YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
29 November 2014
Ucapan Dato Seri @Zahid_Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2014 #pau2014 by TehTarikYB on SoundCloud
https://m.soundcloud.com/tehtarikyb/ucapan-dato-seri-zahid-hamidi-di-perhimpunan-agung-umno-2014-pau2014
Gambar sekitar
Kalau UMNO Mahu Berubah Inilah Caranya @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @Mohdshafieapdal @HishammuddinH20 @Khairykj @ShahrizatJalil
Tidak guna perubahan bersandarkan ikutan kerana kesedaran dalaman lebih utama untuk ditekankan.
Parti atau diri yang mahu berubah perlu dididik ulama rabbani bukan liberal atau wahabi.
Pendek kata kita kena minta Allah perlihatkan waliNya untuk kita belajar dan diajar.
Kehebatan tamadun Islam dahulu kerana sentuhan ulama bertaraf Wali membimbing pemerintah mengurus ummah.
Selepas Rasulullah saw ulamalah yang menggantikan baginda untuk pedoman umat di dalam kegelapan maksiat dan dosa akhir hayat dunia.
Mereka ibarat bintang di langit yang menerangi pelayar dan pengembara di darat dan di laut agar selamat sampai ke destinasinya.
Percayalah gandingan Ulama dan Umarak resepi rahsia kegemilangan Islam zaman berzaman yang perlu dikekalkan.
Bila kenal Ulama maka rakyat akan dapat makanan rohani dari amalan zikir selawat yang diberi.
Selepas mereka dibersihkan dari kotoran dosa dan kekal beramal sepanjang masa sudah tentu perubahan akan bertahan lama dan dijamin keutuhannya.
Barulah tidak ada cah keting tikam atau belakang sesama sendiri dan akhirnya kekuatan akan menjelma hasil ikatan hati bersalut iman dan taat kepada Ilahi.
Kepada Allah kita berdoa parti keramat UMNO akan kekal dilindungi olehNya dan dipimpin pemimpin yang tidak takut kecuali kepada Allah sahaja.
Allahu Akbar !!!
Penembak-Tepat.Blogspot.com
Sent from my iPhone
28 November 2014
Kekal Akta Hasutan : PM @NajibRazak Sambung Legasi Tun Razak
WARISAN AKTA HASUTAN - TAHNIAH DS NAJIB!
Wakil Kelab UMNO Luar Negara Sentuh Media Sosial & Laman Web Kerajaan Pagi Ini - Utusan Malaysia
NUR FARHANA MOHD. ANUAR
Kelab UMNO Moscow, Rusia
Pengendalian tragedi MH370 dan MH17. Di luar orang sudah kenal Malaysia.
Isu:
1-Trend sokongan orang muda. Pola pengundian tidak berpihak kepada kita. Majoriti anak muda keliru dan berpihak kepada pembangkang.
Persepsi: UMNO parti tidak relevan dan dipenuhi orang lama.
Tidak fresh dengan idea baru. Matlamat dan perjuangan parti semakin pudar.
Ramai ahli UMNO tapi bukan ahli UMNO yang berdaftar. Orang UMNO akan perjuangkan agenda UMNO.
Bosan dengan lambakan program bersifat streotaip.
Cadangan bagaimana meremajakan UMNO:
1-Pastikan penglibatan golongan mahasiswa, akar umbi ke peringkat kepimpinan tertinggi UMNO. Generasi Gen-Y tonggak nadi peneraju pimpinan masa depan. Dapat pendedahan awal lanskap politik negara.
KPI diperkenalkan-peremajaan UMNO untuk menilai sejauh mana serius pelaksanaan.
Tak semestinya peremajaan ini melibatkan orang lama.
Perjalanan seribu batu ini bermula dengan langkah pertama.
Pemimpin negara harus guna platform agar seimbang kehidupan peribadi dan polisi kerajaan. Supaya dapat rasa dekat dengan pemimpin negara
Isu ketersambungan hiper - aplikasi IT UMNO. Salam hi boleh bertukar maklumat tanpa kad perniagaan. Masyarakat umumnya nak maklumat pantas dalam penyebaran berita, baik yang benar atau palsu. Persepsi berulangan akan diterima pakai walaupun pada hakikatnya, ia berita palsu.
Itulah penyebaran dakyah disebarkan oleh blog-blog pembangkang.
Sedihnya, lambat diserang balas oleh blog UMNO. Kami sedia jadi Young Bloggers daripada terus diperlekehkan oleh media sosial pembangkang.
Perang siber, kita jangan kalah tapi serang secara pro-aktif.
Respons yang efisyen, tepat, ketelusan maklumat dan bukan spin off. Maklumat yang sahih. Pembangkang sebar dakyah palsu. Kita perlu ada integriti. Di sini kita guna Akta Hasutan.
Laman web kerajaan terbelakang. Dengan mudah kena push up. Jadikan laman web kerajaan lebih mesra pengguna, menarik. Semua nak maklumat ringkas, grafik informatif, video menarik.
UMNO tetap parti kuat. Jangan anggap UMNO telah lemah. Kita sangat kuat dengan ahli 3.5 juta, 68 tahun.
175,000 sahaja ahli parti di United Kingdom. Jadi, kenapa kita perlu takut dan rasa rendah diri dengan pembangkang? Kita terperangkap dengan permainan jahat pembangkang. Mereka guna
reverse psikologi.
Pembangkang takut dengan solidariti, keupayaan UMNO dan BN. Kalau kita pecah, lemah, bercakaran sesama sendiri, itu yang pembangkang lakukan.
Tolak tepi ego dan persengketaan sesama kita.
27 November 2014
Hamas mohon Malaysia bawa isu Palestin ke PBB - @Zahid_Hamidi - Utusan Online
Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan delegasi Hamas yang diketuai Ketua Perhubungan Politik Hamas, Mohamamad Naser (kiri) pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pergerakan Hamas hari ini mengemukakan permohonan kepada Malaysia untuk membawa isu keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Permintaan tersebut disampaikan Ketua Perhubungan Politik Hamas, Mohammad Naser ketika pertemuan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada lawatannya ke Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, permintaan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO memandangkan Malaysia selama ini mempunyai pendirian menyokong rakyat Palestin yang teraniaya atas dasar perikemanusiaan.
"UMNO berasa hubungan politik bukan hanya dengan Hamas tetapi juga Fatah dan hasil pertemuan sama sebelum ini akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pergi ke Gaza.
"Dalam pertemuan ini, Hamas meminta Malaysia yang terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB supaya membawa isu penderitaan Palestin ke dalam mesyuarat," katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu.
Menurut Ahmad Zahid, parti tersebut turut menghargai bantuan yang disampaikan rakyat Malaysia kepada Palestin melalui Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan memohon agar bantuan berkenaan diteruskan.
"Sekiranya Israel melabel Hamas sebagai pergerakan pengganas, maka bagi Malaysia, bantuan itu disalurkan atas perasaan perikemanusiaan yang perlu diberi keutamaan," jelasnya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, Mohammad turut mengharapkan bantuan daripada Malaysia supaya jumlah pelajar Palestin yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di sini dapat ditambah.
Sent from my iPhone
25 November 2014
Generasi muda adalah harapan baru parti – @Zahid_Hamidi #dszh
Ada pihak suburkan sentimen perkauman susulan pemansuhan ISA - @Zahid_Hamidi
24 November 2014
Video: Pemilik Restoran Ali Maju Mohon Maaf, Pecat Pekerja Pengotor | Suara TV
Kuala Lumpur – Pemilik rangkaian restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan melahirkan rasa kesal dengan tindakan pekerja restorannya yang melanggar etika kebersihan sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.
Menurut Jawahar, beliau mengakui kesilapan pekerja tersebut yang dilakukan di permis restoran Ali Maju cawangan Keramat Permai Setiawangsa dan menzahirkan permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya yang mengunakan mop lantai untuk membersihkan meja.
"Saya akui kesilapan itu dan ingin memohon maaf (namun) saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan meja tersebut digunakan untuk menyediakan atau memasak roti canai.
"Meja tersebut hanya digunakan untuk meletakkan hidangan tomyam yang telah siap dimasak" katanya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi.
Ekoran penyebaran rakaman video tersebut, beliau telah datang ke permis terbabit untuk melakukan siasatan.
Menurut pekerja terbabit ia dilakukan secara spontan kerana meja yang digunakan untuk meletakkan hidangan tomyan itu terlalu kotor.
Menurutnya lagi walau apapun alasan yang diberikan pekerja tersebut, dia secara jelas telah melanggar etika pekerjaan yang ditetapkan dan tindakan telah diambil terhadapnya.
"Walau apapun alasan yang diberikan, saya tidak boleh bertolak ansur (dalam isu ini) kerana ia juga merupakan sebagai pengajaran kepada para pekerja yang lain.
"Saya telah bertindak memberhentikan pekerja terbabit dan mengusirnya demi untuk kebaikan bersama" katanya lagi.
Masyarakat dan penguna media sosial sebelum ini gempar dengan pendedahan Suara TV berhubung tindakan seorang pekerja restoran yang mengunakan mop lantai untuk membersihkan meja.
Jawahar turut menjelaskan beliau amat menitik-beratkan soal kebersihan di semua rangkaian restoran miliknya khususnya bilik air.
"Insyallah saya boleh beri jaminan, kami cukup praktikal dan prihatin (dalam soal kebersihan).
"Kerana (saya berpegang pada prinsip) saya tidak akan menghidangkan makanan yang saya sendiri tidak boleh menjamahnya tambahan pula agama kita (Islam) amat menekankan konsep kebersihan" ujarnya lagi.
Sent from my iPhone
JENTAYUABAKA: TINDAKAN JAKIM SEKAT SHEIKH NURUDDIN SATU KESILAPAN BESAR, NAMA PERDANA MENTERI TURUT TERCALAR
Sent from my iPhone
23 November 2014
ASWAJA Dukacita Jakim Sekat Syeikh Nuruddin Al Banjari @NajibRazak @Dsjamilkhir
1. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini. Sekatan ini dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.
2. Sheikh Nuruddin merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara ini. Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Syeikh Nuruddin terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka.
3. Sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Syeikh Nuruddin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan. Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya. Sekaligus berupaya utk mengelakkan fitnah terhadap Syeikh Nuruddin dan agensi agama di negara ini.
4. ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabiy, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.
5. ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berhara NGO's Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara.
Sekian terima kasih
Zamihan Mat Zin
Pertubuhan Ahli Sunnah Waj Jamaah Malaysia (ASWAJA).
23 November 2014
Panglima : sekatan terhadap beliau di TV Al Hijrah yang dilontarkan ramai pihak di media sosial perlu juga disiasat !!!
Sent from my iPhone
22 November 2014
@NajibRazak Beri Mandat Kepada Saya Untuk Terus Pimpin UMNO Selangor - @NohOmar @UMNOOnline
TANJONG KARANG, 22 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi mandat kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk terus memimpin UMNO Selangor, walaupun beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak.
Noh berkata perkara itu dinyatakan oleh Najib selaku Presiden UMNO dalam pertemuan antara mereka berdua pada 18 Nov lepas.
"(Dalam pertemuan itu) saya maklumkan kepada Perdana Menteri, saya dengan ikhlas tiada halangan sekiranya beliau (Najib) ingin membuat pertukaran kepimpinan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor kerana bagi saya kedudukan saya tidak penting tetapi yang penting ialah UMNO dan BN Selangor.
"Perdana Menteri bagaimanapun meminta saya teruskan kepimpinan (UMNO dan BN) di Selangor dan beliau akan menilai prestasi saya dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.
Noh berkata dalam pertemuan itu Najib turut memberi garis panduan yang boleh membantu menaikkan semula imej UMNO Selangor seperti memberi tumpuan lebih kepada generasi muda dan sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat.
Menurut Noh, beliau juga akan membawa masuk budaya UMNO Tanjong Karang ke dalam UMNO Selangor, iaitu bahagian tersebut merupakan satu-satunya bahagian yang menjadi kubu kuat UMNO di negeri itu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Noh berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjong Karang sementara Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak dan Adun Sungai Burong Datuk Shamsuddin Lias turut kekal di kawasan masing-masing.
"Di Tanjong Karang, kita amalkan perpaduan, bekerja sebagai satu pasukan dan menerima hanya satu arahan. Saya yakin ramai anggota UMNO di Selangor boleh bekerja bersama-sama saya," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Noh dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa muka baharu tidak diberi peluang dan ruang dalam UMNO Selangor.
Beliau berkata daripada 22 bahagian di negeri itu, hanya satu ketua bahagian tidak dicabar dalam pemilihan parti, sementara bagi Wanita terdapat Sembilan muka baharu, Pemuda terdapat 19 muka baharu dan Puteri mempunyai 17 muka baharu.
Kepimpinan UMNO Selangor sebelum ini menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada PRU12 dan PRU13.
http://www.umno-online.my/?p=119133Sent from my iPhone