Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Januari 2014

Bukti Golongan Anti Hadis (Kassim Ahmad) Berkumpul di blog OutSyed The Box - harap JAKIM / @KDNPutrajaya Dapat Buat Sesuatu !!!


Selepas meneliti lebih mendalam terhadap komen di sebalik entri Dr Kassim Ahmad atau KA didapati banyak pandangan yang diutarakan adalah sangat jauh dari pegangan ahli Sunnah Wak Jamaah yang dipakai dan diterima majoriti ulama Islam.

Dalam agama kita mengikut Nabi Muhammad saw yang dibawa riwayat hadis baginda dari perawi ke perawi sebelum dibukukan. Perlu diingat mereka orang sangat amanah dan jujur bukan seperti khayalan puak anti hadis yang suka melempar fitnah terhadap ulama kononnya tidak mungkin jujur mengumpulkan hadis hadis.

Lebih teruk imam muktabar seperti Imam Syafei ra juga diperlekeh golongan ini selain Imam Bukhari dll.

Berikut komen pembaca Panglima dan juga komen di blog Outsyedthebox yang didapati cenderung kepada Al Quran sahaja dengan mengenepikan hadis atas alasan kemungkinan direka-reka.







Manakala komen pembaca blog beliau :










Lebih jelas mengetahui pendirian Blogger ini anda boleh baca skrin imej di bawah :







Komen asal sila klik :



Moga Allah dapat beri petunjuk kepada kita semua. Jangan menolak hadis hadis Nabi saw dan mengikut Kassim Ahmad yang menjadikan alasan remeh untuk menolak hadis Nabi saw. Hadis dibukukan dengan kaedah sangat teliti sehingga perawi yang menipu ayam ditolak hadis yang mereka riwayatkan !

Kelab Che Det juga dipercayai (mengikut info) telah diresapi segelintir puak ini dan harap ada yang akan menyiasat lebih lanjut tentangnya. Mereka ada bahan rujukan tersendiri dan mereka ini berkeliaran berhujah dengan rakan seperjuangan dalam Umno untuk menyebarkan doktrin mereka.

Kita tidak mahu Tun Mahathir dijadikan ikon untuk memudahkan gerakan anti hadis ini untuk menyebarkan risalah songsang mereka. Sehingga menampakkan seolah Tun M bersetuju dengan pandangan mereka yang menolak hadis yang diterima majoriti ulama dunia Islam dulu hingga sekarang.

Mari berjuang pertahankan akidah ASWJ di akhir zaman ini.


Baca semula Fatwa pada tahun 1995 tentang golongan Anti hadis ini yang boleh dihukum murtad (nauzubillahiminzalik)




Sent from my iPhone

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau ko nak duit, aku rasa Kelab Che Det tak ada duit nak hulur sebab yang aku kenal KCD mmg jenis kelab paling miskin. tak macam blogger upahan yang selalu sibuk naik kan rating melalui cerita seks artis . lagi pun bukankah boleh pergi jumpa bebudak kelab chedet tu kat sesi teh tarik diorang? macamlah tak boleh tegur atau minta penjelasan terus. apa punya haprak posting. sudah lah tu nak mendengki bila org tak baca tulisan kamu melainkan topik artis seksi.

outside the box boleh lah kot bayar kamu. dia tokeh emas. tak pernah rasanya makan duit umno bila tulis blog.

-anti blogger lucah yg xpopular

Tanpa Nama berkata...

Dari dahulu dah wujud. Org PAS pun tahu (PAS dulu bukanlah yg sekarang). Sebab itu wujud berbagai tuduhan dpt sesat, assobiyah pd UMNO walaupun hakikatnya ia hanya libatkan kelompok kecil. Majoritinya kini sudah keluar membentuk PKR. Ini lokasi strategik puak liberal. PAS skrg setakat jaga parking bolehlah.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana anda katakan alasan remeh sedangkn mereka mngajak kembali kepada al quran? Hanya 1 kitab utk mngenali agama. Secara peribadi, mereka lebih byk mngupas persoalan ttg islam, dari ribuan ustaz dn yg utama,mereka mengajak kembali kpd al quran. Kitab yg benar di sisi allah.jika anda teliti hadis, anda akn jumpa byk perkara karut marut, tahyul dan bodoh. Walaupun dari sahih bukhari sekalipun, tiada yg berani bercakap bhawa semua hadis itu benar. Biarlah saya digelar anti hadis, asalkn saya tidak jd buta al quran dan anti al quran.

Zallman

anak melayu moden berkata...

tun mahathir boleh terima pemikiran kassim ahmad .. kamu blogger picisan apa yg tahu... tun negarawan ulung la! kamu tu nak hurai satu hadis pun bergantung kat google..

Pauzi's Blog berkata...

Sibuk dengan perkara yang bukan bidang masing masing .boleh sesat jadinya .. perkara halal haram depan mata buat tak nampak. ..sesat ko orang ni .... islam dah cantik da dengan hadir. .. tak ada yang bercanggah dengan ayat al Quran. Saya nasihatkan bertaubatlah. ..

Cari Blog Ini

Translate