Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Julai 2013

Fahaman Syiah wujud dalam kalangan ahli Pas - Hasan Ali


KUALA LUMPUR 27 Julai - Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

"Apa yang ingin saya tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

"Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah negara ini terutama di utara tanah air.

Selain itu Hasan berkata, terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, ada dakwaan mengatakan kekalahan beberapa calon utama Pas di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu seperti di Kedah disebabkan wujudnya faktor Syiah di dalam parti itu.

"Seingat saya setiap kali datangnya tahun pemilihan di dalam muktamar tahunan Pas, isu pemimpin Syiah dalam parti sering dijadikan bahan kempen untuk memenang dan menewaskan seseorang calon yang merebut kerusi kepimpinan parti," katanya.

Walau bagaimanapun ketika menjawab satu soalan, beliau meminta maaf kerana tidak dapat menentukan secara definitif keseriusan fahaman Syiah di dalam Pas.

"Yang jelasnya isu ini telah kerap ditimbulkan sejak dari awal lagi penyertaan saya di dalam Pas iaitu pada era Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

"Walau apa pun, maklumat yang ada pada saya selari dengan apa yang dipaparkan di dalam media. Bagi saya soal penglibatan pemimpin-pemimpin kanan itu serius dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas dan menyeluruh," katanya.

Mengenai penglibatan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam fahaman Syiah, Hasan berkata, beliau tidak dapat mengesahkannya secara pasti.

"Namun, seperti yang terdapat di dalam sebuah portal di internet ada menyebut pimpinan PKR di salah sebuah negeri di Semenanjung dikatakan seorang penganut ajaran Syiah," ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, antara kenyataan yang sukar dinafikan bahawa wujudnya fahaman Syiah di dalam kepimpinan politik pembangkang ialah terdapatnya lambang-lambang dikaitkan dengan Syiah khususnya berkaitan Ayatollah Khomeini ditampil secara terbuka kepada umum oleh mereka.

"Ini juga bermakna kewujudan Syiah dalam kalangan pimpinan dan penyokong parti politik bukan sesuatu yang tersembunyi sebaliknya ditonjol dengan megah di saf hadapan," katanya lagi.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130728/po_01/Fahaman-Syiah-wujud-dalam-kalangan-ahli-Pas---Hasan-Ali#ixzz2aKZtLhEn


© Utusan Melayu (M) Bhd










Sent from my iPhone

2 ulasan:

Xpas berkata...

Rasanya ramai sahabat sahabat lama samaada yg masih lg dlm PAS atau yg dah tak lg mengikutinya, pelik dan musykil macam mana Bang Mat boleh dipilih sbg Timb Presiden.

Tanpa Nama berkata...

Adakah Kelantan telah mengezetkan bahawa Syiah itu haram dan terkeluar dari Islam ?

Tahniah Kedah !!!

Negeri lain?

Cari Blog Ini

Translate