Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 April 2013

Kantoi - Jam Sekali Lagi Menggagalkan Penipuan Dakwat Kekal Oleh Pakatan @n_izzah #PRU13

Lihat gambar di bawah


Perhatikan jam yang dirasa bulat warna merah.

Adakah sudah anda dapat lihat pukul berapa ?

Inilah gambar yang cuba digunakan untuk menggambarkan SPR tidak telus.

Tujuannya cukup mudah - mengelakkan mereka malu besar jika kalah.


Lihat dakwat masih kekal walau dicuci


Adakah ada lagi penipuan selepas ini?

Kita makin hilang sabar tengok kerenah Pakatan haram ini buat kecoh. 

Seolah-olah tidak ada integriti pada SPR yang juga badan yang sama mengendalikan pilihanraya 2008 yang menyaksikan Pakatan haram ini menang 5 negeri.

Adakah patut kita bagi undi puak penipu ini?

Kalau tidak percaya juga kita cabar mereka potong jari.


Ada berani?


Sent from my iPhone

infokinidotcom: @TengkuAdnanReal Calon Putrajaya Jumpa Orang Beliau Tampar ?

Gambar di atas ialah orang yang didakwa ditampar oleh Ku Nan.

Baca lagi kisah di atas di sini 



Sent from my iPhone

Calon BN Nusajaya Dr Zaini Gempur Jumpa Rakyat #PRU13



Program minum petang santai bersama dr zaini... dihadiri artis suami isteri Saddiq raffali dan istri iaitu shahriza mahmud.

Drama terbaru mereka di astro oasis iaitu 'sandal dan sarban'


De Zaini disambut penduduk


Anak muda dan dewasa bersemangat sokong Barisan Nasional



Pdm jalan kebangsaan
Pengurusi pdm jln kebangsaan.

Turut hadir ketua mic tmn u timur, mr sivanesan. Timbalan ketua wanita mic bahagian g.patah pn kalai arasi.

Wakil mca teoh siew moi, ketua pdm jln penyaran tmn u.

Wakil liong sook fong, ketua pdm jalan kebangsaan

Sent from my iPhoneBerikut program terbaru Dr Zaini Hj Abu Bakar menemui rakyat dalam siri kempen beliau.

Diramalkan beliau mampu menang besar mengatasi Salahuddin Ayub yang hanya mampu menjanjikan air liur berbanding beliau yang tentu tidak ada masalah menunaikan janji.


Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Pesanan Kepada Polis dan Tentera - Jangan Pilih PR Yang Hina Mereka

Ini msg yang dihantar untuk direnungkan anggota polis dan tentera 

- ini khutbah sebelum undi awal  

Tatapan bagi semua Rakan seperjuangan,
Aku bukan lah org Umno apatah lagi org PAS.
Aku org PKR? Sorry, gua lelaki TULIN. 
Aku org DAP? Langkah mayat aku dulu!

Wahai Rakan seperjuangan - sapa yg mengelarkan kita anjing kerajaan masa BERSIH sangat? 

Sapa yg berarak membawa mayat Kugan keliling bandar dan menjerit kita pembunuh? 

Sapa yg tampil kehadapan dlm kes Aminurasyid dan seterusnya mengelar  polis trigger happy?

Disaat kita meratapi perwira kita yg gugur di Lahad Datu siapa yg galak mempertikaikan SYAHID kah mereka? 

Kita terima saja gelaran yg mereka lemparkan kpd kita atas dasar profesionalisme dgn senyuman. 

Hari ini tibalah masanya utk kita menzahirkan kita bukan Anjing, bukan Pembunuh, bukan Trigger Happy dan Wira kami di Lahad Datu bukan sandiwara, malahan kami juga sanggup MATI utk mu MALAYSIA walaupun Syahid kami telah dipertikaikan,  maka rakan sekalian tentukan lah hari ini apa yg di perjuangkan oleh Sang Saka Biru , kepada semua rakan seperjuangan "Selamat Mengundi" Allah lebih mengetahui. Amin.

Panglima : Selamat mengundi dan semoga undi pos tuan puan satu pilihan yang tetap dan tepat.


Sent from my iPhone

Kenapa Rakyat Pokok Sena Perlu Tolak Mahfuz Omar (SPM) Pilih Shahlan #PRU13 - Sebarkan

Hari ini Mahfuz Omar ditulis Harakahdaily membantah bila pegawai PM menjadi calon. Beliau cuba reka cerita bahawa calon ini tidak mendapat sokongan dari akar umbi.

Soalnya kenapa beliau bising jika benar beliau yakin akan menang ?

Rugi benar jika calon BN Pokok Sena tidak dipilih.

Dengan jawatan beliau sebelum ini sebagai Setpol PM maka sudah tentu beliau calon terbaik dihantar oleh PM untuk berkhidmat menjadi wakil beliau di Pokok Sena.

Seingat panglima, sepanjang mengenali beliau ialah seorang yang rasional dan kuat pegangan Islamnya selain mengutamakan budaya ilmu serta kuat bekerja tanpa kenal penat serta mudah dibawa berbincang.

Sungguh rugi jika calon ini ditolak dan lagi rugi jika satu parlimen jatuh ke tangan PR yang hanya menampilkan calon lulusan SPM sebagai wakil mereka.

Lihat tempat lain kita akan dapati calon pembangkang calon tangkap muat yang hanya bekerja sebagai posmen, jurugambar, dan tiada kelulusan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kerana itu banyak masalah berlaku dan menyebabkan banyak perkara terencat.

Bukan mahu mengata namun jika dilihat tokoh yang dilantik menjadi MB Selangor juga bukan orang yang bijak dari segi pentadbirannya sehingga gagal menyelesaikan masalah air serta menghalang loji baru dibina di Kuala Langat.

Setakat ini hanya BN sahaja yang mempunyai pencapaian berjaya membangunkan negara tanpa meminggirkan agama. Walaupun kita akui BN juga tidak sempurna.

Hanya BN kita yakini dan marilah kita merayu agar tidak ada undi kecuali kepada BN demi menghapuskan penipuan pakatan. Antara dua BN jauh lebih baik untuk diyakini rakyat keseluruhannya.

Video Bukti Pakatan Tidak Peduli Maruah Agama #Islam - Pilih Barisan @NajibRazak Tolak Pakatan @Anwaribrahim #PRU13 Ini



sumber : FB Panglima https://www.facebook.com/


Jika ahli dan penyokong PAS PKR beragama Islam ada masa seminit dua tolonglah baca status ini...

undi PAS/PKR = undi DAP = tolak negara Islam http://www.youtube.com/watch?v=QqDLaYr-o0c = HARAM = RUNTUH NEGARA ISLAM MALAYSIA =

Hingga kini Karpal Singh tegaskan tetap tolak dasar Islam walau sama dengan PAS dalam Pakatan.

Rujuk berita

http://www.sinarharian.com.my/politik/tolak-hudud-demi-kepentingan-parti-1.112796

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130421/po_01/DAP-tetap-tolak-hudud-Pas---Karpal

Lagi video DAP anti Islam :

http://www.youtube.com/watch?v=pOLEhSATNyY

http://www.youtube.com/watch?v=DRKPeZCymdQ


Mohon sebarkan tuan puan para pejuang Islam sekelian.

29 April 2013

Video Lim Kit Siang Kena Halau Pengundi Gelang Patah | AIDC

Lim Kit Siang Kena Halau Pengundi Gelang Patah

AIDCNews – 29/04/13 – Saluran youtube 2012Ahboy memaparkan insiden Penasihat DAP, Lim Kit Siang kena halau dengan pengundi Gelang Patah yang sedang bersarapan pagi di kedai makan dalam parlimen tersebut.

Kit Siang, calon DAP Parlimen Gelang Patah bersama rombongannya berhenti seketika di kawasan kedai makan itu untuk membuat kempen bergerak, namun penduduk setempat yang sedang menikmati sarapan pagi membantah kehadirannya yang disifatkan mereka sebagai mengganggu ketenteraman awam.

"Rakyat makan pagi, Kit Siang pagi, rakyat tak tahan, halau Kit Siang pergi, Kit Siang sakit hati, cabut dan lari," kata blogger Cina, 2012Ahboy.




Sent from my iPad

OutSyed The Box: @Anwaribrahim vs @NajibRazak - CIA - Bersih 4.0 & #PRU13 (Must Read)

Folks I think for certain, we can expect trouble from the Pakatan Rakyat on Polling Day and Polls nite - particularly in Kuala Lumpur. Especially since they are going to lose.  They have foreign funds, foreign intelligence and foreign NGOs helping them. Remember that Xenophobe guy from Australia who was expelled at the KLIA?  There are more like him working more quietly inside the country.

Blocking off the Istana, surrounding Parliament House, blocking off KLIA are among their plans to create chaos in the country. Their Homo-Erectus Leader has already said that he wants to see an Arab Spring in Malaysia. 

A few weeks ago I had dinner with a diplomat from a European embassy here in KL. He is the 'political attache' - this is a sort of euphemism for 'intelligence officer'.  (Dont worry I am not being recruited - otherwise I wont be writing about it). Not all European countries are too crazy about the US. My friend provided me some information which only the intelligence people will know how to analyse.

He asked me to recollect the Bersih riots that happened on 9 July, 2011 in Kuala Lumpur. He told me a few things which I want to share here.

We have had street demonstrations in KL since 1998 when Anwar Ibrahim was sacked from UMNO and also from Government for sexual misconduct. After this he was jailed for the corrupt abuse of power of ordering the arrest and torture of Ummi Hafilda Ali who had written a public letter accusing him of sexual misconduct.

Read more :



Sent from my iPad

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pun Kritik @HjHusamMusa Gagal Tarik Pelaburan Ke Kelantan

Lahad Datu : AIDC Tulis Tiga Dalang Yang Didedahkan DS @Zahid_Hamidi ?


AIDCNews – 29/04/13 – Satu minit mesyuarat dari ibu pejabat PKR, Petaling Jaya berkaitan dengan perancangan pencerobohan Lahad Datu telah bocor dan kini telah berada di tangan pihak kerajaan, dakwa blog Mymassa.
“Dalam satu Minit Mesyuarat PKR di Petaling Jaya, jelas menunjukkan pencerobohan di Lahad Datu adalah perancangan Anwar dengan beberapa ahli PKR.
“Minit Mesyuarat tersebut yang kami perolehi kerana Kelalaian atau Kebodohan Tian Chua yang meninggalkan kesan. Salinan Minit Mesyuarat tersebut telah kami berikan kepada pihak kerajaan Malaysia.
“Kebetulan Tian Chua dan R. Sivarasa adalah ahli jawatankuasa SUARAM, dan dana yang dihantar oleh Yayasan-Yayasan dan NGO milik George Soros hanya boleh diterima oleh NGO di Malaysia. Wang itu tidak direct kepada Anwar Ibrahim, kerana peraturannya dibuat sebegitu rupa, “dakwa blog itu.
Menurut Mymassa, tiga orang aktivis PKR iaitu Tian Chua, Naib Presiden PKR, R Sivarasa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Darrel Leiking, Timbalan Setiausaha Agung PKR ditugaskan ke Manila pada ke Manila pada 7 Februari, (2 hari sebelum bermulanya pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu) untuk melaksanakan misi tersebut.

Kenyataan Hassan Ali Bidas @Anwaribrahim Guna Yusuf Al Qardawi Raih Sokongan

Usaha Terdesak Anwar Setelah Ditolak Majlis Syura Pas

Berita mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS menolak dan tidak menerima Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya bukan menjadi satu rahsia lagi. Saya diberi maklum bahawa keputusan itu juga telah di endos oleh Dewan Harian dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat meskipun tidak begitu disenangi oleh kumpulan Anwarinas dan pimpinan parasit yang berada dalam saf kepimpinan parti itu. Keputusan Majlis Syura itu juga dikatakan telah disampaikan ke pengetahuan Anwar Ibrahim sendiri oleh wakil Majlis Syura Ulama PAS.


Sehari dua ini kita digemparkan pula dengan cerita surat Syeikh Yusuf Qardawi memberi sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Surat itu juga kononnya memberikan indikasi mengapa pengundi-pengundi Melayu Islam khasnya yang keluar mengundi pada 5hb Mei nanti semestinya mengundi Pakatan Rakyat. Ulama Qatar itu juga dikatakan cuba membersihkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat termasuk DAP dan seolah-olah menyeru pengundi supaya tanpa syak wasangka memberi undi kepada DAP, PAS dan PKR.

Youtube : @HjHusamMusa dan Janji-Janji Yang Gagal Dilaksana #PRU13


Ceramah Tun Mahathir di Putrajaya Sabtu Lepas



6 Sebab Kenapa Perlu Pilih @Barisanasional @NajibRazak


#PRU13 : Gambar Terbaru Tok Guru Abdullah Saamah Nafikan Fitnah Diserang Stroke




Fitnah makin meluas menjelang PRU13.

Mari kita lawan fitnah mereka dengan sebarkan gambar ini.

Ini gambar terbaru Tok Guru Ayah Lah yang dirakam rakan seperjuangan dari Kelantan.

Sent from my iPhone

Sokongan Masyarakat Cina Terhadap BN Semakin Meningkat - @NajibRazak - YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=CV48n0140zU


Sent from my iPad

28 April 2013

Wawancara Dengan Dato Shahlan Calon BN Parlimen Pokok Sena Lawan Mahfuz Omar

Shahlan bawa seruan kedamaian, pembangunan di Parlimen Pokok Sena

SHAHLAN Ismail (kiri) beramah mesra dengan peniaga pasar sehari di Langgar, Alor Setar, Kedah, semalam. - BERNAMA

BOLEH ceritakan latar belakang dan pengalaman? Saya anak jati Kampung Sungai Durian, Pokok Sena. Pendidikan awal di Pokok Sena, menengah pula di Kelantan dan Shah Alam, kemudian sambung pengajian di Universiti Malaya.

Saya pernah bertugas sebagai guru, pegawai latihan Biro Tatanegara, Pengarah Biro Tatanegara dan kemudian dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pegawai beliau di Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan dan sehingga beliau menjadi Perdana Menteri sekarang.

Bagaimana boleh berkhidmat dengan Perdana Menteri?

Sebenarnya, saya bercita-cita sejak kecil untuk berkhidmat dengan anak Allahyarham Tun Abdul Razak. Saya ikuti perkembangan keluarga Allahyarham sejak dari awal lagi. Apabila saya tengok gambar keluarga Allahyarham saya berkata pada diri, satu hari nanti saya nak bekerja dengan mereka. Alhamdulillah impian saya tercapai jadi saya buat yang terbaik.

Apa peluang BN berdepan dengan top gun Pas, Datuk Mahfuz Omar?

Insya-Allah, saya yakin dan diiringi sifat tawaduk saya sedia untuk berdepan dengan Mahfuz. Saya ambil tanggungjawab untuk rakyat dan kita ambil perkhidmatan ini untuk rakyat, membawa satu harapan dan perubahan baharu di Pokok Sena.

Bagaimana cara Datuk berdepan depan tekanan kerja?

Saya lagi suka kalau bekerja dalam tekanan. Yang penting kita jangan menaruh syak yang buruk pada orang. Kita kena yakin apa yang berlaku adalah ketetapan Allah. Kita kena terima sebagai seorang yang diberi amanah. Kalau runsing, marah orang pun masalah tak selesai juga.

Datuk dikenali sebagai orang yang suka membaca, siapa penulis buku paling digemari?

Saya sangat suka karya klasik, agak konservatif. Kitab Imam Al-Ghazali bagi saya adalah karya luar biasa dalam menyelesaikan masalah ummah. Termasuk kitab Ibnu Khaldun, Hamka dan saya juga minat buku bertemakan kemanusiaan, biografi dan pengembaraan.

Apa yang Datuk tawarkan untuk pengundi di Pokok Sena?

Membawa satu seruan kedamaian di sini sebab orang dah letih bergaduh. Jadi saya bawa satu tawaran perpaduan untuk semua. Jika diberi mandat saya dan BN akan bangunkan pendidikan, ekonomi dan baiki serta tambah kemudahan infrastruktur di Pokok Sena. Saya ada sikit pengalaman, 19 tahun bersama Perdana Menteri, jadi itu yang akan digunakan.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail adik Datuk, bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, adakah ini menjejaskan hubungan kekeluargaan?

Bagi saya soal politik dalam keluarga berlaku di mana-mana. Saya hormati karier dia sebagai Setiausaha Agung PKR. Hubungan kami macam biasa. Dia juga hormati saya sebagai seorang abang dan kami ada persatuan keluarga kami sendiri.


© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPad

27 April 2013

Video Sidang Akhbar : @HjHusamMusa Akan Disaman Fitnah Jabatan Agama Islam JAWI Pecat AJK Surau Presint 11 Putrajaya

Sebarkan.

http://www.youtube.com/watch?v=7Rr5YfoLWjo&sns=em


Sent from my iPhone

Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Filem Pendek Terbaru Khir Rahman - Cerut Carut #PRU13 : Tali No 6

Saksikan di sini

http://youtu.be/KKc6vnMXcfI

Sent from my iPhone


Blog infokinidotcom: Lagi Gambar Berkaitan Insiden Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Semalam Cc @Tengkuadnanreal

Tengku Adnan Tengku Mansor Bersama Menanti Jenazah Arwah untuk Solat Jenazah

Jenazah Arwah Di Bawa Masuk ke Dewan Solat

Waris Arwah Menyerahkan Untuk Solat Jenazah
  
Solat Jenazah

Solat Jenazah

Waris Arwah

Antara Yang Hadir

Waris Arwah

Kenyataan Ketua Pengarah Kastam sebaik sahaja Solat Jenazah:

Pemergian Allahyarham Datuk Haji Saharuddin bin Ibrahim (TKP Kastam) tidak akan sesekali melemahkan semangat Angota Kastam dalam menegakkan undang-undang negara.

Al-Fatiha khas buat arwah. Semogah rohnya berada di tempatkan orang orang beriman.

Selanjutnya dan lagi gambar 


Sent from my iPhone

Kempen Jentera BN Perlu Masuk 'Gear Penuh' - @zahid_hamidi

Gambar : Naib Presiden UMNO bersama pelajar Kolej TUDM dalam Utusan Malaysia muka 4 hari ini.


Berita :

Kempen jentera BN perlu masuk 'gear penuh'

Ahmad Zahid Hamid menyenduk makanan kepada pelajar-pelajar Kolej Tentera Udara Malaysia ketika lawatan kerja Menteri Pertahanan ke kolej itu di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

ALOR SETAR 26 April - Gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) kini perlu berada paras kelajuan pemanduan 'gear penuh' selepas tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 memasuki minggu kini mula memasuki minggu terakhir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masa untuk berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hati atau bergerak pada 'gear' perlahan sudah berlalu sebaliknya tempoh kempen yang masih berbaki mesti dimanfaatkan sepenuhnya demi kemenangan parti.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu juga bagi memastikan momentum sokongan yang ditunjukkan rakyat terhadap BN terus meningkat supaya parti tersebut dapat memenangi lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

"Jentera di peringkat tempatan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) harus memasuki 'gear lima' dan tidak boleh berpatah balik kerana momentum dalam kalangan rakyat memperlihatkan gelombang cukup baik bagi BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, usaha BN memperoleh lebih dua pertiga majoriti boleh direalisasikan kerana pakatan pembangkang kini berpecah dan kemenangan besar mereka dalam pilihan raya lalu ekoran wujud kelemahan dalam BN ketika itu.

Walau bagaimanapun, katanya, BN yang kini dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan iltizam dan prestasi cukup tinggi seperti dibuktikan menerusi kad laporan yang dibentangkan kerajaan.

"BN juga mempunyai produk baik yang ditawarkan kepada pengundi. Sehubungan itu, tiada sebab untuk kita tidak boleh menang kerusi Dewan Rakyat dengan lebih dua pertiga majoriti dan merampas semula negeri-negeri dikuasai pembangkang asalkan calon dipilih parti tidak dicucuk dari belakang," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan pihak tertentu tidak mencetuskan spekulasi kononnya pegawai atasan pasukan keselamatan negara menanda kertas undi anggota yang terlibat dalam pengundian awal 30 April ini.

Katanya, meskipun pengundian anggota pasukan keselamatan diadakan lebih awal namun proses pembuangan dan pengiraan undi tetap dibuat pada hari pengundian 5 Mei ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil wakil calon daripada parti bertanding untuk menyaksikan proses membuang dan mengira undi.

"Kita mesti memberi keyakinan kepada pemikiran anggota pasukan keselamatan negara dan jangan rendahkan kemampuan mereka membuat pilihan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti dan maklumat mengenai tindakan beberapa bekas pegawai kanan tentera yang diturunkan pangkat kerana melakukan kesalahan semasa dalam perkhidmatan tetapi masih menggunakan pangkat lama ketika berceramah.

Sumber :

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130427/px_09/Kempen-jentera-BN-perlu-masuk-gear-penuh

Sent from my iPhone

Doa Untuk Malaysia - Mohon Sebarkan

Ya ALLAH berilah taufiq dan hidayah kepada semua rakyat Malaysia, bukakanlah pintu hati mereka agar dapat melihat siapakah yang di pihak yang benar dan siapakah dipihak yang salah. 

Ya ALLAH aku memohon rahmatmu, terangkanlah hati rakyat Malaysia dalam memberi undi agar undi mereka adalah undi yang tepat demi masa depan waris keturunan kami agar agama Islam terus terbela dan disanjung tinggi.

Ya ALLAH, sesungguhnya Barisan Nasional adalah parti yang dapat membela agama Islam, Umat Islam dan rakyat jelata, berilah limpahan taufiq dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami yang bakal bertanding sebagai dun dan ahli parlimen agar mereka tetap setia dan mengambil berat tanggungjawab dan amanah mereka pada rakyat. 

Ya ALLAH berilah kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional. 

Tumbangkanlah parti yang tidak mendokong agama islam dan parti yang membiarkan namamu digunakan sewenangnya oleh kristian di malaysia, tumbangkanlah parti yang menggalakkan maksiat berleluasa, kegiatan gay, lesbian dan pelacuran dan juga segala segi yang melibatkan LGBT, 

Ya ALLAH makbulkanlah doa kami ya ALLAH, amin ya rabbal alamin

Sent from my iPhone

20130424 Anwar terlalu kemaruk kuasa -@MuhyiddinYassin #PRU13

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/7kl9Di0ZLDE


Sent from my iPhone

Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

26 April 2013

Tiga Pembohongan Nyata Pakatan Curang - YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=RF2hYvgxB0A&feature=youtu.be


Sent from my iPad

Dr Rozaidah BN berpelung cerah kalahkan Zuraidah PKR #PRU13

Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah

Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN) dengan Zuraida Kamaruddin (PKR). Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham. Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan 'kemungkinan' beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti. Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.

Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan. Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali. Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ. Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya. Namun, itu bukanlah masalah rakyat.

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya? Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup? Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang 'berjaya' walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, 'kejayaannya' itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.

DAP tetap tolak negara Islam - Karpal Singh




Sent from my iPhoneApa komen ahli PAS ?


Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Gambar Kereta Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak 3 Das Pagi Tadi Di Putrajaya

Jawatan Arwah

Mengikut laporan Dato' Shahruddin bin Ibrahim memegang bahagian yang paling besar menyumbang kepada percukaian iaitu bahagian cukai kilang. Menurut info yang diperolehi dari rakan di KASTAM.

Sukar meneka motif kejadian tetapi biarlah pihak PDRM membuat siasatan.

Berikut gambar sekitar kejadian pagi tadi :




Kepada penjawat awam yang lain, usah gentar jodoh dan maut di tangan Tuhan. Mati di hari Jumaat bukti beliau seorang yang dirahmati Allah. Begitu juga mati dibunuh satu tanda syahid dunia jika tidak silap panglima.

Calon BN Dun Nusajaya Dr Zaini Bersama Rakyat

Berikut gambar calon BN DUN Nusajaya Dr Zaini Hj Abu Bakar sedang bertemu rakyat.

Undilah calon BN untuk masa depan lebih gemilang.










Rugi jika calon BN diketepikan. Tolak PR yang gagal menepati janji kepada rakyat.

Sent from my iPhone




Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Hj Hadi Berang Tindakan Karpal Pertikai Penyertaan Muhammad Taib Ke Dalam PAS ! Tanda PR Makin Hancur Tidak Lama Lagi #PRU13



Photo: Ehemmm...ehemmm saja inilah kelebihan karpal Singh..sudah jatuh dikerusi rodanya pun lagi semakin kuat bersuara lantang....tak apa pas suka sangat ambil orang bermasalah..semuanya dihalalkannya.

Pas minta Karpal jangan persoal keputusan Mat Taib



KUALA TERENGGANU 25 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta tidak mempertikaikan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai Pas baru-baru ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Muhammad untuk bersama dengan parti tersebut tidak perlu dipertikaikan kerana itu adalah urusan bekas Menteri Besar Selangor berkenaan.

''Beliau telah membuat keputusan dengan memilih untuk menyertai Pas dan tindakannya itu tidak wajar dipertikaikan,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama para pemimpin Pas dan wakil parti pakatan pembangkang di sebuah restoran di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas reaksi Karpal yang mempersoalkan tindakan Muhammad menyertai Pas dan tidak layak untuk bersama dengan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Muhammad sebagai sebahagian daripada Pas, Abdul Hadi berkata: "Cukuplah, saya tak mahu komen."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130426/po_11/Pas-minta-Karpal-jangan-persoal-keputusan-Mat-Taib#ixzz2RYYy2rbX 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Makin Terdesak : @HjHusamMusa dan Penyokong Terbukti Menipu Isu AJK Surau Putrajaya Presint 11 Dipecat JAWI #PRU13



Pembangkang kalau tidak menipu memang tidak sah. Untuk menang di dalam PRU penipuan menjadi senjata utama pembangkang.

Selepas banyak menipu rakyat Kelantan Husam Musa sekali lagi menipu di Putrajaya. Berita bohong tentang pemecatan AJK Surau Presint 11 disiarkan di Page rasmi beliau.


Ia turut disiarkan oleh penyokong pembangkang untuk menarik simpati rakyat agar menolak BN yang didakwa kejam dengan memecat AJK Surau Presint 11 gara-gara memberi lalu untuk Husam bertaaruf. Lebih malang lagi kononnya tiada laungan azan Subuh di surau tersebut selepas itu. 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak 3 Das Pada Hari Nik Aziz Tiba Di Putrajaya


Pagi ini Nik Aziz tiba untuk berceramah di Putrajaya. Pada hari yang sama juga kejadian TKP Kastam Bahagian Percukaian Dato Shaharuddin Ibrahim (gambar)  ini ditembak di Presint 8 Putrajaya.

Photo: Pagi ini kita mendapat berita kurang baik. Timbalan Pengarah Kastam 2 Putrajaya dilaporkan telah ditembak penunggang motorsikal di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Beliau juga dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Takziah kepada Keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman.

Al-Fatihah...
gambar Arwah 


Kita tidak mengaitkan apa-apa cuma memberitahu ia kebetulan berlaku di hari ketibaan tokoh yang sudah 22 tahun menjadi MB di Kelantan tersebut tiba untuk bantu Husam di Putrajaya.

Gambar lokasi kejadian :


Gambar Naib Presiden UMNO Calon Bagan Datoh @Zahid_Hamidi Disabotaj #PRU13



Perbuatan membuat perkara yang berlawan dengan undang-undang main menjadi-jadi.

Kejadian bom yang pertama kali rasanya di ceramah BN di Pulau Pinang serta bilik gerakan bukti keamanan cuba dihancurkan.

Lihat gambar calon Parlimen Bagan Datoh yang disabotaj.


Kita tidak pelik kerana sejak dahulu pembangkang memang sinonim dengan keganasan dan kafirkan orang.

Ingat balik Bersih 1.0 Bersih 2.0 dan siapakah dalangnya ?

Adakah kejadian terkini pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam antara yang dirancang oleh puak ini?

Mari kita doakan Malaysia kekal aman.

Hanya Malaysia Tanah Airku !

Sent from my iPhone

Kenali Calon BN P008 Pokok Sena Dato Hj Shahlan Ismail Orang Kuat YAB PM @NajibRazak


Di bawah ini sedikit biodata calon Parlimen Pokok Sena P 008 yang akan menentang Mahfuz Omar. Calon yang sepadan dan ibarat 'buku bertemu ruas' layaknya. Kemenangan BN di Parlimen Pokok Sena sudah tentu akan disambut dengan laungan takbir oleh umat Islam kerana seorang tokoh yang dibenci kerana sikap suka menggunakan fitnah kebencian dan menghina lawan akan diingati sepanjang masa oleh rakyat.

Lebih bahaya lagi pemimpin inilah yang sanggup bersekongkol dengan parti DAP PKR yang galak memperjuangkan kalimah Allah untuk bukan Islam. Walaupun jelas ia akan merosakkan generasi akan datang yang akan keliru dengan agama Islam dan Kristian.

Bersubahat dengan puak yang mahu merosakkan akidah umat Islam sama besar dosanya dengan orang yang melakukannya. Maka tugas rakyat yang cintakan Islam agar berusaha memastikan Mahfuz Omar TUMBANG di Pokok Sena kali ini.

Takbir !!!


KENALI DATUK SHAHLAN ISMAIL CALON BN PARLIMEN POKOK SENA


LATAR BELAKANG


Datuk Shahlan Ismail dilahirkan diKampung Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah. Berkahwin dengan Datin Dr. Noralaini Binti Ismail seorang Doktor Pergigian dan dikurniakan 7 cahaya mata iaitu Khairul Aiman (30), Zatil Hanan (28), Shahidatul Qistina (21), Muhammad Syamil Faruqi (19), Alya Dalila (16) and Anis Salsabila (13)

PENDIDIKAN

Beliau Menerima Pendidikan awal di Sekolah Kebagsaan Gajah Mati, Pokok Sena (Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad), Sekolah Menengah Pokok Sena Kedah, Sekolah Menengah Sains Pengkalan Chepa Kelantan and Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya

Gelihati Baca Kit Siang Mahu Banteras Korupsi Ketika PR Masih Gagal Tentu Siapa Bakal Perdana Menteri

Wawancara Lim Kit Siang di Sinar Harian: PM PR Rahsia

Sinar Harian hari ini, 25 April 2013, menyiarkan satu wawancara dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13. Secara dasarnya, Kit Siang agak 'realistik' dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah, soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN.

Bagaimanapun, kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati.

Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR, iaitu Anwar Ibrahim, kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri. Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak. Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang, tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut, bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang 'Siapakah bakal Perdana Menteri PR?'

Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya. Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu, Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR.

Dengan susah payah dan panjang lebar, Kit Siang menjawab seperti berikut:

"Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum. Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini. Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP. Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri".

Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi, 'soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami, bukan rakyat'.

Sedangkan, rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak.

Malah, penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara. Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya. Sementara itu, rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya.

Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau. Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan.

Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan.

Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif. Malah 'masa yang singkat' itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula.

Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung.

Jika Kit Siang gagal melihat soal 'siapa Perdana Menteri' sebagai sesuatu yang penting, maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun. Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara 'calon Perdana Menteri' itu. Justeru, bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan 'institusi Perdana Menteri' itu sendiri?
Kiriman Email

Kenyataan Media SPR Isu Ab Rapar Miliki Tiga IC Berbeza



KENYATAAN MEDIA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Malaysia

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki  tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza.   Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan  mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan  Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

 

2.      Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atauidentifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang  ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama). 

 

3.      Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga  berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu,  jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada  individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi  lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

 

4.      Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari  mereka juga berbeza.  Begitu juga dalam kes  Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama  yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua  adik beradik yang tinggal di satu alamat itu  mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka  yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang  mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya  menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

 

5.      SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi  wajib dicalit  pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan  penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali.  Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

 

Sekian dan terima kasih

 

.........................t.t.............................

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

23 April 2013





Sent from my iPad

Cari Blog Ini

Translate