Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2013

Benarkah Tun Mahathir Kritik PM @NajibRazak dan @Khairykj Beberapa Hari Lepas ??? #PemilihanUmno2013


Semalam kecoh tentang dakwaan kritikan Tun Mahathir terhadap kepimpinan DS Najib Razak selama ini sebagai Perdana Menteri. Turut diulas berkenaan kelemahan Khairy Jamaluddin yang gagal membawa Pemuda ke tahap sepatutnya.

Ada juga sms menerpa masuk kotak peti surat bertanyakan perkara yang sama.  

Selepas melakukan sedikit carian ternyata info yang ada memberitahu pertemuan tersebut dilakukan secara tertutup. Sudah tentu tindakan membocorkannya bukan tindakan bijak kecuali itulah taktik yang mahu digunakan.

Najib tidak penting, namun Malaysia yang sangat penting. Pak Lah juga tidak penting tetapi nasib dan masa depan Malaysia sangat penting.

Siapa pun memerintah dari parti UMNO sebagai PM, yang penting asas Perlembagaan dihormati dan kepentingan semua kaum dipelihara.

Jika seorang imam gagal menjadi imam yang baik maka makmun perlu menukarnya. Jika masih mampu dan tidak batal wuduknya maka ia wajib dikekalkan.


Dalam hal ini sejauh mana kepimpinan Najib sudah pasti ia akan ditentukan oleh 150 ribu ahli yang akan mengundi tidak lama lagi. Bukan kerana suara Tun Mahathir atau Pak Lah.

Namun suara dan pandangan Tun Mahathir sebagai mantan Presiden boleh dijadikan panduan di dalam membuat keputusan. Dengan keputusan akhir akan terletak di tangan ahli seramai 150 ribu yang boleh mengundi.

Dalam hal ini memilih pemimpin yang terbaik antara yang baik lebih utama sekali. Dengan menaikkan pemimpin berwibawa maka masa depan UMNO akan lebih cerah PRU14 akan datang.

Kita juga jangan lupa sejarah yang sedang berlaku di Mesir menunjukkan bagaimana pemerintahan tidak stabil akibat pergolakan sesama rakyat Mesir sendiri, bukan kerana campur tangan Amerika Syarikat atau British.

Maka jangan kerana perebutan jawatan dalam parti menyebabkan kita berkelahi hingga sanggup buat apa sahaja demi undi perwakilan.

Cukuplah rezeki yang sudah melimpah yang diperolehi dan jangan kita terlalu tamak sehingga gagal kawal diri dari terus mencari kekayaan walau sudah melebihi dari had dan kehendak yang diingini. 

Cukuplah perpecahan antara parti politik, antara mazhab agama, menjarakkan antara kita.

Bersatulah seperti mana kita selalu nyanyikan. 

Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu. Jiwa teguh berpadu kita rumpun Melayu.

Ahli UMNO wajib bersatu Blogger juga perlu bersatu, manusia rakyat Malaysia juga perlu bersatu demi kebaikan semua di negara kita. Jangan sampai huru-hara menjadi barah yang semakin kronik akibat tangan kita sendiri yang menyebarkan perkara yang tidak tepat dan palsu  sehingga pergaduhan akan meletus sesama Melayu atau antara bangsa atau agama di negara kita.

Marilah kita hayati lagu UMNO ini jika kita terlupa apakah isi yang mahu disampaikan di sebaliknya.



Seterusnya baca tulisan kekanda hamba : http://kickdefella.net/2013/07/30/masa-untuk-umno-berubah/



1 ulasan:

Hak Melayu 153 berkata...

Berdsabit dari kenyataan ini, sila layari www.hakmelayu153.blogspot.com

Cari Blog Ini

Translate