YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
30 April 2014
Haji Hadi 'Melarikan' Diri Dari Himpunan Aman GST Esok ?
PEMIMPIN UTAMA PAS TOLAK HIMPUNAN BANTAH GST
Dato hj hadi awang presiden pas bersama yb dr syed azman adun b.buruk & pengerusi lajnah a'bangsa pas pusat telah berlepas ke negara MOROCO pada 28.4.14 melalui KLIA bagi menghadiri seminar islam a'bangsa dan dijangka balik ke negara pada 3.5.15. Kedua dua pemimpin ini tidak akan menghadiri perhimpunan 501 KL.
Terima kasih kepada pemberi info melalui Telegram.
Harap penyokong PAS memikirkan adakah pemimpin mereka masih ada 'hati' untuk menjayakan program Pakatan yang menyaksikan unit Amal PAS sering menjadi 'alat' untuk digunakan.
Haji Hadi barangkali tidak sampai hati melihat anak buahnya kepanasan dan melarikan diri dengan harapan penyokongnya sedar mesej tersirat yang cuba dipamerkannya.
Jika yang degil dan mengalami masalah air bolehlah mandi water canon esok di Dataran Merdeka.
Tak sabar menunggu Anwar Khalid Azmin akan basah disimbah air water canon yang gatal dan memedihkan kulit badan.
Poster menarik perhimpunan esok :
SIKAP KURANG AJAR @AIRASIA MENYUSAHKAN PEMBUKAAN KLIA2 DAN PM @NAJIBRAZAK
BERITA DITERBITKAN PADA 6 APRIL 2014 :
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beroperasi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, KLIA2.
Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2.
Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.
Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.
Rabu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei, namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani.
Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.
Menurut Azmi, MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".
Berharga RM4 bilion, beliau berkata KLIA2, yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), "bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah."
Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di KLIA2, Azmi berkata KLIA2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA -- penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.
Beliau berkata AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.
"Kita tidak boleh membandingkan KLIA2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.
"Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh KLIA2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu," katanya dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di KLIA2.
Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir, Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang -- terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.
Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.
Beliau berkata caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna. Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas, kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.
Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.
Beliau berkata MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.
"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.
"Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki, itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak, kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah, MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/klia2-hampir-semua-kehendak-airasia-dipenuhi-kecuali-spa-dan-muzium-33316?cp
TERBARU :
Dah sah selamat
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
Sepang: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menegaskan bangunan terminal KLIA2 selamat digunakan dan tidak sepatutnya timbul pelbagai andaian buruk mengenainya memandangkan tiga badan utama berkaitan penerbangan dan pembinaan sudah menjalankan pemeriksaan rapi.
Pengurus Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad berkata, pemeriksaan terhadap bangunan KLIA2 sudah dijalankan dan ia disahkan selamat untuk beroperasi.
“Terminal KLIA2 sudah diperiksa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keputusannya bangunan berkenaan selamat digunakan.
Pihak AirAsia tidak berpuas hati dan kami memanggil Ikram Premier Consulting (IPC) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan keputusannya sama bahawa KLIA2 tidak berdepan sebarang masalah.
“Namun, ia masih tidak memuaskan hati mereka dan kami memanggil Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mereka turut mengesahkan bahawa KLIA2 selamat dan menepati standard pembinaan antarabangsa,” katanya selepas majlis pecah tanah projek Mitsui Outlet Park di sini, semalam.
Menurutnya, MAHB buntu mencari jalan memuaskan hati AirAsia dan ia sepatutnya tidak perlu diperbesarkan kerana ketika ini semua pihak sudah bersedia untuk memulakan operasi di KLIA2.
“Fokus kami buat masa ini adalah untuk memastikan KLIA2 beroperasi mengikut tarikh yang ditetapkan.
Malah, semua pihak seperti agensi penguatkuasaan, penyedia pengangkutan, syarikat penerbangan termasuk AirAsia sudah bersiap-sedia untuk berpindah ke KLIA2,” katanya.
Azmi berkata, melalui penganjuran Hari Terbuka pada 27 April lalu yang mencatatkan hampir 80,000 pengunjung, pihaknya menerima maklum balas positif mengenai kemudahan yang disediakan di KLIA2.
“Tinggi harapan kami agar semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan KLIA2 dapat beroperasi pada 2 Mei ini kerana ia jauh lebih baik berbanding operasi semasa yang dijalankan di Terminal Tambang Murah (LCCT),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai mesyuarat berhubung prosiding KLIA2 yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes; Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun dan CEO AirAsia Bhd, Aireen Omar.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dahsahselamat/MA/Article/index_html
Air Asia Perlu Dihenti Dari Terus Ugut Kerajaan
MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa lesen operasi yang dimiliki Air Asia hari ini adalah asalnya lesen yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada sebuah syarikat milik bumiputra yang tidak perlu dinamakan disini.
Atas sebab tertentu, syarikat berkenaan tidak berupaya meneruskan perniagaan itu (ada sumber mengatakan kerana krisis kegawatan ekonomi 1997) dan Air Aisa pun wujudlah dengan lesen operasi tersebut. Kalau tidak, mungkin Air Asia tidak wujud pun, tapi kerana ehsan kerajaan membenarkan mereka mengambil alih lesen berkenaan, wujudlah mereka sehingga hari ini.
Justeru, bila kewujudan Air Asia pun atas belas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya syarikat itu berani mengugut kerajaan, seperti dalam kes memindahkan operasi ke KLIA2 dari Terminal Tambang Murah (LCCT).
Ini bukan kali pertama syarikat berkenaan mengugut kerajaan. Sebelum KLIA2, Air Asia terlebih dahulu mengugut untuk memindahkan operasi syarikat tersebut ke Indonesia bila soal hutang syarikat itu dengan Malaysia Airport Berhad (MAB) berjumlah beratus juta ringgit mula menjadi isu awam.
Kini, bila berlaku tragedi MH370, Air Asia mengambil peluang dengan menjadikan soal keselamatan sebagai asas untuk tidak memindahkan operasi mereka ke KLIA2, mentang-mentanglah Air Asia bakal mendominasi 80% dari operasi syarikat penerbangan di fasiliti terbaru itu.
Sedangkan soal keselamatan bukan terletak di tangan Air Asia tapi agensi kerajaan berkaitan seperti DCA dan MAHB, apa yang Air Asia nak sibuk?
Justeru, sudah sampailah masanya untuk kerajaan mengkaji semula lesen operasi yang dianugerahkan kepada Air Asia dulu. Kalau perlu ditarik balik, tariklah balik dan berikan kepada syarikat yang lebih layak kerana syarikat itu nampaknya semakin besar kepala.
Tidak boleh dibiarkan syarikat berkenaan berterusan mengugut kerajaan macam ini. Mereka hanyalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya bila sudah berkembang macam sekarang, mereka mengambil peluang untuk mengugut kerajaan pula.
Kerajaan tidak perlu bimbang jika keputusan menamatkan lesen operasi kerajaan diambil.
Ada banyak syarikat penerbangan murah yang boleh mengambil kekosongan yang ditinggalkan Air Asia seperti Malindo dan Firefly. Semua syarikat ini tidak wujud semasa Air Asia bermula, jadi inilah masa yang sesuai untuk mereka diberi peluang berkongsi segmen penerbangan murah yang selama ini dikuasai Air Asia.
Petikan Mykmu.net
http://www.suaragenerasibaru.com/?p=111003
PANGLIMA : APA LAGI AIR ASIA MAHU ??? KENAPA KERAJAAN PERLU TAKUT DENGAN AIR ASIA ? ADAKAH MEREKA YANG MENGELUARKAN LESEN ATAU KITA ?
SUDAH BANYAK KALI RAKYAT TERTINDAS MELUAHKAN DI MEDIA MASSA TENTANG SIKAP PENGURUSAN AIR ASIA YANG BANYAK MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN DARI FAKTOR KEMANUSIAAN.
APA LAGI AIR ASIA MAHU SEBENARNYA ???
Billy Info: Fakta Tentang Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg ( Tolong Sebarkan )
- Jolly Shandy ialah air minuman tin beralkohol rendah (arak) yang dikeluarkan oleh Syarikat Carlsberg sejak tahun 2007 lagi.
- Menariknya, walaupun syarikat ini berpangkalan di Eropah, minuman Jolly Shandy ini dicipta khas dan dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Shah Alam, Malaysia.
- Minuman ini turut di eksport ke negara-negara Asia yang lain.
- Kandungan alkohol dalam Jolly Shandy adalah pada kadar 1% dan mempunyai beberapa perisa antaranya Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
- Ingredients: Water, sugar, beer, citric acid, flavouring, colour, carbon dioxide, ascorbic acid, vitamin C and stabilizer.
- Minuman ini baru-baru ini dilancarkan semula dengan rasa yang dipertingkat dan dalam packaging yang baru bersaiz air tin biasa 320 ml.
Sent from my iPhone
SMS Panassss @Chegubard hentam @AzminAli Krisis Pemilihan PKR - Ugut Demonstrasi Petang Ini
Tuesday, April 29, 2014
Siapa punca kekecohan pemilihan ?
1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.
2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.
antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah
Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi
Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin. Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.
Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)
Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita. (berlaku di banyak tempat lain)
Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP
Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.
3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.
4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???
5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.
6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?
7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.
8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?
Sekian
che'GuBard
Anggota Biasa PKR
Sumber dari rakan whatsapp
Gambar yang tersebar berkaitan sms di atas :
Hudud semakin hampir jadi kenyataan - mantan MB Nik Aziz Nik Mat @UMonline
KOTA BHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.
Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini.
"Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya.
"Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.
Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.
Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.
Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu.
"Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya.
http://m.utusan.com.my/Politik/20140430/po_01/Hudud-semakin-hampir-jadi-kenyataan
Sent from my iPhoneSeorang wanita ditahan, menjadikan 10 anggota militan ditangkap - @Zahid_Hamidi
Sent from my iPhone
29 April 2014
Video @Youtube : Cina Mengamuk Polis @PDRMsia Tolak Duit Rasuah !!!
@Zahid_Hamidi Bidas Pakatan Hipokrit Tolak Warta Lokasi Perhimpunan Mengikut AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
Demonstrasi GST 1 Mei 2014 : Tanggung risiko jika tidak patuh Akta Perhimpunan Aman - @Zahid_Hamidi
Wow ! Ikon Patriotik BTN Tawar Hadiah RM 100 Ribu !!! @Razaliibrahim
YB Dato Razali Hj Ibrahim Timbalan Menteri JPM dan KP BTN bersiaran secara langsung pagi ini di Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 jam 8.20 pg sempena Pelancaran Program "AKU IP (Ikon Patriotik) .
28 April 2014
Video @Youtube Tuan Guru Hj Abdullah Saamah Disaman JPJ Tidak Patut Disebar !!!
Memetik laporan Utusan Malaysia
Abdullah berkata, tindakan itu wajar kerana perbuatan anggota terbabit telah menjatuhkan maruahnya dan seolah-olah sengaja ingin memalukan dirinya selain mencemar imejnya sebagai seorang tokoh agama di negeri ini.
Selain itu, katanya, tindakan anggota terbabit juga telah mencemar imej serta merosakkan integriti agensi kerajaan yang selama ini begitu dihormati.
"Saya berharap dengan tindakan tegas yang diambil itu akan memberi pengajaran kepada anggota tersebut dan kakitangan lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu," katanya
Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada JPJ negeri berhubung penyebaran video rakaman Abdullah yang disaman anggota agensi tersebut dalam laman sosial.
Sejak 13 Mac lalu, telah tersebar video Tok Guru Abdullah Samah Pondok Genting Tumpat Kena Saman JPJ dan Ulama Umno Ilmu RM2 Juta Kena Saman dalam laman YouTube.
Sementara itu, ketika diminta menceritakan kembali kejadian tersebut, Abdullah memberitahu, beliau sama sekali tidak menyedari bahawa kejadian itu dirakam.
Beliau hanya menyedari beberapa orang anggota JPJ memegang telefon bimbit masing-masing dan seolah-olah sedang berbuat sesuatu ketika itu.
"Saya hanya mengetahui kewujudan video tersebut di laman sosial setelah dimaklum oleh anaknya ketika sampai di rumah pada hari kejadian.
"Apabila membaca komen-komen yang ditulis pada video terbabit yang banyak berbaur negatif jelas telah memalukan saya dan keluarga.
"Anggota tersebut sepatutnya hanya mengambil tindakan saman kerana sememangnya saya bersalah kerana cukai jalan telah tamat tempoh dan bukannya sengaja memalukan saya dengan tindakan tidak bermoral itu," katanya.
Link asal : http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/04/panass-adakah-ini-tugas-baru-anggota.html?m=1
Sent from my iPhone
Selepas Bas Kini Kapal Terbang Pula Terhempas
SHAH ALAM - [Dikemaskini] Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.15 tengah hari tadi.
Ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit.
Lagi gambar :
Sent from my iPhone
20,000 Sertai Malam Cinta Rasul Di Lumut – Perak Today
Hampir 20,000 umat Islam hadir memeriahkan majlis selawat mega 'Malam Cinta Rasul' yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malam tadi.
Majlis yang berlangsung di Stadium TLDM itu dianjurkan sempena Sambutan Hari TLDM ke– 80.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut hadir ke majlis itu, berkata sambutan yang diterima amat membanggakan.
"Ramai yang datang malam ini dan ia amat membanggakan," katanya.
Tambahnya lagi, banyak manfaat dapat diperolehi daripada program sebegini.
"Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan semangat cinta Rasul dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam kehidupan," katanya lagi.
Beliau juga berkata, secara tidak langsung, program ini mampu mengeratkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat dan warga TLDM sendiri.
"Majlis seperti ini dapat mengeratkan ukhwah di kalangan warga serta masyarakat setempat," ujarnya lagi.
Ujarnya lagi, perkara ini juga sejajar dengan Pelan Strategik Lautan Biru (NBOS)
"Usaha ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan jalinan kerjasama sejajar dengan pelan tersebut," tambahnya lagi.
Program itu mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Lembaga Air Perak (LAP), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Pejabat ADUN Pangkor.
Turut hadir Penglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Program Malam Cinta Rasul ini tidak ketinggalan menampilkan Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf yang dijemput khas dari Indonesia.
Sedutan rakaman :
Panglima : ketika dibuat di Dataran Merdeka dihadiri TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin anggota PDRM turut
Sent from my iPhone
UMNO Online - @BarackObama Impressed With M’sia As Islamic Nation With National Mosque Visit – Religious Leaders
KUALA LUMPUR, April 27 – The visit of U.S. President Barack Obama to the National Mosque here today, showed he was impressed with Malaysia's achievements as an advanced and dynamic Islamic country in the Southeast Asian region.
Religious leaders and academicians welcomed Obama's gesture to spend time at the landmark of Islam in Malaysia since 1965 and saw the visit as a start of better understanding of the teachings of Islam.
Ulama Association of Malaysia secretary-general, Assoc Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor said Malaysia should make good use of the space paved through this visit to be a lobby power for peace in the Islamic world, more so when Malaysia had been playing an active role in Islamic organisations.
"Malaysia needs to bring the movement of moderates to the fore and look into the fate of oppressed Muslims through dialogues and discussions with the world's big powers like the United States," he said.
The 44th U.S. President visited the National Mosque in Jalan Perdana, here, this morning and he was received by its imam, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad and the mosque committee.
Obama, dressed in a black suit, was accompanied by Syaikh Ismail to the prayer hall and later the Warriors' Mausoleum located next to the mosque.
Religious speaker, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid said the visit was a positive approach by Obama who arrived in the country yesterday to get to know the religion, besides being a mark of respect for Muslims.
"This is out of the ordinary as I cannot recall any non-Muslim world leader visiting the National Mosque and this is a good start for Muslims here," he said.
Former National Mosque imam, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz said the willingness of the world leader to set foot on the Islamic landmark was a good omen, more so when Muslims were being wrongly linked to violence.
"It is hoped he (Obama) could see the beauty of Islam as a religion of peace," he said.
International Movement for a Just World (JUST) president, Dr Chandra Muzaffar hoped the visit would bring about more positive development to Islam in the eyes of the world.
"We also hope good gestures will follow after the visit and as Muslims, we need to welcome the arrival of anyone who wants to know about Islam," he said.
Sent from my iPhone
27 April 2014
Perhimpunan GST: Tindakan tegas jika ingkar APA 2012 - @Zahid_Hamidi
ALOR GAJAH 26 April - Kementerian Dalam Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta sesiapa yang terbabit dalam perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya mereka didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kementerian membenarkan perhimpunan yang bakal diadakan awal bulan hadapan itu diadakan tetapi ia perlu mengikut garis panduan ditetapkan serta tidak mengganggu ketenteraman awam.
Namun begitu, tegasnya, beliau tidak akan memberi amaran sekiranya didapati ada dalam kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat dikenakan dalam akta tersebut.
"Kita (kementerian) beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukannya di luar daripada syarat diberikan, maka mereka harus menanggung risiko daripada pelanggaran syarat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Sekolah Menengah Imitiaz Ulul Albab, Masjid Tanah yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin.
Jelas Ahmad Zahid, beliau turut menasihatkan penganjur mengubah lokasi perhimpunan ke Stadium Merdeka disebabkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan di Dataran Merdeka.
Namun begitu, ujarnya, pihak penganjur hanya boleh menggunakan stadium berkenaan setelah mendapat kebenaran daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab terhadap stadium tersebut.
"Kami telah menyarankan agar pihak penganjur tidak menggunakan Akta Perhimpunan Aman sebagai alasan untuk mereka mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
"Kalau mereka tidak berpuas hati dengan apa juga isu termasuk GST, maka mereka boleh menyatakan dengan alasan dalam perhimpunan berkenaan secara aman di stadium tersebut," ujarnya.
Utusan Malaysia
Kerana @RafiziRamli Sentuh Bajet Tambahan - @AhmadMaslan Belasah @anwaribrahim rapat ke dinding !!!
http://youtu.be/VGmQ4vQAGRY
Kisah ANWAR dalam video di atas semasa menjadi Menteri Kewangan didedah Datuk Ahmad Maslan isu bentang Bajet Tambahan ibarat pukulan 'smash' kepada Rafizi yang cuba 'bergurau' dengan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak dengan membangkitkannya di Parlimen.
Rupanya sepanjang 8 tahun ANWAR menjadi Menteri setiap tahun beliau membentang empat kali perbelanjaan tambahan berbanding dua kali sahaja semasa YAB PM.
Fakta menarik ini menunjukkan betapa jauh beza Anwar berbanding DS Najib yang telah berjaya angkat ekonomi negara.
Adakah ada yang masih kagum dengan Anwar?
Sent from my iPhone
Picture Air Force One @BarackObama and ‘The Beast’ In Malaysia Yesterday
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/23/Catch-Obama-in-The-Beast/
Picture of his car 'The Beast' in Malaysia :