Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 September 2018

Saya jumpa Dr Mahathir dua kali - Ahmad Zahid | Nasional | Berita Harian

Saya jumpa Dr Mahathir dua kali - Ahmad Zahid | Nasional | Berita Harian

Saya jumpa Dr Mahathir dua kali - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama membisu dan berdiam diri, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui yang beliau menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pengakuan itu sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan Ahmad Zahid sudah tujuh kali mengadakan pertemuan 'empat mata' bersama Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan tidak pernah bertemu atau dipelawa atau dihubungi untuk ditemukan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bakal Presiden PKR itu dibebaskan dari penjara.

"Saya ingat malaikat saja yang tahu sama ada saya jumpa dua kali atau tujuh kali. Tapi setahu saya baru dua kali. Saya tidak tahu kalau ada malaikat atau iblis yang sentiasa ikut saya. Saya pun tidak tahu angka itu (tujuh) datang dari mana.

"Tapi saya tidak pernah bertemu atau berhubung dengan Anwar selepas 9 Mei lalu. Anwar pun takut bertemu sebab saya sekarang pembangkang," katanya dalam temubual khas bersama NSTP menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2018 di pejabatnya di Menara Dato Onn, hari ini.

Kali pertama Ahmad Zahid menemui Dr Mahathir ialah pada 7 Jun lalu iaitu pada Ramadan dan kali kedua, baru-baru ini bersama pemimpin tertinggi UMNO.

AHMAD Zahid menemui Dr Mahathir pada 7 Jun lalu.

Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2014 oleh Mahkamah Rayuan, dibebaskan dari penjara dan mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu diadakan susulan desakan yang beliau terima daripada akar umbi yang mahu UMNO melakukan sesuatu dan perubahan termasuk hendak menunjukkan UMNO adalah parti yang sedang menunggu menjadi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau terpaksa 'membisu' dan merahsiakan pertemuan itu atas prinsip menyimpan rahsia dan strategi parti.

"UMNO bebas untuk berbincang dengan sesiapa saja sama ada dengan mereka yang belum pernah bersama Barisan Nasional (BN), yang dulu bersama BN dan kini tidak lagi bersama BN.

"Namun setakat ini belum ada keputusan sama ada hendak mengadakan kerjasama dalam jangka pendek atau jangka panjang. Kita harus melihat kepada perkiraan politik kerana kita tidak mahu menjadi pembangkang.

"Segala peluang politik perlu dinilai. Politik ini sifatnya dinamik. Peluang sentiasa terbuka, pintu sentiasa boleh dimasuki. Ini politik, maka tidak ada yang mustahil," katanya.

Beliau juga mengakui tahu mengenai gerakan untuk menarik Ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu dan menyertai parti kecil dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Saya tidak tahu ada gerakan bawa 16 Ahli Parlimen UMNO keluar parti tapi saya tahu ada 'mediator' (orang tengah) jumpa mereka dan berjanji akan bawa sejumlah tertentu Ahli Parlimen untuk lompat menjadi Bebas kemudian terjun ke dalam 'tong politik'," katanya.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate