Pengikut Blog Panglima

30 November 2011

Mesti Baca : @ngakorming Patut Minta Maaf Juga Kepada DS @NajibRazak Gelar Mongolia - Selain DS Zambry !!!

Hari ini akhirnya Nga Kor Ming (NKM) telah minta maaf kepada DS Zamry Ab Kadir kerana perkataannya 'hitam metalik' mendapat kecaman hebat rakyat. Beliau bukan sahaja mengungkapkan perkataan 'hitam metalik' tetapi turut menggelar 'haram jadah' kepada Menteri Besar Perak tersebut.


Meskipun meminta maaf namun NKM tidak meminta maaf kepada YAB Perdana Menteri yang juga turut digelar Mongolia ( merujuk kepada kes Altantunya ) dalam video yang ada link di bawah.


Bila disebut Mongolia semua sudah tahu Perdana Menteri telah difitnah dengan kes Altantunya dan digelar Mongolia.


Kenapa Nga Kor Ming membezakan dua orang yang berbeza yang digelar pada waktu yang sama ?


Ini perkara yang membuktikan kebiadapan NGM !


Meminta maaf kepada MB tetapi membiarkan penghinaannya kepada PM tanpa membuat sebarang permohonan maaf.


Jelas politik yang jijik seperti ini tidak wajar kita biarkan dan mesti diperangi habis-habisan.


Sila mohon maaf atau anda akan mendapat kecaman lagi hebat kerana tipudaya anda sendiri yang memilih untuk meminta maaf dengan niat yang dilihat sangat jahat untuk memalitkan tuduhan Mongolia kepada YAB Perdana Menteri !


Kegagalan memohon maaf dapat dilihat dalam keratan berita di bawah yang tidak menyebut sebarang permohonan beliau kepada Perdana Menteri. Selain gagal memohon maaf atas perkataan lagi keji iaitu 'haram jadah' kepada MB DS Zamry.


VIdeo asal penghinaan NGM yang turut menyebut PM sebagai "Mongolia" yang bermula durasi 0:28 di sini :


http://khairulryezal.blogspot.com/2011/11/nga-kor-ming-ultimate-racist-mp-cina.html




Berita permohonan maaf disiar Berita Harian seperti berikut :





Nga Kor Ming mohon maaf kepada Zambry 


2011/11/30

IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana mengejek warna kulitnya sebagai `hitam metalik' dalam satu ceramah, baru-baru ini. 

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis turut memohon maaf kepada mana-mana rakyat negara ini yang tersinggung terhadap kenyataannya itu.


Kenyataan maaf itu dibuat pada sidang medianya di Pejabat DAP Perak, sebentar tadi.




BERITA HARIAN http://www.bharian.com.my/ 


BERNAMA http://www.bernama.com.my/ 


Baca juga DS Zambry menang saman ke atas Suara Keadilan di blog http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/ 



(Bernama) - The Kuala Lumpur High Court today ruled that nine words in an article published by Suara Keadilan, a PKR newspaper, on Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir were libellous.
Judge Hue Siew Kheng made the decision in chambers in the presence of lawyer Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin representing Zambry as the plaintiff and lawyer Jamie Wong representing PKR, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail and three others as the defendants.

On Nov 22 last year, the High Court ruled that three other words in the same article were libellous after the defendants admitted that the words were false and unfounded.

Firoz Hussein when met by reporters said the court ruled that the assessment of compensation be made before the deputy registrar but no date had been fixed.

On Feb 25 last year, Zambry filed a RM100 million suit, naming Dr Wan Azizah as an office-bearer of PKR, deputy president Syed Husin Ali who was also the chief editor of Suara Keadilan, the newspaper publisher Pelita Koridor Sdn Bhd and the printer Percetakan NPK Sdn Bhd as defendants.

In his statement of claim, Zambry said the article published in the Dec 29, 2009-Jan 5, 2010 edition ofSuara Keadilan titled 'Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat' (Zambry Suspected of Being Terrorist - Fails to Enter the United States of America) contained false, libellous and unfounded words and were published with malicious intent.

He stressed that he was not denied entry into the US but was in fact, allowed to enter the country and was accorded recognition that was appropriate with his position as the menteri besar of Perak.

Zambry said his visit to the US received wide coverage and the defendants had deliberately published the words with the intention to defame him.

The Perak menteri besar said the libellous words had hurt him deeply, badly damaged his public, private and political reputation as well as brought about public scandal, and odium and contempt against him.

He is claiming RM100 million in compensation for aggravated and exemplary damages at an annual interest rate of eight per cent as well as an injunction to prevent the defendants from publishing the malicious words or any other similar words against him.

The defendants in their statement of defence, said that an apology entitled 'mohon maaf Dr Zambry' (Sorry Dr Zambry) and the withdrawal of the article was published in Suara Keadilan's March 30-April 6, 2010 edition.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tandas Awam Canggih DBKL

Lihat gambar dan fikirkan betapa Kerajaan sentiasa mementingkan keselesaan orang awam.

Dengan hanya 20 sen rakyat dapat menggunakan tandas moden dan canggih hasil usaha DBKL.

Perlukah semua ini diubah dengan dijatuhkan Kerajaan BN dan diberi kuasa kepada Pakatan yang ternyata gagal memberi kebajikan kepada rakyat melalui penipuan demi penipuan yang mereka lakukan?

Fikirkan dengan tenang pasti anda akan dapat jawapan siapa akan anda pilih pada PRU akan datang!

Gambar dirakam pagi tadi semasa singgah Pertama Kompleks

Lihat juga gambar Kerajaan menurap jalanraya walau belum pilihanraya tiba.

Bandingkan Antara Melaka dan Kelantan - Blog MyMassa


klik gambar imej lebih besar



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Mesti Baca : @AzminAli Dah Gila Anggap Cina PKR Berhijrah Lebih Baik Dari UMNO ???



Adakah ada hijrah juga kepada Cina yang bukan Islam ?


Demi mengambil hati Cina, Azmin sanggup keluar kenyataan : 


" Azmin Ali kagum dengan penghayatan Hijrah pemimpin Cina KEADILAN yang lebih baik daripada pemimpin Melayu Umno "


Ditulis di twitter Suara Keadilan ( kawan saya panggil Suara Keldaian ) pada 27 Nov 2011 yang lalu, ternyata Azmin Ali seperti sudah hilang jati Islam dan Melayu.

Buktinya beliau tergamak menyifatkan Cina lebih baik dari pemimpin Melayu Umno yang sudah tentu Islam dan sujud kepada Allah.

Adakah akan ada lagi kenyataan seperti ini akan dikeluarkan demi menarik hati pengundi Cina dan pemimpinnya yang berjuang dalam PKR ?

Semua sudah terbalik. 


Termasuk lelaki tertentu juga sudah terbalik dengan mengambil kecenderungan seksualiti yang terbalik dengan meliwat lelaki jambu seperti Saiful Bukhari.


Bukan mendatangi isterinya yang sah dikahwini !


Jangan tiru perangai mereka. Mari kita terbalikkan Pakatan ini pada PRU 13 akan datang...


Kuasa Allah telah terbalikkan bumi kaum LUT dan tidak hairan jika sekali lagi ada puak sealiran dengan golongan tersebut akan terbalik dalam PRU dan berkubur menjadi sejarah di muzium.


Termasuk Parti Iselam Semalaysia...PIS



klik sini untuk membaca lebih lanjut tentang isu di atas 




dan juga kenapa LGBT sokong Anwar di sini :





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gempar : Lisa Surihani Masuk UMNO ?



Lisa Surihani bersama Ketua Puteri UMNO

30 NOV. 2011: Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyampaikan Anugerah Artis Wanita Cemerlang kepada Lisa Surihani Mohamed sambil diperhatikan Naib Ketua, Shahanim Mohamad Yusoff pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno 2011 di PWTC, Kuala Lumpur. - Utusan/ASWAD YAHYA





Panglima : semakin ramai artis sokong Kerajaan dan parti Umno bermakna semakin ramai rakyat akan terikut dengan idola mereka.


Bermakna semakin mudahlah usaha untuk memberi penerangan isu semasa untuk diterima oleh mereka.


Jika artis dapat bersama pemimpin kita bertemu rakyat sudah tentu mereka juga akan mendapat kebaikan yang besar daripadanya.


Semoga kebaikan Kerajaan ditunjangi UMNO dilihat dengan pandangan yang tepat tanpa dikelirukan oleh persepsi jahat Pakatan Pembangkang.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Bersatulah Melayu – Lim Swee Tin

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

~ Lim Swee Tin

Penceramah UPM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amaran Kepada Ibubapa !

Jangan tinggalkan anak anda dalam kereta.

Kecuali anda sudah pastikan anak anda sudah kunci kereta.

Atau bawa sahaja anak keluar sebelum anda akan ditimpa sesal !

YDP Agong, PM & TPM Bersama TYT Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Yang Dilantik Semula Dua Tahun



Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula


TUANKU Mizan Zainal Abidin bergambar bersama Tun Abang Muhammad Salahuddin (dua dari kanan), Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin selepas istiadat pengurniaan surat cara pelantikan semula Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Melawati, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 29 Nov. - Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Dis ini.

Abang Muhammad Salahuddin, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Melawati, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyaksikan upacara pelantikan itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Abang Muhammad Salahuddin, 90, dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000. - BERNAMA


sumber : Utusan Malaysia


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar Naib-Naib Presiden UMNO Bersatu Sidang Media !!!

Menjadi pemimpin jika berniat kejar jawatan maka beban akan ditanggung.

Menjadi pemimpin kerana kehendak ahli bawahan,akan dapat pertolongan.

Jangan kejar jawatan tetapi kejarlah keredhaan Tuhan !

Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekelian.

Pilihlah pemimpin tidak gila kuasa tetapi gila memberi keselesaan kepada rakyatnya.

Pemimpin beriman dan bertakwa akan diangkat Allah akhirnya.

Gambar : Utusan Malaysia

Gambar Sekitar PWTC Sebentar Tadi



Kebetulan lalu selepas pulang dari Hospital KL Panglima sempat rakam gambar.

Bawa bapa mertua rutinnya jumpa doktor ambil ubat.

Nanti jumpa di sana !

kemaskini terakhir : 3.48 pm 30.11.2011

Blogger Tulang Makin Gila Puji Syaitan Percaya Hari Kiamat !

Apa nak jadi kepada blogger Pas ini.

Demi memburukkan UMNO beliau sanggup menyamakan UMNO dengan syaitan.

Dalam email kepada group Perisik Rakyat beliau menulis syaitan juga percaya hari kiamat.

Adakah ini bermakna syaitan pun beriman ?

Memuji syaitan dan membandingkan UMNO dengan syaitan adalah perbuatan tidak pernah dibuat oleh bukan Islam.

Namun demi bela DAP penulis Tulang Besi sanggup samakan UMNO dengan syaitan.

Kita tunggu siapakah yang akan bersama syaitan dalam neraka samada UMNO yang tegas pertahan kalimah Allah dari diguna oleh Gereja atau anda yang saban hari membela musuh Islam bertaraf kafir harbi nama DAP.

Nik Aziz pasti suka melihat ada pengikutnya yang membela syaitan selepas beliau juga tidak kisah berkawan dengan syaitan untuk jatuhkan UMNO/ Barisan.

Jangan kata Pas Parti Ajaran Syaitan SeMalaysia kerana mereka sejak dahulu guna nama Parti Iselam selepas keluar dari UMNO.

Pas kini sudah gagal menyelam inti perjuangan Al Quran dan Sunnah yang ditinggalkan Nabi Junjungan gara-gara terlalu ghairah mengejar kuasa sehingga menghina agama kita.

Islam not for all tetapi Iselam Pas ok for all !

'Hiduplah syaitan' kepada Encik Tulang Besi dan syabas kepada Pas yang telah berjaya capai KPI untuk laksana ajaran Penasihat tidak rasmi mereka (syaitan) yang mahukan umat Islam berbalah sesama sendiri serta menimbulkan kemarahan antara kita.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(surah al maidah ayat 91)

Siapa rajin boleh pergi web searchtruth.com tulis syaitan dan permusuhan tentu akan jumpa ayat yang membenarkan perkataan Panglima.

Ingatlah :

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,
maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);
sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. "

[Fatir 35:06]
 
UMNO komited menyatukan ummah tetapi PAS dengan bongkak menentang salam persaudaraan saudaranya lantaran mengikut ajaran syaitan.

Sekali lagi PAS mengikut sifat bongkak syaitan. Demi mengejar kuasa dan kekayaan.

Tunku Abdul Rahman Putra Sebut Konsep 1Malaysia !

Jelas proses menyatukan (mengumpul semua entiti menjadi satu) adalah perjuangan UMNO sejak sekian lama.

Buktinya ia dalam kata-kata Tunku Abdul Rahman yang anda dapat saksikan di atas.Disiar oleh Utusan Malaysia hari ini halaman 2.

Perjuangan yang merentasi bangsa dan agama UMNOlah yang melahirkan Malaysia yang kita ada pada hari ini.

Permulaan yang baik oleh Tunku Abdul Rahman sewajarnya diikuti dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin sekarang dan masa akan datang.

Alhamdulillah Presiden Umno hari ini masih kekal dengan matlamat yang sama ke arah menjadikan semua umat Melayu menjadi 1 tanpa mengenepikan Cina dan India.

Lantaran itu lahirlah 1Malaysia untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa meninggalkan sokongan bangsa lain yang sekian lama ada dan telah pun diterima sebagai rakan sebangsa di negara kita.

Usia 62 tahun parti keramat UMNO bukanlah penghalang kepada kualiti kepimpinan yang dinamik kerana UMNO sentiasa mengalami perubahan demi perubahan termasuk isitilahnya yang terkini iaitu - Transformasi.

Transformasi termasuk politik, selain Kerajaan adalah untuk membolehkan UMNO terus diterima untuk selama-lamanya. Jika tiada perubahan, bak kata Presiden ; kita akan diubah oleh rakyat jelata.

Berbanggalah negara kita ada sebuah parti yang berjaya himpunkan anak muda dan tua merangkumi semua kaum dan agama membawa negara tinggi di angkasa kemajuan dilitupi awan kedamaian yang berseri-seri dipandang.

Selamat bersidang kepada semua pejuang-pejuang dan tekadkan diri untuk mencapai kemenangan paling besar PRU akan datang.

Bersatulah Bersetialah Berkhidmatlah demi agama bangsa dan negara tercinta!

29 November 2011

Kickdefella Muatnaik Video Disko Halal Bandaraya Islam Kelantan !

http://www.youtube.com/watch?v=deciDD_0feU&feature=colike

Ahli Pas perlu nilai balik adakah Islam atau Iselam yang mereka perjuangkan.

Kalau dah gugur negara Islam maknanya Iselam yang menjadi perjuangan mereka sekarang.

Jika disko pun berleluasa, air pun berkarat, ladang rakyat pun dirampas maka adakah ia Islam atau Iselam sebenarnya?

Jangan benarkan orang baik seperti anda yang menganggap Pas perjuang Islam, ditipu dulu,kini dan selamanya.

Cukuplah dan mari kita sokong kerajaan agar lebih hebat pembangunan spritual dan mental di Malaysia dapat dibangunkan apabila sokongan semakin kuat oleh rakyat.

Sekian,minta sebarkan.

Hebat : Azmin Ali Sanggup Runtuhkan Penjara Demi Abang Anwar !

Kasih Azmin kepada Anwar memang hebat.

Macam kisah Uda dan Dara.

Kan?

Dato' Sri @NajibRazak : Pilih Semula Barisan Nasional Untuk Jaya Transformasi Negara

Pilih semula Barisan Nasional - Najib


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Forum Antarabangsa menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memilih semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya setiap program transformasi yang dirancang oleh kerajaan sejak dua setengah tahun yang lalu dapat diteruskan.

Perdana Menteri berkata, beliau sedar kuasa untuk memilih kerajaan terletak sepenuhnya di tangan rakyat, justeru adalah amat penting bagi BN mendapatkan mandat tersebut agar segala perubahan demi meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan Malaysia negara maju berjalan mengikut jadual.

Beliau berkata, tidak dinafikan Malaysia kini berada pada landasan yang betul ke arah menjadi sebuah negara maju di rantau ini menjelang 2020, namun ia amat memerlukan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada rakyat dengan diberikan kepercayaan untuk terus memerintah.

"Tarikh pilihan raya belum ditentukan lagi tetapi besarlah harapan saya pada pilihan raya itu nanti BN terus mendapat mandat serta kepercayaan daripada rakyat untuk mentadbir negara.

"Kita amat memerlukan sokongan mereka kerana kita mahu memastikan setiap program transformasi yang didasarkan untuk kepentingan rakyat dan negara mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam Forum Antarabangsa yang bertajuk 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Forum yang disertai oleh para duta serta wakil parti politik dari seluruh dunia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula esok.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi forum, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai usaha keras beliau melakukan pembaharuan kepada UMNO sebagai parti tunjang di dalam BN bagi memastikan parti terbesar orang Melayu itu sentiasa relevan.

Beliau berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama memerintah iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan dan mahu tidak mahu perubahan perlu dilakukan sekiranya ia mahu terus diterima oleh orang Melayu.

"Saya pernah kata di hadapan ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO tidak mahu berubah akhirnya UMNO akan diubah (oleh rakyat)," katanya.

Beliau berkata, realitinya landskap politik negara sudah berubah, untuk itu UMNO perlu membuat sesuatu demi menjamin kelangsungannya.

Beliau turut berkongsi pengalaman dengan para peserta forum cara BN berjaya mengekalkan kuasa di negara ini lebih 50 tahun lalu iaitu melalui formula perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India serta golongan etnik yang lain.

"Melalui formula ini kita berjaya mengelakkan berlakunya pertentangan kaum dan rasa tidak puas hati sesama mereka. Dengan kata lain, kita berjaya mewujudkan kestabilan politik dan negara," ujarnya.

Beliau berkata, konsep perkongsian kuasa yang diamalkan di dalam sistem pemerintahan negara adalah cetusan idea daripada bapa-bapa perjuangan terdahulu selepas mereka mendapati negara juga didiami oleh pelbagai kaum dan etnik selain Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bersih dan bebas daripada sebarang penipuan.

"Sebagai bukti pada pilihan raya yang lalu kita kalah di lima negeri dan juga kalah di beberapa kerusi Parlimen, tetapi kita dapat semula satu negeri (Perak). (Oleh itu) Jika tuan-tuan mendakwa pilihan raya kami tidak bebas cuba buktikan," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, sistem pilihan raya di negara ini perlu diperkemaskan lagi selaras dengan perkembangan semasa dan atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.


http://www.utusan.com.my/ 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Akhbar China Press Hina Mantan Perdana Menteri - Tun Mahathir - Orang Tua Nyanyuk !!!



Antara yang ditulis ialah : 

  • Mahathir lupa bahawa beliau bukan Menteri Kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.

  • Seorang tua dan sudah berumur, buah fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik, kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.

  • Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang disanjung tinggi dan yang dimuliakan, sebelum bersuara beliau perlu buat kerja rumah dan kajian terlebih dahulu, bangaimana jika dicadang upah beberapa orang setiausaha untuk itu?

Penjaga Gol Harimau Muda Khairul Fahmi 'Apek' Dilanda Skandal Dengan Shida Harmi


Gambar di atas disalin dari blog Bro Jinggo.


Nampaknya Apek selain berdepan tekanan perlawanan Kelayakan Olimpik, beliau turut dilanda skandal dengan perempuan bernama Shida Harmi.

Nampaknya harga menjadi selebriti terkenal terpaksa dibayar dengan skandal seperti ini.

Nasihat Panglima : Apek perlu berhati hati dengan perempuan. Iktibar dari kisah kejatuhan Tiger Wood perlu direnung bersama. 

Semoga Harimau Muda akan makin berjaya !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

28 November 2011

Malaysiakini Lapor Tun Mahathir Sebut Arab Spring Tidak Akan Sampai Di Malaysia



Dr M: Malaysia tak akan dijangkiti Arab Spring




NONEBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat.


"Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak.



"Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada  rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.



Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya.



"Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran."



Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib.


"Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja.



"Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya.



malaysian can walk klcc 261111 10Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan.



Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk” ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat.



"Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung,” katanya sinis.



Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan.



Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008".


“Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota UMNO mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan UMNO" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya.



Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang "berjangkit" akibat globalisasi.


“Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia.



“Malahan, jika kita kaji apa yang belaku di seluruh dunia dan mengandaikan apa yang berlaku di seluruh dunia juga akan berlaku di negara kita dan kita lihat bagaimana masalah itu ditangani, dengan itu kita boleh lakukan perubahan yang sama di negara kita untuk membendung sebarang pemberontakan," katanya.



azlanBagaimanapun, Dr Mahathir berkata pemulihan yang serupa mungkin tidak sesuai untuk setiap negara dalam menangani krisis global berikutan persekitaran berbeza.



"Anda perlu sesuaikan diri anda dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda.



"Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya.






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Benarkah Tokoh Ma'al Hijrah Tahun Ini Cenderung Wahabi ?



Fahaman Wahabi Tak Sesuai Diamalkan Di M’sia : Jamil Khir



KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.





Beliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.

Tun Mahathir Puji DS @NajibRazak Berjaya Raih Kembali Sokongan Rakyat !!!



berita lanjut klik sini http://umno-online.com/ 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Shahrizat Tidak Halang Isu NFC Dibincangkan Dan Tegas Dia Tidak Ada Kaitan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).






Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

Syabas Kepada PAS KeranaTarbiah DAP Gelar MB Muslim - "Hitam Metalik" dan "Mongolia"



Video ada di blog ( Cucu Tok Selampit ) di bawah :


http://khairulryezal.blogspot.com/


Nga Kor Ming dalam ceramah tersebut menggelar MB Perak Dr Zambry sebagai 'hitam metalik'...


Selain itu YAB Perdana Menteri juga digelar 'Mongolia'...


Qasidah Selawat Sufi

Mari kita dengar qasidah untuk bersihkan hati !

Hati kotorlah punca fitnah dicipta dan orang baik disangka jahat angkara fitnah dan yang jahat dilihat baik.

Sedangkan Kerajaan atau orang yang difitnah seperti Perdana Menteri, tidak ada bukti yang boleh mensabitkannya berlainan dengan pihak lawan beliau yang mempunyai video yang disahkan tulen oleh pakar.

Kerana beranilah PM sudah bersumpah empat kali dengan nama Allah menafikan fitnah!

Qasidah seperti berzanji marhaban antara perkara yang kita patut kekalkan bukan hapuskan. Ia boleh menjadi hiburan minda dan hati agar kekal ingat kepada Allah dan RasulNya.

Menanam cinta kepada kekasih Allah Nabi Muhammad saw melalui membaca dan mendengar qasidah yang memuji dan mengingatkan kasih sayang baginda kepada kita, akan menjadikan kita dicintaNya!

Ayuh kita semua beli cd qasidah di atas.

Gempar - (Video) Presiden PKR Akui Ada Calon Tidak Layak PRU Lalu- Alhamdulillah

http://www.youtube.com/watch?v=0cX4w8BJmPQ&feature=uploademail

Alhamdulillah akhirnya PKR mengaku mereka tidak layak.

Puncanya kerana tidak ada orang yang sesuai jadi calon maka mereka kena guna siapa sahaja waima yang tidak ada kelayakan.

Sebab itu secara tersirat Presiden PKR juga akui mereka memang tidak berjaya berkhidmat dengan baik kerana calon mereka yang tidak layak.

Jadi perkataan ini bukan sebab untuk kita maafkan mereka tetapi menjadi punca kita ajukan soalan : adakah perlu kita beri peluang orang tidak layak untuk memerintah Malaysia?

Secara halus Wan Azizah seakan sindir Azmin Ali yang dikata rapat dengan suaminya.

Dan sindir impian Mat Jenin Anwar yang mahu ke Putrajaya.

Kerana hakikat yang kita tahu PKR hanya membonekakan Wan Azizah demi mengelak mereka yang bermasalah (anda tahu siapa mereka)menjadi punca masalah kepada imej PKR..

Boneka yang memboneka dan dibonekakan.

Anda pun fikir macam tu?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Kelebihan Menghafal Al Quran

Berikut adalah Fadhail Hifzhul Qur'an (Keutamaan menghafal Qur'an) yang dijelaskan Allah dan Rasul-Nya, agar kita lebih terangsang dan bergairah dalam berinteraksi dengan Al Qur'an khususnya menghafal.


Sekolah Cina Tidak Akan Sedia Makanan Halal Kepada Murid Melayu Islam - Dong Zong
















[Nota: Selama ini ada makanan tidak halal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)? Wah, ini cabaran yang besar untuk ibu bapa Muslim yang menghantar anak-anak mereka ke SJKC. Pertama, untuk memastikan anak mereka tidak termakan makanan yang tidak halal. Kedua, untuk menyamak pakaian dan tubuh badan jika makanan tersebut tumpah ke atas pakaian dan tubuh anak mereka.]


*Gambar di atas adalah gambar hiasan semata-mata


Mesti Tengok - Gambar Kera Baca Harakah !


Kini hanya kera sahaja yang baca Harakah ?

Mungkin kerana orang macam kita sudah muak tengok asyik lagu 'Bangau Oh Bangau' dimainkan dalam berita mereka.

Yelah, asyik salahkan orang lain dan mendakwa diri sendiri lebih baik dan tidak ada kesalahan.

Ahli PAS perlu buka mata buka  hati adakah PAS masih lagi parti yang sama sebelum berpeluk dengan DAP PKR ???

Tahaluf Siyasi jangan dijadikan alat untuk halalkan ISLAM diliwat !



gambar dari blog Kulaan Niring http://kulaanniring.blogspot.com/




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih