Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2010

Edisi Ahad: Kisah TPM di Angkasa dan Tun M di Perkasa

Semalam dua acara penting telah saya hadiri bersama rakan bloggers.

Pertama : pelancaran websiter TPM YAB Tan Sri Haji Muhyidin Yasin di Angkasapuri dan


Kedua : pelancaran PERKASA Selangor ( negeri terakhir ) di Keramat oleh Tun Mahathir.

Acara di Angkasapuri bermula jam 9 pagi dengan forum oleh panelis seperti Nobisha, Feriz dan KP Penerangan iaitu Dato Ibrahim yang juga seorang bloggers ( Dunia Tiger ) dan diikuti dialog TPM bersama pelajar pada jam 11 pagi. Selepas itu barulah diikuti dengan pelancaran website TPM yang dibuat penuh gilang gemilang di auditorium yang padat dengan ribuan peserta dari universiti tempatan kebanyakannya.

Sila letakkan link TPM di blog anda khasnya sahabat BPN dan jika ingin melihat sendiri rupa website TPM kita, anda boleh ke laman sesawang tersebut di sini


Cuma ralat sikit sebab tengok masalah mic pengerusi Forum yang tak berapa baik berfungsi semasa rakaman dijalankan dan pihak RTM perlu memastikan ia tidak berulang lagi. Imej Kerajaan pada RTM dan seharusnya kecacatan itu tidak membawa kecelaan kepada Kerajaan Malaysia. Ini kerana rakan sebelah saya sudah berleter ketika masalah tersebut berlaku dan dia adalah salah seorang 'rakyat' yang sangat peka dalam menilai sesuatu perkara.

Katanya inilah mentaliti penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan dan mereka dilihat tidak mampu memberi perkhidmatan setanding atau lebih dari stesen swasta yang lain. Sepatutnya RTM perlu mendahului stesen lain demi menunjukkan bahawa stesen milik kerajaan yang dikendalikan penjawat awam adalah terbaik di Malaysia.

Tidak disangka juga pelancaran laman TPM turut diulas oleh blogger PR seperti Tukar Tiub milik Hishamudin Rais. Beliau turut mengambil peluang mempromosi laman TPM kita di blog beliau di sini http://tukartiub.blogspot.com. Ingatkan tak minat dengan aktiviti orang Umno khasnya TPM. Ulasan beliau turut sama mempromosi secara tidak langsung laman tersebut dengan cara dan kaedah beliau yang tersendiri.

Walaupun sekadar menyindir dan ditambah kah kah kah tetapi jangan terkejut kerana blog beliau antara blog paling disukai orang ramai. Mungkin kerana nak tengok 'lawak bodoh' atau ? Mungkinkah kita perlu meniru 'kah kah kah' beliau lepas ini ?

Kalau setakat nak kutuk orang untuk menarik hits saya rasa tidak perlulah diikuti jejak langkah 'kawan baik' Anwar Ibrahim di atas. Lebih baik ditulis perkara yang berfaedah dan boleh membina minda rakyat. Mungkin kelebihan menjadi penulis di Malaysiakini menjadi faktor Mr Tukar Tiub lebih popular hatta dari Nobisha sendiri.

Laporan penuh majlis TPM sudah dicatat oleh sahabat saya Mr Abg Tuah di sini http://abangtuah.blogspot.com/2010/01/sekitar-majlis-pelancaran-laman-web-ts.html dan tak perlulah saya mengulang kembali apa yang sudah dilaporkan oleh beliau.

Tq Mr Abg Tuah !

Memandangkan saya belum memiliki kamera digital buat masa ini maka saya memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan gambar majlis TPM di sini. Saya akan berusaha membeli kamera digital yang sesuai demi membolehkan anda melihat dengan lebih jelas ulasan yang dicatatkan oleh Panglima di sini... Gambar yang diambil dalam auditorium guna handphone Panglima tidak jelas kerana suasana agak gelap.

Ramai blogger sempat Panglima temui ( ramai juga yang pertama kali jumpa ) seperti Abg Tuah Gomo, Pisau, Serikandi, Sumandak, Belantan, Leftflank, Pembela Wira, Darulehsan, PakatanMalaysia, Brave Heart, Keris Putera, Pejuang Bangsa, termasuk yang popular seperti Nobisha, Tun Faisal, Feriz Omar dll. Sekupangdua tidak hadir kerana ada hal kecemasan di Perak dan terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Angkasapuri.

Tahniah kepada Mr Feriz atas majlis tersebut dan juga terima kasih kerana sudi menjemput kami ke sana ( siap dapat baju t-shirt dan mug 1Malaysia ) dan kalau boleh diadakan juga pertemuan tertutup antara bloggers dengan TPM bagi mendekatkan lagi hubungan antara kami dengan pimpinan tertinggi negara kita. Seperti yang pernah dibuat di Carcosa Seri Negara tahun lepas.

Maafkan saya tidak mengangkat telefon anda semalam kerana ketiduran dan saya akan call balik pagi ini Insya Allah.

Cerita dan gambar tentang pelancaran PERKASA Selangor ada diterbitkan oleh PAPAGOMO http://www.papagomo.com/2010 dan dan selepas melihat upacara perasmian PERKASA yang mendapat sokongan padu dari rakyat, Panglima yakin PERKASA akan dapat menjadi wadah menyatukan umat yang sudah muak dengan politik yang membawa perpecahan. Tidak mustahil Selangor akan kembali dirampas PRU ke 13 akan datang.


Meskipun Datuk Ibrahim Ali bukan ahli Umno tetapi beliau tetap bersemangat meminta sokongan diberi kepada Umno yang menjadi teras kepada Barisan Nasional serta Kerajaan Malaysia. Namun katanya, jika ada kesilapan maka PERKASA akan tetap mengkritik demi kebaikan bangsa Melayu. Kehadiran PERKASA benar benar menjadi pencetus semangat kebangkitan Melayu untuk kembali bersatu dan mempertahankan maruah bangsa agama dan negara.

Panglima sempat mendengar dari awal hingga akhir ceramah Dato Ibrahim Ali dan ternyata beliau memang layak digelar Singa Melayu dengan semangatnya yang berkobar kobar dalam menyuarakan isu isu yang berkaitan dengan Melayu. Ceramah beliau memang meremangkan bulu roma seperti ulasan papagomo...Namun Panglima tertidur juga walaupun agak kepanasan dek keletihan tidur lewat jam 4 pagi malam sebelumnya.

Cuma semasa nyanyian lagu pembuka majlis ada sedikit kecacatan pada klip lagu telah berlaku dan ia sepatutnya tidak terjadi di sebuah majlis yang dihadiri oleh mantan Perdana Menteri. Saya rasa ia mungkin tidak disengajakan. Semoga ia diambil berat oleh pimpinan PERKASA agar tidak berulang pada masa akan datang..

Panglima sendiri bercadang ingin menjadi ahli PERKASA dan memang elok sangat jika kita dapat tolong NGO Melayu yang bersemangat ini demi menjaga nasib agama, bangsa dan tanah air ini. Sahabat Megat Pisau pun sudah mendaftar jadi ahli termasuk PAPAGOMO sendiri. Sekarang pendaftaran PERKASA boleh dibuat terus secara online. Sekarang sudah ada 200 ratus ribu ahli dan jika kita membantu mempromosi PERKASA ini tentu ia akan berganda menjadi 2 juta ahli selepas ini.

Namun dalam berjuang untuk bangsa kita, serta agama jangan sesekali kita lupakan Allah yang menjadi penentu kejayaan perjuangan kita. Kita jangan semangat berkobar tetapi terleka untuk memenuhi apa yang wajib dilakukan sebagai seorang Muslim. Takut kita berjuang tetapi jauh dari mendapat bantuan Allah kerana kita lupa tanggungjawab asas kita sebagai hamba kepadaNYA.

Ingatlah kisah sahabat Nabi yang begitu menjaga amalan mereka di dalam berjuang menegakkan Islam sehingga mereka akhirnya diberi pertolongan 'karomah' di saat saat mereka mengalami kesukaran dalam perjuangan. Kerana janji Allah 'ingati daku nescaya daku pasti mengingatimu' memang benar dan tidak diragui sedikitpun.

Ini sekadar peringatan demi alif ba ta dan semoga apa jua kita lakukan diberi pertolongan oleh Allah selepas kita selalu mendekatkan diri kepadaNYA dengan amalan yang wajib serta sunat !


Itu saja untuk hari ni dan jangan lupa tanya kawan kawan kenapa Anwar takut nak masuk mahkamah walaupun ada 13 alibi yang menunjukkan beliau tidak bersalah dengan isterinya sebagai alibi pertama sebagaimana laporan Utusan Malaysia di sini http://www.utusan.com.my/utusan/

Baca juga kenyataan bercanggah Wan Aziz dan dan Nurul Izzah di sini http://www.papagomo.com/2010/01

30 Januari 2010

Edisi Politik : Khalid Samad digantung 6 bulan dan Hassan Ali diberi amaran !

gambar salin dari Malaysian Insider


Saya menulis artikel ini ketika jam menunjukkan 3.43 pagi. Mata masih belum mahu pejam dan saya mengambil kesempatan menyampaikan berita gembira ini kepada hadirin hadirat yang sedang menatap tulisan saya ini.

Menjadi blogger memerlukan pengorbanan. Masa memang banyak dihabiskan untuk mengemaskini blog dari segi catatan, serta reka bentuk dan juga widget yang mahu diletakkan...

Modalnya : Mata sebagai alat utama, akal sebagai alat terutama dan tangan alat ketiga yang agak utama. Tidak sedikit kesihatan badan terjejas akibat lama mengadap laptop tetapi biarlah ia menjadi kifarah dosa dosa yang sengaja atau tidak oleh saya.

Akibat menatap laptop terlalu lama juga, saya telah dinasihatkan pakar mata agar memakai kaca mata. Kerana 'gangguan' radiasi telah memberi kesan kepada mata saya. Alhamdulillah ia masih lagi dapat melihat tetapi dengan sedikit bantuan bernama cermin mata. Dan syukur kerana perjuangan tidak terganggu dengan 'kaca mata' tersebut.

Beginilah perjuangan.

Menjadi blogger menuntut pengorbanan dan meminta kita sedia menggadaikan apa sahaja termasuk masa bersama anak, isteri dan rakan baik yang sebelum ini biasa bersama di kedai mamak atau kedai kopi .

Perjuangan datuk nenek kita satu ketika dulu lebih susah. Berperang dengan manusia dan bergadai nyawa serta berbulan bulan berada di dalam hutan mencari musuh negara.

Hari ini perjuangan musuh negara sudah berubah. Mereka sedar perjuangan bersenjata hanya sia-sia. Maka evolusi peperangan maju setapak ke hadapan dengan pendekatan baru meracuni minda rakyat. Serangan pemikiran yang diguna adalah untuk menghasut rakyat menentang kerajaan dan menimbulkan keraguan terhadap ketelusan kerajaan. Buktinya ialah polis, SPRM, Hakim dan termasuk majlis agama Islam telah dikritik hebat hingga menimbulkan kesangsian rakyat terhadap peranan dan jasa mereka. Walhal ia adalah taktik politik mereka dalam mengalih isu yang dihalakan atau dilakukan terhadap dan oleh Pakatan Rakyat.

Jika kita berdiam diri membiarkan ini semua berlaku maka tidak mustahil kerajaan yang menjadi payung rahmat kepada semua bangsa hari ini boleh jatuh dalam PRU akan datang. Maka demi menghalang ia berlaku maka kitalah yang akan menjadi barisan hadapan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita ini..

Apa yang dibuat adalah bukan kerana ingin mencari populariti atau duniawi tetapi berdasarkan kesedaran bahawa nasib bangsa kita ini memerlukan sumbangan kita di alam siber yang mana ia boleh dijana dengan izin Allah melalui penulisan di blog serta facebook.

Siapalah saya untuk menulis di dada akhbar kerana tahap saya tidaklah sebaik wartawan tetapi jika diizinkan Allah mungkin satu hari saya akan berjaya menjadi penulis hebat dan mempunyai ruangan tersendiri di akhbar popular di Malaysia. Jika usaha saya menulis ini berterusan untuk tempoh yang agak panjang maka tidak mustahil tulisan saya akan dibaca oleh majoriti rakyat Malaysia.

Bahkan saya berangan agar dapat menerbitkan akhbar sendiri untuk menjadi wadah bacaan rakyat Malaysia.

Kerana pihak kerajaan agak ketinggalan dari segi cetakan akhbar seperti pembangkang yang memiliki berbagai jenis akhbar seperti harakah, suara keadilan, roket, siasah, buletin rakyat dan sebagainya.

Bahkan minggu lepas semasa berkunjung ke Bangi saya sempat solat Jumaat di sebuah masjid bernama Al Hasanah ( kubah hijau tua ) dan terkejut melihat suratkhabar pembangkang, cd, mp3, logo parti PAS dan PKR dijual tanpa sebarang rasa bersalah di perkarangan masjid.

Beginikah suasana di Selangor selepas PR menjadi pemilik kuasa mentadbir urusan rakyat sehingga politik telah memasuki zon larangannya di masjid ?

Bukankah Sultan Selangor sudah pun melarang masjid dijadikan tempat politik kepartian namun ia tidak dilaksanakan oleh pihak berkuasa Selangor titah tersebut ?

Jika saudara ada kamera digital yang dapat merakam perbuatan tersebut sila emailkan kepada saya gambarnya. Tidak kira di mana sahaja lokasinya.

Saya sangat berharap gambar tersebut diedarkan di blog blog BPN agar menjadi bukti bagaimana sikap pembangkang yang jelas begitu biadap di dalam menghormati masjid yang mana adalah satu tempat semua ahli badan politik tidak kira Umno Pas Pkr.

Oh ye, sebelum terlupa sila baca berita Khalid Samad digantung 6 bulan dan Hassan Ali diberi amaran oleh Malaysiankini di sini



Salam hormat dan jumpa lagi.

29 Januari 2010

Edisi Hangat : Menantu Nik Aziz, Ir Ariffahmi Sudah Letak Jawatan lapor Harakahdaily !!!




Akhirnya menantu kesayangan Nik Aziz sudah meletak jawatannya yang akan berakhir 31 Jan 2010 ini.

Kita tidak menyangka beliau akan meletakkan lebih awal dari tarikh sebelum ini iaitu pada Mac 2010.

Sepatutnya beliau terus meletakkan jawatan sebaik sahaja perkara ini memalukan mertuanya. Tetapi tidak begitu.

Namun moral yang kita boleh ambil ialah walaupun nama parti Islam seperti PAS namun kronisme dalam melantik jawatan tetap berlaku. Ia belum lagi dikira perlantikan Nik Abduh oleh ayahandanya sebagai Pengarah syarikat Binaraya ( anak syarikat PKINK ) dan ahli majlis MPKB sebelum ini.

Islam sepatutnya diamalkan sebagai cara hidup.

Tetapi Islam hari ini telah menjadi satu cara mencapai matlamat politik kepartian yang akhirnya gagal menjadi alat dakwah bagi menarik bukan Islam kepada Islam.


Itulah kesilapan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat...


Sekian, sekadar renungan dan tazkirah hari Jumaat

28 Januari 2010

Edisi Nasional : Tun Mahathir dan Tun Abdullah hadir majlis pelancaran Pelan Transformasi Kerajaan di KLCC !



Hari ini hari amat bersejarah bagi Panglima kerana dapat berada di majlis yang sangat bersejarah. Iaitu pelancaran Pelan Transformasi Kerajaan. Ia dibuka kepada semua pihak jemputan majlis ini. Panglima kebetulan lapang dan syukur dapat hadir pagi tadi.

Ia adalah satu lagi usaha pro aktif YAB Perdana Menteri sekaligus menafikan ia adalah satu retorik seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu di dalam usaha mendahulukan kehendak rakyat.

Panglima beruntung diberi peluang berada di majlis tersebut dan di sini sedikit info berkenaan PTK atau GTP ( Government Transformation Plan )

Kalau nak 'disumbat' semua benda yang diberikan oleh penganjur tadi di ruang sempit di sini tentu tak muat. Bayangkan buku setebal 261 mukasurat mahu disalin di sini tentu menyesakkan dada kita melihatnya.

Untuk tidak menghampakan anda saya jemput semua ke website yang dibuat khas berkenaan usaha ini di sini http://www.transformation.gov.my

Pelan Transformasi Kerajaan ini dibuat selepas disoal selidik pelbagai lapisan masyarakat seperti yang ditegaskan oleh CEO yang mengendalikan usaha ini iaitu Datuk Idris Jala. Seramai 250 kakitangan awam telah dipinjamkan dan dibahagikan kepada 8 makmal utama untuk membuat kajian lebih mendalam dan mengenal pasti apakah yang dimahukan oleh rakyat.

Ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada April 2009 dengan dua matlamat utama iaitu :

1. Untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan

2. Memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Hasilnya, Enam NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama ) telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

Kesemua 6 bidang di atas diketuai oleh Menteri dan mereka turut hadir ke majlis tersebut.


Nota : Sila klik link di atas untuk huraian lengkap..


Sebagai blogger pembela negara, kita kena war-warkan usaha baik kerajaan di blog kita selain dari menjawab fitnah liar pembangkang terhadap kerajaan. Penerangan sebegini pasti dapat membuka mata semua pihak agar tidak lagi memandang negatif terhadap usaha Kerajaan kita di dalam meningkatkan tahap pencapaian Malaysia agar lebih baik pada masa akan datang.

Menerang dan Menyerang adalah dua langkah terbaik kita boleh buat untuk perang siber ini...

Siapa nak edisi E-Book info tentang PTK tersebut boleh hubungi panglima di Yahoo Messenger.. Ada soft copy yang dibawa balik tadi.

Ayuh kita buktikan bahawa pemimpin kita benar benar dalam mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melalui konsep 1Malaysia.


Menariknya, dewan tadi sesak dengan lautan manusia yang datang untuk bersama sama saat indah itu yang pasti menjadi sejarah hari ini untuk generasi anak cucu kita pada masa akan datang.


Sayang tidak dapat bersalam dengan Tun M dan Tun A kerana terlalu ramai manusia yang menghalang tetamu kerdil seperti Panglima. Ketika kedua negarawan ini disebut berkumandanglah tepukan gemuruh hadirin tanda penghargaan rakyat kepada bekas pemimpin utama kita yang banyak berjasa kepada negara.


Sekian, melaporkan dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

27 Januari 2010

Edisi Antarabangsa : Obama lantik Panglima Perang Cyber !

Panglima perang siber AS dilantik


SAN FRANCISCO 30 Mei - Pakar keselamatan komputer semalam memuji cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk mewujudkan jawatan koordinator pertahanan siber kebangsaan namun menyifatkan ia sebagai langkah pertama di atas jalan yang sukar.


Obama berkata, beliau akan mencalonkan seseorang sebagai cyber tzar (panglima perang siber) di White House untuk menghalang dan mempertahankan AS daripada jenayah, perisikan dan serangan penggodam ke atas kerajaan dan rangkaian komputer peribadi.


"Kita semua tahu kita sedang diserang dan perlu bertindak balas apabila timbulnya sesuatu isu.
"Ini adalah permulaan kepada perjalanan yang panjang. Ia perlu terus mendapat perhatian daripada Presiden dan mendapat belanjawan yang cukup. Ia tidak boleh hanya diumumkan hari ini tanpa tindakan susulan," kata ketua eksekutif Symantec, Enrique Salem yang berada di White House ketika Obama membuat pengumuman tersebut semalam.


Ketika ramai menyambut baik kenyataan Obama yang mahu menjadikan keselamatan siber sebagai keutamaan, pakar-pakar komputer merasakan ucapan beliau tidak cukup spesifik dan Obama tidak menyatakan bila koordinator siber akan dinamakan.


"Banyak yang masih belum terjawab. Perlu lebih banyak kerjasama dari perspektif sektor awam dan swasta dalam menangani jenayah siber. Saya tidak merasa cemburu dengan individu yang dilantik memegang jawatan tersebut kerana ia sangat sukar," kata penyelidik ancaman Trend Micro, Paul Ferguson. - AFP



Sumber : Utusan Malaysia - 31 Mei 2009




Apa pandangan anda berhubung serangan bertubi-tubi ke atas blog pro Kerajaan ? hingga ada sudah hilang dan 'musnah' begitu saja ?


Adakah ada kaitannya dengan Amerika dan agen Amerika di Malaysia ?


Pelik kerana yang hancur diserang ialah blog yang giat menulis mendedahkan tentang Anwar Ibrahim.


Pelik tetapi itulah yang benar benar terjadi.


Adakah sudah ada Panglima Perang Cyber mempertahankan website kerajaan ?


Sama sama kita renungkan.




Edisi Kelantan : Nik Aziz Dapat Wang RM20 juta ?

gambar hiasan


Kelantan akan dapat RM 20 juta Mac ini hasil pengeluaran minyak di Kelantan sejak Mei 2008.. Berita lanjut Berita Harian di sini http://bharian.com.my/

Sebagai anak Kelantan saya bersyukur atas pemberian Perdana Menteri kepada rakyat Kelantan dan diharap ia dapat digunakan untuk meningkatkan keselesaan hidup rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Diharap ia tidak disalur melalui Kerajaan Negeri Kelantan kerana terbukti sehingga hari ini Nik Aziz gagal menguruskan Kelantan dengan baik seperti kes Bazar Tok Guru yang mengakibatkan duit rakyat RM 50 juta telah rugi begitu saja.

Meskipun Nik Aziz mendakwa beliau mampu menguruskan wang tersebut. Wang ehsan ini bukti keperihatinan Perdana Menteri meskipun Kelantan diperintah oleh pembangkang.

Selaras dengan motto 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.



Iklan : Ni ada blog baru BPN diharap dapat dimasukkan dalam list sahabat BPN semua ...

http://berani-anak-melayu.blogspot.com

Jika ada masa boleh juga dikemaskini senarai BPN dalam blog tuan puan berdasarkan blog list di sini...

Sokongan anda diucapkan ribuan terima kasih...


Edisi Pagi : Gambar Aduka Taruna di IPD Kota Bharu dan hits blognya yang mencecah 90 ribu !

Pagi ni Panglima membaca artikel dan gambar terbaru aduka taruna. Di link ini http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/kes-adukataruna-tahniah-ipd-pengkalan.html

Ingat nak salin gambar tapi rasa takut kena saman pula hehehe... sebab dengar cerita mereka mahu menyaman Berita Harian kerana melaporkan Aduka Yang Merana ditahan bukan menyerahkan diri. Walhal selepas menyerah diri tentu dia akan ditahan.

Sekarang trend juga berlaku untuk saman menyaman. Terbaru guru pula sudah pandai menyaman Guru Besar walaupun tidaklah menjadi begitu serius seperti di negara Barat.

Yang hebatnya ialah sebentar tadi saja dah 90 ribu orang singgah ke blog Aduka yang tengah merana sekarang di balai polis kerana direman 4 hari.

Biasa hits start jam 12 malam. Tadi jam 6.00 pagi. Dalam tempoh 6 jam sudah 90 ribu. Gandakan 4 tentu hampir setengah juta hits Aduka Yang Merana dapat dalam tempoh satu hari.

Barangkali beratus ribu orang pergi cari maklumat di blog Aduka Yang Merana ini selepas beliau berjaya menjadi 'bintang siber' yang baru dengan menghina Raja Melayu ! Termasuklah rakyat kita di luar negara yang ingin tahu apakah kesudahan 'drama' ini....

Terfikir juga saya semasa mengikuti kes ini kerana dikatakan Aduka Taruna dari geng Husam yang menolak geng Ulama dalam PAS , dan Husam geng Anwar dan Anwar sedang melewati kes liwatnya dan tidak mustahilkah ini satu lagi 'divert issue' yang dicipta ? Saya masih mengkaji dan harap pandangan anda.Ada tak persamaan atau kaitannya di situ ?

Cuma saya sedikit risau. Dalam dunia hiburan trend artis menjadi popular dengan membuat perkara tak senonoh seperti minum arak atau berpoya poya atau dengan mengedarkan gambar lucah / seksi.

Apakah trend ini diikuti oleh blogger untuk menjadi popular ? Nasihat saya, jangan diamalkan perkara tidak sihat ini...

Menariknya semalam blogger BPN kita Mr Papagomo telah diserang oleh 'Harakahdaily' menerusi kenyataan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang meminta disiasat kenyataan papagomo. Ekoran menyiarkan berita tidak rasmi kemangkatan Sultan Johor di facebooknya.

Peliknya mereka meminta dibuat laporan polis terhadap Papagomo yang sekadar menyiarkan berita kemangkatan tetapi mereka diam seribu bahasa tidak pun mengambil langkah membuat laporan polis ke atas Aduka Yang Merana yang telah 'memamposkan' perkataan 'mangkat' hingga bertindak liar menulis artikel berkenaan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar !!!

Pelik juga kerana mereka menafikan Aduka Yang Merana ini blogger Pas tetapi marah kepada orang lain yang mengkritik serta mencemuh Aduka tersebut.

Untuk saudaraku di pihak sana, terimalah satu lagi pukulan 'merana' untuk PAS Kelantan oleh GAP yang sudah keluarkan artikel dan bukti isu pemberian kek oleh menantu Nik Aziz di sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/01/skandal-nik-ajis-arifahmi-dokumen.html

PAS dan PKR makin nazak, tak nak berbaik baik lagi ke dengan sahabat dari UMNO sedangkan DAP makin lama makin kukuh parti mereka.

sudahlah kita bergaduh dan mari kita bina kembali ukhwah dan mahabbah sesama saudara seagama.

hentikan perebutan kuasa, harta dan wanita kerana ia alat syaitan untuk merosakkan manusia..

mari kita muhasabah dan bersiap sedia menuju Allah sebelum dipanggil menghadapNYA.





26 Januari 2010

Edisi Politik : Anwar akan mesyuarat mengejut esok untuk pertahan Khalid Samad di Bukit Segambut ?

Sumber dalaman memberitahu esok akan diadakan satu mesyuarat untuk 'membela' Khalid Samad dan 'membelasah' Zulkifli Nordin.

Ia adalah mesyuarat mengejut yang akan dibuat oleh Anwar dan kita tunggu sumber dalaman untuk mengkhabarkan butirannya.

Khabarnya Anwar Ibrahim akan sokong habis habisan si Khalid Samad. Siapa ada info lagi diharap dapat kongsi di sini..


Jangan lupa apa yang Khalid Samad buat terhadap Sultan Selangor dan badan agama di bawah baginda.

Menyokong Khalid bermakna seolah-olah menyokong orang yang derhaka kepada Baginda Sultan Selangor... Si Khalid ini memang kurang ajar betul dengan menghina JAIS dan MAIS dan menyuruh mereka menubuhkan parti politik.

Lihat juga perbuatan menderhaka kepada Raja dan Sultan kita sudah menjadi--jadi dan dilakukan oleh anak muda Melayu.

Sila lihat ulasan lengkap oleh Yang Gambi di sini : http://yanggambi.blogspot.com/


Mereka sudah kurang ajar di blog, facebook dan juga youtube.

Terkini Perisik Rakyat turut memaparkan gambar untuk menghina Sultan Selangor seperti yang anda boleh lihat di bawah ini :


Harap tindakan tegas dibuat ke atas para pelampau terhadap Raja dan tonggak agama Islam ini...


Kerajaan jangan berlembut dalam hal ini meskipun mereka sudah memohon maaf. Harap kenyataan Dr Rais Yatim untuk memaafkan blogger ini perlu dikaji semula. Seperti yang saya baca di link ini http://www.malaysiakini.com/news/122887




Edisi Kelantan : Mari Tengok Gambar Iklan Politik PAS Tuntut Royalti Minyak Di Tepi Jalan




Kerajaan Kelantan semakin terdesak bab royalti minyak. Mereka giat pasang Bilboard dan banner di merata tempat. Menurut info sahabat saya banner ini telah dipasang di seluruh Parlimen di Kelantan.

Bab duit memang tiada siapa yang menolak. Apatah lagi bernilai ribu juta ringgit.. Kelantan mahu urus sendiri duit royalti yang akan diberi oleh Kerajaan Pusat walaupun semua tahu ia tidak akan dapat dipenuhi kerana ia dinamakan wang Ehsan...

Bagi saya bab Bazar Tok Guru pun mereka dah gagal. Apatah lagi nak uruskan duit sebanyak RM 1 billion ! Jangan lupa baca bagaimana Kelantan kerugian berpuluh juta ringgit demi menyelamatkan maruah Nik Aziz akibat 'silap' yang dibuat oleh menantu beliau.

Saya secara peribadi tidak setuju jika Kelantan dibenarkan mengurus sendiri duit tersebut kerana bimbang ia akan menyebabkan lebih banyak kerugian berlaku seperti yang terjadi pada Bazar Tok Guru yang menyebabkan Kerajaan Negeri kerugian RM 50 juta ringgit ( berita di sini )


Dalam hal ini mereka cuba heret Ku Li untuk turut sama menuntut hak royalti minyak dalam kempen mereka. Dijangka 28 Jan depan majlis GEGAR akan dibuat di Stadium Negeri seperti laporan Harakahdaily di sini http://harakahdaily.net/v2/



Apa tujuan mereka sebenarnya ? Bukan duit tidak akan diberi kepada rakyat. Bahkan sudah jelas diberitahu dalam media massa dan eletronik bahawa peruntukan itu akan disalur melalui JPP untuk projek kesejahteraan rakyat Kelantan. Tanpa melalui Kerajaan Kelantan. Maknanya rakyat tetap didahulukan dalam soal ini. Cuma pemimpin PAS Kelantan sahaja yang akan dipinggirkan...

Begitu juga Kerajaan Pusat telah mempelawa Kelantan untuk sertai jawatankuasa yang bakal ditubuh untuk menilai pengaliran wang royalti, namun dengan angkuh mereka menolaknya. Jelas mereka ada agenda tersendiri dalam hal ini.



Sedangkan ia satu pelawaan yang baik untuk membuktikan Pusat tidak akan menyeleweng wang rakyat Kelantan seperti difitnahkan oleh mereka sebelum ini.

Penjelasa demi penjelasan pun mereka tidak akan terima oleh mereka yang sudah kehabisan isu untuk memenangi hati rakyat.


Sekurang-kurangnya isu minyak ini mungkin diharap dapat membius 'minda' rakyat Kelantan agar tidak sedar dan lupa isu anak dan menantu Nik Aziz yang menjawat jawatan dalam syarikat di bawah tadbir Kerajaan Negeri. Serta isu tajaan Umrah bernilai RM 65 k.

Melayu dikatakan mudah lupa tetapi hanya yang dah nyanyuk sahaja yang boleh lupa.

Melayu yang kuat imannya dan jernih mindanya tetap ingat satu persatu tindakan beliau yang telah mencemar maruah agama, bangsa dan negara kita...


Apa pandangan anda ?


Edisi Agama : Lagi blog hina Islam dan Sultan Johor !!!

Saya mendapat maklumat dari beberapa kawan blog yang menghina agama kita.

Saya harap pandangan sahabat apa perlu kita buat untuk menangani blog kurang ajar ini ...


Antaranya :





Masalahnya mereka bukan warga Malaysia. Ada sesiapa tahu cara terbaik hentikan blog mencaci agama kita ini ?



Juga ni ada satu lagi blog hina Sultan. Harap dapat kita dedahkan juga sikap kurang ajar 'mamat' ni di blog kita




Terima kasih kepada kawan2 yang beri maklumat menerusi Yahoo Messenger dan Email...



Jika anda ada info dan bahan untuk disiarkan bolehlah email atau YM saya di email Panglimaperangcyber@yahoo.com



Terima kasih sekali lagi...

Edisi Gempak : Gambar Aduka Taruna dan Bukti PAS di belakangnya !!!

Gambar Aduka Taruna ada di blog MalaysiaHeaven di sini :

http://malaysiaheaven.blogspot.com/2010/01/wajah-penghina-sultan.html

dan ia saya salin untuk disiarkan di sini




Bukan nak mengaibkan beliau tetapi sebagai iktibar kepada semua bahawa kita sebagai blogger perlu mengambil kira etika blogger yang tidak boleh melanggar batasan dan had yang ditetapkan.

Menulis pandangan peribadi sangat bagus tetapi menghina peribadi hingga ke peringkat Raja yang sudah meninggal dunia, adalah sangat tercela dan terkutuk sifatnya.

Meskipun Aduka Taruna menafikan terlibat dengan PAS tetapi siapa tidak tahu bahawa Aduka Taruna adalah blogger yang memang membantu PAS. Seperti ulasan sahabat saya Papagomo di sini



Beliau dikatakan membina blog kempen untuk Bagan Pinang bagi mengumpul sokongan untuk Pakatan Rakyat.

Juga lagi menarik berdasarkan ulasan Papagomo di link atas bahawa Aduka Taruna ada kaitan dengan Husam Musa.

Yang tidak saya sangka ialah blogger ini begitu lancang tulisannya menghina imam mazhab serta isteri dan sahabat Rasulullah s.a.w



Cuma kita kena fikir juga lebih dalam adakah permainan ini semua dirancang untuk menutup kes liwat Anwar Ibrahim ?

Kenapakah pelakon utama memesongkan mata rakyat semakin bertambah di saat kes liwat Anwar semakin dekat ?

Dulu tak ramai tetapi sekarang kita dikejutkan juga dengan tindakan 'pelakon terbaik' ( pada pandangan saya ) bernama Zulkifli Nordin yang menyerang rakannya dalam Pakatan Rakyat dengan membuat laporan polis terhadap Khalid Samad ?

Sebelum ni banyak kali beliau menjadi perhatian kerana nampak tidak bersetuju dengan beberapa orang dalam PR tetapi akhirnya rujuk kembali ?

Begitu juga pengumuman meletakkan jawatan oleh Timbalan Pengerusi PKR Pahang antara adegan 'drama' terbaru arahan Penasihat PKR ?

Adakah ia versi baru selepas kes di Sabah yang menyaksikan Dr Jeffry dan Christina Liew yang mengumumkan meletak jawatan, akhirya kembali ke pangkuan parti ?

Kehadiran ramai pelakon terbaik ini satu bukti bahawa Anwar sudah risau kes liwatnya tidak dapat ditangguhkan.

Anwar sudah menyuarakan ura ura ingin melantik Hj Hadi sebagai Ketua Pembangkang.

Jika Anwar ditahan maka tentu PR akan semakin lemah dan pasti ia akan hancur dan bakal menjadi sejarah yang tersimpan dalam muzium. Lantaran tokohnya yang paling berkaliber telah dibicara dua kali atas tuduhan liwat.


Nampak gayanya sejarah Parti Semangat 46 yang akhirnya kembali ke pangkuan UMNO akan kembali berulang !!!





24 Januari 2010

Edisi Hiburan : Maher Zain Penyanyi R&B Lahir dari Dunia Islam Yang Perlu Anda Kenali

Hiburan adalah fitrah.

Siapa tidak sukakan hiburan adalah tidak sihat fitrahnya.

Cuma cara berbeza menuju fitrah adalah kerana berbezanya akidah dan juga kepercayaan.


Sebelum ini kita sudah dihidangkan dengan hiburan segar dan bertaraf dunia oleh Sami Yusuf dan sekarang kita dikurniakan seorang lagi penyanyi yang hebat bernama Maher Zain.


Tidak lupa penyanyi Indonesia bernama Haddad Alwi yang giat menerbitkan lagu hiburan untuk mengisi fitrah manusia khasnya umat Islam dengan mesej yang sarat dengan ingatan kepada Allah, Nabi dan keluarga baginda.


Zaman ini manusia sudah sedar tidak ada hiburan yang mampu memuaskan 'syahwat' mereka kecuali hiburan yang mengembalikan ingatan kepada Pencipta Fitrah dan juga kepada Guru awal yang mengembalikan fitrah bangsa Arab dan manusia bernama Nabi Muhammad s.a.w.. Sebelum diteruskan zaman ini oleh para Ulama yang waris lagi bersih hati dan jiwa serta mulut mereka dari kekotoran dan kekejian.

Hiburan yang ada majoritinya tidak membawa ke arah pembinaan jiwa dan juga iman. Maka ia menjadi penyakit yang menambahkan lagi kerosakan dalam masyaraka. Sedangkan hiburan yang mengingatkan kita kepada Allah dan Nabi menjadi ubat membersihkan hati serta menjadi penawar kepada gejala sosial yang berlaku akibat dari jiwa yang dihuni oleh syaitan dan hantu.


Saya berharap promosi percuma ini dapat menambahkan lagi koleksi hiburan anda yang bukan sahaja bertaraf antarabangsa tetapi padat dengan mesej kepada Tuhan 'antara bangsa' yang patut menjadi sembahan semua ciptaan-Nya.


Saksikan video Maher Zain di bawah dan jika ingin mengenali lebih dekat siapa beliau boleh ke facebook beliau di sini http://www.facebook.com/MaherZain?v=wall.

Kisah beliau juga hebat dan ia ada di link ini http://www.facebook.com/MaherZain?v=info


Dalam hal ini terima kasih kepada isteri saya yang memperkenalkan penyanyi ini hingga membuatkan saya sudah 'jatuh cinta' dengan muzik dan suaranya.


Rentak lagu R&B versi Islam ini benar benar membawa kelainan dalam dunia hiburan.


Edisi Agama : Mari Contohi Sahabat Nabi Khatam Al Quran Seminggu Sekali !



Saya tertarik baca kitab Mauizatul Mukmin karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Ia diterjemah ke dalam bahasa Kebangsaan Malaysia dengan tajuk : Bimbingan untuk mencapai tingkat Mukmin.

Kenapa diletakkan 'tingkat' untuk mukmin ?

Kerana tingkat agama dimula dengan Islam, tingkat kedua ialah Iman dan tingkat terakhir ialah Ihsan. Iaitu menyembah Allah seperti melihatNYA. Sekiranya tidak mampu maka perlu menyakini diperhati oleh Allah

Pada bab membaca Al Quran diceritakan bahawa para sahabat khatam Al Quran seminggu sekali.

Saya terfikir betapa jauhnya kita dengan para sahabat Nabi. Sehelai sehari pun susah apatah lagi satu juzuk seminggu.

Imam Shafei r.a sendiri khatam Al Quran sekali sehari di dalam solat. Bayangkan betapa kuatnya mereka mendekati Allah dengan membaca al quran samada dalam solat atau di waktu rehat.

Perintah tidak dirasakan sebagai perintah bahkan ia dianggap sebagai tanda pengorbanan demi membuktikan kecintaan.

Kesimpulan saya dapat buat ialah kegemilangan Islam dulu terhasil apabila mereka begitu kuat mengamalkan ajaran dan perintah Allah. Dan keruntuhan Islam apabila kita meninggalkan al Quran dan Sunnah dalam diri kita.

Jangan kita tengok kepada "Kerajaan" atau "ahli Umno" sahaja dalam hal ini tetapi tengoklah diri sendiri apakah kita sudah praktikkan ajaran Al Quran ini dalam kehidupan ? Bak kata pepatah kuman di sebarang nampak tetapi gajah depan mata tak nampak. Setiap orang perlu muhasabah diri sendiri dan tidak menyalahkan orang lain untuk menutup aib diri.

Para Sahabat dan Ulama memang menjadi Al Quran rutin harian mereka.. Ayat dibaca dengan khusyuk kerana hati sudah jatuh cinta dengan Allah ; Pemilik Al Quran yang diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu mereka juga kuat berzikir dan berselawat ke atas Nabi.

Bayangkan Al Quran pun jika dilihat sahaja akan tetap mendapat pahala. Justeru jangan kerdilkan diri jika tidak dapat membacanya kerana pahala mendengar bacaan dan menatap turut diberikan.

Moga kita dapat menjadi pembaca Al Quran yang tenggelam dalam rindu dan asyik menatap satu persatu maknanya.

Jika semua kita mencintai al quran pasti masalah negara kita ini akan selesai. Perdamaian akan dapat dijana tanpa sebarang masalah lagi. Dan syaitan-syaitan bisu dan petah akan lari kepanasan dengan 'aura' Al Quran yang membakar musuh musuh Allah dan RasulNYA.

Ayuh kita mulakan baca Al Quran walaupun sepotong ayat sahaja setiap hari. Dan jangan benarkan Al Quran diperalatkan oleh Islam atau bukan Islam untuk tujuan politik mereka. Mulut yang ingin membaca al Quran perlu bersih dari kotoran arak, babi, dan fitnah.....


Nota : Pesan guru saya agar dibanyakkan hadiah fatihah kehadrat Nabi s.a.w dan para ulama solehin dengan niat menambahkan kecintaan kita kepada mereka.

Dengan dibaca Fatihah 3x dan Al Ikhlas 7 x kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan juga kepada para ulama dan orang soleh.

Ia ubat terbaik bagi membersihkan hati hati kita agar kekal berkasih sayang dan celik dalam menilai kebenaran dan juga kebatilan.


Waktu sekarang kita perlu tingkatkan kerohanian demi menjaga iman kita di saat dunia sedang menuju ke penghujung usianya ini.


Jika beriman pasti kita tidak membakar gereja atau rumah ibadat lain agama....

23 Januari 2010

Edisi Politik : Blogger Aduka Taruna Mohon Maaf Biadap Tetapi Sayang Sudah Terlambat !!!

Saya baru baca artikel Aduka Taruna mohon maaf atas komen biadapnya yang riuh diulas dalam alam siber ini.


Saya juga terbaca laporan polis sudah dibuat ke atas blogger ini oleh sahabat kita GAP seperti yang ditulis di sini



Tak silap saya sudah ada 83 komen di blog tersebut. Ada yang menulis :

Mussolini says

dah terlambat dah tindakan hang delete posting kurang ajaq hang tu...nasik dah jadi buboq

hehehe ingat boleh hapuskan bukti ka bila delete tu? toksah dok mimpi la.entah berapa ramai dah yang screeshot posting hat semalam tu

tunggu saja polis ketuk pintu rumah hang 3,4 hari lagi



Aduka Teruna Pengkhianat Bangsa! says

Terlajak kereta buleh diundur, terlajak kata memang binasa lah kau Aduka Taruna!

Lebih baik kau merayu disumbat dalam penjara sekarang daripada dibelasah separuh mati oleh Rakyat Tuanku Sultan Johor!


Anonymous says

ko kan slalu sangat hentam tok guru haji hadi..nih ko rasa la camner org hentam ko..mmg ko jenis mulut takda insuran..ni sebagai ingatan dan sempadan buat ko..agar ko slalu beringat slalu!!biasanya la..org yang slalu hentam tok guru ni hidup tak aman beb!!a lu pikir la sendiri..aku tak maafkan slagi ko tak mintak maaf ngan tok guru haji hadi awang!!!!makan la ko sumpah seranah masyarakat!!!




Boleh ke kita terima mohon maaf blogger 'celako' ni ????


Memang suka benar cari celako Panglima tengok blogger geng sana, yang sokong Tok Guru pen'celako' blogger merangkap Mursyidul Am PAS tu...


Adukataruna nampaknyaa sukar tidur malam ni. Akibat kesilapannya sendiri.


Yang menariknya dia siap berterima kasih kepada blogger Umno yang membantah tindakannya menulis penuh biadap tu.



Oh ye mana satu aduktaruna dalam gambar bawah ni ? anda tahu sila jawab hehe





Nak tahu apa diorang buat ?


klik sini http://adukataruna.blogspot.com/2009/12/gambar-adukataruna-topeng-perak-bakar.html





Edisi Agama : Dr Musdah Yang Menghalalkan Gay dan Lesbian Diiktiraf Musuh Islam

MusdahMulia

Oleh : Zulkarnain Zakaria

Barat nampaknya terus-menerus memberikan pengiktirafan tinggi kepada individu-individu yang memalukan Islam. Kalau sebelum ini mereka menjadikan Salman Rushdie (novelis The Satanic Verses), Aayan Hirsi Ali, wanita Islam Somalia yang telah murtad dan kini berlindung di Belanda serta Talisma Nasrin, penulis Bangladesh yang sedang bermastautin di Amerika Syarikat sebagai wira, kini mereka memberikan pengiktirafan pula kepada seorang lagi individu serupa.

Wirawati baru mereka itu ialah Profesor Dr. Siti Musdah Mulia, seorang pendukung liberal femenisme yang menyokong lesbian, gay serta homoseksual.
Pengiktirafan itu diterima oleh Dr. Siti Musdah pada 26 November lalu dari II Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 (Anugerah Antarabangsa Wanita 2009), yang diadakan di Saint Vincent, Itali.

Musdah Womenof the year
Prof. Dr. Siti Musdah Mulia sebagai Women of the Year 2009 pada Il Premio Internazionale La Donna Dell `Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009 di Saint-Vincent, Italia.

Dr. Siti Musdah menewaskan dua orang finalis lain, iaitu Aicha Ech Channa dari Maghribi dan Mary Akrami, Afghanistan. Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh 200 orang tetamu dan wartawan, manakala pihak Kedutaan Besar Indonesia di Rom diwakili oleh Wakil Presiden, Yuwono Agus Putranto.

Untuk rekod, Anugerah Antarabangsa Wanita 2009 itu dibentuk pada 1998 oleh Majlis Serantau Aosta Valley dengan kerjasama Kementerian Luar Itali, Aosta Valley dan Soroptimist International Club Valle d'Aosta. Penghargaan itu turut mendapat pengiktirafan Presiden Itali.

Ketiga-tiga finalis pula dipilih melalui saringan yang ketat daripada 36 orang calon dari 27 buah negara. Semua mereka adalah wanita dan dianggap telah memberikan sumbangan besar kepada wanita di negara masing-masing.

Aicha Ech Channa adalah pengasas Solidarite Femanine (SF) yang ditubuhkan pada 2002 untuk membantu ibu-ibu tunggal di Maghribi. Mary Akrami pula menjalankan pelbagai kegiatan amal untuk mewujudkan pusat-pusat perlindungan membantu wanita Afghanistan mendapatkan pelajaran, kemahiran serta kebolehan membuat keputusan.

Musdah IRI
Dr Musdah Mulia menghuraikan strategi menguasai pilihanraya Indonesia anjuran IRI (International Republican Institute), sebuah yayasan demokrasi, Amerika Syarikat.

Jadi, mengapa Dr. Siti Musdah, 51, dipilih sebagai pemenang, bukannya Aicha atau Mary? Inilah persoalannya. Secara ringkasnya, Dr. Siti Musdah merupakan seorang kaunselor dan penulis keagamaan yang terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Lembaga Agama dan Gender serta pernah menjadi Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Indonesia.

Selain itu, Dr. Siti Musdah adalah pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, Universiti Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta, juga Profesor Penyelidik di Institut Kajian Sains Indonesia sejak 2003.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, faktor utama yang sering kali diberikan perhatian oleh Barat untuk memilih pemenang adalah keberanian seseorang itu menentang aliran pemikiran umum serta tradisi. Tetapi, dalam konteks ini, apa yang dipertikaikan ialah, perkara yang ditentang oleh Dr. Siti Musdah adalah juga, antaranya sudah termaktub di dalam al-Quran dan hadis serta disepakati oleh jumhur ulama.

Antaranya, pada 2004 Dr. Musdah telah mengetuai perbincangan Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam yang kemudiannya mengeluarkan Counter Legal Draf - Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) dengan membuat resolusi bahawa:

* Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang.

* Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah.

* Masa 'iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa 'iddah laki-laki adalah 130 hari.

* Isteri juga boleh menjatuhkan talak.

* Bahagian warisan anak laki-laki dan anak perempuan adalah sama.

Ekoran itu Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan tegas menyelar draf ini sebagai bidaah (penyimpangan) dan taghyir (perubahan) dari hukum Islam. MUI juga menganggap CLD-KHI sebagai tindakan memanipulasi nas-nas al-Quran.

Tindakan Dr. Musdah dan gagasan CLD-KHI itu juga membuatkan Menteri Agama Indonesia ketika itu, Prof. Dr. H. Said Agiel Al Munawar mengecam Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam itu agar tidak lagi mengadakan seminar atau kegiatan serupa atas nama Tim Departemen Agama. Beliau juga mengarahkan semua draf CLD-KHI diserahkan kepada Menteri Agama RI.

Tidak habis di situ, Menteri Agama Republik Indonesia yang baru, Maftuh Basyuni kemudiannya segara membatalkan CLD-KHI pada 14 Februari 2005. Dr. Siti Musdah pula sebagai Ketua Tim Penyusun CLD-KHI dilarang menyebarluaskan idea tersebut.

MusdahIrshadManji
Musdah Mulia bersama Irshad Manji, seorang penulis Kanada yang mengkritik Islam yang beridolakan Salman Rushdie


Berhentikah Dr. Musdah? Tentu saja tidak. Beliau bersama kawan-kawannya dengan dibantu oleh The Asia Foundation, sebuah dana tajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mendukung gagasan liberalisme, terus menghebahkan idea liberalnya itu. Malah, Dr. musdah kemudian muncul bersama para penulis buku Fiqh Lintas Agama yang membawa idea bercanggah dengan kesepakatan jumhur ulama.

Pada September 2009, Dr. Siti Musdah muncul lagi sebagai salah seorang tokoh di Indonesia yang menyatakan sokongan supaya pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa diberikan kebenaran masuk ke Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem berjudulMenculik Miyabi.

Bagaimanapun, klimaks kepada pendirian liberal Dr. Musdah ialah apabila beliau mahu dihalalkan sesuatu yang sudah terang dan jelas diharamkan oleh Islam, iaitu homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay.

Keberanian Dr. Siti Musdah ini antara lainnya telah beliau nyatakan dalam sebuah perbincangan dengan aktivis-aktivis Islam Liberal Indonesia pada 31 Mac yang lalu di Jakarta. selesai perbincangan itu, Dr. Musdah sebagai ketuanya tampil dengan resolusi yang sangat mengejutkan iaitu: "Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama."

Musdah mulia1
Musdah Mulia bersama Paula Dobriansky, Timbalan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat. Ketika itu dia mendapat anugerah 'Internationa Women of Courage Award' dari Jabatan Negara, USA.
Musdah_mulia-WM-1b
Musdah Mulia bersama Condoleeza Rice, (ketika itu) Setiausaha Negara Amerika Syarikat


Pengharaman homoseksualiti, dakwa Dr. Musdah, sebenarnya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan, tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa.

"Bercakap tentang takwa, hanya Allah yang layak menghakiminya. Intipati ajaran Islam ialah memanusiakan manusia, hormat menghormati dan menjaga maruah mereka," tegas beliau.

Pandangan Dr. Musdah ini disokong oleh Pengarang Urusan majalah Mata Air, Soffa Ihsan. Soffa turut bersetuju homoseks, gay dan lesbian boleh diamalkan dengan alasan kepelbagaian dan kesamarataan, termasuk dalam soal seks. Untuk itu, kata Soffa, ijtihad baru mesti dilakukan supaya masyarakat tidak beku dalam pemikiran lapuk.

Anehnya, seorang wakil dari Nahdatul Ulama (NU), Nurofiah yang turut menyertai perbincangan itu juga menyatakan sokongannya kepada Dr. Musdah dan homoseksual. Ahli NU itu berhujah, homoseksual diharamkan hanya kerana ia dibantah oleh majoriti anggota masyarakat, bukannya oleh agama.

Seorang lagi peserta perbincangan tersebut pula mengatakan, atas dasar kepelbagaian itu tadi, Indonesia sendiri sebenarnya menerima homoseksualiti. Sebagai contoh, masyarakat Bissu di Makassar bukan setakat menerima homoseksual, malah meletakkan orang itu di tempat yang tinggi. Masyarakat Penorogo juga dikatakannya mengamalkan homoseksual.

Bagaimanapun, pandangan Dr. Musdah dan sahabat-sahabat liberalnya ini disanggah keras oleh golongan agama di Indonesia, terutamanya Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia. Pengerusi MUI, Amir Syarifuddin mengecam dengan berkata, "Ia berdosa. Kami bukan kata orang yang mengamalkan homoseks itu musuh, tetapi kami mahu mereka tahu apa yang mereka buat itu salah di sisi agama."

Pengerusi HIT, Rokhmat pula menggesa mereka yang mengamalkan homoseksual dan yang menyokong perlakuan itu supaya segera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Nahdatul Ulama Indonesia (NU), sebuah pertubuhan yang dianggotai Dr. Musdah turut menjauhkan diri daripada tokoh femenisme berfikiran liberal itu. Pemimpinnya, Abdullah Syamsul Ariffin menempelak dengan berkata, memang Dr. Musdah ahli NU, namun ideanya itu tidak sejalan dan tidak dipersetujui oleh NU. "Soal pemikiran memang hak setiap orang. Jadi dia memiliki pemikiran seperti itu merupakan hak dia," kata Abdullah.

Melihat kepada kelantangan Dr. Siti Musdah itu, Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Dr. Adian Husaini pula tanpa ragu-ragu mengatakan wanita itu memang 'berani'. "Dr. Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversi dan mengejutkan banyak pihak."

'Berani' yang dimaksudkan oleh Adian bukanlah berani menyatakan kebenaran untuk menghancurkan kebatilan atau kezaliman, tetapi berani mengubah-ubah hukum Islam sambil menganggap dirinya sebagai mujtahid.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pelbagai penghargaan telah diraih oleh Dr. Musdah atas besarnya 'sumbangan serta keberanian melawan pemikiran tradisi.'

AnwarParlimenReligous
Musdah Mulia (tengah) bersama Anwar Ibrahim dalam program Parlimen Agama Dunia (The Parliament of World's Religions), di Melborne, Australia pada 4-5 Disember 2009.


Untuk pengetahuan anda, sebelum penghargaan dari Itali ini, Dr. Musdah pernah menerima Anugerah Wanita Gigih Antarabangsa pada 7 Mac 2007, dari kerajaan Amerika Syarikat. Majlis penganugerahan itu dilakukan sendiri oleh Menteri Luar AS ketika itu, Condolezza Rice di pejabat Kementerian Luar AS, Washington DC.

Apa yang menarik, Dr. Musdah memberitahu, dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk menguruskan visa dan terbang ke negara berkenaan, dan semuanya dapat dibereskan dengan mudah.

Dr. Musdah sememangnya seorang yang berani. Jika tidak berani, tidak mungkin sejurus selepas menerima anugerah II Premio Internazionale La Donna dell 'Anno Year 2009, beliau memberitahu sebuah akhbar Itali bahawa, "Aku tidak takut orang-orang yang menghalangi pekerjaan aku."

Sedikit lagi fakta ringkas Dr. Siti Musdah Mulia

Lahir di Bone, Sulawesi Selatan pada 3 Mac 1958. Beliau adalah Pengerusi Persidangan Agama Untuk Keamanan Indonesia sejak 2007, iaitu sebuah NGO yang mempromosi dialog antara agama, pluralisme dan demokrasi bagi tujuan keamanan.

Dr. Musdah juga merupakan Penasihat Kanan kepada Menteri Hal Ehwal Agama (1999-2007) dan melalui institusi itu, serta atas kapasitinya sebagai Kordinator Pasukan Pemerdanaan Gender, pada 2004 beliau melancarkan The Counter Legal Draf-Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) yang mencetuskan kontroversi itu.

Selain itu, Dr. Musdah adalah Ketua Bahagian Penyelidik Majlis Ulama Indonesia (MUI) mulai 2000-2005 serta fellow pelawat kepada pelbagai universiti. Sehingga kini beliau telah menulis pelbagai buku, antaranya Muslimah Reformis, Islam Mengkritik Poligami sertaIslam dan Inspirasi Kesamaan Gender.

sumber Al Islam, Februari 2010


sumber : AIDC

Cari Blog Ini

Translate