Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Oktober 2010

Fail Pertuduhan Khalwat Dr Zulkifli Calon Galas Hilang ?

GUA MUSANG, 31 Okt – Nampaknya status calon Pas, Dr Zulkifli Mohamed terus menjadi perbualan bukan sahaja di kalangan blogger malah masyarakat setempat.

misteri apatah lagi cerita mengenai perkahwinannya yang banyak menimbulkan tanda tanya.

Memang benar, isteri beliau sekarang adalah Zainab Binti Jalar.

Sebelum berkahwin dengan Dr Zulkifli, Zainab adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Nuramni Qistina hasil perkahwinannya dengan seorang mualaf bernama Abdul Basir Abdullah.

Perkahwinan Dr Zulkifli dengan Zainab berlangsung dalam satu majlis kecil saja melibatkan keluarga terdekat. Walaupun Dr Zulkifli adalah antara pemimpin tertinggi Pas di kawasan Gua Musang namun Dr Zulkifli memilih untuk mengadakan perkahwinan dengan hanya menjemput saudara terdekat sahaja.

Menurut beberapa blog hari ini mengatakan perkahwinan itu diadakan kerana menutup kes khalwat.Lebih menjadi persoalan benarkah Dr Zulkifli ditangkap khalwat kerana diperangkap sendiri rakan-rakan Pas?. Ini kerana pada waktu itu Dr Zulkifli menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Pas kawasan.

Lebih menjadi persoalan benarkah Dr Zulkifli ditangkap khalwat kerana diperangkap sendiri rakan-rakan Pas?. Ini kerana pada waktu itu Dr Zulkifli menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Pas kawasan.

Malah difahamkan Dr Zulkifli mengambil borang nikah di Mukim Ciku Satu tetapi bernikah di tempat lain.

Lebih mengejutkan ada blog mendedahkan terdapat satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) namun fail tersebut telah hilang kerana telah dihilangkan kakitangan JAHEIK yang telah ditawarkan RM70,000 oleh seorangan Tauke Balak.

Bukan untuk menyerang peribadi tetapi kepastian terhadap laporan-laporan blog berkenaan yang sebelum ini didakwa Pas sebagai melakukan fitnah.

Kebenaran tetap kebenaran. Mungkin apa yang didedahkan beberapa laman blog tersebut bagi mempertahankan penulisan mereka bahawa mereka bukan membuat fitnah semata-mata.

Sumber: www.umno-online.com

Komen Panglima : kita tunggu apa jawapan Pas terutama Mat Sabu Al Khalwati yang memang pengalaman bab khalwat ni dalam perisitiwa 'bilik 121' Hotel Perdana satu ketika dulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Piala Malaysia Selepas 55 Tahun : Tahniah Tan Sri Annuar Musa & Amaran Kepada Munafiq PAS Jangan Dabik Dada !!!

gambar KOSMO

Ketika keputusan Kelantan menjadi Juara Piala Malaysia 2010 Panglima sedang terlena dalam BAS dari Pahang ke KL selepas kepenatan menghadiri 'program' di Pahang sejak awal pagi.

Sayang kerana detik sangat berharga itu tidak dapat dikongsi bersama rakyat Kelantan yang lain meskipun saya sudah pun merasa amat yakin Kelantan boleh menang malam ini dengan jangkaan 2 - 0. Ia sudah ditampal di wal Bloggers UMNO/BN dan Facebook. Walaupun agak tersasar apabila NS memperolehi jaringan pertama pada separuh masa pertama.


30 Oktober 2010

Ansari jatuh lagi di Batu Sapi Angkara Tamrin ?

Tamrin sabotaj Ansari?


Memang pelik.. macamne boleh 2 kali jatuh ke laut [klik sini].


Adakah ianya satu kebetulan atau pun sesuatu yang dirancang oleh musuh politik beliau.. Kita ingat bagaimana Tamrin sangat kecewa bila namanya ditolakoleh Anwar sebagai calon Batu Sapi.. sudahlah beliau Ketua PKR Negeri Sabah.. dan batu Sapi juga merupakan tempat beliau.. apa itu tidak memberi makna kepada Anwar..


Ini Gambar Lucah Yong Teck Lee ?


Yong bersama M.D Mutalib seorang penulis bebas dan kini pengarang Sabahkini.net yang berani mendedahkan kelemahan pemimpin tak kiralah pemimpin BN mahupun Pembangkang.. Yong pasti adakan perbincangan yang cukup sulit sebab Mutalib hanya layan cerita-cerita kontroversi untuk pemimpin Sabah.



Tetap tinggal dalam kenangan.. Ritual membakar lilin pasti buat Yong terkenang ketika itu SAPP rakan sepolitik DAP-PKR-PAS... tapi demi kerusi P.185 Batu Sapi, Yong lupakan dulu kenangan indah bersama Pakatan Rakyat.

Sumber blog sumandak  ( http://sumandakbayu.blogspot.com/2010/10/ )


28 Oktober 2010

PAS mula bagi rasuah di GALAS ? Bukti bergambar di sini !!!


Gempar! Bungkusan sumbangan pengundi diletakkan wajah Nik Aziz! Bukti PAS merasuah di Galas!



Klik gambar untuk imej lebih jelas!

Adakah PAS masih mahu menafikan bahawa bungkusan sumbangan yang diberikan kepada pengundi oleh Nik Aziz ketika berkempen di Galas memaparkan wajahnya dan seorang Exco?


27 Oktober 2010

Kata Kata Keramat Dato Seri Najib Tun Razak - Pertahankan Putrajaya Demi Alif Ba Ta !!!


AYUH…
JANGANKAN GERIMIS, HUJAN PUN MARI KITA REDAHI….
JANGANKAN RIBUT, TAUFAN PUN MESTI KITA HARUNGI….
JANGANKAN AIR BAH, GELOMBANG BADAI PUN HARUS BERANI KITA RENANGI…,
JANGANKAN GERHANA, KELAM GELITA PUN PASTI KITA TERANGI


Ekslusif : Gambar Karpal Singh di hospital dan Gambar Rumah Allah Yang Ditawan oleh orang PAS Jadi Hotel Murah !!!

gambar : GOMO 

Berita media massa menyatakan Karpal disyaki kena demam denggi. 

Jarang orang kena sakit demam denggi boleh sembuh semula..


Persoalannya adakah ada pengesahan doktor ?

Mana buktinya ?


Ke mana pegi Anwar ?

Atau Karpal pura pura sakit dan Anwar 'terlupa' berlakon menziarahinya?


Berita lanjut sila baca portal AIDC di sini http://www.anwaraidc.com


What Say U ?



26 Oktober 2010

PAS bukan setakat tipu Melayu tetapi orang Asli juga ditipu oleh mereka dengan janji bakal jadi calon Pilihanraya !!!


Info - Laporan Tahunan JAKIM 2009



Kerajaan menerusi JAKIM tidak menipu orang Asli bahkan membantu mereka. Program demi program dilaksanakan demi menjaga saudara baru dan mengislamkan saudara yang telah terbuka hidayah menjadi umat Nabi Muhammad saw.


Latar Belakang Calon DUN GALAS dan Mana Janji Orang Asli Jadi Calon PAS ?

Berita Gempar: 

Pas janji calon anak tempatan Galas. Mana dia kredibiliti PAS dan MB Kelantan sebenarnya telah ada calonnya sendiri walaupun Dr Zul bermasalah. Dah la tak popular tambah lagi cerita khalwatnya. Kalau gitu lebih molek letak calon dr ORE ASLI spt yg Husam janjikan. Kami rasa tertipu. Fikirkan la.

Tidak percaya lihat biodata calon-calon berikut: 


Edisi Celaka - DAP biadap lagi hina Islam di GALAS Tanpa Bantahan YB PAS !!!



Selepas beberapa insiden ‘Ustaz DAP’ berucap menggunakan dalil Al-Quran di pentas Pas dalam siri pilihanraya yang lepas,Galas sekali lagi menjadi saksi betapa taksubnya penyokong Pas, sehingga sanggup memandang remeh soal orang bukan Islam menggunakan dalil Islam dalam meraih sokongan politik.




25 Oktober 2010

Siapa Nak Blackberry Torch 9800 Celcom Percuma ?


Nuffnang telah membuka peraduan untuk dapatkan Blackberry Torch 9800 secara percuma seperti gambar di bawah.




 Syaratnya anda kena daftar iklan Nuffnang dan juga membuat artikel mempromosikan BB terbaru Torch tersebut yang akan dilancarkan oleh Celcom pada 29 Oktober 2010 (Sabtu) ini...


Artikel tersebut hendaklah didaftarkan di link ini http://www.nuffnang.com.my/ 



100 pembeli pertama juga akan memperolehi hadiah berikut : 

- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58


Apa kelebihan BB Torch 9800 ini ?

The Celcom BlackBerry Torch 9800 is the first smartphone with a BlackBerry keyboard and full 3.2 inch touch screen, and also comes with a 5 MP camera, 8 GB memory expandable with a micro SD card, and integrated social feeds, so you never miss out on a single tweet or Facebook update. Don’t forget the push email and instant messaging capabilities BlackBerries have always been known for!


Keterangan lengkap tentang Torch 9800 ini klik sini

http://amanz.my/2010/10/blackberry-torch-9800-malaysia/



Selepas menunggu sekian lama Blackberry maka inilah peluang anda mengemaskini blog tanpa perlu menunggu 'sponsor' dari orang itu atau orang ini.


Kadang kala orang mahu beri sponsor jika kita sedia 'jilat' bontot mereka... 


Anda mahu jilat  ? Panglima tak mahu sama sekali.



Perhatian : Peraduan BB Torch akan tamat 28 Oktober 2010 ini....

Cepattttttt daftar !!!!!



Untuk 'menggoda' anda membeli Torch 9800 ini jom tengok video Torch 9800 di bawah


Cara Cari Duit Dengan Blog... Mari baca para blogger sekelian


Nak duit ? Anda boleh juga menjana duit tambahan melalui blog dengan mendaftar dengan Mangga Ad.


 Sila lihat blog Panglima kolum kanan di bawah Feedjit yang ada iklan tersebut.


Sila ikuti arahan yang diberi dan anda akan mendapat pendapatan yang lumayan jika iklan anda mendapat perhatian pembaca blog.



24 Oktober 2010

Kritikan Pedas Azli Shukri Kepada Dr Asri - Bukti 'Kecelaruan' Fahaman Wahabi Yang Besar Mudarat Dari Manfaatnya !!!


Terlebih dahulu saya sangat gembira dengan tulisan Sahabat Blogger Azli Shukri berkenaan pandangan Dr Asri mantan Mufti Perlis tentang UMNO yang didakwa meniru PAS era 80-an.. Saya juga berniat mahu membalas kritikan Asri tetapi takdir menentukan ia telah dibuat dengan baik sekali oleh Blogger Azli Shukri. Pengalaman luas beliau dalam penulisan artikel majalah terbitan DBP telah membantu beliau dalam menghasilkan satu artikel yang baik dan bagus dibaca oleh semua rakan rakan.

Tulisan beliau yang jelas untuk menerangkan kecelaruan pemikiran Dr Asri, terhasil kerana semangat jati UMNO yang tebal dalam diri Azli Shukri sehingga tidak mampu lagi ditahan lalu terhambur dalam bentuk tulisan. Bagaimana seorang ahli UMNO akan berdiam diri apabila ada pihak melabelkan UMNO seperti PAS zaman 80-an ? Sekalung tahniah saya ucapkan atas keberanian beliau menulis dengan berani walaupun beliau sendiri mengaku Salafy sealiran dengan Asri.



Kisah Enam Abu Jadikan Panduan – Ahmad Zahid




KUALA LUMPUR 23 Okt – Ahli UMNO dinasihat supaya merenungi kisah kehidupan pada zaman Rasullah S.A.W untuk dijadikan panduan dalam perjuangan parti bagi memastikan Putrajaya terus dipertahankan oleh Barisan Nasional.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,  kisah itu dijadikan contoh kerana setiap mereka mempunyai cerita yang berbeza untuk dijadikan panduan, enam mereka itu ialah Abu Bakar, Abu Talib, Abu Suffian, Abu Hurairah, Abu Lahab dan Abu Jahal.



23 Oktober 2010

Wow - Marah Benar Zulkifli Nordin Bila Difitnah Pak Janggot Timur Tengah

FITNAH DARI TIMUR TENGAH



(Dr. Fathul Bari mengetuai 40 ulama' muda menyertai UMNO menyerahkan borang keahlian kepada YAB Perdana Menteri disaksikan oleh YAB TPM)

Salam 2 all.

Saya menerima beberapa email dan sms daripada beberapa sahabat yang berada di Timur Tengah hari ini yang menyampaikan berita dua tiga ekor Pak Jangoat yang sedang melawat negara Arab membawa cerita fitnah dalam ceramah disana mendakwa saya telah cuba membawa rakan saya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyertai UMNO.

Salah satu email tersebut berbunyi "Pak Jangoat itu menceritakan bagaimana ramainya ejen UMNO berjumpa dengan Dr. Asri untuk menjemput beliau menyertai UMNO. Sampai Bukit Aman pun ada. Antara yang paling awal berjumpa Dr. Asri ialah Zul Noordin". Dan banyak lagilah fitnah dan cerita karut yang dibawa oleh Pak Jangoat-Pak Jangoat ni.


Video Kenangan Anwar di Persidangan Agung Umno 1998 - Adakah Kata Taat Setianya Dikotakan ?




Adakah kata kata di atas dikotakan seperti mana disampaikannya kepada perwakilan ? 


Semasa Sidang Agung Umno 1997 Anwar ada sebut beliau ditohmah  mempunyai 8 orang isteri.. 

adakah senarainya seperti berikut :. 


Pak Habib Al Attas @ Persamaan Wajah Salman Rushdie Dan Anwar !!!

Saiful_Nenek_SHA_

Oleh SH Alattas

Siapa yang tak tahu betapa hebatnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Mereka yang meminati dan 'taksub' kepada Anwar boleh terlopong mulut bila mendengar Anwar bercakap. Pemidato terbaik di Asia. Anwar ada karisma, ada gaya, ada stail dan ada aura yang boleh membuat siapa saja boleh terpukau bila berdepan dengannya. Sebab itu apapun dia cakap, berjuta manusia boleh percaya, inikan pula Saiful anak muda 24 tahun, masakan tak boleh terpesona, terpukau dan tersihir dengannya.

22 Oktober 2010

Hari Ini Dalam Sejarah : DS Najib Arah tingkat 4 PWTC Dijadikan Surau Solat Jumat Berjemaah - Bukti Islam Didahulukan Iman Ditingkatkan !!!




Isu Islamic Fashion Festival - Lagi Cubaan Burukkan PM dan Rosmah Oleh Blogger Pakatan Rakyat dan Lagi Gambar dan Blogger Mempertahankannya !!!

 
Gambar di atas disalin dari website rasmi Islamic Fashion Festival



Jawapan balas Panglima memaparkan gambar PM dan isteri serta gambar pakaian yang dipakai oleh model semasa Islamic Fashion Festival telah menggemparkan blogger Pakatan Rakyat. 

Berpuluh puluh komen telah diisi dalam kotak komen walaupun sama isinya. Mereka telah memenuhkan komen blog Panglima termasuk menggelar sesiapa sahaja yang mempertahankan Rosmah sebagai 'anjing politik'

Apa yang lebih menggelikan hati Panglima ialah puak pembangkang termasuk blog Amenoworld yang cuba memburukkan PM dan isteri , sanggup membuat video yang memaparkan DS Najib dan Rosmah berdansa...


Mana satu gambar hina Islam dalam Islamic Fashion Festival ? Sah isteri PM dijadikan mangsa Perang Propaganda Jahat Mereka....




Gambar atas didakwa dari pertunjukkan fesyen Islam yang dihadiri Rosmah isteri PM....Ia disiarkan oleh pembangkang dan penyokong pembangkang demi memburukkan insan bernam Rosmah.

Panglima tidak mahu menerima argumen mereka sewenang-wenangnya lalu membuat kajian secara sendirian...

Maka Panglima dengan susah payah mencari gambar laman rasmi festival tersebut sebelum bertemu di FB Buzze Azam di sini http://www.facebook.com/



21 Oktober 2010

Jawapan di Parlimen 5 Soalan Pembangkang Isu Pengetua Dicop Rasis & Perkauman


Tuan Lim Guan Eng ( Bagan ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China.

Dato’ Seri Nizar bin Jamaluddin ( Bukit Gantang ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil ke atas pengetua sebuah Sekolah Menengah di Kulaijaya, Johor dan sebuah sekolah lagi di Sungai Petani, yang mengeluarkan kenyataan menghina pelajar Cina dan India di sekolah tersebut baru – baru ini.



Jangan Terkejut : Anak Sosilawati Lawiya Sertai Parti Politik !

Anak Sulung Sosilawati Sertai Puteri Umno

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada Rabu dilantik menjadi Ahli Biro Keusahawanan Pergerakan Puteri Umno.
Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, sebelum itu menyerahkan borang menjadi ahli Puteri Umno kepada Ketua Sayap itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sherlin pada pukul 5.30 petang tadi.
Beliau yang muncul semasa perbahasan sedang berlangsung sebelum itu sempat bersalaman dengan semua ahli Exco yang berada di pentas.
Rosnah turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Kehadirannya pada perhimpunan itu menarik perhatian semua perwakilan dan petugas media yang hadir.





20 Oktober 2010

Video Nik Aziz Menipu Lagi Demi PRK Galas - Isu Bangunan RM4.5 Juta dibeli PAS

 

 

Penipuan pertama :

Dalam rakaman video disebut durasi 0.35 disebut bangunan yang dijual  disebut milik Umno yang telah kepada Pas - terbukti satu pembohongan.

 

Ini kerana ia bukan lagi diputuskan milik Umno Kelantan kerana masih dalam perbicaraan di Mahkamah.

 

Kenapa beliau tidak dapat berfikir bahawa Zaid Ibrahim yang bukan ahli Umno ada kuasa nak jual bangunan Umno kepada PAS ? Terbukti taktik PAS mahu melemahkan semangat Umno Kelantan menjelang PRK Galas sangat lemah dan dangkal sekali.

 


Penipuan kedua : Durasi 0.58 juga Nik Aziz menyebut bahawa Umno tidak mahu lagi menggunakan Bangunan tersebut walhal pada April 2010 yang lalu pihak Umno ada membuat desakan agar Zaid Ibrahim menyerahkan Bangunan tersebut kepada Umno Kelantan. Hingga membawa kepada Mahkamah perkara tersebut. Adakah ini bermaksud Umno tidak ada hati lagi kepada bangunan yang terletak berhadapan Istana Kota Lama itu ?



Penipuan ketiga : Durasi ke 2.34 juga Nik Aziz menyebut bahawa Nabi Muhammad s.a.w menyebut hal dunia di masjid walhal sudah jelas dalam hadis disebut bahawa masjid dilarang dari menjadi tempat bercakap hal keduniaan seperti berniaga apatah lagi kempen politik mendapatkan undi meraih kuasa.

 

Durasi 3.04 Nik Aziz tidak menjawab soalan dari mana dana Pemuda PAS dapat untuk beli bangunan tersebut sedangkan suara sebelah beliau menyebut ' pinjaman ' berulang kali. Apakah ada sesuatu cuba disembunyikan ?

 

Penipuan keempat : Durasi 3.35 juga Nik Aziz menjawab dengan penuh yakin gaya 'putar belit profesional' bila ditanya adakah sudah selesai kes tersebut di mahkamah dengan menjawab tanpa ragu-ragu bahawa ia sudah diselesaikan. Dengan menggunakan hujal logik bahawa urusan tersebut selesai kerana ia berjaya diserahkan oleh 'Umno' kepada PAS sedangkan yang sebenar sebaliknya. 

 

Klik sini untuk pengesahan ia masih dibicarakan di mahkamah...

 

atau baca sahaja berita di bawah ini...




Zaid Ibrahim jual bangunan UMNO Kota Bharu RM4.5 juta

GUA MUSANG 19 Okt. - Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim telah menjual bangunan UMNO Kota Bharu kepada Pas Kelantan dengan nilai jualan RM4.5 juta.

Perjanjian jual beli bangunan itu ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda Pas negeri diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman dan disaksikan Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu, proses penyerahan kunci bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dikatakan akan dilakukan secara rasmi tengah hari esok.

Nik Abdul Aziz ketika mengulas mengenai jual beli itu berkata, bangunan berkenaan akan diberikan kepada Pemuda Pas Kelantan sebagai pusat operasi mereka.

Kata beliau, pembelian itu juga membuktikan Pas kini semakin kukuh dan stabil di Kelantan berbanding UMNO yang didakwanya semakin lemah.

"Sampai bangunan UMNO pun kita boleh beli, jadi inilah buktinya kita semakin berkuasa di Kelantan," jelasnya pada sidang akhbar selepas itu.

Bagaimanapun, ditanya mengenai sumber dana yang digunakan untuk membeli bangunan itu, beliau mengelak daripada menjelaskannya.

April lalu, UMNO Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Tuntutan berkenaan telah berterusan melibatkan proses mahkamah dan sehingga hari ini belum ada kata putus yang dibuat.







Kesimpulannya : 

Nik Aziz belawokkk (menipu) dulu kini dan selamanya... 

Patutlah tanda tanda akhir zaman pemimpin yang fasik dan jahil serta homoseks akan diangkat manusia. 

Dan penipuan menjadi perkara biasa..

Sila ke sana untuk keterangan lanjut 
 






Segala puji bagi Allah yang menceritakan kepada kita melalui Nabi-NYA tanda akhir zaman untuk kita buat pedoman. Alhamdulillahhhh

Bahayaaaaa : Komunis sudah masuk Universiti Islam Anwar opsss Antarabangsaaa !!!





“Terima Kasih” demikian ucapan yang diberikan kepada UIA oleh Fahmi Reza setelah siri “public lecture” Student Power telah berjaya diadakan di kampus berkenaan pada 11 Oktober 2010 di Kulliyah of Engineering. Public lecture ini banyak memutar belit cerita yang sebenar dan menuntut autonomi yang sepenuhnya di universiti. Jika autonomi sepenuhnya dituntut di UIA, maka jawatan Presiden UIA juga perlu diberikan kepada pelajar. Ini kerana Presiden UIA gagal melaksanakan tugasnya untuk membebaskan UIA daripada pengaruh pelajar dan pensyarah pro pembangkang. Malah membenarkan pula public lecture yang ditaja oleh penaja dari asing ini masuk ke kampus untuk meracuni minda pelajar. Fahmi Reza dibiayai oleh Pusat Komas.  

Pada 16 dan 17 Oktober 2010, KOMAS dan kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Freedom Film Festival di PKNS. Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah datang merasmikan festival tersebut. Turut hadir dalam festival itu adalah beberapa aktivis hak asasi dari Amnesty International serta Hishamuddin Rais. Festival ini sebenarnya ditaja oleh Kondrad Adenauer Stiftung (KAF), sebuah yayasan Yahudi yang beribu pejabat di Berlin, Jerman. Baca artikel ini tentang bahaya KAF. Filem yang dipertontonkan banyak berat sebelah dengan hanya menuduh kerajaan pusat sebagai autokratik. Mengapa tidak ditunjukkan kisah di Kampung Buah Pala Pulau Pinang dan kezaliman merobohkan kedai kedai Melayu di Pulau Pinang? Begitu juga dengan public lecture Student Power, kebaikan perlaksanaan AUKU tidak dipaparkan. Pelajar cuba dirasuk agar mempercayai bahawa AUKU adalah “hantu” yang mencengkam kebebasan pelajar untuk berpersatuan. Presiden UIA perlu bertanggungjawab kerana membenarkan pengaruh luar yang tidak sihat masuk ke kampus. 


Presiden UIA perlu pecat mereka yang terlibat. Jangan hanya mengikut pekeliling di blog Kit Siang sahaja dan mahu memecat orang yang berjuang untuk negara. Universiti bukan dibina untuk menjadi sarang kepada bercambahnya aktivis pembangkang yang akhirnya keluar mengigit kembali tangan orang membina universiti tersebut. Pelajar perlu bebaskan diri dari khayalan karut bahawa AUKU adalah “hantu” yang mengokong kebebasan pelajar.






atau baca artikel di bawah.

Fahmi Reza: anak didik Chin Peng?

 

 
 
 
Lembah Pantai bergolak kembali. kali ini kampus Uni.Malaya dilanda demam Fahmi Reza. Siapakah dia? desas-desus mengatakan si Fahmi Reza ini begitu galak menambah kenalan dari Uni.Malaya di laman sosialnya.

Hamba lihat sebagai sebuah medium mempromosikan program ceramah Student Power yang hendak diberikannya. berdasarkan informasi, siri ceramah Student Power akan diadakan pada 17 dan 18 Mac ini di kampus UM. tapi siapakah si Fahmi Reza ni sebenarnya? nah,hamba berikan wajahnya bagi siapa yang tidak kenal. sekali lagi dilontarkan siapa dia? hamba sendiri tidak pasti mana asal-usul dan latar belakangnya. tapi apa yang dapat hamba simpulkan dari tilikan dan renungan hamba, dia merupakan seorang pengkhianat bangsa. mengapa? mudah. si Fahmi Reza ini mempunyai agenda pemikiran selari Chin Peng.

Fahmi Reza yang kini berusia lingkungan 30tahun ini popular sebagai penghasil filem bebas iaitu “10 Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi48″. filem “dokumentari” bebas katanya itu lebih menjurus mencari dan menemubual mereka dari aliran Komunis. sudah tentu ‘status-quo’ garapannya ‘bias’ ke arah komunisme. bagi hamba, ini semua kerana anak pascamerdeka ini tidak jujur dan tulus dalam pembacaan dan kajian sejarahnya. lihatlah sendiri promo-poster filemnya. terang-terangan menonjolkan imej2 gerakan komunis.

inikah manusia yang layak memberikan ceramah atau lontaran pendapat mengenai revolusi mahasiswa di era ’60-an? seorang anak pascamerdeka yang mengagung-agungkan gerakan komunis? hamba tidak dapat membayangkan lahir di sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin komunis. namun, tidak hamba nafikan. revolusi mahasiswa ketika zaman ’60-an memberi impak kepada suara watan.

mahasiswa ketika itu turun memberikan sokongan kepada agama dan bangsa. contoh yang hamba terfikirkan ketiga tragedi Natrah di Singapura. akan hamba nantikan siri ceramah ‘Student Power’ oleh si Fahmi Reza. akan hamba bandingkan dari perspektif mahasiswa sendiri. semoga kita dapat bersua wahai Fahmi Reza, (itupun kalau program ceramah anda ini mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran universiti)…



19 Oktober 2010

Patutlah PAS mampu beli bangunan RM4.5 juta walau hilang wang Kohilal RM45 juta dan Kisah wang jutaan ringgit pemimpin PAS Kelantan !!!

Patutlah PAS belanjakan berjuta ringgit untuk burukkan imej Pak Lah.http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/04/harga-gerak-saraf-pas-jatuhkan-pak-lah.html

Patutlah juga isteri Wakil Rakyat PAS minta mutaah berjuta juta ringgit dari bekas suaminya http://www.malaysiakini.com/news/118901.

Patutlah Husam Musa sanggup cari RM20 juta ringgit untuk dana ke Putrajaya.
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/15652

Patutlah PAS sekarang makin kaya 'gayanya' dari UMNO kerana kebijaksanaan mereka mencari wang samada cara yang gelap atau terang. Nak baca kisah kemewahan anak Nik Aziz sila ke sini http://kickdefella.wordpress.com/2010/02/27/alasan-derhaka-alasan-lapuk/

Jangan terkejut di situ ada gambar Nik Aziz menjadi calon Barisan Nasional seperti gambar bawah ini



akhir sekali patutlah PAS mampu kerana ada bukti PAS minta derma dari tauke balak untuk bagi mereka wang....walaupun dalam masa yang sama duit Kohilal RM45 juta terbang entah ke mana....





Skandal tersebut ada diulas Unspinner dalam 4 bahagian seperti berikut :


Bhg 1: PAS telan RM45 juta wang ahli PAS dalam Kohilal
Bhg 2: Cara PAS menipu 20,000 ahli PAS dalam Kohilal
Bhg 3: Skim Pelaburan ala Pak Man Telo
Bhg 4: Penyata Akaun Misteri dan Anak Syarikat Tidak Berdaftar




Lihat berita PAS Kelantan beli bangunan RM4.5 juta di sini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/10/bangunan-umno-dijual-kepada-pas.html



Apa komen anda ?

Penjelasan Hakim Kenapa Anwar Ditolak Dapatkan Keterangan Saksi Pendakwa...Mari Baca !!!

gambar hiasan


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan tiga tertuduh dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, untuk memeriksa kenyataan saksi pendakwaan sebelum bermulanya perbicaran kes itu Isnin ini. 


Hakim Mohamed Zaki Yassin menolak permohonan mereka kerana alasan tiada peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Akta Bukti yang memberi hak kepada tertuduh untuk memeriksa kenyataan yang direkod oleh polis mengikut Seskyen 112 CPC. 

Katanya, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Husdi lwn PP (1979) MLJ 80 (Husdi No 1) bahawa kenyataan saksi adalah dokumen istimewa dan pihak pembela tidak mempunyai hak untuk mendapatkannya. 

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, hakim itu berkata pihak pembelaan memiliki keistimewaan, seperti yang terdapat dalam kes yang sama, untuk mendapatkan kenyataan saksi, hanya selepas saksi berkenaan memberi keterangan dalam perbicaraan bagi tujuan mencabar saksi itu. 

Perbicaraan kes ini akan disambung Isnin ini walaupun peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, yang mewakili Kpl Sirul Azhar Umar, akan mencabar keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan. Beliau tidak memohon kepada mahkamah supaya menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan itu. 

Sirul Azhar, 35, gagal dalam permohonan rasminya bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mengarahkan pihak pendakwaan memberi kepadanya 112 keterangan saksi, dan permohonan ini disokong oleh dua lagi tertuduh, Cif Insp Azilah Hadri, 30, serta penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 46. 

Ganti peguam 

Peguam Hasman Ahmad yang baru dilantik oleh Azilah untuk mewakilinya bagi menggantikan peguam Zulkefli Noordin, memberitahu mahkamah bahawa mereka menyokong permohonan Sirul Azhar. 

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu. 

Abdul Razak pula dituduh bersubahat dengan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas itu melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober tahun lalu. Ketiga-tiga mereka boleh dihukum mati sekiranya disabitkan kesalahan. 

Cebisan mayat Altantuya, yang diletupkan dengan bahan letupan, ditemui di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 November tahun lalu. 

Dalam penghakiman secara lisannya, Mohamed Zaki berkata mahkamah itu tidak boleh mengguna pakai 'common law' England dan Wales yang membenarkan tertuduh memeriksa kenyataan polis kerana di Malaysia terdapat peruntukan mengenai isu itu dan di negara ini tidak terdapat ruang berhubung perbekalan dokumen. 

Oleh itu, kata Mohamed Zaki, beliau dapati tidak wujud keperluan untuk merujuk kepada kes di England dan Brunei seperti yang dicadangkan oleh peguam Kamarul Hisham apabila belia menggesa mahkamah mengguna pakai 'common law' England dan Wales mengenai pendedahan kenyataan kepada tertuduh. 

Tiada peruntukan 

"Saya tidak menjumpai sebarang peruntukan yang memberi hak kepada tertuduh untuk memeriksa kenyataan saksi. 

"Tidak kiralah sama ada saksi berkenaan berkemungkinan tidak akan memberi keterangan bagi menyokong atau menentang tertuduh. Pihak pendakwa tidak dikenakan tanggungjawab untuk memberi kenyataan saksi kepada pihak pembela. 

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak patut bagi pihak pendakwa memberi kenyataan saksi kepada pihak pembela kerana perbuatan ini mengandungi bahaya besar ia akan diubah," katanya. 

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Kamarul Hisham berkata, beliau akan menggunakan hak mereka untuk meminta mahkamah memeriksa 112 kenyataan saksi berhubung kes itu dan sekiraya terdapat percanggahan (dengan kenyataan lisan mereka di mahkamah), maka beliau akan memohon agar kenyataan terbabit diberi kepada pihak pembelaan bagi tujuan mencabar saksi berkenaan. 

Dalam permohonannya, Sirul Azhar meminta pihak pendakwaan memberi kepadanya laporan pemeriksaan mayat, laporan kimia, laporan pergigian, laporan pemeriksaan ahli radiologi dan laporan makmal dan dibekalkan semua laporan itu, kecuali 112 kenyataan saksi yang dimaksudkan. 

Kesemua tertuduh tidak hadir di mahkamah. 



http://www.malaysiakini.com/news/67906



Berita di atas disiar untuk menolak hujah pembangkang yang cuba kaitkan persepsi negatif di atas keputusan hakim menolak rayuan Anwar mendapatkan keterangan saksi.

Memang jelas penghakiman kes di atas ada persamaan dengan kes Anwar sekarang ini.

Ternyata keadilan tetap adil walau cuba di'zalim'kan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan.

Saya setuju Anwar menuju ke Penjara bukan Putrajaya seperti tajuk Blog Greenboc di bawah dan tindakan tidak mencalonkan Anwar seperti merestui pemergiannya ke penjara buat kali kedua...

Tidak mustahil sisa-sisa hidup Anwar akan dihabiskan di sana....


http://greenboc.blogspot.com/2010/10/anwar-semakin-hampir-ke-penjara-bukan.html

18 Oktober 2010

Jangan Sebar Berita Ini Wahai Ahli UMNO !!! 18SX

Karim Ghani umum keluar UMNO


18/10/2010 9:58pm

KOTA KINABALU 18 Okt. - Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu hari ini.

Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990-an. 

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO.

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

"Saya telah keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama




Panglima : Jangan terkejut Karim Ghani dilihat bersama Anwar sejak 29 Ogos lalu di Kota Kinabalu dan tidak peliklah jika beliau menjadi 'galang ganti' kepada 'tsunami' politik Anwar / PKR yang semakin reput dari hari ke hari. Hingga terpaksa menjadikan Karim Ghani sebagai 'superman' baru Anwar.


Jangan lupa hari ini juga Anwar 'malu besar' ekoran permintaannya ditolak Mahkamah..Lihat laporan pembangkang dengan mudahnya disiar di sini - .http://www.freemalaysiatoday.com/


Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Secara Rasmi Hari Ini - Daulat Tuanku !!!

Tengku Muhammad Fa-iz Petra pewaris kesultanan Kelantan

18/10/2010 6:16pm

KOTA BHARU 18 Okt. - Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.

Mohd. Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri. - Bernama

21 Dalil Bukti Pas lidah bercabang kerana lain fatwa dulu dan sekarang

Perkara ini disiar oleh blog DAP Malaysia di sini

http://www.dapmalaysia.net/2010/10/21-dalil-pas-termasuk-dalam-perkara.html

Ternyata PAS bukan Parti Islam bahkan lebih sesuai digelar Parti Peralat Islam !

Lihat bagaimana fatwa yang berubah ubah bukti jelas mereka memutar belit kata kata demi kuasa dan dunia !!!



Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid; 

PADA MULANYA... 

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) 

KEMUDIANNYA.. 

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. 

PADA MULANYA... 

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. 

KEMUDIANNYA.. 

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang. 

PADA MULANYA... 

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi” 

KEMUDIANNYA.. 

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. 

PADA MULANYA... 

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi” 

KEMUDIANNYA.. 

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’. 

PADA MULANYA... 

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. 

KEMUDIANNYA.. 

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”. 

PADA MULANYA... 

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…” 

KEMUDIANNYA.. 

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”. 

PADA MULANYA... 

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. 

KEMUDIANNYA.. 

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..” 

PADA MULANYA... 

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir” 

KEMUDIANNYA.. 

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. 

PADA MULANYA... 

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”. 

KEMUDIANNYA.. 

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. 

PADA MULANYA... 

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”. 

KEMUDIANNYA.. 

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak) 

PADA MULANYA... 

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”. 

KEMUDIANNYA.. 

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia. 

PADA MULANYA... 

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain. 

KEMUDIANNYA.. 

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. 

PADA MULANYA... 

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah. 

KEMUDIANNYA.. 

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid? 

PADA MULANYA... 

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara 

KEMUDIANNYA.. 

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? 

PADA MULANYA... 

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam” 

KEMUDIANNYA.. 

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”. 

PADA MULANYA... 

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya” 

KEMUDIANNYA.. 

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz. 

PADA MULANYA... 

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah” 

KEMUDIANNYA.. 

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah. 

PADA MULANYA... 

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib). 

KEMUDIANNYA.. 

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja? 

PADA MULANYA... 

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka. 

KEMUDIANNYA.. 

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?. 

PADA MULANYA... 

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam 

KEMUDIANNYA.. 

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah) 

PADA MULANYA... 

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam. 

KEMUDIANNYA.. 

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Cari Blog Ini

Translate