Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mei 2013

KERAJAAN PERPADUAN - HJ HADI, NASHARUDDIN, HASSAN ALI & HARUN DIN LAWAN GENG ANWAR IBRAHIM | JENTAYUABAKA

BAKAL SETIAUSAHA AGUNG PAS
Saya telah melawat hampir seluruh kawasan Parlimen dari Perlis, Sarawak hingga ke Sabah. Apa yang saya ulas adalah sama apa yang pernah saya tulis mengenai Datuk Hassan Ali dan Datuk Nasharudin Mat Isa sehingga akhirnya mereka menjauhkan diri dari parti PAS.

Jika anda seorang pemerhati yang cekap, anda akan lihat Jentera PAS yang memasang bendera PAS seperti di Kajang, Putrajaya, Bangi, Sepang, di Kedah, Perlis malah di Johor, majoriti jentera PAS tidak mahu memasang bendera PKR berselang-seli dengan bendera PAS. Pasti ada arahan pihak atas. Hanya orang PKR yang terhegeh-hegeh memasang bendera mereka dekat bendera PAS atau memasang bendera PAS di premis/kenderaan mereka.

Di Merotai dan Kalabakan sendiri, sahabat saya Tn Hj Ahmad Dullah yang menjadi calon PAS di Merotai tidak dilayan dengan baik oleh Anwar semasa Anwar ke Tawau. Di atas pentas calon-calon PAS tidak diangkat tangan mereka oleh Anwar walaupun berdiri dekat Anwar. Orang senior seperti ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/breaking-news-pemimpin-pas-akan.html melihat perbuatan Anwar itu kerana membalas dendam ke atas tindakan Hj Hadi tidak mengiktiraf Calon PKR di Damak, Kuantan. Saya tahu awal juga bahawa PKR Kalabakan tidak senang dengan perbuatan PAS Kalabaan yang mengumumkan lebih awal calon-calon mereka dengan mengenepikan PKR dan DAP yang merupakan Pakatan mereka bersama.

Malah di Kota Damansara, Hj Hadi tidak menghalang Jentera PAS untuk membantu calon PAS walaupun di sidang akhbar mereka mengakui calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga di Sg. Acheh, calon PKR Chegu Bard bertelagah dengan Calon PAS. Makna di sebalik semua cacamerba ini ialah, PAS sudah bersedia meninggalkan PKR dan Pakatan, saya yakin ianya akan berlaku selepas PRU13. Saya lebih suka jika PAS mufaraqah sebelum 5/5/2013.


MENTERI PENUH DI BAWAH UMNO/BN-PAS
'CERITA PAKATAN KETIGA PAS'
Profesor Dr. Sidek Baba memiliki maklumat jelas mengapa semua rakyat mesti menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. Prof. Dr. Sidek Baba sudah menghuraikan banyak, saya tidak hendak ulas itu, saya hendak mengulas yang belum anda ketahui.

Di Parlimen Shah Alam, nama yang sudah dicadangkan ialah Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Calon BN. Namun Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah kemaruk kuasa seperti Anwar. Jika Datuk Dr. Hassan Ali bertanding dia boleh menang, tetapi apakah keuntungan jangka panjangnya.

Dalam konteks PRU13, Presiden PAS Hj. Hadi Awang mula MENYERANG Anwar walaupun masih berlapik. Kata Hj. Hadi, kita tak mahu Calon jual Pil Kuda PKR. Kita tak mau calon Karl Marx dan Stalin serta Komunisme. Semua itu mengkritik pedas Anwar. Kemuncaknya di Damak, Kuantan Hj Hadi menyeru pengundi untuk mengundi calon Bebas bukan calon PKR!


BAKAL SENATOR DAN MENTERI PENUH 
Selepas PRU13, saya diberitahu Prof. Datuk Dr. Harun Din akan menggantikan Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Hj. Hadi Awang bakal membawa masuk semula Datuk Nasharudin Mat Isa.

Saya juga diberitahu, beberapa nama besar PAS yang pro-DAP dan pro-Anwar seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar akan dikeluarkan. Manakala Datuk Mustapha Ali akan digantikan dengan Datuk Dr. Hassan Ali.

Selepas semua kerangka ini berjaya dilahirkan, maka PERPADUAN PAS-UMNO/BN di dalam BN akan diusulkan dalam Muktamar Agung PAS tahun depan. Dan PAS akan menjadi sebahagian ahli BN.



Baca seterusnya 




Sent from my iPad

4 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

sekiranya ini benar-benar terjadi dan diizinkan Allah, aku amat-amat bersyukur kepadaNya yang membuka jalan untuk perpaduan orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia. InsyaAllah.

Allah hu akhbar!

PRU13 - Doa dan harapan seorang anak di TendangTerajang

remoih berkata...

ini lah yang dinanti nantikan...

mokhtar dollah berkata...

itulah harapan umat islam di malaysia menantikan perpaduan umno/pas menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

pendedahan tentang anwar ibrahim,dan surat al qordhowi.anwar perlu ditentang habis habisan

http://www.facebook.com/BongkarOnline/posts/600233486655564

Cari Blog Ini

Translate