Hari ini alhamdulillah panglima berkesempatan menyertai Majlis Berbuka Puasa anjuran parti keramat Melayu Islam Malaysia iaitu UMNO.
Meskipun agak lewat tiba,namun dapat juga tempat duduk ditunjuk oleh Haji Nasir Setiausaha Kerja Penerangan Umno Malaysia.
Gambar sebelum berbuka sudah disiar sebelum ini dan di bawah gambar sewaktu solat Maghrib.
Ketika mendengar bacaan ternyata seperti Imam Sudais dari Masjidil Haram sedang mengimamkan jemaah kami.
Namun selepas selesai bersolat wajah yang dilihat tidak pula sama dengan Imam tersebut. Atau kedudukan panglima yang jauh mungkin menenggelamkan beliau dari pandangan mata.
Namun begitu perasaan ketika menunaikan solat malam ini seperti berada di Masjidil Haram sangatlah indah dan pasti akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Ramai pemimpin turut hadir program kali ini. Namun ruangan dan masa terhad yang ada menyebabkan tidak mampu ditulis kesemua nama mereka.
Selepas selesai panglima bergegas ke KLIA menghantar kawan pulang ke Kelantan.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan