YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
30 September 2012
Pemimpin DAP Termasuk @NgaKorming Tolak 1Malaysia Perdana Menteri @NajibRazak Mahu Lihat Negara Huru-Hara ??? Lihat Gambar
Punca Kate Middleton Dimalukan Kerana Imej Mesra Islam Seperti Mendiang Diana ?
Berita oleh Harian Metro di sini http://www.hmetro.com.my/articles/SkandalgambarKateberterusan/Article/artikelMA
ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.
LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.
Kisah Ibu Diuji Allah Dengan Tujuh Anak Penagih Dadah
7 anak penagih
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my
KERIAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua tujuh anaknya adalah penagih dadah tegar hingga menyebabkan dia dicaci masyarakat yang menuduhnya tidak pandai mendidik anak.
Wanita malang itu, Zawiyah Osman, 68, berkata, aktiviti tujuh anaknya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihati anak-anaknya itu.
Lebih menyedihkan apabila empat dari tujuh anaknya itu meninggal dunia satu persatu kesan pengambilan dadah secara berlebihan.
Afdlin Shauki Akan Berhenti Berkarya Selepas 'Tiga Hari' ?
Kiraan berhenti Afdlin
|
Terkini : ASTRO Pula Siar Filem Haram Tayang di Malaysia
Astro sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia perlu menghormati sensiviti umat Islam. Dengan menayangkan cerita menghina Agama yang telah diharamkan Kerajaan kita sejak dari 2003.
Kita tidak tahu apakah mesej tersirat mereka buat? Samada tidak sengaja atau sengaja untuk dimohon maaf kemudian seperti Ngeh Koo Ham ?
Baca lagi kupasannya oleh Cucu Tok Selampit di sini
UM Dimenangi Pro #AspirasiMahasiswa - Tahniah !!!
Kemenangan milik proaspirasi
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kumpulan proaspirasi diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) sesi 2012/2013.
Kemenangan itu diperoleh apabila satu daripada dua kerusi yang ditandingi semula pagi ini dimenangi kumpulan proaspirasi.
Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, pengundian semula itu diadakan membabitkan dua fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) setelah mencatat undian seri pada hari pengundian MPP Selasa lalu.
"Di Fakulti Pendidikan, kemenangan berpihak kepada calon promahasiswa iaitu Maiyamin Md. Nor apabila meraih undi sebanyak 136 menewaskan saingannya, Malik Syam Mohammed Latif (129).
Komen Mangsa Gulung Tikar Kerana Cukai Kereta & Motor Dinaikkan Ketika Anwar Berkuasa !!!
Isu kenaikan harga kereta disebabkan perbuatan Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan.
Tulis seorang rakan FB Panglima yang amat marah tentang perkara ini bernama
Jay Naz :
SIAPA YANG MENAIKAN CUKAI IMPOT KERETA?
Cuba penyokong-penyokong pembangkang mengimbas kembali pada tahun 1996 ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia, tidak kah beliau yang bertanggungjawab di atas kenaikan cukai kereta import sehingga 300% dan cukai motorikal kuasa tinggi juga di naikan sehingga 150% dengan alasan mengurangkan pengaliran dan tukaran wang akan keluar dari negara. Dan alasan untuk motorskal adalah bersebabkan ianya adalah hobi orang-orang yang berada. oleh demikian kata Anwar Ibrahim kedua-dua nya harus di kenakan cukai yang tinggi untuk menambahkan pendapatan negara.
Saya adalah salah satu manusia yang mempunyai kedai motosikal berkuasa tinggi yang terpaksa gulong tikar bersebabkan tiada pembeli bersebabkan kos harga motorsikal terlalu tinggi untuk anak-anak muda memilki nya dan juga keadaan global ekonomi yang teruk ketika masa itu.
Dan sekarang beliau pusing pulak kononnya nak menurukan cukai kereta pulak. podahhhhhhhh, memang lah kaki pembohong "of the highest order"....
@bharianmy : #Bajet2013 Paling Seimbang - DS @Zahid_Hamidi
Berita Harian (@bharianmy) 30/09/12 8:07 PG Bajet paling seimbang fb.me/1dnorFqVi |
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dakwaan kononnya bajet itu untuk pilihan raya adalah tuduhan berulang yang sering disuarakan setiap kali bajet dibentangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, hakikat sebenar Bajet 2013 adalah bajet paling seimbang dengan defisit hanya empat peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berbanding bajet yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat lebih awal, tetapi kurang penelitian.
@bharianmy : Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion
Berita Harian (@bharianmy) 30/09/12 8:07 PG Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion fb.me/1ujUkfyhu |
Penemuan itu adalah hasil kajian sebuah syarikat milik Bumiputera yang mengkhusus dalam bidang perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin, berkata pelbagai faktor menyumbang kepada masalah berkenaan termasuk waris kurang pengetahuan mengenai pengurusan harta si mati.
29 September 2012
@mkini_bm : Pro-M Menang Tipis di UM Selepas Undi Kali Kedua - Bukti Demokrasi Subur Di IPT Malaysia
mkini_bm (@mkini_bm) 28/09/12 7:20 PTG Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula: bit.ly/Sp8hKK |
|
Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat.
Pengundian semula itu diadakan selepas calon-calon bagi kerusi itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus Selasa lalu mendapat undi sama banyak.
Dalam pengundian hari ini, Pro-M menang kerusi fakulti pendidikan, manakala kumpulan pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, pula memenangi kerusi fakulti sains dan teknologi maklumat.
Dengan itu, keputusan muktamad pilihan raya kampus UM adalah pro-M mendahului dengan 21 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperolehi 20 kerusi, diikuti dengan dua kerusi calon Bebas.
Keputusan pengundian semula hari ini diumumkan Naib Canselor Tan Sri Prof Ghauth Jasmon melalui lamanweb universiti tersebut.
Dengan kemenangan tersebut, pro-M berjaya mengekalkan kubunya di UM. Bagaimanapun, jumlah kerusi dimenanginya merosot daripada tahun lalu di mana ia memenangi 23 kerusi.
Dalam pilihan raya lalu, pro-M memenangi 23 kerusi, manakala Penggerak Mahasiswa mendapat 16 kerusi dan calon Bebas meraih dua kerusi.
Dalam pilihan raya kampus tahun ini, pro-M juga berjaya mengekalkan penguasaannya di kubu kuatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Manakala pengundian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - yang digantung keputusannya kerana masalah teknikal Selasa lalu - dijangka diadakan semula dalam tempoh terdekat ini.
28 September 2012
Program Himpunan NGO ke arah Penyatuan Ummah di Shah Alam - Mohon Sebarkan cc @NohOmar @NajibRazak
Sesi 1 : Peranan Dakwah & ancaman trhadap umat islam
Panel : Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah
Ust. Roslan b. Muhammad
Sesi 2 : Perbezaan Ideologi Politik adakah penghalang kpd Penyatuan
Panel : YB Jamaluddin Md Radzi
Y.Bhg Dr Mohd Fairuz Khairudin
Sesi 3 : Agenda Penyatuan Ummah 'Fakta @ Auta'
Panel : YB Datuk Dr Hassan Ali
YB Senator Ezam Md Noor
30/9 jam 8.30 - 1.00 ptg brtmpt di Auditorium Komplek Taman Seni Islam S.Alam.
Sesi 4 : Bahaya Ketaksuban
Panel : SS Tan Sri Harussani Zakaria
YBhg. Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dasuki
Sesi 5 : Mencari persamaan, memahami perbezaan
Panel : YB Datuk Zulkefli Nordin
YBhg. Encik Razali Rahman
Majlis Penutup akan disempurnakn oleh SS Dato Mufti Negeri Selangor.
Semua muslimin muslimat dijmpt hadir & sila war2 pd yg lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bonus Satu Setengah Bulan #Bajet2013 Umum PM @NajibRazak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Terharu Lihat PM @NajibRazak Hantar Email Kepada Rakyat Biasa Seperti Panglima
|
Chong Wei rampas takhta No. 1
Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my
Lee Chong Wei kembali merampas kedudukan No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan dalam ranking terbaru, semalam.
KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan semalam, malah dijangka mengekalkan kedudukan tersebut sehingga penutup 2012.
Kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, minggu lalu memberi 9,200 mata ranking buat jaguh perseorangan negara itu, sekali gus memintas Lin Dan dengan kelebihan tipis 1,505. Chong Wei mengumpul 93,298 mata keseluruhan, manakala Lin Dan 91,793.
#CintaiBahasaKita : Beza Pelantikan dan Perlantikan
Ikuti entri bermanfaat dari blog Namharahman ini. Berkenaan Tatabahasa Bahasa Malaysia yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.
Tarikh : 2 Oktober 2009
Masa : 3.02 petang
Pengirim : Luqman
Pertanyaan : Apa beza pelantikan dengan perlantikan?
Untuk membezakan ejaan perlantikan dengan pelantikan perkara pertama yang perlu ditentukan ialah imbuhan yang boleh digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf ‘l’ seperti lucut, letak, lancar, lanjut, dan lain-lain Permasalahan ini tidak akan timbul pada perkataan yang bermula dengan huruf lain daripada l.
Podcast : Ulasan Menteri Pertahanan DS @zahid_hamidi Bajet 2012 Oleh Perdana Menteri DS @NajibRazak Petang Ini
Sumber : http://undipru13.blogspot.com/2012/09/temuramah-ekslusif-yb-ds-dr-ahmad-zahid.html
Esok adalah hari penting untuk Malaysia - BUDGET DAY
Semua orng menunggu nunggu dengan debaran apakah BAJET yang dibentang oleh PM ... sementara itu
Kami sempat interview dengan Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bertanyakan pendapat beliau mengenai BAJET 2013 dan juga isu isu yang lain..
Sila Dengar Podcast ini
Anda boleh juga dengar episod episod yang lain di iTunes Store dengan carian POLITIK MALAYSIA PODCAST dan melanggan dengan PERCUMA.
Agihan Amanah Saham 1Malaysia RM6.60 Sen Seunit
Agih pendapatan 6.60 sen seunit
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) yang dimiliki penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2012.
Pengagihan pendapatan kali ketiga ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM459.86 juta, peningkatan sebanyak 49.1 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelum ini berjumlah RM308.40 juta....
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Google Tidak Akan Sekat Filem Hina Islam di Youtube
Pengerusi Google pertahan YouTube
Pelajar-pelajar Indonesia membakar tayar di luar premis Kentucky Fried Chicken di Kendari semasa mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, semalam. - AFP
SEOUL 27 Sept. - Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt, hari ini mempertahankan tindakan YouTube menyiarkan filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan ganas di seluruh dunia.
Bekas Pemimpin PKR Aminah Menang Saman Ke Atas Pemimpin PKR PAS
Aminah menang saman fitnah ke atas tiga pemimpin PKR
27 September 2012
Sinar Harian : @TianChua Tidak Menyesal Siar Gambar Jet Peribadi Anwar !!!
27 September 2012
Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.
Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan."
@bernamaradio24 : ATP Terbuka Malaysia - Wakil Tunggal Negara Gagal Meneruskan Kemaraan
BERNAMA Radio24 (@bernamaradio24) 27/09/12 1:12 PTG Sukan, Tenis, ATP Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil. Wakil tunggal negara yang beraksi SEMALAM, gagal meneruskan kemaraan |
Sent from my iPad
@Reuters : U.S. actress sues anti-Islam filmmaker, YouTube in federal court
Reuters Top News (@Reuters) 27/09/12 1:10 PTG U.S. actress sues anti-Islam filmmaker, YouTube in federal court reut.rs/Qye2Fp |
Sent from my iPad
panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you
panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:
Thanks,The Instagram Team
panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you
panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:
view full image
"Mutiara Kata Perdana Menteri Malaysia DS @NajibRazak"
(taken at Kuala Lumpur, Malaysia)
The Instagram Team
Ini Video Terbaru Puak Syiah Dalam Perarakan PAS !!!
Kaitan PAS dengan Syiah sudah lama kedengaran. Seperti gambar poster ini
lagi gambar klik sini http://www.penembak-tepat.com/2012/06/ini-bukti-pas-itu-sama-syiah-ahli-pas.html
Timbalan Presiden PAS Mat Sabu didakwa salah seorang yang menyokongnya. Dan Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS sendiri menulis tentang perkara ini membenarkan kewujudannya.
26 September 2012
Bonus Dua Bulan Kepada Penjawat Awam Diumum PM @NajibRazak Bajet 2013 Jumaat Ini ?
26 September 2012
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.
"Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
MT UMNO Puad Zarkashi Dedah Kos Parking Jet Peribadi Cecah RM 50 Ribu Sehari - Wow !
Jet bukti 'cakap tak serupa bikin'
BATU PAHAT 25 Sept. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet eksekutif bersama pemimpin pembangkang lain disifatkan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' kerana mereka telah bermewah-mewah meskipun belum menakluk Putrajaya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu jelas bercanggah dengan prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang.
"Saya ada kawan yang ada jet peribadi. Dia 'parking' satu hari sahaja di lapangan terbang Taiwan tetapi perlu membayar RM50,000 dan ini tidak termasuk minyak dan sebagainya.
"Saya tidak tahu di Malaysia berapa bayarannya, tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan. Apakah tidak ada unsur-unsur kroni? Mungkinkah dia dapat projek besar di Selangor atau Pulau Pinang?" katanya.
...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Ghaddar Penyelamat Maruah Kelantan Piala AFC 2012
FOTO : KHIRU SHALEH ABDULLAH
26 September 2012
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, hasrat Kelantan untuk memburu sekurang-kurangnya empat gol gagal terlaksana setelah sekadar terikat seri 1-1 dengan juara Liga Premier Iraq itu.
Meskipun tersingkir, namun pujian harus diberikan kepada anak buah Bojan Hodak yang mempamerkan aksi cemerlang apabila dilihat berjaya menyaingi kehebatan pasukan dari Asia Barat itu dalam perlawanan yang disaksikan hampir 7,000 penyokong tempatan.
Blogger 1Peluru Jadi Mangsa Kekalahan PRO-M Dengan Saman RM5 Juta ?
Bukti Penipuan Pro-M Bantah Keputusan Di UPSI Didedah Blog Ini
http://harapan-esok.blogspot.com/2012/09/promupsi-kantol-cubaan-menipu-pelajar.html
Sent from my iPad
Utusan Malaysia : Makruh Ziarah Kubur Nabi : Imam Malik
Beliau pernah berpesan kepada Amir al Mukminin al Mahdi ketika kedatangannya ke Madinah: "Sesungguhnya sekarang ini kamu sedang memasuki Madinah. Kaum yang kamu lalui di kiri dan kanan kamu itu adalah anak-anak kaum Muhajirin dan Ansar, maka ucapkanlah salam kepada mereka. Sesungguhnya tiada satu kaum di muka bumi ini yang lebih baik daripada penduduk Madinah dan tiada bumi yang lebih baik daripada Madinah (kecuali Mekah di sisi Jumhur). Baginda bertanya kepadanya, "Bagaimana kamu boleh berkata seperti ini, wahai Abu Abdullah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya tidak diketahui (secara pasti) kubur seorang Nabi pun pada hari ini di atas muka bumi ini melainkan kubur Muhammad SAW. Maka orang yang terdapat di sisi mereka kubur Muhammad SAW ini sepatutnya diketahui kelebihannya."
Tablet Nexus 7 Google Harga RM 765.50 Saingan Terbaru Tablet Sony Mula Dipasar 2 Oktober
Gambar Kahwin Pasangan Diraja Brunei Cantik Tampan Menawan
Kereta Terbabas Di Stesen Minyak Hampir Ragut Nyawa
TUMBANG...anggota bomba menjalankan kerja mengalihkan kereta yang merempuh pam minyak terbabit, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.
“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.
“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.