Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mei 2013

Silap Percaturan Sebabkan Empat Pemimpin PAS Tumbang – Bukti Melayu Bosan Slogan Islam PAS Yang Tidak Konsisten #PRU13


Analisa mudah dari artikel di bawah : Negeri majoriti pengundi Cina PAS makin bertambah kerusi namun di negeri majoriti Melayu terbukti gagal hingga hilang 5 kerusi di Kelantan. Hanya di Terengganu kubu kuat PAS sahaja PAS kekal.

Adakah kerana itu maka MB pro DAP Nik Aziz Nik Mat tidak lagi dipilih menjadi Menteri Besar ? Semalam Mb Kelantan sudah mengangkat sumpah iaitu ustaz Ahmad Yaakob yang menjadi Timbalan Menteri Besar sebelum ini. Dengan situasi luar jangka maka tidak mustahil Mursyidul Am PAS juga akan bertukarmganti.Wallahu A'lam. 

Paling 'menyedihkan' Husam Musa juga gagal meneruskan sebagai Exco Negeri dan tidak lagi dilantik kalangan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang baru.

Tidak mustahil selepas ini Erdogan dalam PAS akan disingkir dan Anwarinas akan menggelupur sehingga DAP akan kembali ditolak dari terus menjadi 'biawak' untuk dipikul.

Hari ini parti Melayu iaitu UMNO bawah BN tidak lagi mendapat undi Cina dan ia  bukti Cina semakin bijak menggunakan kuasa undi untuk memilih mengikut bangsa bukan atas nama parti.

Mereka nampaknya semakin berani melukakan hati orang Melayu yang begitu perihatin kepada permintaan mereka selama ini. Walaupun menimbulkan sikap tidak senang terhadap Perdana Menteri.

Depan layan BN di belakang mereka yang tikam dengan mengundi DAP.

Apa lagi Cina mahukan ? Jangan menyesal jika mereka gagal mendapat apa yang dihajati selepas ini. Suara mereka sudah tidak ada dalam Kabinet kerana undi mereka sendiri yang banyak menyokong DAP.

Jangan ingat semudah itu mereka mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri...

Bagi pengkhianat Melayu yang rela menyokong Cina Rasis DAP anda akan menerima balasan Allah atas pengkhianatan ini.

Jangan menyangka perbuatan anda tidak dihisab oleh Allah Taala. Menyokong DAP sama dengan menyokong Pemimpin Islam dijatuhkan.


Baca selanjutnya ulasan dari Bernama :

Kesilapan percaturan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini menyaksikan empat pemimpin utamanya tumbang dalam cabaran merebut kerusi Parlimen Pendang, Arau, Putrajaya dan Pulai.

Meskipun mampu mengekalkan penguasaan di Kelantan, kekalahan empat tonggak utama PAS itu memberi kesan kepada kedudukan PAS dalam pakatan rakyat.

Pemerhati politik melihat percaturan meletakkan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu bertanding di kawasan majoriti Melayu di Pendang, Kedah sebagai satu kesilapan memandangkan senario semasa sokongan semakin berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Faisal S.Hazis, berkata keputusan BN menamakan anak bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah juga memberi impak positif terhadap sokongan orang Melayu.

Beliau turut mengakui kelemahan pentadbiran kerajaan negeri PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak seperti isu kuil, pembalakan dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah antara faktor mendorong orang Melayu memberi undi kepada BN.

"Bila ada banyak isu dalam kerajaan negeri seperti gagal menangani isu kuil, pembalakan di Pedu, rakyat mula tahu dan sedar apa kelemahan kerajaan PAS.

"Keputusan BN menamakan Mukhriz sebagai calon menteri besar juga antara faktor yang mengubah sokongan orang Melayu dibantu paduan erat di kalangan ahli Umno yang berpecah pada 2008," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Selain Mohamad, turut kecundang ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di kerusi Parlimen Arau, Perlis serta dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa di Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan Salahuddin Ayub di Pulai, Johor.

Pemerhati politik juga berpendapat faktor sokongan PAS terhadap penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam dan perbalahan mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga antara faktor penyumbang kepada kekalahan.

Mengulas perkara itu, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat, berkata penolakan terhadap empat tokoh PAS itu petanda jelas bahawa rakyat semakin bosan dengan dasar perjuangan parti itu yang sering berubah dan tidak konsisten.

PAS yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, juga berdepan faktor kerjasama dengan DAP, yang menentang pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS.

"Perjuangan Islam PAS yang tidak konsisten kini mula ditolak oleh orang Melayu. Selain itu pengaruh 'anwarinas' dalam kalangan anggota PAS juga menjatuhkan imej PAS dan inilah yang diprotes rakyat," katanya.

Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga tidak menolak bahawa pemecatan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa yang digugurkan sebagai anggota Majlis Syura turut memberi kesan terhadap keputusan PAS pada pilihan raya umum kali ini.

PRU-13 menyaksikan PAS memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding 23 kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan PAS hilang penguasaan di Kedah serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.

Bagaimanapun PAS meningkatkan penguasaannya di peringkat DUN Di Terengganu, Johor, Melaka dan Selangor dengan memperoleh 85 kerusi berbanding 83 kerusi pada pilihan raya umum 2008. – BERNAMA

http://peraktoday.com/?p=116362


Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila cina swing undi mereka kepada pakatan dengan harapan pakatan berjaya menawan pusat pentadbiran Persekutuan dan Pakatan pula gagal menawan pentadbiran pusat seperti diwawarkan, cina telah silap langkah dan membuka tembelang mereka akan siapa mereka sebenarnya kepada orang melayu apabila terlalu overconfident Pakatan akan menang dan habuan yang mereka akan dapat dan justeru itu bolehlah mereka "ransom" Dato Seri Anwar. Jadi siapa yang akhirnya tertipu? Melayukah?

PM akan tubuhkan Kabinet seperti dikehendaki oleh Perlembagaan. Tidak akan DAP diberikan apa-apa jawatan diKementerian - itu sudah pasti dan itulah logikahnya. MCA dapatlah sedikit kerana mereka "gagal" dan dahpun ikrar tidak mahu jawatankalau gagal. begitu juga MIC dapatlah lebih dari sedikit berbanding cina MCA. Maka siapa kini kena tipu? siapa juaranya?

kasualti yang ketara dalam masa terdekat ini adalah Nik Aziz sendiri, Mat Sabu, Haron Din dan PAS keseluruhannya. Hilang Kedah. jangka masa panjang, UMNO akan menjadi lebih kental perpaduannya.

Tun Mahathir dah "turun", Nik Aziz pun dah "turun". Kit Siang dan Guan Eng dan karpal bila lagi? masing-masing pun dah ada anak masing-masing sebagai ganti. nak apa lagi?

Sudah tiba untuk memperkasakan Bahasa Melayu diMahkamah dan undang-undang dalam bahasa Melayu saja diparlimen. Yang lain diterjermahkan Ke BM dan menjadi rasmi.

Sekolah kebangsaan Cina diswasta dan tidak diberikan bantuan kerajaan - pakailah duit sendiri.

Cari Blog Ini

Translate