Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Julai 2013

Kenyataan Terkini @Mustapa_Mohamed Tentang TPPA

Kepentingan Rakyat Dan Kedaulatan Negara Dijamin Dalam TPPA – Mustapa

KUALA LUMPUR, 30 Julai  - Segala kepentingan rakyat dan kedaulatan negara akan diutamakan dan terjamin dalam perbincangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Jelasnya rakyat berhak memberikan apa saja pandangan mengenai TPPA dan beliau selaku menteri yang bertanggungjawab bersedia untuk mendengar pandangan mereka.
“TPPA masih di peringkat perbincangan. Perbincangan seumpama TPPA biasanya melibatkan peringkat perbincangan, persetujuan, tandatangan dan ratifikasi,” katanya.
Jika perlu kerajaan boleh mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan mengenai TPPA kepada anggota Dewan Negara, katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini hari ini.
Mustapa berkata ketua-ketua kerajaan yang terlibat dalam perbincangan TPPA meletakkan sasaran untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan  pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, tidak ada jaminan bahawa sasaran berkenaan akan dicapai atau tidak.
Mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault ke negara ini semalam, Mustapa berkata pada masa ini terdapat 260 syarikat  Perancis yang beroperasi di negara ini, peningkatan 50 peratus berbanding lima tahun lalu.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate