Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2013

@Hafizhamidun Dedah Iklan Jualan Arak Sempena #Aidilfitri Oleh Supermarket #Tesco Yang Tidak Patut Dibuat Kerana #Hina #Islam






Iklan arak yang jelas wajib diharamkan dari siaran akhbar Melayu di Malaysia. Seperti Iklan rokok yang diharamkan kerana mudarat, sepatutnya arak berkali ganda mudaratnya tidak patut sedikitpun dibenarkan diiklan di mana mana surat khabar berbahasa Melayu di negara kita.

Begitu juga tindakan 7 Eleven dan Speedmart menjual arak juga tidak patut di kawasan majoriti Melayu. Dua perkara ini patut dibawa ke Parlimen dan diharamkan sekeras-kerasnya demi maruah dan kesucian umat Islam.

Sekali lagi mohon Akta melarang iklan arak judi dll di dada akhbar bahasa Melayu dan juga larangan menjual arak/judi/babi di kawasan majoriti umat Islam. Agar kita tidak terpengaruh dengan perkara sebegini. 

Begitu juga meletakkan makanan haram di sisi Islam babi dengan daging ayam lembu dalam peti sejuk atau bekas yang sama, juga patut dikenakan tindakan di bawah Akta yang boleh menghalang ia dari berlaku.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate