Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2018

Jelaskan RM40 juta untuk siaran bola sepak - Rais | Berita Harian

Jelaskan RM40 juta untuk siaran bola sepak - Rais | Nasional | Berita Harian


Jelaskan RM40 juta untuk siaran bola sepak - Rais

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim, meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, memberikan rasional berhubung cadangan kerajaan memperuntukkan RM40 juta bagi siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

Menerusi mesej di Twitter malam tadi, Rais berkata kementerian berkenaan perlu menjelaskan sama ada jumlah RM40 juta itu adalah wang pengiklan atau peruntukan kerajaan.

"Kalau huluran dari kerajaan, dasar berjimat cermat tak masuk akal," katanya dalam mesej itu.

Beliau juga mencadangkan supaya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) berpakat dengan syarikat penyiar Astro untuk berkongsi siaran bagi menyelamatkan wang negara.

Semalam, Gobind pada sidang media mengumumkan RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 yang mana 27 adalah siaran secara langsung manakala 14 lagi siaran tertunda.

Menteri berkenaan dilaporkan berkata Kabinet bersetuju memperuntukkan sehingga RM40 juta untuk membeli hak penyiaran perlawanan itu.

Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan akan dibelanjakan bakal dijelaskan ketika taklimat khas mengenai kewangan negara hari ini.



Sent from my iPhone

30 Mei 2018

Pulihkan BTN jangan mansuh - Pensyarah | Astro Awani

Pulihkan BTN jangan mansuh - Pensyarah | Astro Awani
Ulasan Panglima : 

Pecat Penjawat Awam dan Hapuskan BTN Agenda Utama Perjuangan DAP !!!

Memusuhi agensi kerajaan seperti BTN yang menanam patriotisme kepada rakyat adalah perjuangan utama DAP dan gerombolannya. Bukan hari ini tetapi sejak dahulu lagi.

Mereka sangat benci kerana fakta demi fakta dibentangkan dalam kem kursus yang bermatlamatkan kecintaan kepada Raja dan Negara.

Mereka juga mahu peserta menyayangi dan mentaati pemerintah kerajaan hari ini atau Gov of the day tidak kira siapa yang menerajuinya.

Kerana itu selepas JASA dihapuskan mereka juga mahu menghapuskan BTN agensi yang sejak sekian lama menjadi tulang belakang mempertahankan kerajaan dan menjadikan rakyat bersatu padu antara agama dan bangsa sehingga keharmonian terjelma dalam hubungan kehidupan mereka.




Usaha menghapuskan penjawat awam majoriti Melayu Islam juga adalah agenda DAP dari dahulu lagi. Mereka tidak menunggu peluang untuk melepaskan dendam kesumat kepada penjawat awam yang membantu Kerajaan BN mencapai kejayaan dalam menjaga keselamatan dan memelihara kemakmuran untuk faedah semua kaum di negara kita.

Anda boleh periksa kembali kenyataan DAP selama ini yang jelas mahu penjawat awam majoriti Melayu Islam dimansuhkan bilangannya dengan alasan demi alasan.




Yang paling menyedihkan ialah ada juga kalangan mereka bangsa Melayu bangsatt yang sanggup bersekongkol dengan puak durjana lagi kejam melebih Zionis di Palestin sehingga belasan ribu penjawat awam sudah kehilangan pekerjaan di saat mahu menyambut Hari Lebaran.

Tidak sedihkan pengundi muda yang seronok memilih PKR dalam PRU 14 ???

Tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan kepada anak isteri penjawat awam yang dizalimi begitu sekali kerana mereka bekerja dengan kerajaan berstatus kontrak? Bayangkan 17 ribu jika didarab dengan tiga sudah tentu berpuluh ribu mereka akan menderita kehilangan sumber pendapatan. 

Kita doakan mereka tabah dan tidak memilih melakukan sesuatu perbuatan jenayah untuk mencari sesuap nasi demi menyara keluarga di saat kehidupan semakin mahal barangan makanan dan sukar mendapat pekerjaan...

Dulu mereka inilah yang membantu rakyat memudahkan urusan rakyat tidak kira fahaman politik untuk urusan pertukaran sekolah atau tempat kerja atau mahu memohon sokongan Menteri bagi urusan mengerjakan haji dan sebagainya.

Bukan semua urusan melibatkan kontrak kerajaan kerana bukan semua mereka yang berurusan dengan pejabat Menteri atau Timbalan Menteri ialah orang ahli perniagaan.

Sekiranya kezaliman ini berlaku kerana undi anda maka tunggulah balasan di akhirat atas perbuatan anda memilih pakatan yang korup dan kejam ini. 

Jika anda memilih pakatan maka anda sebenarnya memilih mereka yang mahu Malaysia dipenuhi dengan golongan yang sesat dan menyebarkan idea yang menyimpang dari agama Islam yang sebenar. 

Jika anda mengundi Pakatan anda juga bersubahat menzalimi peniaga termasuk rakan kita berbangsa Cina dan India yang kini kerugian jumlah yang besar kerana saham mereka merudum begitu banyak sekali sehingga ada yang hampir membunuh diri kerana tekanan atas kerugian berjumlah ratusan juta ringgit.

Baca juga berbilion pelaburan sudah ditarik keluar sejak Pakatan tidak boleh Harap ini memerintah Malaysia.

Tahniah kepada pengundi Pakatan ini dan usahlah menyesal perbuatan anda tersebut. Berdoalah agar undi anda tidak menjadi sebab anda akan masuk ke neraka jahanam di akhirat nanti...


Pulihkan BTN, jangan mansuh - Pensyarah

Pulihkan BTN, jangan mansuh - Pensyarah
LEE KUOK TIUNG: Kalau ada modul dan pelaksanaan BTN yang kurang baik, kita perbaiki. Bukan Mansuh. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan pemansuhan Biro Tatanegara (BTN) wajar diteliti semula memandangkan agensi itu memainkan peranan penting pembentukan Bangsa Malaysia.

Pensyarah Kanan Program Komunikasi Universiti Malaysia Sabah, Dr Lee Kuok Tiung menyifatkan kewujudannya lebih tiga dekad membabitkan banyak modul dan pendekatan.

Katanya, kerajaan perlu teliti semula bahagian yang mungkin dirasakan tidak sesuai kerana BTN sendiri ada banyak aset serta bakat yang perlu diuruskan. "Objektif BTN ialah untuk tanam nilai-nilai patriotisme dalam masyarakat.

"Mungkin intipati modul itu tersasar malah di peringkat pelaksanaan juga mungkin ada kelemahan.

"Adalah lebih wajar untuk kerajaan meneliti semula kaedah dan modul yang tepat sesuai dengan objektif kewujudannya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Tegas beliau, kerajaan juga perlu beri perhatian tentang kebajikan penjawat awam yang turut sama keluar mengundi dan antara penyumbang kepada pembentukan Malaysia Baharu hari ini.

Malah beliau menyifatkan tindakan tergesa-gesa untuk memansuhkan BTN mampu meranapkan usaha yang telah digerakkan sejak 1970-an sebagai langkah penting mewujudkan Bangsa Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan supaya BTN ditutup kerana berpendapat ia 'sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara' dan masih beroperasi dalam 'kerangka Perang Dingin' sedangkan dunia sudah berubah.

Cadangan itu turut disokong Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan berkata biro itu dilihat sudah lari daripada landasan sebenar penubuhannya.


Sent from my iPhone

Pertikai Institusi Raja-Raja Melayu : PEMANTAU Buat Laporan Polis @pdrmsia Terhadap Kadir Jasin

Pertikai Institusi Raja-Raja Melayu : PEMANTAU Buat Laporan Polis Terhadap Kadir Jasin

Pertikai Institusi Raja-Raja Melayu : PEMANTAU Buat Laporan Polis Terhadap Kadir Jasin

SUNGAI BULOH, 29 Mei – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan, Datuk A. Kadir Jasin berhubung kenyataan beliau mahu mengkaji semula kedudukan  institusi Raja-Raja yang dianggap berbaur hasutan untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.

Menurut Lokman, kenyataan seperti ini dianggap amat merbahaya kerana ia boleh mencetuskan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu di negara ini.

"Kenyataan beliau juga jelas mempersoalkan kedudukan institusi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sedangkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu ini dijamin oleh perlembagaan negara. Dan tindakan beliau mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah seumpama beliau mempersoalkan perlembagaan negara.

"Kenyataan beliau itu boleh dianggap sebagai satu hasutan dan juga penghinaan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan kita berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap beliau yang jelas telah melanggar akta undang-undang hasutan di negara ini," ujarnya dalam satu sidang akhbar setelah selesai membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak PDRM menjalankan siasatan segera terhadap Datuk A. Kadir Jasin yang secara jelas telah melanggar undang-undang berdasarkan akta hasutan di negara ini.

"Kenyataan beliau itu lebih kepada mahu mencemarkan dan merendah-rendahkan institusi dan kedudukan Raja-Raja Melayu di mata rakyat di mana saya yakin kenyataan beliau itu boleh mengganggu gugat institusi dan kedudukan Raja-Raja Melayu di negara ini.

"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis ini untuk meminta agar pihak PDRM dapat menjalankan siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya yang mahu mengkaji semula kedudukan majlis Raja-Raja Melayu,"tegasnya.

Sementara itu, beliau turut melancarkan perasmian penubuhan NGO PEMANTAU Malaysia Baru yang dianggotai oleh beberapa NGO-NGO di restoran RZ Nasi Kukus di Bandar Puncak Alam, Selangor hari ini.

Menurut beliau, di atas permintaan ramai, beliau selaku Presiden Suara Generasi Terbilang dan Datuk Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia telah sepakat untuk menubuhkan Pemantau Malaysia Baru yang terdiri daripada NGO-NGO atau individu yang secara sukarela ingin bersama dalam perjuangan ini.

"Pemantau Malaysia Baru akan bertindak memantau Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya dalam memastikan mereka menunaikan janji-janji yang telah mereka keluarkan sebelum PRU14.

"Sehubungan dengan itu, mana-mana NGO atau individu yang berminat untuk bersama kami, sila whatapp Nama Penuh atau Nama Pertubuhan, No HP atau No Contact Person, No K/P, Alamat dan hantar ke 0135068893 Hamdan Mohd Salleh.

"Saya berharap agar dengan penubuhan Pemantau Malaysia Baru ini kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi boleh bertindak sesuka hati dan sentiasa mentadbir dengan adil, saksama dan sentiasa mengutamakan rakyat, serta melaksanakan segala janji-janji mereka melalui manifesto yang dibentangkan sebelum ini," jelasnya. –MediaUMNO



Sent from my iPhone

29 Mei 2018

@Malaysiakini : Sultan Selangor murka Mahathir Hina Keturunan Raja @chedetofficial

Sultan Selangor murka terhadap Dr Mahathir

Panglima :

Orang kata Zahid hina Mahathir kerana dedah keturunan Kutty...penuh komen di media sosial Zahid dengan komen pasal Zahid dikata hina Mahathir. Walhal Zahid hanya sebut nama dalam kad pengenalan bukan hina sesiapa. 

Orang tak nampak pula Mahathir hina Bugis dengan panggilan lanun sekaligus menghina Raja Melayu yang dari keturunan Bugis...

Rakyat masih belum nampak hakikat ini kerana nasih leka dengan perkara lain dan tidak dijelaskan hal ini dengan terperinci..

Mari kita sama-sama terangkan kepada rakyat dan minta agar isu keturunan jangan dijadikan modal politik dan permohonan maaf wajib dilakukan apabila sudah terlajak kata menghina manusia...

Kecuali ada niat mahu hina keturunan Raja...

Patutlah Kafir Jasin pun mahu institusi Raja direformasi beberapa hari lepas.

Komunis sahaja yang tolak Raja dan Agama dan tidak sangka ada juga Melayu bangsatt macam Kadir Jasin bertempik mahu institusi Raja direformasi seperti suara komunis yang jajah Malaya ....

Petikan berita dimaksudkan :

Sultan Selangor murka terhadap Dr Mahathir

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan semua pihak terutama orang politik supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Mengulas petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada himpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" yang diadakan di Petaling Jaya, pada 14 Oktober lalu, titah baginda, tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sambil menzahirkan rasa kecewa dan murka, baginda menerusi satu kenyataan media melalui Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, bertitah kenyataan bekas perdana menteri itu dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

"Berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

"Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasihah dan keturunan Kesulatan Selangor yang berasal dari Bugis," katanya.

Menurut kenyataan itu, fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor beketurunan Bugis adalah pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan keamanan di seluruh kepulauan Nusantara.

Titahnya, Mahathir sebagai perdana menteri yang menerajui negara ini selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dan mengetahui fakta tentang sejarah keturunan Bugis.

"Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Mahathir."

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili juga mahu Mahathir ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya itu.

Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelasadalah melampau dan kurang ajar.



Sent from my iPhone

27 Mei 2018

Kerajaan PH Ibarat Tempe - Pemangku Presiden UMNO @Zahid_Hamidi @umnoonline


Kerajaan Baru PH Ibarat Tempe… Pagi Masih Kacang, Petang Jadi Tempe, Esok Dah Berkulat – Zahid


27 May 2018  

Azlina Rosdy


KUALA LUMPUR, 27 Mei – Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan yang sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta.

Jelas beliau, akujanji yang diucapkan oleh mereka sehingga kini tidak satu pun dilaksanakan.

"Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.



"Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga. Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

"Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara… ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara," ujar beliau dalam program berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO.

Selain itu jelas Zahid, kerajaan baru juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

"Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit…. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh….

"Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat," selar beliau.

Justeru, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan. – MediaUMNO

Apa Maksud KJ Mahu Institusi Raja Melayu direformasi ???



Apa Maksud Kadir Jasin Mahu Institusi Raja direformasikan ??? 


Petikan Tulisan Kadir Jasin di Sinar Harian


Dalam proses penyiasatan dua kes rasuah terbesar dalam sejarah negara itu, peranan raja-raja menarik minat ramai. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, mendakwa "SPRM hampa" dalam usaha mendapatkan campur tangan Majlis Raja-raja. Beliau membuat dakwaan itu dalam sidang akhbar 22 Mei.

Sejak itu, Majlis Raja-raja telah mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan berkenaan. Saya tidak berani mengatakan sejauh mana percubaan meminta bantuan raja-raja itu telah dibuat. Yang saya masih ingat ialah pada 5 Oktober 2015 Raja-raja telah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan mempercepatkan siasatan kes 1MDB dan mengambil tindakan wajar ke atas pihak-pihak yang terbabit.

Saya tidak tahu sejauh mana titah itu dipedulikan. Yang kita tahu ialah tidak sampai empat bulan kemudian, Peguam Negara baharu ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengisytiharkan tidak ada kes jenayah melibatkan 1MDB. Mohd Shukri mendakwa SPRM menemui Majlis Raja-raja dua kali untuk memaklumkan mengenai siasatan 1MDB/SRC yang melibatkan Mohd Najib.

Dalam konteks yang lebih luas, mungkin baik kita menilai semula tindak balas raja-raja terhadap aduan berkenaan 1MDB, khususnya dan hal-hal lain yang melibatkan institusi raja kerana negara kini ditadbir oleh kerajaan baharu.

Kerajaan Harapan mungkin dituduh gagal dalam tugasnya menyelamatkan negara dan menyejahterakan rakyat jelata kalau institusi raja tidak dikaji dan difahami. Ini adalah kerana raja berperlembagaan adalah antara institusi utama negara.

Dalam kempennya, Harapan mendakwa kerajaan pimpinan Mohd Najib telah menodai dan merosakkan banyak institusi utama negara lantas berjanji melakukan reformasi institusi (institutional reforms). Maka wajarlah institusi raja dikaji dan, jika perlu, direformasi.

Hal ini sangat relevan kerana majoriti yang mengundi Harapan adalah generasi muda dan ramai daripada mereka tidak begitu memahami institusi raja. Kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.

Raja-raja kita adalah raja-raja berperlembagaan. Kuasa dan kegiatan mereka tertakluk kepada perlembagaan. Lebih daripada itu, sumpah jawatan mereka dibuat dengan nama ALLAH. Mereka adalah ketua agama Islam.

Mereka dibayar gaji oleh rakyat jelata dan segala keperluan rasmi mereka ditanggung oleh kerajaan. Dalam keadaan di mana hidup rakyat susah dan kewangan negara sempit, kerajaan tidak boleh sekali-kali membazirkan wang untuk sesiapa pun. Biarlah saya kata macam ini: Istana-istana yang ada itu sudah mewah.

Raja-raja juga tidak kekal. Yang di-Pertuan Agong misalnya boleh disingkirkan oleh Majlis Raja-raja dengan lima daripada sembilan Raja-raja Melayu menyokong ketetapan berkaitan dengannya.

Dalam usaha kerajaan baharu mempertahankan hak rakyat jelata dan melindungi institusi negara daripada sebarang bentuk pencabulan maka adalah penting diambil tahu pembabitan raja atau istana dalam kegiatan-kegiatan tidak rasmi seperti perniagaan dan sosial.

Kalau perlu kita kaji semula perlembagaan dan kontrak sosial bagi mengambil kira suasana dan realiti yang ada pada hari ini bagi mengharmonikan perjanjian antara raja dan rakyat jelata.



Ulasan Panglima:

1. Mahathir sudah dikenali melakukan reformasi institusi Raja semasa menjadi PM dahulu dengan membuat reformasi kuasa raja dan membuat mahkamah khas mendakwa mereka.

2. Selepas KP SPRM membuat kenyataan 'hampa' selepas dua kali menemui Majlis Raja-Raja dalam kes 1MDB selepas itu  Majlis Raja-Raja Melayu terus membuat kenyataan menafikan dakwaan 'bodoh' tersebut. 

3. Agenda apakah yang sedang berlaku melainkan usaha memburukkan Majlis Raja-Raja dengan cuba dipotretkan seolah mendiamkan diri melihat skandal fitnah PH terhadap 1MDB yabg dikaitkan dengan bekas PM DS Najib.

4. Apabila blogger merangkap wartawan Kadir Jasin mahu reformasi dilakukan terhadap Institusi Raja maka sejarah silam seakan mahu berulang.

5. Tidak cukup YDP Agong dihina dan dicaci di media sosial apabila majlis mengangkat sumpah diadakan lewat, kini mereka cuba mengheret Majlis Raja-Raja Melayu ke kancah pertelingkahan politik.

6. Kita sudah banyak bersabar dan masanya untuk pembela Raja Melayu agar bangkit menentang usaha mereka ini di media sosial dan membuat sebanyak mungkin laporan polis atas dakwaan Blogger Kadir Jasin ini untuk menghasut rakyat.

7. Jika kita masih berdiam diri maka jangan ditangisi jika selepas ini hanya nama dan batu nesan sejarah ditinggalkan untuk anak cucu kita kerana kesilapan  kita tidak berbuat apa-apa dalam hal ini.

Semoga Allah memelihara Raja yang menjaga agama Islam kita dari fitnah puak yang dilihat mesra dengan fahaman sesat dan songsang seperti liberal LGBT komunis wahabi syiah ateis yang berlonggok dalam parti politik PH hari ini dan semoga kekal berdaulat Islam di Nusantara...

Daulat Tuanku!!!

26 Mei 2018

Chegubard Dedah Kem Mahathir Serang Anwar Isu Naik Jet Kerajaan Ke Kelantan


Pembebasan Anwar atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga sememangnya mengundang perbagai reaksi khususnya ketidak selesaan kem Mahathir. Selepas PRU ketika Anwar masih di hospital tentera cyber Mahathir Syed Akhbar Ali telah menulis fitnah dalam blognya yang menyatakan kononnya Zahid Hamidi hadir ke Hospital bertemu Anwar 11.00 malam untuk berunding. Malah dalam tulisanya dinyataan kiraan bagaimana Anwar (PKR) bergabung dengan Zahid (BN) juga Hadi (Pas) untuk membentuk kerajaan. Tulisan ini viral dan disalin siar oleh ramai pihak yang akhirnya ada yang mula mempercayai dan menulis amaran serta mendapat reaksi kecaman oleh netizen terhadap Anwar.



7. Hari ini pula kem Mahathir mula menyebar gambar keluarga Anwar menaiki jet rasmi Kerajaan. Antaranya Herman yang dikenali sebagai cytro taksub Mahathir juga menyiarkan gambar tersebut dengan komen menyatakan ini tidak bagus untuk Malaysia Baru. Malah ada yang menyamakan tindakan ini dengan tindakan Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan sebelum ini. SAMM sendiri antara yang awal mendedahkan butiran dan  mengeluarkan kenyataan mengenai Rosmah menggunakan jet kerajaan sebelum ini (klik sini)


Baca tulisan penuh Chegubard di sini:

http://chegubard.blogspot.my/2018/05/kem-mahathir-mula-menyusun-serangan.html?m=1

Pandangan saya ialah serangan terhadap Anwar sudah bermula sebelum Anwar keluar lagi. 

Pendedahan blog pro Tun M Outsyedthebox bahawa Anwar jumpa Zahid di hospital satu propaganda palsu yang cuba diabsahkan. Zahid menafikan perkara tersebut dan isu ini reda sampai hari ini.

Selepas Anwar keluar Tun Daim sekali lagi menyerang Anwar isu jawatan PM.

Apakah akan ada gerenti bahawa janji Tun M bahawa Anwar akan jadi PM akan dipenuhi ?

Kita harap agar pkr dap pan akan sedar dari buaian mimpi kerana agenda Mahathir bukan kecil.

Tidak mustahil Ops Lalang versi 2.0 boleh berulang sekali lagi jika perlu.

Kerana itu jawatan Menteri dalam Negeri tidak diberikan kepada Mat Sabu atau Lim Guan Eng mahupun Wan Azizah.

Mereka perlu sedar bahawa pakatan ini bukan sahaja membahayakan mereka bahkan masa depan Malaysia.

Fitnah digunakan dan rakyat diperdayakan!!!

Banyak tulisan Malaysia Today oleh Raja Petra berkaitan skandal2 Tun M dan kroni mungkin boleh dijadikan rujukan.

Beliau membayar dengan harga yang mahal menulis artikel2 tersebut kerana kini telah mula dicari pihak polis selepas PH mula memerintah Kerajaan.



Adakah kebebasan bersuara akan wujud di Malaysia? 

Jauh panggang dari api.



Semoga Allah selamatkan Malaysia. 

Mari teruskan perjuangan walau nyawa kita mungkin akan terancam asalkan demi Agama Bangsa Negara kita...




Penjawat Awam Yang Dibuang Bukan Kroni Kepada Menteri Atau Ketua Jabatan – @Zahid_Hamidi

Penjawat Awam Yang Dibuang Bukan Kroni Kepada Menteri Atau Ketua Jabatan – Zahid


Penjawat Awam Yang Dibuang Bukan Kroni Kepada Menteri Atau Ketua Jabatan – Zahid


Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik' merupakan kroni kepada Menteri atau ketua jabatan tertentu.

Sebaliknya menurut Zahid, pegawai dan staf kerajaan itu adalah terdiri daripada mereka yang dilantik dengan persetujuan dan rujukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang mana menentukan tangga gaji yang sesuai dengan jawatan dan kelayakan yang disandang.

"Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik', seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

"Beliau telah mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni Menteri dan ketua jabatan tertentu.

"Untuk makluman, perlu saya jelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah, ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Justeru jelas beliau dakwaan bahawa mereka menjadi kroni Menteri j adalah tidak benar kerana mereka ini dilantik menerusi SPA dan bukannya dilantik secara terus.

Mereka tegasnya pelu melalui proses yang sama seperti mana penjawat awam lain termasuk temuduga dan saringan kesihatan.

Oleh itu tambah beliau tidak timbul sama sekali anggapan bahawa kakitangan ini merupakan kroni yang diambil terus oleh Menteri atau ketua jabatan masing-masing.

"Namun apa yang menimpa mereka sekarang mencerminkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap perkara ini.

"Apa lagi, mereka ini ditamatkan serta-merta ketika kita umat Islam sedang bersiap sedia menyambut kedatangan Syawal. Pasti tindakan ini menimbulkan beban dan keresahan kepada mereka yang terlibat", ujarnya.

Beliau seterusnya berkata adalah lebih baik sekiranya sebahagian besar mereka diserapkan ke perkhidmatan awam, supaya kerajaan PH dilihat benar-benar ingin membela nasib rakyat, dan bukan dengan menghukum mereka dengan tindakan membuang kerja.

Katanya lagi, UMNO melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku.

Ujar beliau, biarpun mereka adalah kakitangan sandaran, namun mereka mempunyai keluarga untuk ditanggung.

"Jangan jadikan mereka sebagai sasaran mainan dan agenda politik. Mereka adalah rakyat yang memerlukan pembelaan dan mereka juga adalah pengundi kita.

"Fikirkanlah soal kebajikan anak isteri mereka selepas ini", katanya.

UMNO juga tegas beliau bimbang bahawa cubaan kerajaan PH untuk memberi gambaran tidak betul bahawa hutang kerajaan lebih tinggi dari yang dilaporkan dahulu akan digunakan sebagai alasan untuk memecat lebih banyak penjawat awam dalam masa terdekat ini.

"Saya yakin, rakyat tidak akan lupa bahawa hasrat parti Dap dari dulu lagi ialah untuk mengurangkan beratus ribu penjawat awam.

"Tidak mustahil bahawa ribuan penjawat awam ini hanya merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan agenda Dap itu," jelasnya.-MediaUMNO


http://www.umno-online.my/2018/05/25/penjawat-awam-yang-dibuang-bukan-kroni-kepada-menteri-atau-ketua-jabatan-zahid/


Sent from my iPhone X

25 Mei 2018

Nurul Izzah Pertahan Keluarga Naik Jet Kerajaan Menemui Istana Kelantan - PM @chedetofficial jangan marah rakyat !

Guna jet kerajaan atas jemputan rasmi Istana - Nurul Izzah | Astro Awani

Lain apabila Wan Azizah dan gerombolannya menjadi Kerajaan dan masa dulu menjadi pembangkang. Hari ini lumrah diterima apabila netizen bising berkenaan penggunaan jet kerajaan. Kerana ia juga satu isu yang digunakan untuk mendapat laba politik.

Dahulu mereka mengutuk Najib dan keluarga kerana bawa keluarga naik jet kerajaan, sekarang takdir membalikkan tuduhan tersebut kepada parti yang menggalas amanah menerajui Malaysia. Dengan tularnya gambar Wan Azizah sekeluarga naik pesawat kerajaan pergi ke Kelantan.

Rakyat nampak makin menyampah, jangan pula marah rakyat kerana mereka memberi harapan tinggi setinggi janji pakatan harapan yang akhirnya kekal harapan walau sudah menjadi kerajaan !!!


Guna jet kerajaan atas jemputan rasmi Istana - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Netizen Malaysia memang sentiasa menunggu peluang dan bersedia untuk mengkritik sesuatu, dalam pelbagai situasi.

Terbaru adalah melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sdan keluarganya yang didakwa menggunakan pesawat jet milik kerajaan.

Dalam gambar yang tular di media sosial, Wan Azizah dilihat bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua anak perempuannya, Nurul Hana dan Nurul Iman dalam pesawat tersebut.

Wan Azizah, DSAI and anak2 naik private jet. Siap upload gmbar. Come on Rakyat Malaysia. Do your thing!!! Bash bash!!! 😂😂😂😂😂😂😂

*checks comment section*

Oh dah bash rupanya. I'm late to the party

— Sharifah Sakinah (@serenitysakinah)


Pasni wan azizah plak bleh request beli private jet senang nak ulang alik jaga kajang dgn permatang pauh.

— wawaney (@waneyjamil)



Dato skrg issue dato sri anwar naik jet kerajaan.. Dulu kita kutuk dato seri najib bawak rosmah dan ahli keluarga naik.. Skrg da viral mohon pnjelasan kpd rakyat bmbg dijadikan isu pembangkang attack

— jeynimerbawi (@abengoh2018)


Bagaimanapun, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan kunjungan ke Istana Kelantan malam tadi merupakan jemputan rasmi untuk mereka sekeluarga.

"Itu merupakan jemputan rasmi Istana yang menjemput Wan Azizah sekeluarga.

"Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi," jelasnya di akaun Twitter hari ini.

Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah sekeluarga. Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet utk bercuti dan keperluan peribadi. Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi https://twitter.com/thedukeofkl/status/999848698455642112 

— Nurul Izzah (@n_izzah)


BACA: Anwar, Wan Azizah buat kunjungan ke Istana Kelantan

Dalam pada itu, Wan Azizah sekeluarga melakukan kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bonda dan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Hamid dan Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan di Istana Mahkota.


Sent from my iPhone

Tak Jadi Hapus PTPTN: Penganalisis Kata Pembangkang Munafik, Tipu Anak Muda

Tak Jadi Hapus PTPTN: Penganalisis Kata Pembangkang Munafik, Tipu Anak Muda

Tak Jadi Hapus PTPTN: Penganalisis Kata Pembangkang Munafik, Tipu Anak Muda

Details
Published on Friday, 09 March 2018 12:00

Berdegar-degar dipentas ceramah pembangkang malah anak muda juga diheret ke jalanan pra Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) enam tahun lepas, bagi mendesak hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dihapuskan.

Naib Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi parti dipetik Suara Keadilan pada 2013 berkata, dasar pinjaman oleh PTPTN membebankan rakyat dengan memberi kesan hutang berpanjangan.

"Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN," kata Nik Nazmi.

Alih-alih menjelang PRU14, Pakatan Harapan membuat pusingan-U untuk tidak bercadang untuk menghapuskan hutang PTPTN tetapi menangguhkannya sehingga peminjam memperoleh gaji sehingga RM4,000.

Penganalisis politik, Abdul Rahmat Omar Tun Hanif menyifatkan langkah ini sebagai satu pembohongan pembangkang kepada orang muda.

"Enam tahun yang lepas, semasa kita semua sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13, Pakatan Rakyat yang kini terkubur telah berjanji untuk menghapuskan PTPTN.

"Hari ini, Pakatan Harapan sekali lagi tampil memberi harapan palsu kepada anak-anak muda," katanya.

Sebelum PRU13 lalu, Pakatan Harapan (dahulunya dikenali Pakatan Rakyat) mendesak agar PTPTN dihapuskan diatas sebab pendidikan adalah hak rakyat.

Pada waktu itu, lebih 300 mahasiswa berhimpun di Dataran Merdeka menuntut penghapusan PTPTN yang turut disertai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, selain melancarkan 'Occupy Dataran' selama seminggu bagi tujuan sama.

"Kalau dulu Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN, kali ini Pakatan Harapan yang dikepalai oleh satu fossil hidup berumur 93 tahun yang kerap menjadi perabut Institut Jantung Negara bila ceramahnya tidak mendapat sambutan, mengubah janji tersebut dari pemansuhan kepada penangguhan pembayaran.

"Jadi, adik-adik, sekali lagi anda tertipu kerana setiap janji yang dibuat oleh Pakatan tidak akan ditunaikan. Malah, mereka lebih gemar membuat U-turn demi U-turn," kata Abdul Rahmat.

Sekali lagi, Pakatan Harapan berbohong berkaitan janji memberikan cuti bersalin sehingga 120 hari sepertimana disebut dalam bajet alternatif 2018 sebagai saingan kepada cuti bersalin sehingga 90 hari ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tetapi menerusi manifesto PRU14 yang dilancarkan baru-baru ini, cuti tersebut kini dikurangkan kepada 90 hari.

Hal ini sekaligus memperakui kenyataan 'kepala' Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad kebanyakan janji-janji yang disebutkan mereka sukar dicapai.

Abdul Rahmat kemudiannya memetik sabda Rasulullah SAW bermaksud

"Ada tiga tanda orang munafik, iaitu apabila dia bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia ingkar dan apabila diberi amanah dia khianat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

"Munafik! Inikah golongan yang anda ingin jadikan pemimpin?" tegas Abdul Rahmat.

- mD



Sent from my iPhone

A new direction, but the same director - Why Not? | The Star Online

A new direction, but the same director - Why Not? | The Star Online

A new direction, but the same director

WE live in heady times. After 61 years. there is a freshness in the country, a new government, renewed hope and a rejuvenated nation.

There is an air of freedom – press freedom. It's something we have not tasted in 30 years.

The people have found new strength. They know now that they have the power to change the government every five years – that they are indeed the bosses and not the politicians who have been robbing them blind all these years.

The new Government is delivering great news every day.

The newspapers – considered by many as passe – are now flying off the newsstands.

The advertisers are coming back, especially with a tax holiday in the offing for all.

At least one new minister, Gobind Singh, has been passionate about freedom of speech. Now, it is left to be seen if the Home Minister will agree with him.

Still, this is a great time to be a journalist. There's so much that can be done, so much to be achieved as a nation. It's exhilarating.

For me, it's quite sad – it is the time I say goodbye to the trade.

After 38 years – three decades of them spent under the yoke of subservience – it's time to leave the scene.

It's hard, really, watching the young ones rush from one place to another, calling back with excitement. Unjust laws are being repealed, the burden on the people is being lifted, suspected thieves are being questioned, millions are being seized and good people are coming back.

There's an outgoing Chief Minister who was living in almost obscene luxury. His breathtaking six-acre home is now open for all to see. And there's an incoming Defence Minister who lives in a terrace house and drives a Perodua Viva.

Strange things are happening.

Journalists are excited. There's just too much to do, too much information out there to absorb.

It reminds me of the days before 1987, when we jumped out of bed, looking forward to what the new day would hold. That was a time when The Star stood out from among its peers.

The RM3.5bil BMF scandal was the largest financial scandal the country had seen in the 1980s. It led to the murder of a banker and the largest bankruptcy case in Hong Kong.

The case was said to go way up in the Malaysian government, right to the Prime Minister's office. This newspaper led the charge in telling all.

The Kuantan Port scandal, my boss from the 80s Gobind Rudra recalls, came when this newspaper raised doubts about the RM250mil port after engineers questioned the quality of piling work by French contractors. The entire job had to be redone.

These are long-forgotten exposes. Many today would not even have heard of these events.

The scandal of today is 1MDB.

The directors, the CEO and president, even the former Prime Minister are embroiled in a financial web so tangled that it may take years to unravel. The CEO himself seems to know little about what was going on.

The stories of this scandal are only now coming to the mainstream, after years of being silently spread only on the World Wide Web.

And it's all largely due to the new Prime Minister – a doctor who is trying to heal a sick nation. The problem is, the nation fell ill due to his medicine, and was made worse by those who he handpicked to lead after him.

He was the man behind Ops Lalang. Although he says the police made most of the decisions, he was the man in charge. The Star and several other publications were shut down.

They came back, in print, but never in spirit. Until now.

I will never forget the days then when I was reduced to being a part-time carpenter, my friends were selling pizza on a street corner and my wife was peddling lottery tickets so we could make ends meet.

Scores of politicians were jailed under the ISA then. Now, some of these politicians and their close supporters are in the Cabinet. They believe they have the right man at the top.

As ironic as it seems, they may be right. At 93, he could be the man who has seen all that could go wrong with a country and who is now stepping up to right those wrongs.

When he wanted to be Education Minister a week ago, he looked like the perfect choice. He could hold back the religionists, he could bring back meritocracy, he could make our education system work again.

Many brilliant minds in the country clamoured for him to take the job despite the political shenanigans going on.

This was Tun Dr Mahathir Mark II, the perfect man for the job.

The Mark I version was a far different thing. As Education Minister then, Dr Mahathir oversaw a change of curriculum, a move that saw excellence give way to nationalism, and then to religious fervour.

He also had help from another Educaton Minister of that era – Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The man who is touted to be the next Prime Minister is another supposedly changed man. Prison, they say, changed him.

Two changed men, leading the nation into change. It is all very exciting. Me? I will only be watching from the sidelines.

The writer, who can now be reached at ndraj60@gmail.com, will continue to take a keen interest in the goings-on in the country and write about them. Like the Old Frees of Penang, journalists will always be journalists.



Sent from my iPhone

Elakkan kritikan sesama sendiri - Tian Chua | Politik | Berita Harian

Elakkan kritikan sesama sendiri - Tian Chua | Politik | Berita Harian

Kenapa kritikan tidak boleh dilakukan ? 

Bukan Malaysia Baru bebas bersuara ?

Apa hala tuju PH sebenarnya ???


Elakkan kritikan sesama sendiri - Tian Chua

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu mengelakkan kritikan secara terbuka terhadap sesama pemimpin parti kerana ia boleh menimbulkan kekecewaan rakyat, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua.

Merujuk pergeseran antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Tian Chua berkata sebagai kerajaan baharu, harapan rakyat adalah untuk melihat pemerintahan PH kukuh.

"Semua pemimpin PKR harus memberi sokongan penuh selain tidak melakukan sesuatu yang akan meragukan keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH.

"Jadi semua pemimpin walaupun ada sedikit salah faham pun jangan menguar-uarkan secara terbuka kerana ini akan menyebabkan rakyat kecewa dengan parti kita," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, hari ini.

Beliau mengulas harapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Mohamed Azmin dan Rafizi saling bekerjasama dalam memastikan agenda reformasi dapat dilaksanakan.

Rafizi sebelum ini dilihat lantang mempersoal beberapa keputusan kerajaan seperti pelantikan beberapa portfolio kanan dalam Kabinet sehingga dikritik beberapa pemimpin PKR sendiri, termasuk Mohamed Azmin.

"Harapan rakyat adalah untuk melihat pemerintahan PH kukuh. Ini bukan agenda peribadi, jadi saya memang mengalu-alukan seruan Anwar. Ini juga bukan terhad kepada dua pemimpin itu sahaja.

"Jadi, tepatlah jika Rafizi ada apa-apa masalah, eloklah kalau kita dapat mengeratkannya lagi dengan melakukan perbincangan secara aman," katanya. - BERNAMA



Sent from my iPhone

'MT saja boleh pecat ahli UMNO' | Harian Metro

'MT saja boleh pecat ahli UMNO' | Harian Metro

'MT saja boleh pecat ahli UMNO'

PEMECATAN ahli UMNO hanya boleh diputuskan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, ahli tidak boleh dipecat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri atau mana-mana pemimpin peringkat bahagian atau ibu pejabat.

"Berdasarkan Perlembagaan UMNO, mereka yang disabit kesalahan atau melanggar disiplin parti hanya boleh dipecat jika mendapat kelulusan mesyuarat MT UMNO," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Badan Perhubungan UMNO Perlis memecat keahlian Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, mengumumkan pemecatan Azlan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Perlis di ibu pejabat Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur, hari ini.

Shahidan dilaporkan berkata, keputusan pemecatan itu diputuskan sebulat suara UMNO Perlis yang mendapati Azlan tidak mengikut keputusan UMNO dan BN negeri mengenai pelantikan Menteri Besar.

Sebelum ini, Shahidan mengumumkan nama ADUN Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya sebagai calon Menteri Besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), BN memenangi 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH (tiga kerusi) dan PAS (dua kerusi).



Sent from my iPhone

24 Mei 2018

Bubar beberapa agensi hukuman kepada rakyat - UMNO | Astro Awani

Bubar beberapa agensi hukuman kepada rakyat - UMNO | Astro Awani
Komen Panglima :

Rakyat yang memilih dan rakyat juga menerima kesan pilihan mereka hari ini... 

Semoga mereka akan nampak antara BN dan PH yang mana satu intan atau kaca di dalam membela nasib mereka.

Suarakan rasa hati anda di media sosial agar rakan kita juga akan mengetahui apa sebenar yang terjadi .

Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO

Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO
UMNO berkata, SPAD ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi JPJ. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan beberapa agensi lebih berupa satu bentuk 'hukuman' kepada rakyat.

UMNO melalui kenyataan daripada Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabatnya berkata dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) misalnya ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," kata kenyataan itu. Katanya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM500 juta setahun dengan pemberhentian semua petugas agensi terbabit tetapi pada waktu yang sama merancang pembubaran tol yang menurut Moody's akan membabitkan pampasan yang terlalu tinggi.

"Kita kesal kerana di saat pekerja di agensi-agensi terbabit akan menyambut Aidilfitri, mereka 'dihadiahkan' dengan keputusan yang sama sekali menutup periuk nasi mereka.

"Kami merasakan adalah wajar pekerja terbabit diserapkan ke jabatan dan agensi lain kerajaan, dan tidak sekadar membiarkan mereka hilang sumber pendapatan dalam sekelip mata," katanya.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu mengumumkan beberapa agensi dibubarkan iaitu SPAD, Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan - Jkuasa 1MDB | Astro Awani

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan - Jkuasa 1MDB | Astro Awani

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan - J/kuasa 1MDB

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan -  J/kuasa 1MDB
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman (tengah) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mereka yang terlibat dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengelak daripada mengeluarkankan sebarang kenyataan umum mengenai status siasatan itu, kata Jawatankuasa Siasatan 1MDB Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata sebarang kenyataan umum sepatutnya dibuat kemudian agar ia tidak menjejaskan serta menimbulkan prejudis terhadap siasatan dan mengganggu prosiding mahkamah pada masa akan datang.

"Kurangkan bercakap, lebihkan bekerja. Itulah pandangan saya," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat CEP di Menara Ilham di sini hari ini. Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood, Pengarah Unit Strategi Kebangsaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Aminuddin Hassim dan CEO SME Corp Malaysia Datuk Dr Hafsah Hashim.

Ditanya sama ada tugas jawatankuasa itu dan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan bertindih, Abu Talib berkata jawatankuasa itu telah menyelaras fungsi agensi berkenaan bagi mengelak berlaku sebarang pertindihan tugas dan kekeliruan.

Pasukan petugas itu turut dianggotai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador.

Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan 1MDB CEP ditugaskan untuk menyelaras siasatan merentasi sektor bagi memastikan undang-undang diguna pakai secara adil dan saksama serta memberi nasihat sewajarnya kepada majlis itu.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

Projek NFC akan diteruskan | Astro Awani

Projek NFC akan diteruskan | Astro Awani

BR1M diteruskan Permata Diteruskan dan banyak lagi diteruskan. 

Walhal semua menjadi bahan politik parti PH untuk mengutuk BN sehingga rakyat terpedaya dan memilih mereka. 

Semoga Allah melindungi kita dari fitnah dan Dosa besar fitnah di akhir zaman ini....


Projek NFC akan diteruskan

Projek NFC akan diteruskan
Penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencadangkan memorandum menyambung semula projek National Feedlot Corporation (NFC) kepada Kabinet.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, projek NFC itu akan diteruskan atau dijenamakan semula yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan dengan projek terdahulu.

Tegas beliau, penyambungan semula projek NFC itu bagi membolehkan negara mencapai 30 peratus daging untuk penggunaan tempatan. Ujarnya, penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.

"Saya harus menjadi seorang yang lebih objektif. Kita datang bukan untuk berdendam tetapi saya melihat matlamat NFC ini bagus dan murni.

"Dengan adanya NFC, setidak-tidaknya kita boleh capai 30 peratus daging untuk penggunaan tempatan. Saya yakin anak muda minat penternakan oleh itu, (kerajaan) beri bantuan secukupnya," katanya dalam siaran langsung bersama Astro AWANI di sini malam ini.

Salahuddin memberitahu, kementeriannya juga telah mengenal pasti tanah-tanah di Negeri Sembilan, Segamat dan Muar, Johor.

"Di Johor tiada masalah (tanah). Hubungan baik saya dengan Menteri Besar Johor, saya akan rundingkannya.

"Semua ini aspirasi seorang menteri yang pernah menjadi petani dan peraih ikan," katanya.


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate