SHAH ALAM – Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat telah dikenal pasti iaitu Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.
Identiti mereka diperoleh hasil siasatan Astro Awani yang turut mendapat pengesahan daripada sumber yang enggan dinamakan.
Menurut laporan sebelum ini, nasib pasangan itu di mahkamah Sweden bakal diketahui semalam namun sumber menafikan hal itu.
Kedua-duanya direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan polis di kediaman mereka pada 14 Disember lalu.
Sementara itu, Isnin lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.
Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.
Menurut sumber, kesemua anak-anak dilaporkan berada di bawah penjagaan keluarga angkat di sana.
Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.
Sent from my iPhone
2 ulasan:
apa kaitan isu ini dengan taat kepada pemimpin?! jauh beza tu bro... macam tak kena artikel lu. jangan kasi malu muslim! aku tak setuju dengan undang2 sweden dengan mendakwa seseorang atas sebab memukul untuk tujuan mengajar anaknya tapi pada masa sama aku jugak benci kepada pemimpin yang korup dan rasuah! dua isu ini takdak kaitan! heeeee
Ada la kaitan bodoh.. kau mana paham sebab kau ngikut abg nuar kau yg satu masa dulu lagi bapak korup. Takde kena mengena dgn malukan muslim.. bodo la kau ni.. kalau diaorg korup pun apa masaalah dgn kau?? Kau tak boleh makan nasik ke lepas tu?? Kalau kau duduk kat kaki diaorg pun aku rasa kau lagi bapak segala bapak korup.. kau tak dapat peluang je.. tu yg kau menyalak... kalau tau idup tu dah miskin pegi la usaha, ni kau nak menyalahkan org lain je keje kau... bodoh!!!!
Catat Ulasan