Agensi Barat pro Amerika dan proksi Israel sudah jelas ingin Hosni Mubarak berundur. Laman berita CBS (milik Yahudi) telah membuat undian (klik sini) adakah perlu atau tidak Amerika desak agar Hosni Mubarak berundur mencatat keputusan yang hampir sama. Media seperti ingin El Baradei yang pro Amerika untuk menaiki takhta menjadi Presiden Egypt seterusnya.
Israel tentu gembira dengan pengunduran Hosni Mubarak kerana calon mereka El Baradei akan pastikan tiada serangan nuklear kepada Israel yang selama ini terancam dan dalam kebimbangan terhadap kekuatan Mesir yang disebut oleh Nabi sebagai tentera terkuat atas muka bumi. Dulu El Baradei pernah mendesak Iran diserang kerana nukleranya dan kita jangan lupa kata-kata beliau seperti mana yang telah Panglima kupas dalam entri sebelum ini di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/gempar-7-bukti-tokoh-pembaharuan-mesir.html
Dalam masa yang sama Hackers telah mula menyerang laman web Kerajaan Mesir. Untuk memberi sokongan kepada penunjuk perasaan. Tindakan ini satu cara meniup semangat agar momentum rakyat terus meningkat. Meskipun pihak berkuasa Mesir dilihat tidak terperangkap dengan provokasi mereka yang ingin melihat keganasan bertambah dan mangsa serta kematian juga meningkat.
Talian internet yang telah dipulihkan sejak semalam (Rabu) selepas ditutup sejak Jumaat yang lalu akan memudahkan lagi usaha penunjuk perasaan membuat perancangan. Di Iran serta Tunisia media baru seperti Blog Facebook dan Twitter lah yang menjadi alat perhubungan penunjuk perasaan. Tidak mustahil ia akan merebak ke negara lain termasuk Malaysia jika kita tidak menggunakannya untuk mematahkan percubaan tersebut. Hakikatnya peperangan masa kini telah berubah dari fizikal kepada alam maya.
Panglima yakin satu persatu keruntuhan yang digambarkan saat keruntuhan pemerintahan diktator sebenarnya adalah permulaan keruntuhan negara Arab Islam di Benua Arab itu sendiri. Persepsi diktator adalah propaganda untuk menaikkan kemarahan rakyat agar berlaku revolusi dan tunjuk perasaan seperti yang terjadi di Mesir sekarang.
Lihat di Iraq dan Indonesia di mana pemerintah dijatuhkan selepas dilabel diktator dan kuku besi - perkara yang sama dilabelkan kepada Tun Mahathri - tidak juga memberi kebaikan kepada negara tersebut apatah lagi rakyatnya. Kita juga hampir dijatuhkan melalui tunjuk perasaan pada 1998 tetapi kuasa Allah menentukan kita berjaya mengekalkan keamanan meskipun kehilangan pemimpin hebat seperti Tun Mahathir yang terpaksa akur desakan agar berundur.
Tangan ghaiblah yang merancang semua ini untuk melemahkan lagi umat Islam. Kita di Malaysia harus sedar dan tidak mudah menerima propaganda tersusun CNN CIA KGB yang ingin memusnahkan semua negara Islam apatah lagi yang menaungi institusi tertua Islam iaitu Al Azhar As Syarif. Bukti kaitan perkara ini dengan agensi perisikan anda boleh temui di Google.
Link hackers serang Egypt klik sini http://www.salon.com/
Harga Minyak Dunia meningkat dan penyokong Kerajaan dan Penunjuk Perasaan bergaduh di sini http://www.bloomberg.com/news/2011-02-02/mubarak-step-down-pledge-fails-to-calm-protests-as-unrest-spreads-to-yemen.html
Harga Minyak Dunia meningkat dan penyokong Kerajaan dan Penunjuk Perasaan bergaduh di sini http://www.bloomberg.com/news/2011-02-02/mubarak-step-down-pledge-fails-to-calm-protests-as-unrest-spreads-to-yemen.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan