Pengikut Blog Panglima

30 September 2011

Gempar : Gambar Bogel Mat Sabu & Normah Telah Disebarkannnn?



Terima kasih atas minat anda membaca tajuk di atas. Tiada gambar kecuali gambar kereta rasmi sahaja. memang tidak berbaju dan berbogel tetapi ia bukan manusia.

Yang penting gambar di atas memang membisukan mulut puak Pas yang ghairah menayang gambar PM naik bas mewah. Cubaan panglima berjaya mengkelukan lidah mereka yang tidak tahu apa lagi hujah mahu diguna untuk pertahankan tuan guru mereka.

Naik bas jika kita fikir kembali, sekejap sahaja tetapi naik kereta rasmi tentu lebih lama dari bas dan memang tiap masa menaikinya.

Begitu juga gambar Nik Aziz menaiki bas di Mekah juga sekali sekala bukan tiap masa. Maka bijaklah wahai rakan cybertrooper sebelah sana kalau nak buat bahan propaganda.

Maka siapakah lebih zuhud antara dua pemimpin Umno dan Pas selepas melihat gambar di atas?

Tentu berbaloi anda datang menengok gambar di atas kerana ia lebih digeruni dari gambar lucah abe mat sabu.

Jatuh mat sabu.belum tentu jatuh semua dalam parti Pas tetapi jatuh Nik Aziz maka jatuhlah ikon ciptaan mereka yang bertahan sudah 20 tahun lamanya tanpa ada tanda mahu berhenti menyerah kuasa kepada orang muda.

Dengan itu mari kita gemparkan lagi rakyat yang tertipu dengan label zuhud yang dipotretkan walhal ianya lakonan dan hanya manis di pendengaran.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Gempar : Akhbar Cina Puji DS Najib Gempur Kubu Lim Guan Eng & Teruja Anak PM Fasih Bahasa Mereka !!!


Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 27 Sept. 2011 (Selasa)
Tajuk: PM; saya akur pada kamu
Ditulis oleh: Kim Ting

Bagi memungut dana sekolah-sekolah Cina, kamu (PM) telah lakukan gerakan yang selama ini tidak pernah dilakukan selama tempoh 50 tahun lamanya, iaitu gunakan basikal, berbasikal di Pulau Pinang dan ambil bahagian dalam kempen “dana pendidikan 1 Malaysia”, kamu (PM) telah masuk ke dalam kubu kuat Lim Guan Eng, secara bergaya menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang seperti disejuk bekukan (menggigil). Sebenarnya angin kehebatan Najib telah bertiup ke Pulau Pinang, kekuatannya seperti halilintar membelah langit yang sungguh memeranjatkan semua pihak.

Membuat saya terfikir; adakah kamu (PM) ini mahu membuat persediaan untuk PRU akan datang? Berpenat lelah dalam berkempen? Sebab itu ramai orang kata PRU sudah semakin hampir (akan) diumumkan, adakah kamu (PM) sudah perolehi inspirasi itu?

Sudah tentu, kamu (PM) lebih bijak bahawa jika mahu berkuasa terlebih dahulu (mestilah) dapat tawan hati rakyat, sebab itu selepas kamu (PM) memegang jawatan PM terus sahaja melancarkan polisi dan program mesra rakyat dan mendampingi rakyat, di semua tempat cuba menyenangkan hati rakyat, supaya dapat tawan kembali jiwa kaum Cina yang terhakis pada PRU 2008.

Sebelum ini kamu (PM) tidak pernah menggunakan Setiausaha Sulit dari kalangan kaum Cina, kamu (PM) dan anak kamu pada masa yang sama telah masuk dalam siaran TV, bahasa Mandarin anak kamu menggemparkan semua orang Cina kerana (kamu hantarnya ke China belajar bahasa Mandarin), kamu telah berjumpa dengan orang ramai di dalam Facebook, melalui SMS mengucapkan tahniah kepada rakyat pada waktu baik, hari dan bulan yang baik….

Ini Adalah Satu Permulaan

Anda (PM) faham bahawa harga minyak kini telah melambung naik, menyebabkan rakyat terutama sekali rakyat dari golongan yang berpendaptan rendah rasa susah dan tertekan, sebab itu anda (PM) sedaya upaya mahu membantu mereka, wujudkan “Klinik 1 Malaysia”, rakyat hanya perlu bayar 1 ringgit untuk mendapatkan rawatan; anda (PM) wujudkan “kedai runcit 1 Malaysia”, menetapkan barangan yang dijual berharga murah….. walaupun usaha itu untuk membantu semua rakyat, ini seperti setitis air di dalam laut, dan ini hanya satu permulaan sahaja.

Dalam masa terdekat ini, apabila Pas menyatakan mahu wujudkan hukum hudud, secara segera anda (PM) berkata, kerajaan BN tidak akan laksanakan hukum hudud, ini dapat mententeramkan jiwa orang-orang bukan Islam.

Kami percaya ramai dari kalangan rakyat di negara ini punyai buah fikiran yang sama, sebab itu anda (PM) lebih mesra rakyat daripada 5 bekas Perdana Menteri yang lalu, kamu lebih mesra dengan rakyat. Walaupun anda (PM) dikritik kerana sudah hampir pilihan raya baru buat aktiviti-aktivit seperti ini, orang tua yang dapat kerakyatan hadiahkan anda (PM) "LIU QIU”, mendapat subsidi untuk sekolah-sekolah Cina, mungkin semua orang tidak terfikir begitu.

Dengan usaha gigih anda ini, sudah tentu tiada orang yang berani ragu-ragu terhadap jawatan Perdana Menteri yang anda sandang. Yang menyedihkan sekali ialah anda telah memikul tanggungjawab pakej sejarah yang begitu berat sekali. Iaitu beban yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini, termasuklah rasuah, salah gunakuasa, tidak pegang kepada keberkesanan, hanya menjaga kroni-kroni yang menyebabkan banyak penyelewengan. Perkara ini telah terhimpun dan terlonggok bertahun-tahun lamanya, kami tidak salahkan anda, tetapi anda perlu bersihkannya, jika mahu bersihnya ia bukannya semudah seperti yang dibicarakan (?) 

- terjemahan: AH/ Hj. SHO/ Q -



Jika anda mahu membaca koleksi berita bahasa Cina anda boleh dapatkan di laman berita bebas Kritis Online di atas.

Selamat membaca.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih









Mesti Tengok : Video Lim Guan Eng Burukkan Johor Didedah Buletin Utama TV3


video Lim Guan Eng tidak mengaku memburukkan Johor 


Tahun lalu Lim Guan Eng juga menghina SDO Pulau Pinang Nik Ali tetapi tidak mengaku


Tahniah kepada ahli ahli PAS kerana setia menyokong orang 'penipu' seperti khalifah Lim Guan Eng ini.

Apa nak jadi wallahu a'lam. 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih












Mesti Baca : Tiket Perjalanan Anwar Ke Bangkok Sudah Terdedah !!!

Bro Jinggo mendedahkan tiket perjalanan Anwar dalam blog beliau yang dipetika dari blog sel13.com. Perkara ini sangat mengujakan kerana gambar Anwar di Thailand dalam siri video seks terbaru sudah pun tersebar sebelum ini.Bahkan sedutan video juga sudah diedarkan.



Kata penulis sel13.com : 


Bedasarkan dari maklumat siasatan yang di lakukan oleh krew sel13.com mendapati, pada tarikh 12 dan 13 Januari didapati Anwar Ibrahim berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.


Apa lagi Anwar mahu jawab ??? Sudah takdir Allah barangkali satu persatu kepincangan moral Anwar didedahkan demi menyelamatkan negara dari dipimpin orang sepertinya.


Mari kita dedahkan demi memastikan kita dipimpin oleh orang yang benar dan jujur dalam kepimpinannya seperti YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.


Blog sel13 boleh anda layari di sini http://sel13.com/?p=195


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih










29 September 2011

Gempar : Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan Mahu Musnahkan PM?

Dada Panglima berdebar kencang apabila membaca ada musang berbulu ayam dalam badan badan strategik tulisan Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia semalam.

Semalam juga ada twitter menulis tajuk yang sama namun Panglima gagal membacanya kerana terlupa. Namun kesempatan mencari kembali maklumat tersebut petang ini menggusarkan hati Panglima.

Sebelum ini ada juga gosip liar seumpamanya berlegar tetapi panglima tidak mahu mengambil endah takut ia tidak benar dan bersifat fitnah semata-mata.

Sungguh kita tidak menyangka jika benar ada elemen musang berbulu ayam ini maka tidak mustahil banyak rahsia sulit PM sudah ada dalam tangan mereka.

Harapan panglima agar tulisan Zaini di bawah ini tidak benar. Tetapi apa akan jadi jika ia benar-benar berlaku seperti tulisan beliau dan tidak disedari oleh PM mahupun SB?

Harap ada siasatan lanjut untuk menghalang perkara ini dari terus menjadi api dalam sekam selepas berjaya menjadi musang berbulu ayam.

Baca tulisan beliau di bawah dan tolong beritahu ia tidak berlaku atau kita dalam bahaya akibat manusia talam dua muka.


Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

Oleh Zaini Hassan


APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

Sumber : www.utusan.com.my/ 

Published with Blogger-droid v1.7.4




28 September 2011

Must Read : "Facebook is part of the CIA" - "Amazing"



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih










APA KOMEN ANDA TENTANG VIDEO NAMEWEE FUCK UTUSAN INI ?





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih










27 September 2011

Gempar : Ketua Pengarang Harakah jumpa PM Bisik Perpaduan ?




Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman hadir dalam majis PM merasmikan buku Ainuddin pejuang 'degil' melayu di UTM Jalan Semarak sebentar tadi.

Berita boleh rujuk fb dan twitter Panglima.

Panglima juga sempat rakam gambar perjalanan majlis dan gambar beliau yang hadir dari awal hingga selesai acara.

Ahmad Lutfi yang juga Ketua Pengarang Harakah walaupum bertongkat selepas pembedahan 'bypass' tetap hadir di majlis rasmi PM agak menimbulkan misteri.

Adakah ada sesuatu cuba disampaikan secara langsung kepada PM dari Hj Hadi oleh beliau?

Wallahu A'lam.

Atau ia ada kaitan dengan masa depan Pas dalam Pakatan yang makin hancur?

Baru-baru ini Pesuruhanjaya Pas Selangor pun datang pemukiman adun adun BN yang dibuat di Selangor.

Bahkan turut menyanyi bersama adun kita khabarnya.

Adakah ini tanda Pas mula menyahut seruan damai dalam diam selepas mereka sudah hampir 'tenggelam'?

Sekali lagi, wallahu a'lam.

Yang pasti masa depan Pakatan kian suram walau sudah licin bekalan fitnah dilemparkan!

Baca jawapan Yb Datuk Zulkifli Nordin isu hudud dan perlembagaan yang boleh anda baca di sini

zul4kulim.blogspot.com/2011/09/realiti-hudud.html


Published with Blogger-droid v1.7.4









Mesti Baca : Hudud Dihentikan Oleh Saidina Umar Pada Tahun Kelaparan - Tranungkite


Pagi ini ketika sedang mengikuti sesi perbincangan tentang maqasid syaraiah bersama Dr Farid dari UIAM panglima mendapati ulasan menarik beliau yang selari dengan bahan yang ada di laman pro Pas di Tranungkite.

Dalam laman tersebut disebut bahawa saidina umar menggugurkan had(hukuman) mencuri pada tahun yang dinamakan tahun kelaparan. Kerana disitu adanya syubhat...

ini adalah ijtihadnya...... dan ijtihad ini adalah bersesuaian dengan bermaksub: elakkan hudud apabila wujudnya syubhat dan juga..... jauhkanlah hudud apabila kamu dapati padanya yang boleh menolaknya....

Anda juga perlu sedar dalam suasana perkongsian kuasa antara parti berbagai agama dalam BN adalah mustahil untuk Umno dibenarkan melaksanakan hudud oleh rakan dalam BN. Ini kerana perbezaan agama antara parti komponen menghalangnya.

Namun dalam masa yang sama maqasid syariah (tujuan syariah) tetap terpelihara sehingga agama,nyawa,keturunan, harta dan akal dijaga dengam baik hingga hari ini oleh Pemerintah.

Jika Pas ikhlas mahukan hudud mereka perlu bersama Umno dalam menerajui Malaysia bukan menentangnya.

Juga perlu ditanya kenapa Presiden Pas Hj Hadi pernah mengatakan hudud adalah 0.001 dari syariah Islam ketika menang pada tahun 1999?

Adakah perkataan beliau sudah dimansuh atau masih terpakai?

Akhir sekali jika hudud dijalankan maka kes zina pernah dikenakan hudud walaupun tanpa 4 saksi. Ia berlaku pada anak Saidina Umar ra bernama Abu Syahmah yang mati selepas disebat 100 kali sebatan.

Jelas ia membatalkan pandangan yang mengatakan tidak ada hudud jika tidak ada 4 saksi kerana kaedah lain seperti qarinah dan pengakuan juga diterima dalam perundangan Islam.

Pernah seorang perempuan turut dikenakan hudud walau tiada saksi selepas beliau mengaku melakukan zina kepada Nabi saw.

Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang seperti DNA,CCTV dan Alat Kesan Penipuan boleh diguna dalam perundangan.

Bukan sekadar 'besi' seperti kata Hj Hadi.

Wallahu A'lam


Published with Blogger-droid v1.7.4










26 September 2011

Gempar : Artis-Artis Muda Termasuk Iqram Dinzly Tandatangan Papan Tentang 1Malaysia ???



Berita gempar.


Satu info telah diperolehi bahawa artis-artis kita telah menandatangani memorandum tentang gagasan 1Malaysia.


Mereka telah berkumpul di Banghuris Homestay Sepang dan telah pun bertemu Setiausaha Politik PM Datuk Shahlan.


Mereka juga telah berkumpul dibawa dengan bas JPM ke sana. Khabarnya lebih sejam mereka bertemu dalam sesi tertutup bersama SU Politik PM Datuk Shahlan dua hari lepas.


Lihat gambar mereka tandatangan papan tentang gagasan 1Malaysia.


Suspen ?


Saja ditulis begitu untuk tarik minat anda datang ke sini.


Perkataan di 'tentang' di atas bermakna berkenaan/berkaitan bukan 'bangkang'...


Alhamdulillah gagasan 1Malaysia rupa-rupanya sangat disokong oleh artis yang boleh anda lihat tandatangan mereka di bawah ini.


Meskipun mereka orang muda tetapi 35 artis muda yang hadir ke program seniman prihatin 1Malaysia anjuran btn dan finas di Banghuris Homestay Sepang sangat teruja untuk menzahirkan sokongan kepada 1Malaysia di signature board.


Panglima juga sempat meninjau program tersebut. Artis sangat gembira dapat mendengar penjelasan 1Malaysia dari mulut 'arkitek' utamanya Setiausaha Politik PM Datuk Shahlan sendiri selain dari ucapan KP BTN semasa acara perasmian. TKP FINAS juga turut hadir acara perasmian tersebut.


Ramai yang datang seperti Iqram Dinzly, Sabhi Saddi, Maulana, Dottie, Ekin AF, Maulana AF, dan lain-lain. 


 
Gambar Dottie ( hantu bonceng ) 


gambar dari twitter Sabhi Saddi http://lockerz.com/s/141784769 
sedang makan nasi ambeng (nasi orang jawa) semalam

Turut hadir Adi dan Ila (Mentor) seperti gambar di bawah :


Adi dan adiknya Ila (Mentor) siap untuk sukan bersama penduduk kampung



Artis yang datang memberitahu mereka puas hati dapat bersama penduduk kampung. Dalam masa yang sama mereka diberi penjelasan kepentingan 1Malaysia kepada negara. 


Mereka fahan tanpa 1Malaysia tentu masyarakat akan bergaduh dan berlakulah huru-hara. Semua akan hidup susah tak dapat kerja dan cari wang untuk makan.


Lihat tandatangan mereka yang menyokong 1Malaysia di bawah :






Turut hadir Puteri Umno yang mengadakan klinik pemeriksaan kesihatan percuma sebanyak 2 unit Exora  kepada orang kampung.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.












Gempar : Gambar Posing Azwan Bukti Cubaan 'Rampas' Anwar dari Azmin ???


GAMBAR DARI BRO JINGGO. BACA LAGI DI 




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.












25 September 2011

Panasss : Video Terbaru Buktikan Samada Papagomo Atau Anwar Yang Menipu !!!





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.










Video Piala Malaysia - Kelantan VS Johor FC Seri 1-1




Kelantan dan Johor FC dari kumpulan C

Keputusan penuh klik sini


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

23 September 2011

Sebarkan : Bukti Baju Eskay Sama Dalam Video China Doll dan Cctv

493.jpg (508×720)

Apa lagi puak Pakatan nak spin? Jelas butang baju di lengan Eskay sama dalam gambar cctv dan ketika dalam bilik bersama China-Dol.

Akhirnya kerana malu kebenaran makin terbongkar maka drama hudud juga ditayangkan untuk selamatkan maruah mereka.

Syabas Nik Aziz dan Karpal Singh atas lakonan menarik anda berdua. Tetapi dlm hal ini Karpal lebih jantan kerana berani minta Anwar bertaubat.

Jangan lupa isu yang sedang membarah dalam Pakatan seperti kes liwat Anwar,gereja DUMC,penipuan Bersih dan phonesex mirip suara mat sabu, yang jelas makin menenggelamkan kapal mereka yang rakyat perlu diperingatkan selalu.

Begitu juga kita perlu war-warkan transformasi PM di dalam mendahulukan rakyat melalui kedai 1Malaysia,skim rumah pertama dan banyak lagi untuk rakyat nilaikan samada Pakatan atau Bn yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat.

Fikirkan untuk masa depan anak cucu kita. Jangan terpedaya dengan umpan wang ringgit atau janji manis mereka.

Di Selangor warga emas mula diangkut membeli belah dengan wang RM 100 untuk membeli sokongan mereka.

Berbaloikah RM 100 selepas tiga tahun?

Undilah parti yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian negara.

Pandai cakap kena pandai buat. Pandai buat kena pandai bertanggungjawab wahai Pakatan Rakyat.

Kepada pemimpin BN berjuanglah dengan jujur demi kepentingan parti bukan kepentingan diri.

Senang cakap : Berubah atau rebah!
Published with Blogger-droid v1.7.4

22 September 2011

Mari Tengok Gambar Anak Mat Sabu Yang Disebut Dalam Rakaman PhoneSex Mirip Suaranya !!!


Berita lanjut klik blog Pisau di sini 



Nama Huda disebut dalam phonesex seperti skrin di bawah.



Kita tidak tahu apa komen ahli PAS tengok bukti ini semua. Adakah mereka masih yakin PAS dapat  lagi diharap memperjuangkan Islam ?

Jelas Negara Islam pun sudah tidak ada lagi dalam kamus perjuangan PAS sekarang. Maka eloklah keluar PAS dan bantu Umno tegakkan Islam secara hikmah dan mauizah hasanah.


Kita bongkarkan benda ini bukan untuk burukkann Mat Sabu tetapi bagi mengingatkan umat Islam agar tidak tertipu dengan 'luaran' sehingga menerima segala kejian yang lahir dari hati yang hitam.


Hj Hadi pun kata wajib kita dedah jika ada orang tidak bermaruah.










artikel klik sini


http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/05/amanat-hj-hadi-detikdaily-wajib-dedah.html


dan 


http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/09/gambar-cctv-bukti-anwar-ibrahim-berada.html


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.












Ust Azhar Idrus Nafi Siapa Sokong BN Jadi Kafir




Dalam video diatas jelas kita dapat mendengar penjelasan Ust Idrus tentang hukum solat belakang imam penyokong BN.

Jelas ia tidak membatalkan solat kerana imam tersebut masih beragama Islam walau tidak menyokong Pas.

Semoga kita jangan mudah mengkafirkan orang lain kerana khuatir ia boleh menjadikan kita juga kafir jika orang kita tuduh tidak kafir. nauzubillah.

Sebarkan video ini demi perpaduan Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.4









21 September 2011

Gempar :Pakar DNA Tajaan Anwar - Brian McDonald Sah Tidak Diiktiraf Hakim Australi !!!



Gempar! Hakim Australia Tak Iktiraf Brian McDonald Sebagai Pakar DNA.

by: Anti-PKR Club


Aku dapat maklumat ini apabila terbaca The Mole dan Pantai Reporter.

Klik link di bawah:

http://www.mole.my/content/mcdonald-really-expert

Pantai Reporter pun juga tulis:

http://pantaireporter.blogspot.com/2011/09/mcdonalds-credibility-torn-to-shreds-in.html#more

Senang cerita hakim Australia sendiri kata Brian McDonald tak ada kelayakkan dalam hal DNA dan genetik.

Takkan hakim Malaysia nak terima hujah mereka yang tiada kelayakkan?

Anwar Ibrahim memang boleh terima sebab beliau pun sendiri tak ada kelayakkan cuma lulusan pengajian melayu UM dan kaki kelentong. Sebarkan!!! -Putera.


Sebelum itu AIDC melaporkan :



Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Dr. Brian McDonald, adalah hanya seorang perunding dan bukannya seorang pelaku uji kaji yang dianggap pakar dalam bidangnya.

Kenyataan itu terdedah ketika hari kedua sesi pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin ke atas saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sesi hari ini, Mohd Yusof bertanyakan Dr McDonald pernah beliau membuat pengekstrakan mengikut prosedur yang betul di makmalnya sendiri.

Dr McDonald menjawab beliau tidak mempunyai makmal dan tidak perlu melakukan ujian tersebut kerana beliau hanya seorang perunding. -AIDC

Baca lagi di blog ini http://brojinggo.blogspot.com/ 

Nampak gaya satu persatu cubaan memanipulasi saksi dan pakar untuk keuntungan perbicaraan Anwar digagalkan pendakwaraya.

Apa lagi Anwar mahu buat selepas ini ???

Wallahu A'lam.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.













20 September 2011

Gempar - Blogger Pakatan Tulang Besi Tunjukkan Gambar Anwar Keluar Bilik Tanpa Jam Omega !!!

Ini gambar yang dihasilkan oleh Dr Novandri :







Jelas Anwar keluar tanpa jam di tangan beliau.


Selepas itu anda boleh saksikan gambar Anwar di blog Tulang Besi juga sama iaitu tanpa jam.


Adakah perkara ini anda sedari ???









Maha Suci Allah ! Blogger Tulang Besi sudah kantoi dalam lubang 'taiknya' sendiri.....


http://www.malaysiawaves.com/2011/09/papagomo-palsukan-rakaman-video-pula.html


Jelas Anwar keluar tanpa jam di tangan. 


Bukti Anwar pakai jam tangan kiri lihat gambar bawah ini :







Bagi mengelakkan artikel dipadam maka paparan rakaman skrin blog sudah dihasilkan di bawah :








Isu kenapa warna baju Anwar jadi putih sila lihat video ini :






Nampaknya bau busuk sudah tidak mampu ditutup. Blogger mereka terkial-kial mencari point untuk menutup kelemahan bukti yang kita paparkan.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.












Nik Aziz Mahu 'Bakar' Pakatan Rakyat Bila Desak Laksana Hudud ???

Blogger kegemaran saya RBF menulis tentang isu hudud yang disebut semula oleh Nik Aziz selepas Negara Islam sudah tenggelam di blog beliau di sini 

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/ 


Antara lain beliau berkata :


Semalam Nik Aziz bersuara meminta agar PM membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010. Untuk pengetahuan anda semua bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Sini


Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada Umno atau BN.

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 kerana halangan dari PM ketika itu , Tun Dr M.

Sinar Harian 18 September 2011


Cuba anda bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV dalam Malaysia, apa mereka akan kata ?

Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaaan islam di Kelantan". Tetapi apabila akhbar laporkan Kelantan yang paling tinggi , terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr M. Mereka hanya nak yang baik-baik untuk mereka. Yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan dari Majlis Aids Malaysia bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang dari mereka menghidap Aids. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih ramai dari penduduk Kelantan, serta negeri mereka tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara islam.

Mungkin akan ada yang berkata Pahang pun mencatatkan bilangan pesakit HIV yang tinggi juga, 24 orang bagi setiap 100,000 ribu orang. Ya benar, saya setuju. Tetapi MB Pahang tidak salahkan orang lain dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Yang lebih mustahaknya, MB Pahang tidak pernah mendabik dada mengatakan dia seorang tok guru yang menjalankan pemerintahan secara islam atau mencipta pelbagai slogan-slogan islamik untuk menggambarkan betapa islamnya dia.

Berbeza dengan Pas yang siang malam melaung-laung hanya mereka sahaja yang islam dan menjalankan pentadbiran secara islam yang berjaya sehingga Nik Aziz berkata jika Umno merampas Kelantan dari mereka melalui pilihanraya ianya tidak akan diberkati Allah kerana Umno menentang Islam (Pas).





Baca lagi tulisan RBF yang mantap ini di blog beliau :



http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/09/cabar-pas-berdemo-untuk-desak-kerajaan.html


Kita tunggu apa komen niat PAS nak buat hudud yang ditentang oleh DAP !!!





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih