Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2011

Ceramah PAS oleh Ketua Penerangannya Hambar di Merlimau !!!


Lokasi Ceramah : Kg Chincin 27 Feb 2011 

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad telah datang berceramah dengan Dr Mujahid Rawa di Kg Chincin,Merlimau semalam. Nama besar dalam PAS yang diundang dengan harapan untuk menarik khalayak khasnya pengundi Merlimau untuk hadir, rupanya tidak seperti jangkaan.

Lihat gambar bagaimana kehadiran yang sangat tidak memberansangkan jelas menunjukkan bagaimana kekuatan PAS hari ini khasnya Merlimau.

Inilah bukti bagaimana sokongan Melayu semakin hilang kepada PAS. Melayu sakit hati melihat saudara mereka di Pulau Pinang dan Selangor ditindas tanpa peri kemanusiaan seperti di link bawah

http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/video-peniaga-melayu-ditindas-regim.html


Maka apa kata PAS sediakan sahaja 'keranda' kerana mereka sedang dibunuh dalam diam oleh kawan baik mereka yang liberal dan anti Islam.

Racun 'arsenik' akan membunuh kekuatan PAS dan tidak  mustahil dalam PRU 13 PKR DAP yang akan menjadi parti paling banyak menerima undi khasnya Cina dan India berbanding PAS.

Selamat tinggal Hj Hadi dan Nik Aziz, perjuangan yang menolak saranan Al Quran agar tidak berkawan dengan musuh Islam telah memakan diri mereka sendiri...

Kerana itu PAS semakin layu dari hari ke hari tanpa Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim di sisi.



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Jawapan Panas Abang Calon BN Kerdau Terhadap FItnah Jahat PAS !!!




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Pengarah SPR Pahang meninggal dunia petang ini kerana serangan jantung - Al Fatihah

RM0.UM.28/02: Pengarah SPR Pahang, Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital  Sultan Ahmad Shah di sini petang ini kerana serangan jantung.

Utusan Malaysia

Video Imam Masjid Kuala Tekal Akui PAS Ditolak Di Kerdau !!!




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Betul Ke Ada Menteri Gay dari Johor ni ?


Blog Anuar Reform ada menulis :


Laman Pro UMNO – dengan capaian http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/gay-minister-in-cabinet-and-johorean.html membuat tuduhan bahawa ada Menteri dari Johor dalam kabinet Najib seorang “gay”.
Beliau memaparkan gambar yang dihitamkan muka. Namun sekiranya kita google gambar Hishammuddin – gambar yang dipamerkan laman web ini – yang dihitamkan adalah sama dengan gambar yang pernah keluar di www.malaysiakini.com – pada 13 hb Mac 2010 capaian http://www.malaysiakini.com/news/126439
Adakah laman ini sebenarnya menuduh Hishammuddin sebagai seorang menteri GAY. Tuduhan yang amat serius tanpa bukti. Sungguhpun gambar yang dipamerkan oleh penyelia laman ini dihitamkan tetapi melihat gambar asal yang terpapar di Internet menjadikan ianya tuduhan yang serius. Isu sebegini tidak sepatutnya dimainkan. Laman ini dalam artikel tersebut merujuk bahawa Dr Mahathir membuat ahli kabinetnya Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam tuduhan seks luar tabii dan menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim juga terbabit dalam kes liwat kedua bertanya, sama ada Najib akan mengambil tindakan serupa – menyingkir menteri dari Johor yang dikatanya GAY. Nilai peranan laman blog sekarang ini khususnya laman ini yang dikatakan mempunyai hits yang amat tinggi.

Panglima : kadang kala manusia akan buat silap. Maka jangan bongkak untuk akui kesilapan. Tetapi jika ini bukan silap tetapi permainan silap mata untuk mencapai matlamat tidak baik maka kita kena pandang serius isu ini. Panglima tidak mahu ada orang 'tikam dari belakang' macam dot dot yang tikam Saiful Bukhari hingga menimbulkan penderitaan mental akibat diaibkan. Fitnah lebih bahaya dari membunuh !!!

Harap hentikan kesilapan dan mari kita bersatu hati menyerang pembangkang sambil membetulkan keadaan dalaman agar tidak ada mudarat di masa hadapan. Insya Allah !

Hari ini dapat cuti ke Merlimau dan sesiapa ada di sana jom kita jumpa !!!


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Catatan Perjalanan Ke Kerdau - Kampung asal Calon BN Kuala Tekal Bersama DS Zahid Hamidi


Semalam Panglima berkesempatan berkunjung ke Kerdau. Sebagai blogger separuh masa maka peluang diajak rakan blogger ke Kerdau tidak dilepaskan begitu sahaja. Lokasi pertama kami singgah di kedai kopi Idham Hj Sham bertentangan dengan markas PAS Pekan Kerdau.Masakan ikan patin di sana sangat sedap dan perlu dicuba jika berkesempatan ke sana.


Pada awalnya kami merancang ke majlis PM namun ramai rakan blogger yang sudah pergi ke sana maka tindakan mengubah arah perjalanan dibuat oleh 'pilot' kereta kami. Akhirnya sampailah kami di Kg Kuala Tekal dan Kg Lipat Kajang untuk bersama majlis  DS Zahid Hamidi.

Sesi Pertama di Kg Kuala Tekal kami berkesempatan menemuramah Bapa Saudara Calon BN Kerdau bernama Syed Mahmud Syed Ahmad semasa solat Zohor di masjid kampung tersebut. Pertemuan tidak diduga selepas solat berimamkan beliau telah digunakan untuk mendapatkan pandangannya terhadap anak saudara beliau iaitu Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad calon BN Kerdau.

Katanya beliau berharap anak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad akan menjadi bakal Wakil Rakyat Kerdau kerana ketokohannya sebagai ahli agama yang telah lama menjadi pegawai khas Menteri Besar Pahang.

Beliau turut menyifatkan Umno ibarat abang kepada PAS yang disifatkan sebagai adik. Semenjak Merdeka hingga sekarang penduduk Kerdau tetap setia memilih Barisan Nasional yang jelas mampu memberi kebaikan kepada rakyat. Katanya jika nak pilih parti kena pilih yang mampu membantu rakyat. Jawatan beliau ialah Imam I Masjid Kg Kuala Tekal seperti gambar di bawah. Beliau turut hadir dalam majlis bersama DS Zahid (gambar bawah kiri sekali) Video DS Zahid mengulas lawatannya ke Turki akan dikeluarkan seketika nanti. Nantikan video yang akan diterbitkan beberapa ketika nanti.

Kami juga sempat menemuramah dengan abang Calon Kerdau iaitu Syed Agil Syed Ahmad,62 tahun bekas Komando Regimen 22 satu ketika dulu. Video beliau akan dikeluarkan seketika nanti yang 'panas' dengan kemarahan beliau terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap adiknya yang dikatakan tidak memiliki sijil Al Azhar. Liputan majlis Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi bersama penduduk kampung tersebut turut dibuat yang mana mereka sangat  gembira dengan pertemuan tersebut. Berbagai permasalahan telah diselesaikan dengan berkat kunjungan DS Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan. Sesi berlangsung dengan penuh ceria dan gembira.



Kebanyakan penduduk kampung Kuala Tekal kebanyakannya adalah sanak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad Calon BN. Semasa majlis tersebut mereka berikrar untuk memastikan undi total kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad pada pengundian 6 Mac 2011 nanti.



Seterusnya pertemuan kedua dengan penduduk kampung Lipat Kajang turut diadakan. Pada awalnya DS Zahid telah menjelajah kampung sambil menunggang motor diiringi penduduk. Selepas itu beliau dihidangkan minum petang oleh penduduk setempat.

Sesi soaljawab wartawan dan blogger dengan DS Zahid Hamidi turut diadakan di sana dalam keadaan santai sambil minum petang.

Antaranya tentang isu-isu semasa seperti dakwaan PM tuduh Ikhwanulmuslimin ada kaitan dengan militan yang tidak benar sama sekali, tuduhan liar Tony Pua tentang isu pembelian kapal perang TLDM dan isu PTPTN.  Video jawapan beliau boleh dilihat di sini http://www.facebook.com/  Ia juga akan  diceritakan panjang lebar dalam  siri II nanti.


kemaskini terakhir : Jam 10.32 pagi 28.2.2011


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

27 Februari 2011

Nik Aziz Biadap - Tidak Hormat AJK Masjid Untuk Berucap !!!





Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Calon PAS Merlimau Sah Lupa Diri - Borang Pencalonan Beralamat Kuarters Kerajaan !!!


  1. Pertama sekali tahniah kepada rakan The Unspinners yang berjaya membongkar gejala Melayu Mudah Lupa pada calon PAS di Merlimau. Link sini http://theunspinners.blogspot.com/ 
  2. Orang lupa diri tidak mustahil boleh lupakan sesiapa yang mengundinya.
  3. Anjing disifatkan tidak lupa kepada jasa baik tuannya dan adakah sifat mulia anjing tidak ada pada penyokong PAS yang berteduh di rumah Kerajaan dan melawan kerajaan wakil parti pembangkang ?
  4. Ingatan saya satu sahaja : orang tidak kenang budi jangan diberi undi. Takut kita ditinggalkan selepas berikan undi kepadanya. 
  5. Oh ye, sejak bila PAS PKR DAP kenang budi ? Lupa pulak...I'm sorry !!!


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Calon Bn Tunjuk Sijil Bukti Pas Fitnah - Malaysiakini

Berita klik sini

http://m.malaysiakini.com/news/157099

Isu dakwaan calon BN tidak memiliki sijil Al Azhar selesai selepas beliau menunjukkan sijilnya kepada media semalam.

Katanya: "Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh selepas penamaan calon semalam.

Pas yang malu dengan fitnahnya telah menuduh Umno yang mencipta fitnah tersebut.

Jika benar ia adalah fitnah Umno kenapa Malaysiakini tidak beritakannya? Atau menyebut tentangnya?

sedang semua tahu fitnah ini angkara Pas yang sengaja mencipta fitnah sijil selepas calonnya sebelum ini di Tenang turut terkena serangan sijil Spm yang menjadi modal dan ternyata benar bukan fitnah.

Pas dah sumbang langkahnya dan kini terpaksa menghitung hari untuk dihukum sekali lagi di negeri pejuang alif ba ta Pendekar Mat Kilau.

Dalam hal ini Anwar dan DAP pasti akan gembira mendengarkan kekalahan Pas di Kerdau akan dapat menyekat Pas dari menerajui Pakatan pada Pru akan datang.

Musuh Islam tidak pernah berhenti dendam mereka kepada kita semua.  Mereka menggunakan taktik 'mendekati musuh untuk menikam dari belakang'

Sebab itu Allah larang umat Islam berkawan dengan DAP !

Watch "It's Roslan vs Yuhaizad in Merlimau" on YouTube - The Star

http://www.youtube.com/watch?feature=youtube_gdata_player&v=U5SCwJvZpjE

26 Februari 2011

PRK Merlimau Satu Lawan Satu

RM0.UM.26/02: PRK DUN Merlimau: Pertandingan 1 lawan 1 juga; SPR umum calon BN, Roslan Ahmad & calon Pas, Yuhaizad Abdullah sah untuk bertanding 6 Mac

Utusan Malaysia

24 Februari 2011

Live : Gambar Jenazah Allahyarham Datuk Ilani Isahak Dibawa Ke Bukit Kiara Untuk Disemadikan !!!

50jlr.jpg
gambar : rakan panglima wartawan Agenda Daily @ayathelme




Allahyarham Datuk Ilani Isahak
Allahyarham Datuk Ilani Isahak
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak, 57, meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Allahyarham yang akan menyambut hari lahir ke-58 bulan depan dilaporkan menghidap kanser.
Jenayah Allahyarham dilaporkan akan dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini.




Ilani pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan selama dua penggal bermula 1990 hingga 1999 atas tiket Parti Semangat 46.


Berita Harian







Info tambahan untuk jentera Kempen PRK KERDAU dan MERLIMAU :

Info Negara Islam (hrp sebarkan) ulama’ memfokuskan takrifan negara Islam kepada; “kekuasaan orang-orang Islam ke atas negara dan keamanan yang mereka kecapi di dalamnya”. Iaitu mereka tidak menyebutkan tentang “penegakan/perlaksanaan Syari’at atau undang-undang Islam” dalam takrif mereka.

Antara ulama’ yang selalu dirujuk dengan takrifan sebegini ialah Imam Muhammad bin Abi Sahl as-Sarakhsi, Syeikh Muhamman Abu Zuhrah, Dr. Said Ramadhan al-Buti dan beberapa lagi.





Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Al Fatihah : Anak Syed Ahmad Sah Meninggal Dunia Semasa Solat Semalam !!!



Hari ini diperkata tentang anak Syed Ahmad telah meninggal dunia selepas seorang Syed juga anak kepada Syed Ahmad yang lain di Kerdau bernama Syed Ibrahim telah dipilih Allah menjadi calon Barisan Nasional. 





gambar Berita Harian


Apa yang hendak dikaitkan di sini keturunan Syed di atas telah meninggal dalam keadaan amat baik ketika  bersolat semasa menjalani latihan PLKN yang baik kepada pembentukan dirinya.  
Berita sini http://www.bom321.com/ 


Sama juga dengan Calon BN berlulusan Al Azhar bernama Syed Ibrahim Syed Ahmad tersebut sangat sesuai mewakili rakyat dengan harapan anak mukim dan kawasan beliau akan kuat amalan kerohanian. 


Meskipun sudah mula difitnah oleh Pakatan Rosak dengan dakwaan tiada sijil dari Al Azhar.


Dan seorang Syed juga akan menyokong dan berjuang untuk perkara yang baik. Meskipun masih ada juga beberapa orang keturunan Syed yang gagal menghayati maksud perjuangan Nabi sehingga menyokong Pakatan yang menindas orang Melayu, menghina Islam serta meliberalkan agama termasuk kalimah Allah.


Keturunan Nabi sebenar sesekali tidak akan sokong Pluralisme yang mengakui semua agama benar, mereka juga akan menolak peliwat atau penjenayah, atau penipu atau penfitnah.


Patutlah anak Nabi Nuh tidak dianggap keluarga baginda lantara tidak mengikut perjuangan ayahandanya menegakkan agama Allah sehingga karam ditelan banjir.


Sebentar tadi semasa mencari kisah ulama meninggal dalam keadaan solat maka Panglima terjumpa kisah oleh ahli motivasi Ustaz Pahrol Mohd Juoi tentang keadaan orang soleh yang meninggal dalam solat.


Terasa gelombang dan aura 'sedih' dalam tulisannya !!! tulisannya ada di sini http://genta-rasa.com/ 


Dalam banyak yang mati hari ini, Panglima merasa sangat sedih bila umat Islam mati tanpa sebab munasabah di Libya. Ia dilapor oleh Berita Agensi Barat yang dikatakan telah mencecah 1000 orang.


Benar atau tidak Wallahu A'lam.


Terfikir juga adakah kita mahu mati dalam keadaan sebagai 'pengkhianat' atau 'pemberontak' atau lebih dikenali dengan gelaran Bughoh dalam fekah ???


Jangan kita terima fatwa Yusuf Qaradawi bahawa SYAHID jika mati lawan pemerintah. Begitu juga perintah agar dibunuh pemerintah Libya oleh ulama tersebut.


Kenaikan harga minyak hari ini dan kejatuhan saham dunia khasnya Asia adalah disebabkan permainan BARAT ANTI ISLAM yang mahu menyekat kebangkitan ASIA sebagai kuasa ekonomi atau paksi baru dunia. 


Mereka juga mahu menyekat pembangunan negara pengeluar minyak yang kebanyakannya adalah ISLAM dan SAUDARA SEAGAMA kita. Minyak naik, inflasi naik, harga barang naik dan akhir sekali RAKYAT NAIK MINYAK !


Bila negara huru-hara mereka akan naikkan proksi kesukaan mereka dan akan berlakulah penjajahan baru tanpa rakyat dan umat Islam sedar.


Ingat balik bagaimana disebabkan hasutan maka  tiga Khalifah yang juga Sahabat dan dua Cucunda Rasulullah saw telah dibunuh dengan kejam angkara munafiq dalam Islam. 



Artikel berkaitan sila tengok di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/ 



IJMAK ULAMA tidak pernah mengakui mendapat syahid melawan pemerintah. 


Bahkan hukuman mati boleh dikenakan kepada sesiapa yang memberontak. 


Jika nak berpegang kena tengok IJMAK ULAMA baru boleh dijadikan sandaran !!!


Sebab itu Panglima sebenarnya tidak suka dengan Yusuf Al Qaradawi yang tidak jelas pendirian beliau dan tidak diterima dengan IJMAK oleh ulama Islam di akhir zaman ini.


Pelik Al Jazeera sangat suka memetik fatwa beliau...


Mari kita berdoa umat Islam akhir zaman kembali bersatu atas kebenaran !!!




Jom kita kenali keturunan Nabi Ahlu Bait calon BN di Kerdau 








BIODATA CALON (info BLOG PRK KERDAU)

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim





Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

PAS Tempah Nahas Bila Fitnah Syed Ibrahim Penipu Tiada Sijil Al Azhar !!!

TEMERLOH 23 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.
“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.
“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.



23 Februari 2011

Video Pengumuman Calon BN di Kerdau dan Merlimau - Saksikan !!!

KERDAU




MERLIMAU




Lihat juga 'Bala Tentera' BN Yang Akan Menyerang di Merlimau !!!




Apa Kata PAS PKR Tarik Diri ???



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Calon BN di Merlimau Encik Roslan Ahmad - Jom Tengok

  Laporandan gambar oleh Berita Harian :

Roslan Ahmad, 44, Pengurus Perbadanan Melaka Holdings (PMH), dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. 







Gambar Eizwan Abdullah



Gambar TPM disambut rakyat di Merlimau, Melaka.


Gambar Eizwan Abdullah


Biodata dan wawancara Agenda Daily dengan Calon BN klik sini

http://www.agendadaily.com/



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

DNA Dalam atau Luar Dubur Yang Penting Wahai Anwar Ibrahim ?

DNA : Mimpi Ngeri Anwar Telah Bermula


Anwar Ibrahim kini kian resah dengan perkembangan kes liwatnya, maka diarahkan Malaysiakini [klik di sini] untuk melaporkan cerita yang tidak betul berkaitan kes liwatnya, dan ia disambut oleh kesemua media yang ada hubungan dengan orang yang dikatakan oleh bekas Presiden ABIM peneraju gerakan pluralism agama di Malaysia itu.

Isu yang dibangkitkan oleh Malaysiakini dan beberapa media sekutunya ialah kemunculan 10 tompok DNA berbeza berhampiran punggung termasuk kewujudan DNA Mohd Saiful Bukhari sendiri.



Kehilangan Pelajar UM Calon Pro-Pembangkang Angkara PAS ?


Misteri Masturah Balik Kampus Terbongkar


Rupa-rupanya misteri yang memukau pengundi tentang cerita Masturah hilang balik rumah akhirnya makin terungkai. Kegelisahan pengundi di Universiti Malaya tentang misteri Masturah semakin terjawab. Setelah menemui akaun Umkini yang dimiliki Masturah menghantar dua email kepada NetKL, rupa-rupanya emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (baca sini). Tentunya emak Masturah ini orang kuat dalam politik. Memang benar, emak Masturah adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor bagi sesi 2009/2011 (baca sini).


22 Februari 2011

Live : Calon BN di Kerdau Diumum TPM - Syed Ibrahim Syed Ahmad !!!


gambar dari twitter @FahrizalHasan



Syed Ibrahim diumum sebagai calon BN DUN Kerdau


22/02/2011 6:04pm



TEMERLOH 22 Feb. - Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan 
Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. - Utusan




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Perhatian : Kerajaan Berjaya Ringan Beban Tol Kita

Salam semua sahabat dan rakyat Malaysia.
Ini sedikit bahan menarik tentang keperihatinan negara kita terhadap rakyatnya.
Mula 18 Feb 2011 pengguna Lebuhraya Baru Pantai (NPE) mula membayar RM1 berbanding RM 1.60 setiap kali transaksi.
Ini bermakna rakyat dapat jimat RM 1.20 sehari atau RM 37.20 sebulan atau RM 446.40 setahun jika menggunakannya untuk pergi dan balik setiap sebulan.


Kemaskini - Gempar : Bukti Nik Aziz Pun Baca Utusan !



Jika ahli Pas mengagungkan Nik Aziz sebagai tok guru mereka maka mereka kena contohi Nik Aziz. 

Beliau tetap baca akhbar yang mengkritiknya dan ia satu sikap yang boleh dicontohi ahli Pas dan Pakatan Rakyat amnya. 

Kata-kata musuh adalah ubat kepada kekurangan diri kita. 

Soal Nik Aziz atau pengikutnya nak terima atau tolak kritikan soal kedua. 

Yang penting bacalah dahulu komen lawan atau musuh kita. 

PM sendiri senyum membaca kritikan nakal di fb dan twitter beliau. 

Apa komen Anwar tengok Nik Aziz baca Utusan Malaysia ? 


 Sent from my iPhone

Keputusan Pilihanraya Kampus - Pembangkang Dominasi Lembah Klang

Huraiannya sila ke blog kawan Panglima

http://anginperubahan.blogspot.com/2011/02/pelajar-pro-pembangkang-kuasai-um-dan.html

Meskipun menang tetapi hanya yang berada di Lembah Klang iaitu UKM UM UNISEL KUIS UIA sahaja yang mampu dikuasai pembangkang.

Ini bermakna majoriti kampus masih faham dasar negara dan yakin kepimpinan pemimpin kita.


Majoriti masih mengatasi minoriti. Alhamdulillah !


Di saat itu adakah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi masih lagi nak bela pelajar biar berpolitik di PRK atau PRU???


Kupasannya klik link ini

http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/apa-motif-timbalan-menteri-kpt.html



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

21 Februari 2011

Apa Motif Timbalan Menteri KPT Saifuddin Abdullah Dicalon Ganti Menteri Khaled Nordin oleh GAMIS ?

Saya tidak mahu sebenarnya untuk menulis tentang perkara ini memandangkan ia melibatkan seorang pemimpin dalam barisan Kabinet negara kita. 

Menyentuh tentang pemimpin BN adalah perkara sangat jarang saya amalkan. Tetapi saya menulis bukan untuk mempertahankan mereka atau parti BN tetapi demi Agama Bangsa dan Negara.

Maka tulisan ini dihasilkan untuk melihat dan mengkaji perkataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang pernah menjadi orang besar (klik sini) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) satu ketika dulu. Tulisan beliau dimuatkan di sini http://www.saifuddinabdullah.com.my/artikel_220708_bharian.html

Antaranya yang ditulis :
Akhirnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda. Khamis lalu (17 Julai 2008), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin telah membentangkan cadangan meminda akta ini di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama dan bakal dibahaskan dalam sidang Ogos ini.

Ini bermakna bahawa perjuangan meminda akta ini yang digerakkan, misalnya, oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), iaitu organisasi paling konsisten dalam hal ini, hampir berhasil.   

Saya turut terlibat dalam perjuangan meminda akta ini sejak menjadi aktivis mahasiswa di Universiti Malaya pada 1981. Saya juga pernah menjadi mangsanya pada 1984. Saya berasa lega kerana ketika berada dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini, ia bersetuju memindanya.

Kali terakhir saya mencadangkan pindaan akta ini ialah dalam kolum saya (“Perspektif”) di akhbar ini iaitu ketika mengulas perjalanan pilihan raya kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2007/2008 pada Oktober tahun lalu. Saya telah menyoal kewujudan pengundi hantu dan tempoh penamaan calon terpaksa dilanjutkan di dua buah IPTA.


Tulisnya lagi : 

Mereka juga mengatakan AUKU perlu untuk mengawal mahasiswa daripada berpolitik. Alasannya kerana tugas mahasiswa adalah belajar. Kalau hendak berpolitik, tunggulah selepas tamat belajar. Hujah ini berlandaskan faham politik yang sempit dan tidak memahami bahawa politik itu luas, iaitu termasuk pendidikan politik, isu politik, politik non-partisan dan sebagainya.


Seterusnya di perenggan lain beliau menulis :

Hakikatnya ialah AUKU melesukan gerakan mahasiswa. Pada pertengahan tahun 70-an, ramai aktivis mahasiswa ditahan yang menyebabkan sebahagian gerakan mahasiswa lumpuh seketika. Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) terkubur. PKPIM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tinggal anggota bukan mahasiswa. Majlis Belia Malaysia (MBM) terputus jembatannya dengan kampus. 

Banyak tulisan, misalnya oleh Baharudin Ali Masrom dan Zainah Anwar, telah membincangkan kesan-kesan buruk AUKU, seperti meluasnya “budaya takut” dan sikap “tidak apa” di kampus. Manakala Idris Ahmad dan Ahmad Fadzil Yusof menyorot ketidakadilan layanan terhadap kehadiran parti-parti politik di kampus dan tindakan keterlaluan terhadap beberapa orang mahasiswa yang kononnya didapati bersalah.  

Dalam tulisan tersebut ada dicatatkan juga nama pengasas Sister In Islam iaitu Zainah Anwar dan Idris Ahmad yang tidak silap ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

Adakah beliau juga mempunyai kecenderungan seperti SIS yang suka perkara kontroversi dan juga 'luar tabie' sifatnya dalam  sesuatu isu atau seperti PAS yang suka tolak perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. 

Mahu kenal Zainah Anwar sila klik sini http://en.wikipedia.org/wiki/Zainah_Anwar dan Idris Ahmad di sini http://idrisahmad.wordpress.com/

Selepas dipinda beliau sekali lagi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pindaan AUKU seperti yang disiar di sini http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/2010/04/saya-tidak-berpuas-hati-terhadap-auku.html 

“Sebenarnya AUKU ini sudah 1 tahun 2 bulan digazetkan kepada AUKU pindaan baru, tapi saya pun tidak berpuas hati sepenuhnya terhadap pindaan yang ada.” Katanya.

Bagi orang mahu popular barangkali boleh menggunakan isu kontroversi untuk cepat dikenali. Tetapi masalahnya adakah popular itu lebih penting atau kepentingan lain khasnya kesepakatan antara anggota Kabinet agar tidak bercanggah satu sama lain?

Saya terfikir juga adakah Saifuddin Abdullah masih lagi ada hubungan dengan persatuan pro pembangkang yang sudah mencecah usia 50 tahun ini ? 

Maka jawapannya ada di laman beliau yang baru sahaja merasmikan program PKPIM pada 29 Jan 2011 yang lalu di link ini http://www.saifuddinabdullah.com.my/ 

Hari ini saya terkejut apabila beliau telah dicadangkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) untuk mengganti Khaled Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Satu perkara yang jarang dibuat oleh sebuat NGO yang pro kepada pembangkang. Link anda boleh baca di sini http://www.harakahdaily.net/ 

Adakah kenyataan beliau menyokong AUKU yang diperjuangkan PKPIM dan menerima memorandum GAMIS untuk memansuhkannya adalah sesuatu yang biasa sebagai Timbalan Menteri atau luar tabi'e? Atau ia adalah pendirian beliau untuk menarik sokongan mahasiswa hingga dicalonkan untuk  ganti Menteri Pengajian Tinggi ?

Sebelum ini GAMIS pernah menyerahkan memo minta dimansuh akta AUKU di bawah yang disalin dari laman web beliau :



Ingatkan Panglima seorang sahaja berasa pelik dengan Timbalan Menteri ini tetapi kawan di ISUHOT turut menulis tentang Timbalan Menteri kita ini di sini http://www.isuhot.com/?p=2040 dengan tajuk 'adakah Saifuddin Abdullah Trojan Horse PKR ? 

Blog tersebut mengkritik tindakan Saifuddin yang menelefon polis meminta dibebaskan pelajar pro pembangkang yang datang berkempen di GALAS. 

Dulu negara kita pernah heboh beliau mengkritik Ustaz Zamihan Al Ghari tentang dakwaannya bahawa Presiden PAS dan juga Mufti Perlis ada kaitan dengan wahabi. Adakah beliau juga seorang Islam Liberal pro Wahabi ? Link tersebut anda boleh jumpa di sini http://www.themalaysianinsider.com/  

Kes di atas jelas menunjukkan kecelaruan minda seorang Timbalan Menteri yang sanggup keluarkan kenyataan menghina penjawat awam Ustaz Zamihan yang merupakan Penolong Pengarah JAKIM dan menuduh taklimat beliau kepada pihak keselamatan bercampur dendam peribadi ?

Dengar khabarnya di kawasan beliau di Temerloh ada juga masalah yang berlaku menurut info rakan Panglima yang boleh dipercayai. 

Harap ada Penasihat PM menyedari perkara ini. 

Terfikir juga adakah ini 'pukulan terakhir' sebelum digugurkan atau percubaan mencari sokongan di pihak pembangkang ?



Bagi Panglima, orang macam ini perlu diberi perhatian khusus atau 'dipulihkan' dari kecelaruan mindanya !!!


Wallahu A'lam.

Nur Muhammad oleh Habib Hassan Al Attas



Rakaman di atas dibuat oleh Panglima semasa menghadiri malam kemuncak sambutan Maulidur Rasul di Jenderam Dengkil pada 19 Feb 2011 Sabtu malam Ahad.

Diharapkan video ini dapat menambah ilmu agama kita Insya Allah kerana topik tersebut jarang dapat dihuraikan dengan baik dan teratur oleh orang alim biasa.

Apatah lagi untuk difahami oleh orang awam seperti kita.

Penjelasan sangat hebat lagi mantap oleh Ulama Terkenal Malaysia iaitu Syeikh Dr Uthman El Muhammady tentang topik Nur Muhammad yang disesatkan kebenarannya oleh Ulama Wahabi ada di sini

http://traditionalislam.tripod.com/Nur_Muhammad.htm




Dr Uthman ketika seminar Meja Bulat 1Malaysia anjuran JAKIM

Kenali Dr Uthman El Muhammady klik sini 


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

19 Februari 2011

Updated : Live from Jenderam : Sambutan Maulidur Rasul 1432 H

  
Panglima telah berkesempatan menghadiri majlis sambutan Maulidurrasul di Yayasan Al-Jenderami Dengkil semalam.

Program 'Grand Festival Maulid Al Mubarak Al Jenderami' bertemakan 'Kelahiran Rasulullah Kegembiraan Ummah' diadakan selama tiga hari dari 17 - 19 Feb 2011.

Ia kali ke-11 dianjurkan seiring usia penubuhan yayasan tersebut. 


Atur cara program yang dibuat ada di laman web Yayasan Al Jenderami di sini http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/


Puluhan Ulama dalam dan luar negara golongan Ahli Bait Nabi saw hadir.

Seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Mekkah dan Kemboja.


Antaranya :


Syaikh Al Habib Hassan Muhammad al Attas dari Masjid Ba alawi Singapura


Tengku Mohd Fouzy b. Tengku Mahid Jumat Singapura


Al Habib Abdurrahman b. Muhammad Bin Ali Al Habsyi , Pimpinan Islamic Center Indonesia


Al Ustaz Fahmi Zamzam, 
Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah Kalimantan, Indonesia

Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki ( Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan )  

Al Fadhil Dato’ Syed Omar ibnu Syed Abdul Kadir Al Aidarus 
(Penasihat Yayasan Sofa dan bekas Penasihat Kerajaan Negeri Terengganu)

 
Puluhan ribu rakyat kita turut hadir untuk meraikannya. 



 Nazrah Madad Ya Rasulullah ! 



Moga negara kita kekal aman berkat dengan amalan mulia menyambut dan memperingati 

Kekasih Allah iaitu Saidina Wa Maulana Rasulullah saw.



 Perdana Menteri turut menyukai majlis Maulid Nabi dan disahkan dalam laporan blog di sini http://yayasansofa.com/yayasan/aktiviti.php


Lagi gambar :









Al Habib Abdurrahman b. Muhammad Bin Ali Al Habsyi , 
Pimpinan Islamic Center Indonesia

 Syaikh Al Habib Hassan Muhammad al Attas dari Masjid Ba'alawi 
sedang menceritakan sirah Rasulullah saw dan nasihat agama.

Cari Blog Ini

Translate