Kata orang kalau pandai berjanji pandailah tunaikan. Kalau tidak anda sebenarnya berjanji untuk digelar pakar tabur janji atau putar belit. Rakyat mudah menerima janji namun janji yang tidak ditunaikan pastinya akan diingati.
Masakan boleh untuk kali keduanya Pakatan boleh menabur janji walhal janji kali pertama pun gagal direalisasi. Rakyat kini hanya menunggu saat untuk membalas dendam. Kekeewaan, kemarahan, dendam kerana diberi harapan palsu yang jelas menipu tentunya akan tertunai apabila pilihanraya ke 13 dijalankan..
Jika pembangkang merasa dan berkokok menyatakan bahawa YAB Perdana Menteri takut mengumum dan membubar tarikhpilihanraya dengan segera, sebenarnya merekalah insan yang paling takut!
Ini kerana sehingga kini terlalu banyak janji palsu mereka yang gagal dilaksanakan hingga membarah dendam menghancurkan perasaan rakyat yang menunggu dengan penuh harapan.Ayuh jangan kita pilih lagi manusia seperti ini.
Hancur negara jika beginilah sikap mereka yang jelas ia antara tanda orang munafik seperti yang disabdakan Rasulullah saw dalam hadis baginda.Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan