Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Februari 2011

Kemaskini - ATM, SYABAS hantar bantuan air ke Labis


Berita Harian


2011/02/02

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini memulakan misi menghantar bekalan air bersih untuk mangsa banjir di Labis, Johor. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata misi selama lima hari itu membabitkan 20 trak ATM bagi membawa 38,000 botol air bersih yang dibekalkan SYABAS.
"Bekalan air yang diisi dalam 20,000 botol berkapasiti lima liter dan 10,800 botol setengah liter akan diagih di pusat pemindahan mangsa banjir di daerah itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi tersebut di sini.
Beliau berkata, seramai 60 Pakar Pengendalian Air Rejimen Askar Jurutera Diraja dan 40 kakitangan SYABAS terbabit dalam misi itu. 

"Bantuan ini dengan kerjasama dari Syarikat Air Johor juga. Walaupun Labis bukan bawah tanggungjawab SYABAS namun bantuan tetap diberikan atas dasar kemanusiaan," katanya. 

Ahmad Zahid berkata, Labis dipilih kerana kawasan itu dilihat paling kritikal terjejas banjir. - BERNAMA 




link berkaitan : 




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate