Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Disember 2018

Bersatu beri beg tiruan – Herschel - Abu Leman

Bersatu beri beg tiruan – Herschel - Abu Leman

Komen panglima : kesian kepada perwakilan... dapat yang tiruan rupanya.


Bersatu beri beg tiruan – Herschel



Pihak Herschel Supply Co. semalam mengeluarkan satu kenyataan melalui email memaklumkan model beg-beg yang diedarkan di Himpunan Bersatu adalah beg tiruan.

Kenyataan yang merupakan jawapan balas dari pertanyaan seseorang itu berkata mereka tidak dapat mengecam reka bentuk beg yang dipaparkan.

Herschel menegaskan bahawa reka bentuk beg yang diterima oleh perwakilan Bersatu tempoh hari tidak pernah dikeluarkan oleh pihak mereka sama sekali.

Jika email bertarikh 29 Disember 2018 itu sahih, ia sekaligus mendedahkan Bersatu yang kini telah menjadi KERAjaan pada hari ini melakukan kesalahan membeli dan mengedarakan barang tiruan.

ARTIKEL BERKAITAN : Perwakilan dapat Beg Herschel di perhimpunan Bersatu

Carian di internet bagi reka bentuk beg itu juga tidak ditemui dijual di mana-mana kedai maya seperti Lazada, Shopee ataupun Zalora.

Ini bukanlah satu contoh yang baik yang ditunjukkan oleh KERAjaan. Tidak hairanlah kita lihat di mana-mana pasaraya atau di tepi jalan masih bebas menjual barang cetak rompak secara terbuka.

Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 menyatakan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan menghukum pesalah-pesalah yang terlibat. Janganlah oleh sebab kesalahan ini dilakukan oleh parti KERAjaan maka pihak berkuasa menutup mata.

Selepas ini, entah apa rompak lagi yang KERAjaan akan lakukan di masa hadapan? – AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Sent from my iPhone

'Adinda' Nurul Izzah jawab warkah 'kekanda' Mujahid | Nasional | Berita Harian

'Adinda' Nurul Izzah jawab warkah 'kekanda' Mujahid | Nasional | Berita Harian

'Adinda' Nurul Izzah jawab warkah 'kekanda' Mujahid

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya membuka mulut berhubung isu warkah dikirimkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Reaksi yang dinantikan semua pihak itu menyusul selepas empat hari Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima warkah berkenaan.

Menerusi Twitternya, Nurul Izzah menjelaskan surat itu mempunyai niat baik tetapi menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya.

"Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar," kata Nurul Izzah.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Dalam warkah itu Mujahid membahaskan dirinya 'kekanda' untuk merujuk kepada dirinya dan 'adinda' untuk merujuk kepada Nurul Izzah.



Sent from my iPhone

30 Disember 2018

iPhone XR vs iPhone X CAMERA TEST!

https://youtu.be/wR3OiPy0-io


Sent from my iPhone

Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi – Sultan Nazrin

Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi – Sultan Nazrin

Jenayah Terhadap Adib Tidak Boleh Dilindungi – Sultan Nazrin

PULAU PINANG 28 Dis. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya segala usaha dilaksanakan untuk mencari pihak yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24.

Titah baginda, tangan-tangan yang bergelumang dosa melakukan jenayah sungguh kejam itu sehingga mengakibatkan seluruh keluarga Muhammad Adib berduka perlu dicari demi memastikan undang-undang didaulatkan dan keadilan tidak tercicir.

Baginda bertitah, demi menegakkan kebenaran juga, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku mempunyai tanggungjawab agama, moral dan undang-undang untuk tampil membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada Allah SWT kita pohonkan akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam majlis pengurniaan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim serta Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ibu bapa Allahyarham, Mohd. Kassim Abdul Hamid dan Azma Aziz serta tunangnya, Nurul Najihah Radzi serta seluruh keluarga atas pemergian Muhammad Adib secara tragik.

Titah baginda, sesungguhnya Muhammad Adib ialah seorang wira terbilang, berani, cekal lagi berwibawa yang terkorban untuk negaranya.

"Semoga ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja Muhammad Adib dianugerahi Ilahi dengan ketabahan dan kesabaran menghadapi peristiwa pahit ini.

"Pada pagi Jumaat yang berkat ini, sama-sama kita pohon kepada Ilahi, agar roh Muhammad Adib mendapat dakapan ihsan dan kasih Ilahi, kita pohonkan agar Allah SWT menerima rohnya dalam kalangan roh-roh yang dimuliakan sebagai syahid," titah baginda. – UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

29 Disember 2018

Anwar nasihat Azmin guna saluran betul - Terkini - Kosmo Online

Anwar nasihat Azmin guna saluran betul - Terkini - Kosmo Online
Nampak gaya Azmin dah mula serang Anwar... Mahathir juga dah sindir Anwar. 

Siapa jamin Mahathir tidak akan terus menipu Anwar selepas menipu Azizah dan rakyat Malaysia ??? 

Akhirnya Azmin mungkin mangsa terakhir ditipu selepas MP 2 Umno yang melompat juga ditipu.


Anwar nasihat Azmin guna ssaluran betul

Anwar

Anwar

PORT DICKSON - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak berpuas hati dengan pelantikan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi sesi 2018-2021 diminta menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan pandangan mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau telah mengambil pendekatan yang inklusif dalam membuat pelantikan MPP PKR bagi sesi 2018-2021 bagi memastikan semua pihak diwakili dalam parti tersebut.

"Kita tidak boleh nafikan mengenai keperluan untuk membawa semua pihak masuk ke dalam parti. Saya telah bawa masuk Naib Presiden, Ketua Penerangan dan Ahli MPP lain dan ini dilakukan dalam mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara bola sepak pantai Piala Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada beliau supaya  meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, gesaan Mohamed Azmin ke atas beliau itu adalah pendapat peribadinya kerana Mohamed Azmin mahukan orang tertentu keluar daripada parti sedangkan beliau mahu semua orang berada dalam parti. - K! ONLINE



Sent from my iPhone

28 Disember 2018

30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Sungai Besi selepas isi minyak | Kes | Berita Harian

30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Sungai Besi selepas isi minyak | Kes | Berita Harian

30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Sungai Besi selepas isi minyak

SERDANG: Kira-kira 30 kenderaan tersadai berhampiran Kilometer 7, dekat Lebuhraya Sungai Besi, dekat sini, sejak jam 7 pagi tadi.

Semua kenderaan berkenaan difahamkan mengalami masalah enjin dan mati secara mendadak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

KIRA-KIRA 30 kenderaan tersadai di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi selepas mengisi minyak di sebuah stesen PETRONAS.

Maklumat lanjut mengenai kejadian sedang diperolehi dari mangsa, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pengusaha stesen minyak terbabit.

Sementara itu, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil serius terhadap insiden yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pelanggan atas masalah yang timbul.

"Kami sudah menghubungi pelanggan yang terjejas, mengambil langkah-langkah yang perlu dan akan membayar ganti rugi dengan sewajarnya," katanya.

Katanya, berdasarkan penilaian awal mendapati kecuaian dalam pengendalian produk hanya berlaku di stesen berkenaan dan kini ditutup buat sementara bagi meneruskan penyiasatan.

"Kami ingin memberi jaminan bahawa stesen PETRONAS lain tidak terjejas," katanya.



Sent from my iPhone

24 Disember 2018

Angka korban 373, lebih 1,400 cedera tsunami Anak Krakatau - Luar Negara - Utusan Online

Angka korban 373, lebih 1,400 cedera tsunami Anak Krakatau - Luar Negara - Utusan Online

Angka korban 373, lebih 1,400 cedera tsunami Anak Krakatau

PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat seorang mangsa kejadian
PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat seorang mangsa kejadian tsunami Selat Sunda daripada runtuhan bangunan.

JAKARTA 24 Dis. - Angka mangsa tsunami dan kemusnahan yang berlaku ekoran letusan Gunung Berapi Anak Krakatau terus meningkat dengan jumlah nyawa yang terkorban sehingga kini ialah 373 orang manakala l,459 orang dilaporkan cedera.

Reuters melaporkan, jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan memberitahu, 128 orang masih dilaporkan hilang setakat ini.

Sutopo Purwo menjangkakan, angka korban dalam tragedi itu dijangka meningkat dan kerosakan ke atas bangunan dan harta benda juga dianggarkan meningkat. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Korea Selatan saman BMW | Auto | Berita Harian

Korea Selatan saman BMW | Auto | Berita Harian

Korea Selatan saman BMW

SEOUL: Korea Selatan akan memfailkan saman 11.2 bilion won (RM420 juta) terhadap BMW kerana didakwa menangguh untuk memanggil semula model kenderaannya yang mempunyai masalah enjin, menyebabkan berlakunya beberapa kes kebakaran enjin di negara itu

Pada awal tahun ini, insiden kebakaran kenderaan BMW menjadi tumpuan utama di Korea Selatan, dengan media tempatan melaporkan lebih 40 kes pada 2018.

Malah, pengendali tempat letak kereta turut enggan membenarkan kereta jenama itu memasuki kawasan parkir kerana bimbang ia akan terbakar.

Syarikat automotif itu sebelum ini sudah memanggil semula 170,000 kenderaan di Korea Selatan yang mempunyai masalah berhubung penyejuk kitaran semula ekzos (EGR), yang mana ia dikatakan menjadi punca kebakaran.

Pada Ogos, BMW memanggil semula lebih 480,000 kereta di Eropah dan Asia, termasuk Korea Selatan, yang mempunyai isu isu, sebelum angka itu meningkat kepada sejuta dua bulan kemudian susulan tambahan daripada kereta janaan diesel.

"BMW sebelum ini mengumumkan bahawa mereka sudah mengenal pasti kaitan antara masalah penyejuk EGR dan kebakaran berkenaan hanya pada 20 Julai tahun ini.

"Bagaimanapun, kami mendapati, ibu pejabat BMW di Jerman sudah menubuhkan pasukan khas pada Oktober 2015 untuk menangani masalah penyejuk EGR," kata Menteri Pengangkutan Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Selain daripada memfailkan saman, kementerian itu juga meminta pihak pendakwa supaya menyiasat dakwaan bahawa BMW sengaja melambatkan pengesahan isu itu bagi menangguhkan proses memanggil semula kenderaan mereka.

Di Korea Selatan, enam daripada 10 kereta import adalah dari Jerman, dengan BMW menjual hampir 39,000 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, demikian menurut Persatuan Pengimport dan Pengedar Automobil Korea. - REUTERS



Sent from my iPhone

Arahan pengunduran tentera AS dari Syria ditanda tangan | Amerika | Berita Harian

Arahan pengunduran tentera AS dari Syria ditanda tangan | Amerika | Berita Harian

Arahan pengunduran tentera AS dari Syria ditanda tangan

WASHINGTON: Arahan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Syria sudah ditandatangani, kata pasukan keselamatan semalam selepas Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Turki bersetuju menghalang lompang kuasa susulan tindakan kontroversi berkenaan.

Pengumuman pengunduran tentera AS di negara dilanda perang saudara itu di mana mereka dihantar untuk membantu pertempuran multinasional menentang militan Daesh, turut mengejutkan rakan kongsi global dan ahli politik negara terbabit.

"Arahan pengunduran untuk Syria sudah ditandatangani," kata jurucakap tentera AS apabila ditanya mengenai arahan itu tanpa memberi butiran lanjut.

Turki adalah sekutu jarang yang memuji keputusan pantas Trump berkaitan Syria, negara di mana ia kini lebih bebas menyasar pejuang Kurdis sekutu AS yang memainkan peranan utama dalam perang menentang Daesh namun dianggap pengganas oleh Ankara.

Trump dan Presiden Recep Tayyip Erdogan bercakap menerusi telefon semalam dan 'bersetuju memastikan kerjasama antara dua negara, tentera, diplomatik dan pihak berkuasa bagi mengelak lompang kuasa berpunca daripada pengunduran dan fasa peralihan di Syria' kata Turki dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak bermain dalam bangunan musnah di Arbin, Syria. -Foto AFP

Lewat semalam, Trump menulis tweet, Erdogan memberi jaminan, baki pejuang Daesh di Syria akan dihapuskan.

"Presiden @RT_Erdogan dari Turki memaklumkan saya, beliau akan menghapuskan mana-mana baki pejuang ISIS (Daesh) di Syria," kata Trump dalam tweet tengah malam semalam.

Mengulangi komen pujian terhadap Erdogan, Trump berkata, Presiden Turki itu 'adalah lelaki yang boleh melakukannya.'

"Tentera kita akan pulang!" kata Trump yang beberapa jam sebelumnya berkata, beliau dan Erdogan, membincangkan isu Daesh, pembabitan bersama di Syria serta kerjasama terancang tentera AS dari kawasan itu.

Ahli politik AS, termasuk partinya sendiri, Republikan dan sekutu antarabangsa bimbang, pengunduran kira-kira 2,000 askar terbabit masih terlalu awal dan mungkin mencetuskan huru-hara yang sudah memusnahkan rantau terbabit. -AFP



Sent from my iPhone

23 Disember 2018

Dakwaan Zahid kosongkan pejabat Presiden UMNO tidak benar - Sumber | Astro Awani

Dakwaan Zahid kosongkan pejabat Presiden UMNO tidak benar - Sumber | Astro Awani

Dakwaan Zahid kosongkan pejabat Presiden UMNO tidak benar - Sumber

Dakwaan Zahid kosongkan pejabat Presiden UMNO tidak benar - Sumber
Menurut sumber, tidak ada sebab untuk Ahmad Zahid melakukan sedemikian kerana beliau masih lagi Presiden yang sah.
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengosongkan pejabatnya, seperti yang dilaporkan dalam satu portal hari ini, tidak tepat.

Menurut sumber, tidak ada sebab untuk bekas timbalan perdana menteri itu melakukan perkara sedemikian kerana beliau masih lagi Presiden yang sah.

"Laporan itu tidak benar, tidak ada kosongkan pejabat pun. He is still the President (Beliau masih presiden)," menurut sumber itu ketika dihubungi Astro AWANI malam ini. 

Sebuah portal hari ini memetik sumber lain sebagai berkata, Ahmad Zahid telah mengemas barang-barang peribadi di pejabatnya sebaik mengumumkan keputusan menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Laporan itu turut menyebut, tular gambar Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang pertama kali dipengerusikan Mohamad, tanpa potret Ahmad Zahid di belakangnya.

Mengulas perkara itu, Astro AWANI diberitahu, walaupun gambar itu adalah benar, ia bukannya seperti yang didakwa.

Sebaliknya sumber itu memberitahu, potret itu diturunkan untuk digantikan dengan yang baharu.


Sent from my iPhone

22 Disember 2018

Badan Bertindak Kuil minta maaf dakwa Adib dilanggar trak bomba - Nasional - Utusan Online

Badan Bertindak Kuil minta maaf dakwa Adib dilanggar trak bomba - Nasional - Utusan Online

Badan Bertindak Kuil minta maaf dakwa Adib dilanggar trak bomba


S. W. RAMAJI . - FOTO BERNAMA
S. W. RAMAJI . - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Penjaga kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat sini memohon maaf ekoran mendakwa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia Isnin lalu dilanggar sebuah trak bomba dalam rusuhan di luar kawasan kuil itu bulan lalu.

Memetik laporan portal Malaysiakini, S. W. Ramaji yang juga pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kuil Mariamman berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menyakiti perasaan sesiapa termasuk keluarga Muhammad Adib dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sebaliknya, menurut Ramaji, niatnya hanyalah untuk meminta pihak polis menyiasat kemungkinan mangsa dilanggar jentera bomba tersebut.

"Niat saya semasa sidang akhbar pada 28 November itu adalah semata-mata untuk meminta polis menyiasat kemungkinan Adib dilanggar trak bomba.

"Saya tidak pernah mempunyai niat sedikit pun untuk menyakiti perasaan keluarga Adib, kawan atau sesiapa sahaja dengan meminta polis menyiasat rakaman video trak itu. Sekiranya saya telah menyakiti perasaan mereka, saya tidak kesal untuk meminta maaf kepada keluarga yang mengalami kedukaan kerana kehilangan seorang anak yang berkhidmat dengan dedikasi," katanya seperti dipetik portal tersebut.

Pada 28 November lalu, Badan Bertindak Selamatkan Kuil Mariamman mendakwa, Muhammad Adib cedera akibat dilanggar ketika jentera bomba berundur daripada operasipemadaman.

Selepas bertarung nyawa hampir tiga minggu, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu. - UTUSAN ONLINE





Panglima : adakah keluarga Adib dan rakyat Malaysia sudah bersedia maafkan beliau ???


Sent from my iPhone

Waytha Moorthy, hilang kredibiliti dalam Kabinet  - KJ - Utusan Online

Waytha Moorthy, hilang kredibiliti dalam Kabinet  - Politik - Utusan Online

Buat sekian kali saya merasa setuju dengan pandangan Kadir Jasin....

Waytha Moorthy, hilang kredibiliti dalam Kabinet

WAYTHA MOORTHY (kiri ) dan A. Kadir Jasin (kanan). - UTUSAN ONLINE
WAYTHA MOORTHY (kiri ) dan A. Kadir Jasin (kanan). - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Dis.- Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah hilang kelayakan sebagai menteri malah telah menjadi watak yang memecah-belahkan.

Sehubungan itu, jelasnya, Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu perlu meletakkan jawatan daripada terus membebankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Malah sekarang pun saya setuju dengan sentimen umum bahawa Waytha Moorthy telah hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri apatah lagi menteri yang menjaga perpaduan nasional.

"Beliau telah menjadi watak yang memecah-belahkan (divisive). Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Dr. Mahathir, walaupun Tun berkata beliau 'puas hati' dengan Waytha Moorthy," katanya menerusi catatan terbaharu di blognya https://kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Tambah A. Kadir lagi, Waytha Moorthy telah mensia-siakan peluang dan penghormatan yang tinggi diberikan kepadanya untuk menjadi anggota Kabinet.- UTUSAN ONLINE.



Sent from my iPhone

20 Disember 2018

JASAD KORBAN TSUNAMI ACEH DITEMUKAN SETELAH 14 TAHUN

https://youtu.be/5VbOAqScP8c


Sent from my iPhone

Hampir jatuh miskin terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing - Nasional - Utusan Online

Hampir jatuh miskin terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing - Nasional - Utusan Online

Hampir jatuh miskin terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing

Hampir jatuh miskin terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing
SEBAHAGIAN daripada pemandu teksi mengadakan bantahan aman mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membela nasib mereka yang tertekan dengan perkhidmatan e-hailing di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN ONLINE

BUTTERWORTH 19 Dis. - Hampir jatuh miskin.

Itu yang dirasai pemandu-pemandu teksi di kawasan ini sejak terpaksa bersaing dengan pemandu e-hailing bermula kira-kira tiga tahun lalu.

Malah, ada yang terpaksa pulang tangan kosong tanpa pelanggan meskipun mula bekerja seawal pagi dan bagi kebanyakan pemandu teksi itu, pendapatan RM30 sehari sudah dianggap terlalu mewah buat mereka.

Seorang pemandu teksi, C. Supramaniam, 71, berkata, dia kini hanya mampu mendapat antara dua ke tiga pelanggan sehari dengan pendapatan sekitar RM30 hingga RM40.

Situasi itu, katanya, jauh berbeza sebelum kemunculan pemandu e-hailing yang mana dia boleh mendapat antara tujuh ke lapan penumpang dengan pendapatan mencecah RM100 sehari.

"Kadang-kadang saya terpaksa menunggu sehingga tujuh jam untuk mendapat penumpang, jadi bagaimana mahu meneruskan hidup dengan keadaan seperti ini," katanya kepada pemberita di sini.

Supramaniam yang juga Setiausaha Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Penang Sentral merupakan antara 100 pemandu teksi di sekitar Butterworth yang mengadakan demonstrasi aman mendesak campur tangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Padang Dato' Haji Ahmad Badawi di sini.

Selain membawa pelbagai sepanduk, mereka turut memakai baju kuning yang tertera tulisan tanda pagar #reformasiteksi sebagai desakan supaya kerajaan menyamatarafkan perkhidmatan teksi dan e-hailing.

Menurut Supramaniam, pemandu teksi di negeri ini tidak takut untuk bersaing dengan perkhidmatan e-hailing, namun perlu dibuat dalam persekitaran adil, bukannya menekan mereka sehingga dipinggirkan.

Sebagai contoh, katanya, mereka menolak proses mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dalam kalangan pemandu e-hailing diberikan syarikat swasta sebaliknya perlu diletakkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, katanya, pemandu teksi juga tidak bersetuju pengecualian pemeriksaan Puspakom diberikan kepada kereta e-hailing berusia tiga tahun ke bawah.

"Sebab itu, kita berharap kerajaan dapat mengadakan semula perjumpaan dengan pemandu teksi supaya dapat mewujudkan kesamarataan dalam industri ini sekali gus memastikan nasib kami terbela," katanya. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

BNC mohon maaf kesilapan gelaran ’mendiang’ kepada Allahyarham Muhammad Adib - Nasional - Utusan Online

BNC mohon maaf kesilapan gelaran Allahyarham Muhammad Adib - Nasional - Utusan Online

BNC mohon maaf kesilapan gelaran Allahyarham Muhammad Adib

Kesilapan crawler, BNC mohon maaf
BNC memaklumkan kesilapan ini adalah tidak disengajakan dan memohon maaf di atas kesalahan tersebut. - GAMBAR MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Bernama News Channel (BNC) memohon maaf kepada keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim di atas kesilapan menggunakan gelaran 'mendiang' dan bukannya Allahyarham dalam 'crawler' yang disiarkan semalam.

Ketua Pegawai Operasinya, Hakimi Mohd. Zain dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut pada hari yang sama.

"Kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan kami amat menyesali apa yang berlaku.

"Kami belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha - PM | Astro Awani

Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha - PM | Astro Awani

'Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha' - PM

'Saya tidak putuskan apa-apa lagi mengenai Waytha' - PM
DR MAHATHIR: Orang ramai boleh melontarkan pendapat mereka tetapi itu sesuatu yang terpulang kepada saya untuk putuskan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketika sedang rancak desakan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy melepaskan jawatannya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun masih belum memutuskan nasib menteri kabinet tersebut.

"Orang ramai boleh melontarkan pendapat mereka tetapi itu sesuatu yang terpulang kepada saya untuk putuskan. Saya tidak putuskan apa-apa lagi," katanya ketika ditanya media mengenai desakan tersebut ketika hadir pada Majlis Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad di ibu negara pada Rabu. Dr Mahathir masih lagi menganggap bahawa Waytha Moorthy layak memegang jawatan yang disandang.

Bila ditanya apakah prestasinya ketika ini selepas dia menerima desakan pelbagai pihak Perdana Menteri secara ringkas menjawab, "Dia okey."

Desakan perletakkan jawatan terhadap Waytha itu semakin hangat selepas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia selepas dipukul dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Malah, desakan itu turut disuarakan pemimpin kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri, iaitu Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.


Sent from my iPhone

16 Disember 2018

Ambil Iktibar Dari Sejarah, Kehancuran Kerana Perpecahan Dalaman – Zahid

Ambil Iktibar Dari Sejarah, Kehancuran Kerana Perpecahan Dalaman – Zahid

Ambil Iktibar Dari Sejarah, Kehancuran Kerana Perpecahan Dalaman – Zahid

FRASER'S HILL, 16 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan runtuh sekiranya perpecahan terus-terusan berlaku dari dalam.

Jelas beliau, pemimpin dan ahli UMNO juga perlu belajar untuk redha dan bukan hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri.

"Dalam keadaan sekarang kita harus redha. Allah nak ajar kita tapi kita tidak pernah belajar. Dalam keadaan kalah.. dalam keadaan kecundang, masih ada yang berfikir yang penting bukan parti kita tapi macam mana aku nak menyelamatkan diri aku.. nak elakkan diri aku daripada di siasat… macam mana aku nak pastikan diri aku tidak dituduh…

"Ertinya kita tidak ada istiqomah.. sebab kita merasakan diri kita dulu perlu diselamatkan bukan soal parti. Saya melihat, apa yang berlaku pada PRU-14, Allah menurunkan musibah kepada kita, Allah berikan suatu hidayah atau panduan kepada kita tapi untuk apa? Ini kifarah.. apa makna kifarah? 'What you give.. this is what you get…'

"Saya bertanya kepada ulama termasuk di luar negara.. takkan dari ramai-ramai yang saya mohon agar mereka doakan untuk kemenangan UMNO dalam PRU-14 tidak dimakbulkan Allah.. mereka kata kepada saya 'Tuan.. ini adalah satu proses pembersihan'," ujar beliau ketika berucap dalam program Retreat UMNO bahagian Temerloh.

Tambah Zahid, UMNO juga seharusnya menggunakan peluru yang ada untuk menyerang musuh dari luar dan bukannya melayani masalah dalaman.

"Kita lihat apabila Belanda menyerang Melaka, orang dalam yang beri maklumat… bila Portugis serang Melaka, dalang dari dalam yang beri maklumat dan jual kedudukan. Bila British masuk, perjanjian Pangkor… kita tahu siapakah yang bekerjasama dengan British… ada orang dari dalam Istana.. bila Jepun masuk, kita lihat orang dalam juga yang menjual maklumat.. bila Komunis memerintah.. orang dalam juga yang maklumat.

"Ertinya, permasalahan dalaman ini menunjukkan UMNO ini dinamik dan kita lebih melayani masalah dalaman kita daripada bersama-sama untuk berkubu dan menggunakan peluru yang ada menyerang musuh daripada luar.

"UMNO tidak bergantung kepada seseorang pemimpin, UMNO terbentuk kerana hirerki dan prestasi kepimpinan dan itulah kekuatan sebenar UMNO," tegas beliau lagi. – MediaUMNO



Sent from my iPhone

Ada Gerakan Untuk Beli MP Dan Adun Pahang – Zahid

Ada Gerakan Untuk Beli MP Dan Adun Pahang – Zahid

Ada Gerakan Untuk Beli MP Dan Adun Pahang – Zahid

FRASER'S HILL, 16 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, telah ada gerakan untuk membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Jelas beliau, telah ada gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk Ahli Parlimen dan ADUN agar kerajaan BN Pahang tumbang.

"Saya ingatkan orang Pahang bahawa sudah ada gunting dalam lipatan. Saya tidak menuduh tetapi kita harus berhati-hati.

"Kita harus membendung agar Ahli Parlimen dan ADUN di Pahang tidak berpindah ke sebelah sana sebab sudah ada yang berjumpa dengan orang itu (tidak memaklumkan nama)…

"Saya Menteri yang pernah jaga polis.. askar… saya beritahu ini… jadi saya ingin ingatkan kita perlu hati-hati. Usaha sudah dibuat. Perjumpaanpun telah buat. Saksi dalam perjumpaan itupun ada maka kita perlu pertahankan agar mereka ini kekal dengan BN," ujar beliau ketika berucap dalam program retreat UMNO Bahagian Temerloh.

Tambah Zahid, sebelum nasi menjadi bubur, kepimpinan UMNO Pahang perlu melakukan sesuatu kerana 'mereka di sebelah sana' sangat licik.

"Saya beri contoh kejatuhan Melaka ketika Belanda menyerang.. Ketika Portugis menyerang… semua disebabkan maklumat dalaman.

"Jangan risau pasal saya… apapun keputusan saya (untuk kekal sebagai Presiden), saya tetap akan kekal bersama UMNO kerana saya mahu melihat UMNO terus relevan.

"… biar siapapun yang menjadi Presiden selepas ini, PRU akan datang saya mahu melihat UMNO kembali menguasai Putrajaya," tegas beliau. – MediaUMNO



Sent from my iPhone

15 Disember 2018

UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap – Zahid

UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap – Zahid

UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap – Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO menolak kerjasama dengan Dap dan tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam dan Melayu dilakukan secara halus atau terang-terangan.

Justeru jelas beliau, ahli-ahli UMNO di semua peringkat hendaklah merapatkan saf dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat dan pendirian demi penyatuan UMNO untuk melunaskan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanahair.

"UMNO juga akan bekerjasama dengan Pas untuk terus menterjemahkan agenda Islam dan Melayu serta menghormati kepelbagaian agama dan kaum di negara ini.

"Saya yakin masih ramai yang mahu terus bersama UMNO biar pun UMNO sebagai parti pembangkang malah sokongan kian bertambah agar UMNO semakin perkasa," ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Zahid turut menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan segelintir orang yang mahu beliau mengundurkan diri.

Jelasnya, beliau hanya akan patuh kepada peraturan dan perlembagaan UMNO yang menentukan, jika dua per tiga perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO Khas menentukan untuknya mengundurkan diri.

"Saya juga akur dengan permintaan ahli-ahli akar umbi yang mahu agar UMNO terus dimantapkan dan mendokong UMNO semula selepas PRU-14," jelas beliau lagi. – MediaUMNO



Sent from my iPhone

Kenyataan Pemuda UMNO Satu Langkah Undur Ke Belakang Wahai Asyraf Wajdi !





Pagi ini satu kenyataan telah dikeluarkan berkenaan usaha rundingan pintu belakang menubuhkan Kerajaan Baru yang disifatkan sebagai tidak wajar oleh Pemuda UMNO Malaysia.

Selepas mendesak Zahid berundur sekali lagi Pemuda UMNO menyerang  Zahid dan menghentam kepimpinannya.

Tanpa disangka cepat pula KJ juga desak Zahid berundur sebagai Presiden UMNO.

Bila parti mahu tumbangkan Kerajaan PH ada yang tidak setuju bermakna mereka tidak ada wala kepada kepimpinan semasa.


Kenyataan mereka mahu sokong UMNO atau lemahkan UMNO sebenarnya ?


Dr Asyraf Wajdi sewajarnya melihat peluang menubuhkan kerajaan baru terbuka luas dengan  PKR dan PAS termasuk DAP.


Jika mereka menolak PKR dan DAP maka umno akan rugi akhirnya.


Lebih baik DAP dikawal oleh UMNO bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini.


Rakyat sudah menderita dan jangan biar semakin lama mereka menderita.


Yang susah bukan pemimpin tetapi rakyat.


Yang mahu kerajaan PH kekal tanpa perlu dijatuhkan seolah-olah mereka seperti mahu PH terus menekan rakyat dan menekan agama  Islam dan bangsa Melayu.


Dalam PH sekarang bukankah ada DAP ? 


2x5 dan 5x2


Soalan kita ialah adakah boleh Ahli Parlimen membantu rakyat jika mereka melompat ?


Bersediakah  DAP PKR mendiamkan diri melihat MP umno melompat masuk ?



Fikirkan kembali. 




Sent from my iPhone

Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi - Politik - Utusan Online

Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi - Politik - Utusan Online

Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi

Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Menara Dato Onn, PWTC, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada ahli-ahli partinya supaya tidak panik susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin parti itu yang keluar daripada UMNO sejak kelmarin.

Menerusi status dalam laman Twitter beliau hari ini, Ahmad Zahid menganggap apa yang berlaku itu merupakan harga yang terpaksa dibayar untuk kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

Malah beliau menyifatkan kemelut yang berlaku itu hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan sokongan daripada akar umbi.

"Ahli-ahli UMNO tidak perlu panik. Ini mungkin harga yang terpaksa kita bayar, bila kita ingin kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenarnya untuk memartabatkan agama dan bangsa.

"Biarpun terdapat (mereka) yang tinggalkan Umno, kita percaya ia tidak menjejaskan dokongan akar umbi. Ini bersifat sementara," katanya.

Selepas beberapa ahli UMNO Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu kelmarin, hari ini beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dilaporkan melakukan tindakan sama antaranya Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.-UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate