Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2014

BERNAMA - Ketua Polis Negara Nafi 60 Anggota Polis Disiasat SPRM


KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

"Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau tanya dari mana mereka (Malaysia Insider) dapat laporan tersebut.

"Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai-pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati terhadap sumber berita mereka.

"Jangan laporkan daripada sumber yang tak betul, entah tukang kebun mana dia (wartawan) tu jumpa untuk dapatkan cerita yang tak betul ni," katanya sambil menambah pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut terhadap laporan palsu tersebut.

Mengikut laporan portal itu, kira-kira 60 anggota polis disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan itu meliputi perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran.

Mengulas perkara lain, Khalid berkata pihaknya akan memajukan kertas siasatan berhubung insiden membabitkan pasukan bola sepak T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

"Kita dah selesai mengemas kini kertas siasatan, mungkin dalam satu, dua hari lagi akan majukan kertas siasatan ini kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata lebih 20 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.



Sent from my iPhone

Tahniah Kepada Pengamal media sosial menang #MSMW2014 hasil undian atas talian


Panglima ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang Anugerah di Malaysia Social media Week 2014 #MSMW2014 kelmarin. Meskipun mendapat jemputan namun tugas lain menyekat Panglima dari menyertai majlis gilang gemilang tersebut.

Pemenang yang mengikut apa yang difahami melalui sumber blog, adalah ditentukan melalui undian. Bahkan ia adalah dianjurkan oleh NGO SMC iaitu Social Media Chamber. 

Lihat keratan imej di bawah:



Ini NGO yang menganjurkannya.



Sekali lagi tahniah kepada semua yang menang dan harap tahun hadapan peluang kita pula mencuba nasib Insya Allah.

Petikan Berita berkaitan #msmw2014 :

KUALA LUMPUR: Nyatakan kebenaran dan mesti berani menyuarakan apa jua kesilapan, namun perlu sedia menawarkan penyelesaian terbaik terhadap isu-isu terbabit, demikian nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pengguna media sosial. 

Beliau berkata, masyarakat Malaysia sudah melepasi generasi yang menerima isu berasaskan nilai lahiriah seperti pada tahun-tahun berlalu. 




Menteri dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid juga menyampaikan anugerah blogger dan media sosial dunia di majlis itu. 

Perbadanan Putrajaya memenangi Anugerah Penglibatan Kesejahteraan Bandar sementara Kementerian Kesihatan anugerah Penglibatan Komuniti Terbaik. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Tan Sri Tony Fernandes memenangi anugerah Selebriti Media Sosial 2014. 


Sumber dipetik dari BERNAMA

Sent from my iPhone

mStar Online : Penggunaan Pelekat Hologram Pada Al-Quran Dibawa Ke Kabinet - @Zahid_Hamidi

Penggunaan Pelekat Hologram Pada Al-Quran Dibawa Ke Kabinet - Zahid

PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac depan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, langkah itu dibuat bagi mendapatkan pandangan jemaah menteri sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM).

Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkan pelekat hologram (yang dijual pada harga RM1 sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.

Namun PQM meminta kerajaan memansuh penguatkuasaan pelekat tersebut pada naskhah al-Quran kerana ia dikatakan membeban dan menyebabkan harga kitab suciitu meningkat sehingga 50 peratus.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan dengan PQM pada Khamis memberi ruang kepada kementerian untuk mendengar dan memperhalusi sebarang masalah yangdibangkitkan.

"Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap al-Quran.

"Pengalaman kementerian-kementerian lain sebelum ini yang menguatkuasakan pelekat hologram juga didapati gagal meredakan masalah cetak rompak, jadi kita tak mahu berlaku lagi perkara seperti itu," katanya.

Presiden PQM, Sabariah Abdullah menyambut baik keputusan kementerian untuk 'memperlahankan' aktiviti penguatkuasaan itu buat sementara waktu tanpa sebarang denda dikenakan yang boleh mencecah sehingga RM10,000.

"Pada masa yang sama persatuan masih berharap pengunaan pelekat hologram dimansuhkan kerana ia tidak menjamin ketulenan al-Quran memandangkan pelekat hologram itu sendiri boleh dipalsukan," katanya.- BERNAMA




Nota : banyak isu dapat diselesaikan bila semua pihak boleh bersabar dan bertemu mata berbincang dengan baik isu yang timbul. Khamis juga hari rakyat untuk bertemu pihak KDN jika ada sebarang masalah untuk disampaikan kepada Menteri, timbalan dll


Gambar : Menteri diiringi KSU melawat kaunter terbuka yang dimulakan hari semalam untuk memudahkan rakyat datang mengadu permasalahan. 

Hari terbuka ini akan dilakukan dengan Menteri menemui rakyat dan jika beliau mempunyai urusan maka Timbalan atau KSU akan mengendalikannya.

Semoga rakyat akan semakin nampak keberkesanan kerajaan dan semakin mudah meluahkan masalah tanpa dikekang halangan birokrasi yang boleh merencatkan sokongan semasa pilihan raya membentuk kerajaan.

Sent from my iPhone

27 Februari 2014

Ketua Pasukan Hakim Mahkamah Rayuan Bekas Calon PAS punca @mbNizar Menang Saman @TV3Malaysia ?


Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.

Berita ini turut disiar laman web PAS seperti berikut :

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menang saman fitnah terhadap stesen televisyen TV3 berhubung isu nombor pendaftaran kereta WWW1 milik Sultan Johor.

 

Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof ketika membenarkan rayuan Nizar berkata, plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.

 

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini diketepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi," katanya.

 

Arif berkata, keputusan dibuat Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

 

Beliau berkata, pembelaan justifikasi TV3 gagal dan stesen TV itu tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

 

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

 

TV3 juga diperintahkan membayar RM30,000 kos mahkamah.


Link : http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/bersama-adun-mp/2283-kes-www1-nizar-menang-saman-terhadap-tv3



Analisa Ringkasnya :


Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang. Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof, yang pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), memutuskan bahawa :-

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.

Dalam penghakiman lisan yang diberikan, Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof yang juga pernah mengetuai barisan peguam mewakili Dato' Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir, di mana PAS memohon Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat satu pengisytiharan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir yang diadakan 6 Disember lalu sebagai tidak sah dan terbatal berdasarkan kepada perlanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, telah memutuskan bahawa keputusan  Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam pada 12 April yang menolak tuntutan Nizar tersebut tidak boleh dikekalkan.

Mohamad Ariff yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September 2008 juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor, turut memerintahkan bayaran kos sebanyak RM 30,000-00

Berita berkaitan penglibatan beliau dalam PAS yang disahkan PAS sendiri sila klik di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

Untuk Rekod, setakat 7-2-2014. Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof dijangka mendengar rayuan berkaitan Teoh beng Hock pada 28 Mac ini. 




Beliau juga semasa menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam . 

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang

Untuk makluman pembaca beberapa artikel sudah ditulis berkenaan hakim ini di sini :





Sepatutnya semasa perbicaraan peguam yang mewakili TV3 tempoh menimbulkan isu ini. Mustahil ia terlepas pandang kecuali pasukannya tidak membuat kerja rumah yang mencukupi atau tidak. Kita tidak mahu sebarang andaian sabotaj dari dalam kecuali ada bukti kukuh. 


Nama peguam yang mewakili Nizar dan TV3

Taktik minta hakim tarik diri adalah taktik yang sama diguna oleh ANWAR yang sering minta hakim undur diri bila dilihat ada ruang untuk melakukannya. Walaupun pernah undur diri sebelum ini apabila latar belakang beliau didedahkan namun kali ini tidak begitu.



Kes hakim Mahkamah Rayuan undur diri pernah berlaku pada kes  lain seperti ini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hakimundurdiridengarrayuan//Article/article_print

Kita risau isu ini terlepas pandang sehingga menyebabkan ramai akan memandang TV3 tidak dipercayai sekaligus memberi nafas kepada Pakatan Rosak yang sudah semput dihimpit isu isu melibatkan kelemahan urus tadbir, skandal seks, penyelewengan, dll 

Sekali lagi isu ini perlu diperhati peguam peguam dan penganalisa politik agar tidak timbul konflik antara latar belakang Hakim dengan perbicaraan yang dikendalikannya.

Kita yakin semua hakim teguh memegang prinsip ketelusan dan integriti walau sedar ada juga disebut dalam hadis Nabi yang dua dari tiga hakim akan berada dalam neraka kerana faktor ketidakjujuran, bias dan kronisme.





Sent from my iPhone

25 Februari 2014

UMNO Online – @Zahid_Hamidi : Masa Untuk Menyerang Persepsi Dan Kebencian Terhadap UMNO



MELAKA, 24 Feb – Anggota dan pemimpin UMNO disaran supaya bangkit menyerang persepsi negatif dan dakyah kebencian yang ditanam pihak pembangkang kepada rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata budaya kebencian terhadap UMNO dan BN telah ditanam oleh pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dengan slogan 'ABU' (Asal Bukan UMNO) dan 'ABN' (Asal Bukan BN).

"Kita tidak harus berdiam diri sebaliknya menyerang berlandaskan fakta dan hujah yang benar," katanya pada majlis Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin di Bukit Katil, di sini malam tadi.

Beliau berkata persepsi yang ditanam terhadap UMNO dan BN seolah-olah mereka bukan lagi pemegang tampuk kuasa yang relevan.

"Apabila kebencian telah ditanam sekian lama, kita mesti berani melakukan hujahan serangan yang bukan bersifat peribadi tetapi berlandaskan fakta-fakta bagi membetulkan persepsi bahawa kita dianggap salah, dengan kebencian yang ditanam dalam kalangan audiens iaitu para pengundi," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat anggota dan pemimpin UMNO serta BN yang berdiam diri kerana komitmen dan iltizam yang terlalu tipis dalam melakukan serangan balas kepada pembangkang malahan ada yang 'menambah' kepada perbezaan pendapat itu.

"Dengan kuasa yang terhakis di peringkat nasional dan sebahagian negeri-negeri, ini merupakan ujian buat kita dalam perang saraf ini. Pertahanan yang terbaik ialah kita melakukan serangan pula kepada pembangkang," katanya.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Veteran UMNO Melaka itu dihadiri lebih 1,000 anggota parti termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

http://www.umno-online.my/?p=101143

Maulid Nabi : Fatwa Mesir vs Saudi

Video : Imam baling selipar terima BR1M dan insaf - Alhamdulillah

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/H-h5tQI7-_E


Sent from my iPhone

22 Februari 2014

Ini Wajah Pemilik akaun FB Murtads In Pantai Timur (MPT) ???

@NajibRazak : UMNO tolak ideologi bertentangan ASWJ

Panglima ucap tahniah DS Najib kerana tegas menolak fahaman sesat seperti anti hadis. Penegasan ini sambungan kepada pegangan negara kita selama ini.

Sekaligus fahaman sesat lain seperti Syiah dan wahabi serta Islam liberal dll juga ditolak dan orang seperti Fathul Bari Dr Asri Rasul Dahri jangan dipopularkan lagi.

Mereka perlu menghormati IJMAK ulama dan jangan kacau pemikiran sedia ada atau berdiam diri tanpa menyebarkannya.

Tahniah DS Najib Razak...

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sebarang fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu ditolak sama sekali di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam soal berkenaan adalah tegas dan jelas bahawa mereka berpegang kepada akidah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, pendirian berkenaan sebagaimana disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.

"Justeru sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak sama sekali.

"Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan hadis Nabi Muhammad SAW yang merupakan hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran. Ini adalah sejajar dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang mengeluarkan kenyataan didakwa boleh menyesatkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Kenyataan Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi sehingga menyebabkan pelbagai pihak mahu beliau dikenakan tindakan undang- undang.

Kelmarin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi itu yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.

Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa lima ahli UMNO dikenakan hukuman dipecat keahlian kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Kata beliau, mereka antara lain melakukan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang.

Mereka ialah Baharim Abdullah dari UMNO Bahagian Kuala Pilah, Abdul Mohsin Mohd. Sharif (Tasik Gelugor), Mohd. Amri Che Ad (Tasik Gelugor), Hasan Bahri Mat Isa (Jempol) dan Mohd. Zulkefli Zakaria (Bachok).

Sementara itu, Najib memaklumkan persidangan cawangan UMNO akan bermula dari 1 April hingga 18 Mei ini.

Sent from my iPhone

Maharaja Lawak Mega 2013 - Akhir - Tema Bebas - Sepahtu Sindir ANWAR ?

https://www.youtube.com/watch?v=TtIcrviSFJg&feature=youtube_gdata - Video Tube for YouTube - iPhone/iPad


Sent from my iPhone

21 Februari 2014

#PRKKajang - Kalimah Allah : Islam VS Kristian

Islam VS Kristian Siapa Yang Anwar Tipu?

 

Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRKKajang yang menyentuh isu kalimah 'Allah' dalam ceramah-ceramahnya.  Seperti biasa, Anwar membawa hujah yangberbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramahberkenaan. 

 

Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwarmemberitahu penganut Kristian bahawa 'Allah' adalah namaTuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagisesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yangsama bagi merujuk kepada Tuhan mereka

 

Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayudi Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan 'tidakmungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakannama 'Allah' sewenang-wenangnya'. 

 

Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yangbertentangan kerana beliau sudah mendapat 'pengiktirafan' diperingkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yangbermuka-muka.    

 

Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis danberdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yangsama Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak danmembela LGBT dalam masa yang sama juga

 

Justerukita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankankalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama

 

Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliaubelum lagi menang pilihanraya Anwar boleh berjanji akanmenghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapanorang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belumlagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa

 

Bagaimanapunkita tidak boleh mengenepikan kemungkinanyang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadiMenteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuatsesuatu  

 

Oleh itudengan kenyataan Anwar yang bertentanganberbeza,berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah,bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwarsebenarnya

 

Perlu diingatkanbahawa sekiranya beliau benar-benar berjayamenjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapatmeneruskan hujah bertentanganberbezaberbelit dan samarmengenai isu ini Mahu tidak mahulambat laun, Anwar perlumembuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristianakur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islammeredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian

 

Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua mukasekiranya beliau benar-benar berkuasa.  Anwar perlumenunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorangliberalis-pluralis atau Islamis-moderat

 

Apa yang pastiIslamis-moderat tidak mungkin dapat menerimaidea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya

 

Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralismaka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkanmereka menggunakan kalimah Allah.  Jika Anwar memilihuntuk menonjolkan imej Islam-moderatmaka beliau perlumempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagaialat untuk menyebar agama Kristian. 

 

Sehingga kininampaknya penganut Kristian dan masyarakatbukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwarmenyebelahi mereka.  Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar.  Masyarakat Cina jugamelalui DAP, memberi'kelulusankepada Anwar untuk menjadi Menteri BesarSelangor.  Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arahperpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia. 

 

Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah'dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian

 

Sebaliknyapenyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama 'Allah'dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politikUMNO.  Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apayang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwartelah diputarbelitkan oleh UMNO. 

 

Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah'Allah' dengan mempertahankannya dari digunapakai olehKristian

 

Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayaiAnwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan.  Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalantengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambiljalan selamat.  Anwar tidak boleh tidakperlu berpihakdanakhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipupihak yang satu lagi   

 

Soalnyapihak manakah yang tertipu di sini?   Islam atauKristian? 

 

Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwarberkuasa.  Dan pada waktu itusiapa pun yang tertipu akanmendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalangAnwar. 

 

Kiriman Email.



Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate