Pengikut Blog Panglima

29 Januari 2014

BEBERAPA KENYATAAN MENTERI KDN @ZAHID_HAMIDI DAN KP JAKIM @DSJAMILKHIR ISU POLIS SYARIAH


KENYATAAN PADA 13 DISEMBER 2013

1. KDN sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bertujuan untuk membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati

kelulusan Jemaah Menteri perlu diperolehi bagi membolehkan PDRM yang mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk membendung penularan ajaran sesat.

kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bulan lepas yang mana seramai 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun telah ditangkap kerana dipercayai ada kaitan kes tersebut.

Apa yang ada pada kami (KDN) adalah dari segi penguatkuasaan untuk membantu JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri. Kita harap semua pihak boleh lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka yang terseleweng akidahnya


Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/ahmad-zahid-kdn-perhalusi-cadangan-tubuh-pasukan-polis-syariah-26908?cp

 

KENYATAAN PADA 27 JAN 2013

Penubuhan unit 'polis syariah' bukan berniat mengambil alih peranan kerajaan negeri tetapi untuk membantu pihak berkuasa negeri menguatkuasakan undang-undang termasuk membantu menangani kes-kes ajaran sesat dan jenayah syariah lain.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tersebut juga berperanan memberi nasihat berhubung soal-soal penguatkuasaan dan membantu dalam operasi yang dijalankan.

"Sebelum ini penguat kuasa agama negeri akan meminta bantuan polis (dalam operasi), sekarang kita ada polis khas untuk membantu mereka.

"Polis ini akan berada di dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan akan membantu dari segi perundangan termasuk pentafsiran dan penelitian terhadap undang-undang yang ada kaitan dengan hal ehwal agama Islam di peringkat negeri," katanya.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang dilaporkan tidak bersetuju dengan langkah penubuhan 'polis syariah' kerana terdapat banyak soalan mengenai bidang kuasanya.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha sebelum ini mengesahkan bahawa unit itu akan ditugaskan menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap peranan 'polis syariah' tersebut tidak disalah tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap unit tersebut.

"Kita tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran agama di bawah kerajaan negeri, sebaliknya Jakim berperanan sebagai penyelaras dan Kementerian Dalam Negeri melalui polis membantu melaksanakan undang-undang.

"Komen-komen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung penubuhan unit ini amat dihormati tetapi mereka hendaklah meneliti dengan halus kenyataan Jakim supaya tidak timbul salah tafsir," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140128/dn_06/Polis-syariah-tidak-ambil-alih-kuasa-negeri#ixzz2rkhUmFyZ
© Utusan Melayu (M) Bhd  



Malangnya dalam hal ini PAS dilihat tidak menyokong penubuhan polis syariah yang bertujuan memberi kebaikan kepada umat Islam. 



Catat Ulasan