Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mac 2012

Roh Solat Di Proton Oleh Syed Zainal Abidin dalam Majalah Islam Q n A

Semasa menemui doktor untuk temujanji sebentar tadi Panglima telah terbelek dan terbeli majalah Q & A.

Antara yang menarik ialah di halaman 72 dimuatkan wawancara bersama CEO Proton Dato' Seri Syed Zainal Abidin tentang penerapan nilai Islam yang dibuat oleh beliau di Proton.

Hasil transformasi beliaulah jualan Proton kini makin melonjak hasil penambaih baikan yang dimulakan melalui pembaikan hati.

Hati jika baik maka ia akan mengeluarkan hasil dan warna yang baik juga. Segala yang dilakukan pasti disukai ramai kerana didasari hati yang baik dipenuhi cahaya iman dan takwa.

Namun adakah bukan Islam memilikinya?

Mereka mungkin diberi ilham yang baik atas usaha mereka lakukan namun percayalah ia tidak akan mampu menandingi orang Islam yang memiliki mata hati yang hidup dalam jasad penuh cahaya ketuhanan.

Baca dan belilah majalah ini.Ia baik untuk rohani anda walau ia tidak mencukupi sebenarnya kerana akhir sekali kita perlu juga mencari dan bertalaqqi dengan seorang guru arif lagi rabbani.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate