umno juga mahu dipercepatkan iaitu pada bulan yang sama. Dengan lain perkataan, beliau mahu menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dalam waktu tu.

Tak kira apapun, persoalan sebenarnya perubahan yang mahu dibawa semestinyalah demi memastikan parti tetap utuh. Kepimpinan negara mesti dipimpin oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Perubahan yang diminta bukannya menambahburukkan lagi parti. Ianya perlu demi memperkukuhkan parti. Tidak perlu ada ’tukang atur’ dari luar parti dan ’tukang cakap’ dari dalam parti. Perubahan mestilah ikhlas dan datangnya dari kesedaran membela agama, bangsa dan tanahair. UMNO bukannya sebuah parti yang diterajui oleh mereka yang ’mahukan kuasa’ demi tujuan politik pribadi. UMNO peneraju kemajuan orang melayu. UMNO peneraju pembangunan Islam. Dan UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.


http://sahabatmantap.wordpress.com/

21 Oktober 2008

Biarlah bukan Melayu benci Khairy, kerana dia mempertahankan Melayu





DATUK Mukhriz Tun Dr. Mahathir mungkin sedang tersenyum panjang sekarang kerana dari 70 bahagian (setakat rencana ini ditulis), dia sudah mendahului calon-calon lain dari segi pencalonan yang mengambarkan seolah-olah jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, adalah miliknya.

Begitu juga Razali Haji Ibrahim, yang bersaing dengan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, jelas mendapat pencalona yang mencukupi untuk mereka bertanding.

Mukhriz bukan sahaja mendapa sokongan dari orang-orang hebat dalam Umno, malahan, kehadiran bapanya, Dr. Mahathir dengan kenyataan-kenyataan yang menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedikit sebanyak, dapat membantu Mukhriz mendapatkan sokongan.

Lebih-lebih lagi, pencalonan dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh, (yang ketua bahagiannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin) terhadap Mukhriz banyak membantu Mukhriz, sedangkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terpaksa bersendirian ketika ini kerana namanya dikaitkan dengan Pak Lah, yang mahu dijatuhkan.

Beberapa laman web pembangkang, termasuk Harakahdaily melaporkan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa turut ‘boo’ nama Khairy apabila dicadangkan untuk mendapat pencalonan, manakala Mkhriz seolah-olah ‘anak emas’ kepada pihak media, termasuk yang pro kerajaan – dengan mengambarkan dia sebagai seorang bakal Ketua Pemuda yang perlu disokong.

Terbaru, seorang perwakilan MCA dari Perak, Ting Tai Fong ketika berucap dalam mesyuarat agungnya mencadangkan supaya Khairy ditahan di bawah ISA kerana mempersoalkan nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Jika saya berapa di dalam kepimpinan Pemuda bahagian hari ini, saya sendiri akan bersama-sama Khairy dalam situasi begini. Pertama, perjuangan Khairy mempertahankan hak Melayu terpaksa berdepan dengan serangan bukan Melayu tetapi calon-calon lain, berdendang sayang kerana mereka boleh tidur sebantal dengan bangsa lain, tanpa mahu bersusah payah.

Kenapa masih ada kepimpinan Pemuda di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian mahu menafikan komitmen Khairy dalam soal mempertahankan hak bangsanya? Apakah Pemuda tidak nampak, bakat dan kebolehan Khairy dari segi ini? Kenapa, orang seperti Khairy yang menjadi sasaran MCA, turut menjadi sasaran orang-orang Melayu, khususnya Pergerakan Pemuda Umno?

Masalah Umno, ialah mahu menyekat kemaraan anak-anak muda yang kelihatan cerdik. Mereka sedaya upaya akan mencantasnya kerana bimbang kebijaksanaannya akan menyebabkan kedudukan mereka terjejas. Padahal, pendirian Khairy ini sepatutnya disokong ketika orang-orang Melayu sudah Nampak, Umno tidak mempunyai barisan pelapis yang mempunyai keberanian dan kecerdikkan.

Ting Tai Fong turut ‘mendoakan’ Khairy agar kalah teruk dalam pemilihan Umno akan datang. Mungkin bagi Ting Tai Fong, kehadiran Khairy akan menguntungkan orang-orang Melayu. Maka, lebih baik kalahkan orang yang memperjuangkan orang Melayu supaya bangsa lain tidak tergugat.

Jika ada Pemuda Umno yang berusaha untuk melihat Khairy tewas, pemikiran dan semangatnya sama dengan pemikiran dan semangat Ting Tai Fong. Malahan, orang-orang yang hendak bersaing dengan Khairy bagi merebut kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno mungkin mempunyai semangat seperti Ting Tai Fong, yang sama-sama mendoakan supaya Khairy kalah dalam pemilihan kali ini.

Jika Khairy kalah, Khairy mungkin tidak merasa apa-apa kerana, pendiriannya untuk bertanding tentulah dia sudah bersedia dari segi mentalnya, untuk menang atau kalah. Memang sudah menjadi adat, setiap pertandingan, akan ada yang menang dan ada yang kalah.

Yang ruginya, orang-orang Melayu yang tidak mempunyai seorang pemimpin yang ‘menjadi kebencian bangsa lain kerana memperjuangkan nasib orang-orang Melayu’. Apakah pemimpin-pemimpin Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian tidak terdorong untuk sama-sama menyokong dan melahirkan seorang pemimpin muda yang ‘berani dan gagah’ berdepan dengan sesiapa sahaja, khususnya bangsa asing yang semakin berani mencabar ketuanan Melayu?

Ada mata, lihatlah sendiri, bagaimana Khairy menjadikan sesuatu yang tidak ada apa-apa, akhirnya menjadi apa-apa. Antaranya, pasukan bolasepak Myteam. Walaupun sukan bolasepak bukan disukai semua orang, tetapi antara sukan yang murah dan paling popular di Malaysia ialah bolasepak. Kini, Myteam yang hanya berstatus kelab sudah boleh menjadi pencabar kepada pasukan negeri, malahan sudah pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Kebangsaan.

Jika kita ada otak, tentulah dapat kita fikirkan bahawa kemampuan orang muda ini, jika diterjemahkan dalam bidang-bidang lain, selain bolasepak seperti apa yang dia lakukan terhadap Myteam, akan beruntunglah orang-orang Melayu, khususnya yang muda-muda, jika Khairy mereka angkat menjadi pemimpin mereka.

Ketepikanlah sentimen ‘kebencian’ yang ada, hanya kerana terikut-ikut kebencian yang ditanam orang-orang tertentu terhadap Perdana Menteri, hingga mengaitkan nama Khairy kononnya kerana Khairy adalah menantu Perdana Menteri. Ketika Karpal Singh menjadi Pengerusi DAP, ada dua anaknya dapat bertanding dalam pilihan raya, ketika Lim Kit Siang berani meletakkan anak dan menantunya bertanding, kenapa ‘kebencian’ hanya ada pada orang-orang Melayu, tetapi tidak kepada bangsa asing?

Untungkah kita ‘mengenepikan’ Khairy hanya kerana kebencian yang tidak bersebab? Ketika MCA membenarkan Ong Ka Ting dan Ong Ka Chuan berada di dalam hirerki tertinggi MCA, kenapa kita mahu ‘membunuh’ Khairy hanya kerana kita terikut-ikut ‘kebencian’ yang melulu.

Saya sedia menerima kecaman dengan tulisan ini kerana saya tidak sanggup berdosa kepada bangsa saya sendiri, yang tiba-tiba buntu otaknya, sebu perutnya dan pekak telinganya daripada mendengar cerita sebenar sebaliknya dengan mudah menafikan kebenaran!

Oleh Zainal Yusof ( KPMU )

19 Oktober 2008

Pak Lah sudah mula membidas Mahathir !!!!

Ahad Oktober 19, 2008

ABDULLAH: MAHATHIR 'BERLAGAK' PENGARAH PEMILIHAN UMNO

KOTA KINABALU: "Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

Selepas dua minggu mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi jawatan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil mendakwa bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan."

"Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?," kata beliau di sini malam tadi.

Perdana Menteri berkata, Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Dr. Mahathir mengeluarkan pandangan itu dalam blognya dua hari lalu, meminta Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak jangan ambil penyokong Abdullah dalam pasukannya kelak.

"Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian.

"Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

"Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri," kata beliau yang jarang 'menyerang balas' Dr. Mahathir yang sering mengkritik gaya kepimpinan Abdullah sejak tiga tahun lalu.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

"Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

"Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno," kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

"Inikah "reform" yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli Umno ada kebebasan untuk bertanding.

"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik... Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding.... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya.

Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

"Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

"Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno," katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

"Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

"Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

"Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah. Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

"Soalnya ialah sudah ada persetujuan. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi? Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia," katanya.

17 Oktober 2008

Kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu-Malaysiakini

MALAYSIAKINI

Oct 16, 08 6:25pm
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

14 Oktober 2008

Utusan akan saman Teresa Kok !!!

Utusan tuntut Teresa Kok mohon maaf
14/10/2008 4:28pm

Berikut adalah siaran akhbar Utusan Melayu (M) Berhad mengenai Surat Sebelum Tindakan (Letter of Demand) terhadap Teresa Kok:

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah menyerahkan sesalinan Surat Sebelum Tindakan pada 14.10.2008 kepada YB Teresa Kok kerana membuat pernyataan fitnah terhadap Utusan Malaysia yang dikatakan telah 'memutar-belitkan' pernyataan-pernyataan beliau berkenaan makanan yang disajikan kepadanya semasa berada dalam tahanan ISA.

Pernyataan-pernyataan beliau telah diterbitkan oleh media-media nasional dan menerusi blog beliau sendiri.

Pernyataan-pernyataan fitnah terhadap Utusan Malaysia adalah pada 22.9.2008 dan berpunca daripada kenyataan beliau semasa sidang akhbarnya pada 19.9.2008 berkenaan makanan yang disajikan kepada beliau semasa berada dalam tahanan ISA. Teresa juga menyatakan bahawa Utusan Malaysia telah memutar-belitkan kenyataan asal beliau dalam laporan mereka.

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad melalui Surat Sebelum Tindakan memohon perintah mahkamah (relif) antara lain penarikan balik dan kenyataan kemaafan yang penuh dan lengkap daripada YB Teresa Kok kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkenaan pernyataan-pernyataan fitnah.

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah menyerahkan Surat Sebelum Tindakan tersebut melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co yang beralamat di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. - Utusan



Komen - Siapa akan menang ? samada Teresa akan muflis atau Utusan. Memufliskan Utusan kejayaan anti Melayu di Malaysia... yang turut disokong gerakan mereka oleh Melayu yang sudah Lupa....

13 Oktober 2008

Salinan komen saya di Blog Ust Nasaruddin Tantawi - satu pandangan

Mungkin saranan Dakwah bil Hikmah dapat dipraktikkan dalam diri Ust.

Hikmah dengan menasihati dari jauh rakan seagama dalam Umno. Blog pun jadi. dengan menjaga hati mad'u ( yang didakwah ) agar tidak lari dari sasaran dakwah.

Ingat Allah ada pesan : Sekiranya kamu keras hati dengan mereka ( tidak beriman ) maka pasti mereka akan lari dari sisimu

WALAUKUNTA FAZZON GHOLIZOL QALBI LANFADDHU MIN HAULIK.

Harap sambungan ayat tersebut FA'FU ANHUM WASTAGFIRLAHUM WASYAWIRHUM FIL AMR dapat disebarkan kepada rakan 2 dalam apa jua parti mereka perjuangkan..

( tambahan : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

( سورة آل عمران , Al-Imran, Chapter #3, Verse #159)

Patutlah akhir zaman hati orang Islam pecah kerana semua sudah kena WAHAN...

Hubbuddunnya wa Karahiyatulmaut.

Adakah termasuk juga golongan ahli agama ?

Bagi saya Bukan Umno yang kena masuk PAs.

Tapi ust dan rakan rakan kena join Umno untuk imbangi kehadiran ahli agama di dalamnya.

Fikirkan bagaimana jika tidak ada ahli umno alim agama tentu susah untuk gagasan meninggikan agama.

Pak Lah buat islamik sikit pun dah kena bantai teruk.

Tiru kaedah pertanian seperti zaman Nabi Yusuf utk persiapan zaman kemelesetan pun kena bantai juga.

Dia adalah korban atas tangan tangan PAS juga yang mungkin tidak satu hati membantunya dari luar. Melalui rancangan Muzakarah / Muqabalah tempoh hari.

Peliknya dan saya tahu Ust tentu menyokong sepenuhnya Presiden Parti dan tidak sealiran Erdogan.

Moga Allah beri kemuliaan kepada pejuang Islam melalui perkataan perbuatan dan iktikad yang bersih dan tulus demi agama.

Tentunya membela sekali penganut terbesar agama Nya di Malaysia iaitu bangsa Melayu. Seperti Arab yang majoritinya Islam.

Dan sesiapa sahaja bawah takrif Melayu termasuk mualaf Cina India.

Dan menghormatikafir zimmi yang membayat jizyah dan tidak muharabah Islam.

Salam Ust....mohon tidak terasa dengan komen saya ini.

artikel masalah replika Anwar, bagi saya memang dapat banyak manfaat daripadanya...dan ia sangat bagus...kerana dengan lembut dan berhikmah ia disampaikan tanpa mengguris perasaan.

Selamat Hari Raya.

Maaf zahir batin....

- bekas penuntut dengan Arwah Tok Guru Hj Lah Lubuk Tapah

11 Oktober 2008

Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008( Agama / Perpaduan Edisi 2 )

PENCAPAIAN DARI 2004 - 2008

-Mewujudkan 10 prinsip Islam Hadhari, merupakan satu pendekatan bagi membina peradaban Islam yang progresif

-Meningkatkan pendidikan agama Islam di sekolah dengan memperkenalkan program Jawi-Quran, Arab dan Fardu-Ain (J-QAF)

-Mempertingkatkan kebajikan pegawai-pegawai agama, termasuklah memperuntukkan elaun RM450 bagi para imam

-Mengekalkan kos bagi setiap jemaah Haji walaupun dalam suasana kenaikan harga

-Menjamin hak beragama bagi setiap rakyat Malaysia

-Merangka garis panduan bagi memastikan penyediaan tanah simpanan untuk tempat beribadat dalam kawasan yang baru
dibangunkan

-Menggalakkan persefahaman antara agama melalui forum seperti Panel Penasihat Perpaduan Negara

-Menggalakkan perpaduan antara kaum melalui program seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan Program Latihan Khidmat Negara



Program dari 2008 - 2012



-Membina persefahaman yang lebih baik tentang Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam melalui pendekatan Islam
Hadhari

-Meningkatkan pemahaman mengenai pelbagai budaya di kalangan masyarakat majmuk Malaysia

-Meluaskan program J-QAF kepada lebih banyak sekolah

-Memastikan tanah simpanan bagi tempat beribadat disediakan dalam kawasan yang baru dibangunkan, seiring dengan garis panduan yang telah dirangka

-Memudahcara pembinaan, penggabungan, dan penempatan semula semua tempat beribadat melalui mekanisme khusus di
peringkat kerajaan negeri, yang akan diselaraskan di peringkat Persekutuan, bagi PERPADUAN menjaga kepentingan semua pihak

-Meningkatkan usaha dialog berkenaan isu-isu antara agama melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

-Meningkatkan keberkesanan pelbagai program perpaduan, terutamanya di sekolah dan pusat pengajian tinggi

10 Oktober 2008

Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008 Sudut Pendidikan ( Edisi 1 )

Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008 ( Edisi 1 ) Bidang Pendidikan

-Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan

-Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

-Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah

-Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

-Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar

-Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar

-Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

-Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000

-Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara

-Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas



Namun sayang rancangan bernas Pak Lah terbantut ekoran desakan 'golongan tidak sabar' dalam Umno / Kerajaan....

Lihat rancangan bakal dilaksanakan Pak Lah 2008 - 2012 :




- Menaikkan tahap kelayakan minima para guru dan menyediakan lebih banyak peluang latihan
- Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; antara lain, melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan
- Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di kalangan pelajar
- Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang berkelayakan dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
- Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global
- Meningkatkan lagi pelaburan di bidang Sains dan Teknologi, khususnya R&D di dalam negara


Yang ruginya bukan pemimpin pengganti namun rakyat yang akan mengenang jasa jasa Pak Lah selama menjadi PM selama ini...Yang tidak sampai 1/4 dari usia PM terlama memerintah Malaysia sebelum ini iaitu Tun Mahathir.

Tun Mahathir hebat ? mungkin sebab 'menyapu di bawah karpet' segala sampah sarap hingga ramai tak nampak ?

Yang mencucinya ialah Pak Lah yang tidak ubah seperti pewaris segala hutang piutang zaman Tun dahulu... Namun diherdik tanpa belas kasihan oleh bekas bos beliau sendiri.. Episod sedih kerana bekas PM masih 'tergiur' menjadi hero ketika lambaian Izrail sedang memanggil.

Ya Allah ! bukalah pintu kemenangan untuk Pak Lah agar rakyat tetap sedar jasa jasanya kepada mereka.......Amin Ya Rabb.

Lagu : Pemergian ( sempena pengunduran Pak Lah 6 bulan lagi )

http://kelantankini.com/blog/wp-content/uploads/2008/04/pak-lah.jpg

Pemergian

Artist: Jay Jay

Tiada lagi gemersik
Suara sibuluh perindu
Tiada lagi pujukan
Untuk seorang perindu

Tiada kata-kata
Dan sanjungan bagai dulu
Segala keagungan
Kini sejarah yang pilu

Semenjak kau pergi
Meninggalkan ruang kesepian
Kekosongan ini
Bagai malam gelap berpanjangan

Satu demi satu
Yang berlalu tidak sepertimu
Suatu hari
Pasti dikau kan kujejaki

Kehadiranmu dulu
Bulan menyinari alam
Pemergian dikau sayang
Bagiku satu kehilangan






09 Oktober 2008

Pak Lah ditakdirkan berhenti kerana desakan bekas Presiden parti sendiri

Semalam selepas mesyuarat BN, Pak Lah mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden. Penggal kedua ( jika dikira 4 tahun satu penggal ) adalah penggal terakhir yang tidak sampai ke akhir penggal ( tahun ke 8 ). Sedangkan agenda Pak Lah masih banyak lagi yang belum dilaksanakan dengan jayanya.

Semua sedar banyak perubahan telah dan akan dilaksanakan beliau. Kesungguhan menjalankan amanah sebagai PM meskipun diuji dengan penderitaan isteri Endon yang meninggal akhirnya kerana kanser payudara, memang menambahkan ketabahan Pak Lah. Hingga kadang kadang keletihan menjadikan beliau terlena di pentas utama hadapan mata rakyat.

Manusia jika tidak suka akan kata macam macam. Bahkan bekas 'boss' beliau turut sama mengkritik dengan begitu lantang terhadap kepimpinannya.

Apakah jika Najib gagal baru rakyat akan dapat menilai kepimpinan Pak Lah ? apakah Najib bersedia menjadi 'boneka' Tun Mahathir dan konco konconya demi kepentingan mereka ?

Terkini Tun Mahathir sangat gembira dengan pengumuman Pak Lah akan berundur dan katanya Muhyidin gandingan yang sesuai untuk Najib. Mahathir mungkin masih ingin campur tangan dalam urusan negara dengan memberi tekanan kepada Najib agar mengambil Muhyidin sedangkan Najib sudah matang untuk memilih sesiapa yang dirasakannya sesuai dan layak.

Jika Muhyidin - calon pilihan Tun Mahathir - dapat disingkirkan melalui Zahid Hamidi atau Mohamad Taib, ia akan menjad 'balasan' team Pak Lah terhadap kelantangan Muhyidin yang jelas tanpa berkias lagi mahukan peralihan dilaksanakan segera. Suara yang sama dilaungkan anak Tun Mahathir, Mukhriz.

Jadi, kita akan menanti apakah akan terjadi pemilihan nanti. Samada sesuatu keajaiban akan berlaku hingga ada yang akan 'terkorban' dari jawatan tinggi parti ?

Nasihat saya kepada Tun Mahathir, berhentilah mencampuri utusan negara jika tidak mahu jasa jasa anda memerintah Malaysia padam di ingatan kami semua....

Selamat bersidang untuk semua perwakilan dan pilihlah calon yang mencari redha Tuhan.

06 Oktober 2008

HINDRAF kurang ajar sekali lagi mahu saman Menteri Dalam Negeri !!!

06 Oktober, 2008 18:27 PM

Hindraf Buat Laporan Polis Terhadap Syed Hamid Dan Utusan Malaysia

BUTTERWORTH, 6 Okt (Bernama) -- Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan akhbar Utusan Malaysia berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk "Hindraf diberi Amaran " adalah tidak adil dan bersifat perkauman.

"Kita juga mahu Syed Hamid memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar itu kerana Hindraf amat tersinggung dengan laporan berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung perkara itu.

-- BERNAMA





1. Hindraf sudah banyak memalukan negara dengan aksi over acting mereka.

2. Hindraf hanya proksi parti pembangkang dan tidak lebih dari itu.

3. Mendesak tahanan ISA dibebaskan sama erti mendesak penjahat penjahat dibiarkan berkeliaran.

4. Meminta ISA ditiadakan sama makna mahu negara huru hara kerana orang jahat makin ramai.

5. Meminta dengan menggunakan ugutan dan ancaman terhadap anggota Kabinet Malaysia adalah perbuatan biadap dan jelas ala 'hero tamil' yang tidak akan menguntungkan sesiapa.

6. Mungkin boleh dicadangkan akta lucut warganegara kepada mereka yang berterusan ingin menjatuhkan maruah negara seperti golongan Hindraf ini yang mendakwa pembersihan etnik berlaku di Malaysia dan menjajanya ke merata dunia.

7. Anasir liar ini perlu disekat dengan segera sebelum ramai akan terpengaruh dengan politik bertopengkan pertubuhan tidak sah bernama Hindraf ini...

03 Oktober 2008

PAS kecewa dengan MB Selangor terburu buru gantung tugas Timbalan Yang dipertua MPAJ

Exco Selangor kecewa pegawai MPAJ digantung tugas

SHAH ALAM 30 Sept. - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad terkejut dengan tindakan kerajaan campuran negeri menggantung tugas Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain berhubung isu merobohkan Kuil Sri Maha Kaliamman terletak di Kampung Tasek Tambahan baru-baru ini.

Beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya dibincang terlebih dahulu di kalangan semua Exco sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan dilakukan oleh individu-individu tertentu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka itu berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang mesyuarat atau perbincangan melibatkan semua Exco diadakan berhubung tindakan tersebut.

"Saya amat terkejut bila mengetahui Abdul Hamid digantung tugas berhubung isu kuil Hindu yang dirobohkan di Ampang.

"Setahu saya, tiada mesyuarat atau perbincangan di kalangan Exco diadakan bagi memutuskan tindakan disiplin ke atas Abdul Hamid," katanya dalam kenyataan akhbar yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan bahawa Abdul Hamid digantung tugas selama seminggu bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung kejadian merobohkan kuil Hindu oleh MPAJ, dua minggu lalu.

Menurut Ronnie, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Selangor yang dianggotai oleh tiga Exco, iaitu Teresa Kok, Dr. A. Xavier Jayakumar dan beliau sendiri telah pun memulakan siasatan mengenai kes itu.

Abdul Samad memberitahu, walaupun isu berkenaan amat sensitif, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjadikan pegawainya yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab sebagai mangsa.

Katanya, penggantungan Abdul Hamid hanya akan menyebabkan para pegawai kerajaan negeri berada dalam keadaan serba salah dan sukar untuk menjalankan tugas seharian.

"Sekiranya mereka berdepan dengan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang pada masa depan, adakah mereka perlu menutup sebelah mata kerana tidak mahu tindakan mereka dianggap tidak sealiran dengan politik semasa?" ujarnya.

Beliau khuatir tindakan disiplin itu akan menjatuhkan moral pegawai-pegawai kerajaan negeri yang sentiasa berusaha untuk mencapai objektif organisasi.

Iskandar berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana beliau menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak yang menyuarakan kemarahan serta kekecewaan berhubung isu tersebut.

01 Oktober 2008

MB KEDAH MEMBUAT TAZKIRAH TERBUKA KEPADA TERESA KOK


Teresa sekali lagi tidak peduli atau terlupa di mana bumi yang dipijaknya. Gelaran MP menjadikan beliau lebih senang mengikut diri dari mengikut perasaan orang lain. Tindakan memakai skirt di majlis berlangsung di masjid tindakan yang amat kurang ajar bagi orang yang mendakwa mewakili rakyat beragama Islam.

Saya tahu Islam sangat luas rahmatnya. Namun rahmat jika mereka tidak didedahkan dengan fahaman Islam. Jika disampaikan ajaran Islam namun tidak mengikutinya -seperti memakai pakaian jubah di masjid bagi orang bukan Islam, maka kita boleh katakan mereka itu suka menegakkan benang basah walaupun ia tidak akan tertegak sedikitpun.

Teresa sebagai wakil rakyat patut tahu sensiviti umat Islam. Dan ini kesalahan besar memandangkan ia berlaku di masjid dan dianjur oleh masjid. Bahkan berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.

Mujurlah ada lagi ahli agama PAS yang bersedia memberik tazkirah ringkas kepada Teresa ini. Keberanian MB Kedah menjelaskan isu Teresa menampakkan keikhlasannya di dalam menegur ahli Pakatan Rakyat agar tidak tergelincir dari landasan sebenar patut dipuji... Teresa kena lebih hati hati jika ingin menghadiri majlis di kawasan 'suci' umat Islam. 

Baca tazkirah MB Kedah tersebut yang telah dipetik dari laman Harakahdaly.  di sini..

Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam - Azizan
Abdul Aziz Mustafa 
Tue | Sep 30, 08 | 10:35:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Sep (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid.

Iklan
 
 
  

Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati

''Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain.

''Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ," kata beliau.

"Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam," Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata.

Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.


Cari Blog Ini

Translate