SANTIAGO - CHILE. Presiden Chile, Michelle Bachelet baru-baru ini menggesa semua menteri kabinetnya yang terlibat dengan skandal agar meletakkan jawatan mereka.

Menurut laporan stltoday.com Bachelet berkata, beliau akan membuat keputusan dalam tempoh tiga hari sama ada menteri terbabit akan dikekalkan atau meninggalkan kabinet.

"Beberapa jam lalu (6 Mei lalu), saya menggesa semua menteri terbabit untuk mengemukakan peletakan jawatan mereka," katanya.

Kepercayaan ke atas politik dan golongan elit di Chile semakin merosot baru-baru ini berikutan skandal ahli politik sayap kanan dan syarikat kewangan terkemuka di negara itu.

Terdahulu, tindakan Bachelet itu mendapat sokongan penuh penyokongnya, mereka berkata permintaan meletakkan jawatan itu menandakan peringkat baharu dalam usaha presiden untuk melakukan pembaharuan di dalam negaranya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/skandal-presiden-chile-gesa-menteri-letak-jawatan-1.388095