Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Ogos 2015

BUKTI #BERSIH3 #BERSIH4 #ARABSPRING : KONSPIRASI ZIONIS / DAJJAL HANCUR NEGARA #ISLAM & #MALAYSIA (SEBARKAN)

Panglima : selepas puas mencari bahan berkaitan simbol yahudi dan menemui BUKTI logo yahudi warna kuning, ditemui dengan izin Allah artikel yang bagus di bawah. Ia mengupas dengan terperinci dengan hujah dibawa sekali.

Bagus untuk kita memahami apakah yang tersirat di sebalik agenda mereka menyerang Kerajaan dengan fitnah kejian sindiran kutukan hasutan dll..

Harap baca dan sebarkan. Terima kasih.

BUKTI #BERSIH3 #BERSIH4 #ARABSPRING : KONSPIRASI ZIONIS / DAJJAL HANCUR #ISLAM & MALAYSIA (SEBARKAN)

King of the East: bani JAWI yang hilang "misteri": Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia

Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Yahudi di ambang kemusnahan dunia. Ramai diantara penulis dunia yang tidak sehaluan dengan Yahudi semakin berani menukilkan berita kepalsuan dan kebobrokan perancangan Yahudi Sedunia untuk mencabar taqdir yang telah Allah tetapkan. Yahudi sedaya upaya melalui pelbagai saluran akan cuba menutup sebaran maklumat berkenaan.

Dunia sudah menghampiri kiamat.

Lihatlah hasil kerja Yahudi yang sedang memporak perandakan dunia Islam. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia (wang riba menjadi senjata). Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia melakukan kerja bodoh. Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan. 

Akibat darinya tidak ramai manusia akan berminat lagi untuk mengkaji dan memperhebahkan perbuatan jahat Yahudi kepada orang ramai. Artikel atau rencana hebat sebegini hanya tinggal diam sebagai tulisan yang tidak bermenfaat. Hanya sebilangan kecil dari manusia masih terus mencari maklumat dan cuba memahaminya. Inilah sebahagian dari mereka yang beruntung. Selebihnya hanya menjadi makanan ruji bangsa Yahudi.

Cuba anda tanyakan anak-anak anda, berapa ramaikah dari mereka yang faham permainan Yahudi ini? Berapa ramai pula dari mereka yang pernah membaca "Protokol Zionis"? Atau paling ringkas, sejauh mana mereka tahu apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari kerja jahat Yahudi?

Sebahagian besar umat Islam sebagaimana yang telah mereka (Yahudi) rancang, sedang enak dilekakan dan seterusnya ditarik keluar dari keinginan untuk mengkaji perkara ini. Bukan sahaja anak-anak muda malahan orang dewasa juga terutama para ibu lebih suka kepada hiburan dari berita semasa. Anak muda amat sibuk denga facebook dan telefon bimbit model baru dari membaca bahan-bahan ilmiah. Para ibu pula sibuk dengan telenovela atau drama Korea. Ia berlaku dalam semua rumah orang Islam kecuali sedikit.

Kesan dari semua kejadian ini, semakin hari semakin kurang penentangan terhadap Yahudi. Inilah yang mereka harapkan.

Mereka (Yahudi) berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan "Protocols of Elder of Zion" ataupun seperti apa yang kita kenal "Protokol Zionis". Untuk itu mereka berkonspirasi demi konspirasi atau jika perlu mengadakan konspirasi atas konspirasi berlapis-lapis.

Bukanlah mudah bagi manusia biasa untuk memahami permainan mereka, malah cerdik pandai pun terpedaya dan secara tidak sedar telah menjadi alat mereka. Paling mudah untuk kita lihat ialah pekerja, pegawai dan pengusaha sesabuah bank atau finance. Mereka semua tidak sedar bahawa mereka telah menjadi alat permainan Yahudi. Jikalau mereka sedar sekalipun, mereka tidak akan dapat keluar darinya kerana habuan yang mereka terima amat lumayan.

Para akautan misalnya telah sekian lama bertugas sebagai "juru bawa" alat-alat penting Yahudi, menjadi pakar ekonomi untuk berterusan menyemarakkan wang riba. Ramai yang berkempen untuk menggoda anak muda menjadi pemegang baru kad kredit. Kad hutang yang penuh prestij ciptaan bank Yahudi ini (termasuk Bank atas nama Islam). Memerangkap mereka dalam beban hutang dan terus menerus menjadi hamba kepada riba. Untuk menjadi seorang akauntan, mereka wajib mempelajari bagaimana untuk membuat keuntungan hasil riba. Adakah mereka sedar mengenainya?

Namun dosa mereka bergantung kepada niat dan hajat mereka. Bukan kita yang layak membuat hukuman. Apa yang kita hendak sampaikan ialah, tiada manusia di zaman akhir ini akan mampu melepaskan diri dari perangkap yang mereka (Yahudi) sediakan. Jika dalam keadaan terpaksa, yakni tiada pilihan, masih ada harapan mendapat pengampunan dari Allah Azzawajalla. Jika tidak, kita bakal diazab oleh Allah di hari akhirat kelak.

Apa yang berlaku dewasa ini, masing-masing akan cuba berhelah dan mendakwa bahawa mereka dalam keadaan terpaksa, namun hati kecil mereka pasti meronta jika mereka hanya beralasan. Semua bergantung kepada niat sesaorang. Kita tidak akan memanjangkan persoalan dosa pahala riba ini, biarlah ahli fekah memberikan pandangan.

Kebergantungan manusia akhir zaman terhadap sistem Yahudi telah menyeluruh. Ia ada dalam semua sistem. Dengan sebab itu konspirasi dapat mereka jayakan dengan kemas dan penuh rahsia.

Zaman sebelum ini, Yahudi hanya menumpukan perhatian mengumpul seberapa banyak dana dan emas. menguasai ekonomi dunia.
Menganjurkan seluruh masyarakat menggunakan wang kertas sebagai "nota kewangan" mengganti emas, secara tidak langsung memaksakan riba. Setelah kekayaan melimpah ruah, mereka menyusun strategi selanjutnya iaitu untuk memperolehi kuasa politik pula. Konspirasi demi konspirasi diatur menjurus kepada kepentingan ini. Terus menerus berlaku sejak Amerika mula mendominasi politik dunia. Selepas perang dunia kedua.

Kini mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya menguasai keseluruhan muka bumi dengan mengujudkan apa yang mereka rancang sejak awal iaitu NWO (New World Order). "Kerajaan Baru Dunia" ini sebenarnya ialah "Satu Kerajaan Dunia" atau "Kerajaan Tunggal Dunia". Kerajaan Pimpinan Yahudi di Israel. Kerajaan-kerajaan lain yang ada hanyalah sebagai wakil daerah sahaja. Sesuai dipanggil PROKSI kepada pemerintah pusat (Israel).

Sekarang mereka sedang ghairah menyedut dan meratah setiap inci padang pasir Arab. Mana-mana pemimpin Arab yang tidak mahu mengikut kata akan dibunuh melalu konspirasi terancang yang halus dan licik. Setelah Arab menjadi lemah dan hanya bergantung sepenuhnya kepada USA (jentera Israel) maka tiada lagi tentangan untuk Israel melebarkan tanah jajahannya dari tebing Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Tigris di Syria. Inilah Israel Raya yang luas terbentang. Merekalah tuan punya kerajaan seluruh dunia (menggantikan USA).

Sekarang kita mungkin dapat rasakan kebenaran bahawa revolusi di Syria itu hanyalah papan catur Yahudi untuk menghidupkan Israel Raya. Jika demikian, untuk apa sokongan diberikan kepada penentang al Assad? Jawapannya ialah untuk memudahkan wujudnya Greater Israel. Masyarakat dunia digesa memberi sokongan kepada pemberontak. Assad dilabelkan sebagai "zalim" sebagaimana Saddam dan Ghadafi. Sokongan dari penganut Islam amat diperlukan untuk menutup sebarang rahsia penglibatan mereka. Secara tidak langsung, kita kaum Muslimin juga bersepakat membantu kewujudan Israel raya.

Pelbagai keburukan Assad muncul satu persatu. Seolah telah diatur mengikut skrip. Proksi Yahudi Amerika diangkat sebagai pengganti pemerintah sebagaimana yang berlaku di Iraq, Tunisia, Aljeria, Libya, Mesir dan sudah semestinya Syria juga nanti. PBB digunakan sebagai alat mempermudahkan Yahudi menguasai kerajaan-kerajaan Arab ini.

Libya sekarang masih belum selesai dan terjebak pula dalam perang saudara. Media Yahudi yang begitu heboh memburuk-burukkan Muammar satu masa dahulu, kini diam membisu seolah tiada apa-apa yang berlaku di sana. Samalah juga dengan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Mari kita lihat bukti bahawa revolusi Arab itu sebenarnya satu konspirasi Yahudi. Satu artikel yang sendirinya membuktikan Arab Spring adalah satu pembohongan nyata.

Pengaruh Yahudi semakin melebar

Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Siri BERSIH adalah salah satu flatfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan "CHANGE". Anwar dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa "we want change". Dia tahu bahawa kita semua sudah maklum bahawa perkataan ini asalnya dari USA semasa menceroboh negara Islam. Dia ingin memberitahu kepada kita bahawa dia dilindungi oleh satu kuasa besar. Dia sudah tidak takut lagi.

Sebelum bermulanya demostrasi BERSIH 3.0, Anwar dan beberapa pegawainya telah membuat pertemuan dengan beberapa pegawai kedutaan luar. Untuk apa? Lihat artikel sebelumnya. Jadi jangan hairan jika selepas ini akan ada berbagai-bagai berita buruk mengenai Malaysia terutamanya terhadap Najib Tun Razak. Ia akan digerakkan oleh semua agensi berita dunia (milik Yahudi).

Secara kebetulam BERSIH 3.0 memberikan jawapan terhadap teka-teki ini. Pegawai Polis dipukul sehingga hampir mati. Kenderaan polis diterbalikkan hanya dengan persepsi bohong bahawa di bawah kenderaan itu ada mangsa yang dilanggar.

demonstrasi bermula ganas belajar dari siapa?

Terbaru diedarkan video menunjukkan Anwar sendiri secara berisyarat memberi arahan kepada Azmin agar hadangan yang menghalang laluan ke Dataran Merdeka dibuka. Dalam satu sesi sidang media di pejabat PKR, Anwar dan Azmin gagal memberi penjelasan berkaitan dengannya walaupun diasak bertubi-tubi. Mereka tergagap dan hilang punca apabila ada diantara pemberita mengatakan mereka sendiri dengar arahan Azmin kepada pembantunya supaya membuka penghadang tersebut.

Kita akan ketahui sama ada kenyataan itu benar atau sebaliknya dari cara jawapan diberi. Sekarang terjawaplah permasalahan siapa yang bertanggung jawab terhadap penyerbuan demostran ke Dataran Merdeka serta mencabar arahan mahkamah. Apa tujuan arahan tersebut, kita sedia maklum. Memang benar Anwar cuba sembunyikannya, Azmin dan Tian Chua juga bermatian menafikannya.

http://www.youtube.com/watch?v=59YTeT5cuuM&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=tQMEC-n1Zc0&feature=related

Kita tidak peduli bentuk jawapan yang berbelit-belit itu, tetapi apa yang kita dapat lihat dari peristiwa BERSIH ini ialah adanya tangan gelap dibelakang tindakan mereka. Mereka telah siapkan perancangan dengan rapi. Signal dari Anwar adalah penentu bila rempuhan akan dilakukan. Sengaja lakukan provokasi mengharap ada kemalangan (kematian) menimpa peserta demonstrasi membolehkan siri berikut (yang lebih besar) dapat dilakukan (ver 4.0). Sebab itu juga mereka sengaja menolak arahan Dewan Bandaraya dan mahkamah. Setakat hendak "duduk dan bantah" mengapa mereka mesti menolak tawaran 4 lokasi yang ditawarkan kepada mereka?

Sebaliknya yang berlaku ialah para peserta demo aman (duduk bantah) ini sendiri yang mengkasari pegawai keselamatan. Kali ini polis bersikap penuh sabar sehinggalah mereka mengganas dan menyerbu untuk menguasai Dataran Merdeka. Agama dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin mereka. Perkataan jihad telah difatwakan bukan pada tempatnya. Wajarkan menawan Dataran Merdeka itu dikatakan satu "jihad"?

Anwar merancang sebagaimana trend Arab Spring. Siapa yang mengasuhnya? Apa matlamatnya? Selepas ini pasti akan ada lagi siri selanjutnya sehinggalah Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. Saya percaya akan ada kejutan hebat dalam masa terdekat. Biarlah saya rahsiakan penemuan ini dan jika tiada halangan saya akan cuba poskan artikel khas mengenainya kemudian. Perancangan ini amat menakutkan siapa sahaja yang mendengarnya dan ia masih lagi dirahsiakan demi menjaga keamanan negara.

Malaysia adalah pilihan USA selepas Syria. Menakutkan? Ia bukanlah satu penipuan atau sengaja diada-adakan. Ada sumbernya yang cukup jelas. Cuba baca dari beberapa artikel di ABATASA2. Semoga mendapat petunjuk mengenainya.

Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai apa yang bakal melanda negara kita, eloklah kita lihat apa yang telah ditulis oleh sahabat blog ini di bawah, sebagai bukti Arab Spring adalah agenda Yahudi..

Revolusi Arab

Tidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis. Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah (konon) kebangkitan Islam di akhir zaman (yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti), maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya dan helah musuh-musuh Allah SWT ini.

Mereka (umat Islam) tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompok secret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran :
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. {1}
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. {2}

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran sendiri telah membuktikan betapa tidak akan redha bangsa Yahudi terhadap umat Islam. Portal berita Islam terbesar Indonesia, Era Muslim telah menerbitkan satu artikel bertajuk Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah. Artikel tersebut adalah manifestasi daripada persoalan yang diutarakan oleh seorang individu bernama MuammarF berkaitan hujah ulama terkemuka dunia, Sheikh Imran N Hosein pada 2003. Sebelum berlaku Arab Spring lagi, Syekh Imran sudah tahu peristiwa itu akan berlaku.

Soalan : Apakah benar, jatuhnya para ditaktor di Timur Tengah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah adalah sebahagian daripada sandiwara Zionis ?

Jawapan : Alasan Syeikh Imran Hossein mendakwa akan berlakunya revolusi Timur Tengah memang sangat wajar. Sejak lama dahulu, Rabbai Fischmann, anggota Jewish Agency for Palestine, di depan UN Special Committee of Enquiry pada 9 Julai 1947 sudah mengatakan bahawa The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Ia termasuk sebahagian dari Syria dan Lubnan. Wilayah itu mencakupi wilayah Timur Tengah, tidak terkecuali Arab Saudi.

Jika anda perhatikan, siapakah yang beruntung dari terbongkarnya kabel diplomatik yang dilancarkan wikileaks antara Amerika dengan Negara-negara sekutunya? Israel atau dunia Islam? Di tengah krisis yang menerpa hampir seluruh Negara Timur Tengah, menariknya hanya Israel negara yang relatif masih bertahan.

Sejak tahun 2006, seperti dilaporkan oleh The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The new maps of muslim world and middle east tergambar jelas rancangan perubahan peta dunia Islam di mana Amerika Syarikat akan memecah berbagai dunia Islam. Yang menariknya adalah Saudi yang akan dipecah menjadi tiga bahagian: Sunni, Syiah, dan sacred state (seperti daerah istimewa).

Melihat kepada persitiwa akhir-akhir ini, mungkin rancangan AS itu akan cepat terwujud. Kedudukan Arab Saudi sekarang diserang dari pelbagai sudut. Dari dalam, mereka diserang liberalisme. Sedangkan di Selatan mereka akan dikikis oleh Syiah Yaman. Para ahli politik dunia Arab menyebut bahawa perang antara Arab Saudi dan Iran sudah berlangsung di sempadan Saudi-Yaman. Houthi yang lebih taat kepada Iran dan mempunyai persamaan ideologi dijangka akan menyebarkan mazhab Syiah di Jazirah Arab. {3}

Kita memang sangat setuju dengan kejatuhan para diktator Arab di berbagai negara Islam. Namun menggantikan Mubarak, Ben Ali, dan Gaddafi dengan sistem demokrasi juga adalah tidak bagus. Dimana ada demokrasi, pasti disana ada Yahudi. Sekarang kita boleh lihat dengan jelas adakah parti-parti Islam yang komitmen untuk menjadikan negarannya dengan konstitusi syariat pasca revolusi?

Di Tunisia, Abdul Hamid Jalashi dari Parti An Nahdhah, mengatakan, "Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekuler Pluralistik." Di Mesir, dalam pertemuan dengan senator Demokrat (10/12) dari Massachusetts, pejabat Ikhwanul berjanji untuk menghormati hak-hak sivil dan perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani pada masa lalu, termasuk mengkaji kembali perjanjian damai Mesir dengan Israel.

Di Maghribi, lebih teruk. Dalam sebuah wawancara Al-Arabiya dengan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Marocco, Abdullah bin Kiran, menegaskan bahawa akan memerintah sebagai parti politik dan bukan sebagai parti beragama. "Agama milik masjid dan kami tidak akan ikut campur dalam kehidupan peribadi warga," ujarnya. Bin Kiran juga membantah bahawa partinya akan memaksakan jilbab pada perempuan Maghribi.

Who is this rebel "spokesman" pathetically asking Israel for help?
Di Libya, kedutaan besar Israel akan berdiri disana pasca tumbangnya Gaddafi. Jurucakap pembangkang Libya, Ahmad Shabani yang juga merupakan orang yang rapat dengan Israel. Kepada Akhbar Hareetz Israel, (2/8/11), Shabani pernah meminta Israel untuk turun padang menengahi keadaan yang kacau bilau di Libya. "Kami meminta Israel menggunakan pengaruhnya di masyarakat internasional untuk mengakhiri rejim Gaddafi dan keluarganya," katanya.

Kenapa Israel sangat berkepentingan terhadap isu Libya? Kerana dalam senarionya, Libya akan dijadikan penguat pangkalan pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah. Dengan meletakkan kepentingan Zionis di Libya, Mesir, Tunisia, Al Jazair, Somalia, dan Sudan, ia akan mengukuhkan jalur kekuatan ekonomi Israel dan otomatis membentuk order dunia baru (New World Order) yang semakin meng-hegemoni. Wallahua'lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi) {4}

Semua yang berlaku di Timur Tengah kini adalah tipu muslihat Yahudi Zionis sebagai salah satu usaha mereka untuk menyambut Antichrist. Mungkin anda tidak percaya. Berikut adalah beberapa petikan menarik daripada buku-buku dan hujah beberapa tokoh Kristian dan Yahudi :

Third World War, which will begin between Israel and her Arab neighbors and spread to the entire world. Literally, out of the smoke and destruction of this Third World War, Antichrist will come striding! {5}

"...secara keseluruhannya, secara rahsia pemuka Yahudi sedang menyediakan tempat kembalinya Raja mereka (dibaca Dajjal) dari jalur keturunan Nabi Daud untuk memimpin dunia dan gerakan Freemason yang bertindak sebagai jaringan dan objektif kita. Gerakan Freemason telah digunakan bagi memanipulasi masyarakat (dunia) ke arah pelan yang dipilih oleh pemuka Yahudi untuk menguasai dunia." {6}

Dan dibawah adalah kenyataan rasmi daripada seorang cendiakawan Katholik Russia, Prof Sergei Nilus, yang dibunuh sebelum sempat melancarkan buku keduanya yang mendedahkan perancangan Yahudi Zionis dalam penantian kemunculan Raja mereka. Ia dipetik dari buku beliau bertajuk The Great Within The Small.

"….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh….."

"…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat."

"…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)…."

"….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan….. Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal)."

"….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang." {7}

Penguasaan anasir jahat untuk memanipulasikan gereja bukan sekadar satu plot cerita satu karya seni semata-mata seperti yang dipaparkan di dalam novel Dan Brown, Angle and Demons, tetapi ia juga adalah satu kebenaran yang telah lama terlepas dari pandangan kebanyakan pihak. Buktinya, pada awal tahun 1770-an, Adam Weishaupt sendiri telah memeluk agama Kristian Katholik hingga dilantik menjadi paderi di gereja besar Ingolstadt. {8}

p/s: Dan Brown sendiri dalam novelnya, menyebut "all rituals, science, artworks and monuments in this novel are real."______________________________________________

1. QS Ali-Imran 3: 54
2. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
3. Jika benar Syiah akan menguasai Jazirah Arab suatu ketika nanti, maka merekalah yang akan menjadi golongan yang diperangi oleh Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadith sahih antaranya, Dari Jabir bin Samurah r.a dan dari Nafi' bin Atabah bin Abu Waqqash berkata : Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah menaklukkannya untuk kalian." Nafi' berkata; Jabir berkata; "Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." [Hadith Riwayat Imam Ahmad: 1458] Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Nafi' bin Atabah. Rujukan lanjut - Amin Muhammad Jamaluddin, Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal, hlm 122
4. Petikan artikel terbitan EraMuslim.com, Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah, http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/imran-hosein-dan-konspirasi.html
5. http://www.cuttingedge.org/news/n1056.html
6. The Protocol of the Meetings of Elders of Zion, Protokol 4, 30. Buku Muhammad Nurani Maarif,Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 103.
7. Ibnu Yaacob, Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud, http://dajjal.wordpress.com/2007/12/08/teori-dajjal-sebagai-perancang-konspirasi-yahudi-sudah-lama-wujud/
8. Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol Yahudi, Moon Media Enterprise, hlm 45
petikan dari  MACJAY.net

Dari beberapa siri BERSIH, kita sekarang sedang memulakan period pertama helah yang sama sebagaimana diterangkan di atas sana. Kepentingannya mungkin tidak sama sebagaimana matlamat bangunkan The Greater Jews sebagai  The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Tetapi ia akan menjadikan NWO mudah dilaksanakan. Buat sementara waktu umat Islam negara ini masih berkeras menolak kewujudan kerajaan dunia yang dikawal Yahudi, dibimbangi akan melambatkan proses tersebut.

Teliti semua episod Arab Spring (revolusi?) tersebut, adakah ia berpaksikan Islam? Jelas sekali tidak. Ia berperanan melebarkan Liberalisma dan Demokrasi Yahudi. Demokrasi akan membantu NWO (New World Order) sebagai kenyataan.

Telusurilah dengan hati nurani satu persatu peristiwa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Juga apa yang berlaku esok dan hari mendatang. InsyaAllah akan menjelaskan lagi bukti yang diketengahkan ini. Kekelabuan fakta menjadikan kita termangu-mangu dan salah langkah. Persepsi dendam kesumat dimarakkan agar rakyat melupakan kebaikan yang pernah diterima (perkara sama berlaku kepada Libya).

Pihak Barat dalam diam telah berkerjasama untuk mengangkat proksi USA sebagai pemerintah negara walaupun mereka tahu dia mempunyai masalah moral yang berat. USA telah berkomplot dengan negara sahabat dengan alasan untuk menghalang kebangkitan China. Itu hanya gimik Yahudi semata-mata sama seperti cerita ingin merampas minyak dari negara Arab yang diperangi (Iraq dan Libya). Licik permainan mereka.

Tidak banyak bezanya apa yang berlaku di sana dan di sini. Hanya manusia yang sudi berfikir akan dapat melihat muslihat halus ini. Sejak 2008 usaha menamatkan keamanan dan keharmonian terus berjalan. Kemarahan dan dendam terus dipupuk bagi membangkitkan sifat memberontak (hasilnya tidak banyak membawa kebaikan, lihat Indonesia yang penuh siri demonstrasi. Majukah negara Indonesia?). Pemberontakan mencetus huru hara dan kemusnahan. Apa kebaikannya?

Usahlah mendabik dada mengatakan anda seorang pahlawan memertabatkan bangsa dan negara. Jauhilah dari sikap hipokrasi. Akuilah bahawa anda sebenarnya seorang pendendam dan tidak punya sifat murni sebagai pemaaf. Pemaaf adalah sifat para Nabi dan Wali Allah. Sebaliknya kita membawa wadah bertentangan. Islam yang berakhlak ialah Islam yang suka memaafkan kesilapan sesama Islam. Anda bagaimana?

Ini bukanlah satu propaganda atau membangunkan sengketa sesama umat. Ia adalah bahan untuk difikirkan secara waras sejauh mana kita terbabit dalam merealisasikan impian Yahudi. semoga saya dan anda terhindar dari menjadi alat pekakas mereka.

Semoga Allah menamatkan segera niat Yahudi ini dan menyelamatkan Malaysia dari dikuasai mereka. Amin Amin Amin Ya Rabbal alamin.

http://akhzaman.blogspot.com/2012/05/bukti-konspirasi-yahudi-melemahkan.html?m=1

27 Ogos 2015

@Zahid_Hamidi: Stay loyal to Umno even if leadership changes - The Star Online


PUTRAJAYA: Umno members must remain loyal to the party even if there is a change in leadership says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

The Umno vice-president said the party had survived many crises throughout its 69 years of existence, which was normal thing for any "dynamic" party like Umno.

"After Umno was formed in 1946, the party had its first leadership crisis in 1951 when party founder Datuk Onn Jaafar proposed to open membership to non-Malays. The crisis ended with him leaving the party and Tunku Abdul Rahman became the new president.

"Over the years, they were more leadership crises, including when former Umno members formed PAS in 1951 and many years later, Semangat 46.

"The struggles faced by Umno is a norm in any party or organisation.

"Leaders come and go, but the loyalty of Umno members remain strong, because of its sense of solidarity," said Dr Ahmad Zahid in his speech when opening the Putrajaya Umno division meeting here.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/26/Zahid-stay-loyal-to-Umno-even-if-leader-changes/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

25 Ogos 2015

Rencana Politik : Cukup Sekadar "ribut dalam cawan" [storm in a tea cup] - Utusan Online


Cukup sekadar 'ribut dalam cawan'
AHMAD FARIS
25 Ogos 2015 1:11 AM

SERING kita mendengar peribahasa Inggeris, storm in a tea cup - namun sejauh manakah kita memahami maksudnya?

Dalam organisasi seperti UMNO, sering berlaku perselisihan pendapat dan pendirian ketika bermesyu­arat. Jika pengerusi mesyuarat tidak dapat mengawalnya dengan bijaksana, keadaan akan menjadi hangat dan tegang. Inilah yang dinamakan 'ribut kecil yang bergelora dalam cawan'.

Yang menjadi masalahnya apabila ribut yang melanda menyebabkan air dalam cawan itu tertumpah keluar. Siapa yang rugi, siapa yang untung?

Ekoran pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin daripada Kabinet baru-baru ini, ramai yang tum­pang semangkuk. Ini termasuklah bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang dikongsi dalam akaun Twitter miliknya: "Pelik kerajaan UMNO BN...". Namun, kalau Mujahid boleh cermin mukanya sendiri iaitu dengan kebobrokan dalam Pas sehingga membawa kepada pewujudan satu Gerakan Harapan Baharu, sudah tentu dia patut termalu alah sendiri.

Mujahid patut sedar pengguguran seorang Timbalan Perdana Menteri pernah terjadi semasa era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika pemecatannya pada 1998, masih menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dari segi politik, Anwar telah merosakkan kelancaran perjalanan bos-mentor, Dr. Mahathir dan pada masa sama tidak berhati-hati me­ngenai perbuatan peribadinya.

Justeru, tidak salah sebenarnya sejarah berulang hari ini. Tidak salah Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perkara serupa atas hak prerogatifnya sebagai Perdana Menteri. Ahli-ahli parti harus ingat bahawa sebuah kapal atau bahtera hanya ada satu nakhoda. Tidak boleh dua.

Najib telah melalui liku-liku cabaran politik sejak 1976, daripada cogan kata 'UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat' lagi. Najib nampak peluang dalam 1Malaysia untuk menyu­sun semula norma sosial ke arah pencapaian yang diukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Di bawah kepimpinan Najib, UMNO baharu disedarkan dengan satu rombakan kepada Perlembagaan dan pertukaran pucuk pimpinannya. Menjelang akhir Mac 2009, Perlembagaan baharu UMNO diputuskan, sistem kuota dihapuskan, membenarkan kemasukan lebih ramai ahli baharu, pelantikan pemim­pin melalui pemilihan parti dari akar umbi dan beberapa pindaan lain yang inovatif.

Dalam UMNO, Najib mengutamakan kesetiaan dan seperti disebutkan beliau kelmarin, kesetiaan kepada parti adalah segala-galanya. Kritikan terhadap parti jangan dibuat di luar atau forum terbuka. Cukup sekadar 'ribut dalam cawan' dan jangan ada pihak 'tumpang semangkuk'.

Ahli UMNO pasti tidak akan lupa sewaktu krisis Dr. Mahathir-Anwar, Najib sebelum itu dikenali sebagai penyokong Anwar dalam satu pasukan yang dikenali sebagai 'Team Wawasan'. Demikian jugalah dengan Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga penyokong kuat Anwar pada suatu ketika.

Gandingan Najib-Ahmad Zahid (Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri) merupakan penyokong Anwar tetapi mengapa mereka sanggup meninggalkan Anwar dan terus kekal dalam UMNO? Ketika krisis Dr. Mahathir-Anwar pada 1998, adakah ahli UMNO terfikir bahawa Ahmad Zahid setuju dengan tindakan Dr. Mahathir memecat 'mentor'nya itu? Namun, demi parti, beliau korbankan kehendak sendiri.

Malah, ahli UMNO jangan lupa juga bahawa Dr. Mahathir menjadi 'Mahathirisme' dalam banyak cara dan perkara. Dalam UMNO, dise­babkan kepercayaan dan amanah yang menggunung tinggi disandarkan beliau kepada Anwar yang ketika itu baharu lima tahun berada dalam UMNO, telah mencetuskan krisis kepemimpinan yang pa­ling diingati dalam sejarah parti itu apabila UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1988.

Dr. Mahathir ketika itu mengangkat kedudukan Anwar dalam parti dan kerajaan. Hal ini menyebabkan pembentukan 'Team B' dalam UMNO disegerakan, yang diketuai Datuk Musa Hitam (kini Tun) dan Tengku Razaleigh Hamzah dengan pemimpin kanan lain termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dikenali Pak Lah (Perdana Menteri kelima) dan Tan Sri Dr. Rais Yatim mengisi barisan kedua dan ketiga pasukan ini.

Juga, bukan satu kebetulan, de­ngan apa yang dialami oleh Pak Lah, setelah beberapa tahun Najib menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir mulai menjadi pengkritik Najib yang utama. Banyak perkataan, komen dan metafora dilemparkan yang sedikit-sebanyak menggugat pentadbiran Najib. Bagaimanapun, selepas Pak Lah mengharunginya, senario ini tidak lagi asing, meskipun suatu perkara yang jarang berlaku dalam sejarah politik negara, juga di negara-negara lain.

Apa pun yang berlaku, Kabinet adalah jawatankuasa paling utama dalam operasi seorang Perdana Menteri. Sudah tentu, impian mutlak bagi seorang ahli politik adalah jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Tetapi jawatan cloud nine ini bukan untuk semua orang. Hanya ada satu tempat bagi jawatan PM dan TPM.

Hakikatnya, politik di Malaysia sebahagian besarnya berasaskan perkauman, seperti kewujudan UMNO, MCA dan MIC. Ini sekali gus menjadikan peluang untuk me­ngejar impian menjadi seorang PM atau TPM sedikit dan tempoh jaraknya amat jauh. Lagipun, hakikat bahawa politik di Malaysia adalah suatu permainan jumlah bilangan, UMNO yang berasaskan orang Melayu akan kekal dalam asas pemilihan bagi tempoh yang panjang.

Umumnya, apabila seseorang ahli politik dilantik menteri, beliau seharusnya bergembira dan ber­puas hati. Jika berkhidmat selama satu dekad, maka beliau dianggap telah tiba dalam bidang pilihannya. Urutan seterusnya bagaimana untuk terus bertahan walau apa yang berlaku. Dalam keadaan sekarang, UMNO tidak boleh lagi berpecah. Ini masanya untuk ahli-ahli bersatu dan memperlihatkan solidariti dan kesetiaan kepada parti.

'Ribut dalam cawan UMNO' baru-baru ini hanya suatu ujian kepada pucuk pimpinan untuk menilai siapa warlord yang bekerja untuk diri sendiri dan siapa yang benar-benar setia. Apabila tidak lagi berintikan kepentingan peribadi, kita tidak bising-bising lagi, maka tidak akan timbul isu.

Ahli UMNO tidak perlu menjadi seperti Anwar yang melontarkan pantun 'kesetiaan' di Perhimpunan Agung UMNO 1997 di PWTC, namun semua maklum 'gelora' hati­nya saat itu. Berikut bait-bait pantunnya yang patut dijadikan teladan:

Angkut-angkut terbang ke langit,

Sampai di langit dimakan merbah,

Biar tertangkup bumi dan langit,

Setia saya tak akan berubah.

Dalam mencari-cari komen yang tepat mengenai kemelut Kabinet dan parti, penulis suka berkongsi pandangan Menteri Perdagang­an Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang baharu, Datuk Hamzah Zainuddin:

"Walau apa yang berlaku, parti perlu diselamatkan dahulu. Ahli dan mana-mana pemimpin mesti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu".

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

http://m.utusan.com.my/rencana/cukup-sekadar-8216-ribut-dalam-cawan-8217-1.128266

23 Ogos 2015

@Zahid_Hamidi : Coup plotters wanted to use Plan B - BERNAMA

SEGAMAT: Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi has denied making up a drama about a conspiracy to topple the government via the "back door".

Ahmad Zahid said his disclosure about the conspiracy last week was real, through sources and intelligence carried out by government agencies responsible.

The intelligence found that the opposition wants to set up a unity government with 88 opposition MPs and to attract 40 Barisan Nasional members of parliament," he said.

"I obtained the information accurately and did not add or minus the facts. The conspiracy to topple the government would take place if not stopped. This is the truth. Not an attempt. We have to stop from the start and we are not willing to be toppled by the opposition in this manner," he said in his speech to open Sekijang Umno's delegates meeting.

Zahid, who is deputy prime minister and home minister in Najib Razak's cabinet, said every intelligence report would be repeatedly checked to verify the facts. "Only then will the report be handed to me," he said.

Ahmad Zahid said some people had accused him of creating a drama after he disclosed last week that the mastermind behind the conspiracy was an elderly Umno leader who had tried to obtain sworn declarations from MPs.

However the man did not turn up to meet Najib at his private residence, as Zahid had announced.

"I knew about this in a meeting. He (the leader concerned) did not come because he did not want his photo published (exposing his identity)," Zahid said.

He said the plotters in the conspiracy had wanted to hand over a sworn declaration to the Speaker before the Dewan Rakyat sitting in October so that there would be a resolution of no confidence against the Prime Minister.

"According to intelligence, they wanted to use Plan B, which is to hand over the sworn declaration to the Yang di-Pertuan Agong, for further action," he said.

However, he was confident that Barisan Nasional's 134 members of parliament would not be influenced by the group's attempts to get support illicitly.

Ahmad Zahid also said he never had any doubts when making the exposure and was prepared to defend the government which had been legitimately elected in the last general election.

"I am prepared to defend the current government and do not want a coup which does not give any benefit like what had happened in Perak, although PAS ruled, the real power then was the DAP," he said.

He also wanted the people to understand the real issues about a deposit of RM2.6 billion in Najib's private bank accounts, which were funds from a donor in the Middle East.

"The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has investigated the matter with the donor and confirmed it is a political fund and not using funds from a trust or such," he said.

Earlier today Zahid had also spoken on the topic when opening Sri Gading Umno's divisional conference. He said Malaysia's commitment in fighting terrorism, and being a moderate Muslim country with a plural society were the factors why the donor from the Middle East contributed the political funds of RM2.6 billion.

– BERNAMA

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/22/zahid-coup-plotters-wanted-to-use-plan-b/

19 Ogos 2015

Misteri jongkong emas terowong Jepun di Kunak Sabah - Harian Metro


Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

Kunak: Benarkah jongkong emas bernilai jutaan ringgit ditemui di terowong peninggalan tentera Jepun di Ladang Mostyn, di sini, seperti yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu?

Sehingga kini tiada jawapan pasti kerana pihak bertanggungjawab masih menyiasat dakwaan itu

Pegawai Daerah Kunak Susilo Sumarto berkata, pihaknya turut menerima maklumat sama mengenai 'penemuan' itu tetapi tiada individu tempatan atau pekerja ladang mengakuinya.

  "Jongkong emas ini didakwa ditemui dalam terowong tinggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di ladang itu.

  "Saya sendiri ada menghubungi pengurus ladang pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bagi mengesahkan penemuan ini tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susilo berkata, pihaknya gagal mengesan individu yang menemuinya dan lokasi emas yang didakwa ditemui .

"Menerusi maklumat disebarkan orang ramai, beberapa individu mendakwa menemui jongkong emas tertera perkataan 'Sumatra' dipercayai dari Sumatera di terowong berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Joanna Kitingan berkata, pihaknya ada melakukan pemeriksaan di terowong berkenaan awal tahun ini selepas dimaklumkan pemilik ladang mengenai kewujudannya.

  "Terowong sepanjang lapan kilometer dipercayai mampu dilalui lori 10 tan ini ditemui pekerja ladang yang membersihkan kawasan tersebut pada 1970-an.

  "Laluan ini digunakan tentera Jepun bagi mengangkut atau menyimpan peralatan perang tetapi ia tiada kaitan dakwaan penemuan emas seperti disebarkan," katanya.

  Joanna berkata, pihaknya tidak dapat memastikan mengenai kebenaran penemuan emas itu.

  "Kami hanya melakukan pemeriksaan sama ada ia adalah tinggalan sejarah atau sebaliknya," katanya.

  Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Abd Rashid Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar satu pasukan khas bagi memantau lokasi berkenaan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai penemuan emas di kawasan ladang itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71566?m=1#sthash.dPn9mpap.dpuf

Cubaan MP BN & PR Guling PM @NajibRazak Gagal Kerana Pendedahan Awal @Zahid_Hamidi


Sabtu lalu 15 Ogos 2015  Timbalan Perdana Menteri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyurat UMNO Bahagian Tampin menggemparkan negara melalui kenyataan beliau bahawa ada komplot mahu guling kerajaan melalui jalan belakang. Melibatkan MP dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Hari yang sama  ramai pihak telah membuat penafian termasuk Ku Li dan Muhyiddin Yassin. Lim Kit Siang juga tidak terkecuali turut melenting dan mengatakan perbuatan menjatuhkan kerajaan dengan alasan ia dilakukan di Parlimen adalah sah.

Selain itu beberapa MP BN dari Rembau dan Kuala Selangor seperti Khairy Jamaluddin dan Irmohizam  juga mendesak agar nama mereka terlibat didedahkan.

Blog Sayuti Omar pembela tegar Anwar juga tidak ketinggalan menyentuh isu ini dengan mengecam Zahid  dengan menulis panjang lebar dengan tajuk :

Benarkah cerita Zahid ada orang nak guling kerajaan?
http://msomelayu.blogspot.com/2015/08/benarkah-cerita-zahid-ada-orang-nak.html?m=1

Shahbuding Husin penulis bekas wartawan yang kuat menghentam Perdana Menteri juga menulis dan dipetik oleh Free Malaysia Today di Twitter

@fmtoday: Shahbudin: Zahid must 'prove' his plot allegation http://t.co/JywJrzs4iC

Blogger bekas Menteri Kabinet penyokong kuat Tun Mahathir iaitu Dato Zainuddin Maidin turut mengulas hal ini dengan tajuk :

Ada beza guling kerajaan dan guling Najib, kata Zam http://www.ismaweb.net/2015/08/ada-beza-guling-kerajaan-dan-guling-najib-kata-zam/

Pendedahan ini juga mengingatkan kembali kisah Lahad Datu yang menjadi perhatian apabila Zahid mahu mendedahkan tiga dalang yang tidak diumumkan hingga hari ini. Kerana sebenarnya sudah dihantar kepada peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan beliau https://youtu.be/DZEj96narBU

Tindakan Zahid ini juga menjadikan kisah di Perak yang diperintah 11 bulan oleh Pakatan sebelum tiga Adun melompat menyokong BN sehingga MB Perak bertukar kepada Dr Zambry Abd Kadir kembali diperkatakan. Walhal ia tidak sama kerana BN kembali memerintah kerana menerima sokongan dari tiga Adun Pakatan.

@malaysiakini: PAS  MP: 'Who started toppling gov'ts without elections?' http://t.co/rY3YtXqi2d http://t.co/UxNC9VN00

Lebih dari itu satu poster tidak diketahui sumbernya memaparkan 20 MP Barisan Nasional juga disebarkan di media sosial sehingga membawa kepada laporan polis oleh MP BN Datuk Noraini Ahmad menafikan penglibatan beliau.

Setakat ini polis mengesahkan tiga laporan polis diterima  berhubung poster tersebut.

Lim Kit Siang bukan sekadar mahu mengabsahkan tindakan guling kerajaan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bahkan meminta Ketua Polis agar jangan campur hal politik

Politics not your concern, fighting crime is, Kit Siang tells IGP

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/politics-not-your-concern-fighting-crime-is-kit-siang-tells-igp#sthash.2irZqeEm.dpuf

Semalam 18.8.2015 TPM mengesahkan poster yang tersebar dalam media sosial adalah tidak betul.

Berita terkini jam 6.15 pm Utusan SMS Alert memberitahu : 

RM0.UM.18/08: TPM Zahid sahkan 20 Ahli Parlimen BN yang didakwa jadi dalang menggulingkan kerajaan tidak terlibat dalam komplot tersebut.

Berita Harian melaporkan : 20 pemimpin dalam blog tiada kaitan komplot guling kerajaan - Zahid | Politik | Berita Harian http://www.bharian.com.my/node/75664?m=1

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut menegaskan tiada seorang pun anggotanya terlibat dalam komplot seperti yang didedahkan melalui poster yang disiar oleh sebuah blog.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/18/bnbbc/

Tidak mahu ketinggalan hari ini  sebuah NGO YAS turut meminta agar nama dalang yang terlibat didedahkan.

Berita bertajuk ' Yayasan Ayahanda gesa Zahid dedah tokoh Umno mahu guling kerajaan http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yayasan-ayahanda-gesa-zahid-dedah-tokoh-umno-mahu-guling-kerajaan

Ternyata kenyataan Zahid Hamidi telah mendapat respon banyak pihak. Kesungguhan pembangkang menafikan dan kembali menyerang Zahid membuktikan pendedahan beliau bukan berdasarkan maklumat kedai kopi tahap cap ayam.

Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Tun Hussein turut menyokong kenyataan TPM yang dilapor Mstar :

@mstaronline: Hishammuddin Yakin TPM Ada Bukti Kukuh Tentang Komplot Guling Kerajaan http://t.co/ZLmF4bZTrL

Bahkan paling nyata ramai menafikan mereka berpakat dengan pembangkang dan tampil dengan kenyataan menzahirkan kesetiaan kepada Perdana Menteri.

Jika Zahid tidak berani dedahkan dalang konspirasi ini mungkin pada sambutan Merdeka  31 Ogos depan Malaysia sudah diambil alih oleh Pakatan dan tidak akan ada lagi keistimewaan dan Hak Bumiputera Melayu dalam kamus pemerintahan negara di bawah kekuasaan mereka.

Ini bukan kali pertama MP BN cuba dibeli bahkan pada 16 September 2008  http://www.mykmu.net/2012/09/16-september-mengingati-pembohongan-anwar/

Ketika itu ekonomi sedang meleset sama seperti hari ini.

Kerana wang dan kuasa manusia mudah gelap mata dan bukan sedikit kisah kejatuhan sesebuah empayar bermula dengan pengkhianatan yang bermula dari dalam. Seperti Si Kitol yang khianat hingga tumbang Empayar Melayu Melaka pada 1511.

Kerana musuh Islam tahu Melayu sukar dikalahkan dan hanya perbalahan dari dalam akan membuka peluang pengkhianat memecahkan lantai perpaduan dan menenggelamkan kapal kemakmuran Malaysia yang dilayari selama ini.

Semenanjung Emas ' Golden Chersonese' Malaysia akan terus digilai musuh Islam dari dulu kini dan selamanya namun kekuatan ulama pewaris nabi dibelakang ulil amri akan terus menjadi nadi dan  tunjang negara  menghalang perkara ini dari berlaku.

16 Ogos 2015

KENAPA @LIMKITSIANG @MALAYSIAKINI MELENTING BILA @ZAHID_HAMIDI DEDAH KONSPIRASI JATUH @NAJIB RAZAK ???

Lim Kit Siang telah melenting apabila TPM DS Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ada komplot melibatkan tokoh UMNO dan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang.

Sebagai Menteri Dalam Negeri adalah tertakluk di bawah bidangkuasa beliau untuk menyekat mana-mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah kerana ia mengancam kestabilan politik negara.

Maklumat yang diperoleh ini adalah berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa PDRM.

Dato Seri Ahmad Zahid tidak pernah menuduh secara semberono atau menamakan pemimpin yang bersekongkol dalam gerakan tersebut.

Namun jika tokoh politik itu sudah mengetahui pembabitannya dihidu oleh pihak risikan PDRM, maka silalah tampil untuk membuat penafian pada pihak keselamatan dan membubarkan gerakan tersebut serta merta demi kestabilan negara.

Gerakan menggulingkan kerajaan yang sah secara demokrasi adalah salah di bawah undang-undang SOSMA dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan balas Lim Kit Siang disiar dalam laporan berita atas talian hari ini di The Malaysian Insider bertajuk 'Toppling PM not a crime if done constitutionally, DAP tells Zahid

- See more at:http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/toppling-pm-not-a-crime-if-done-constitutionally-dap-tells-zahid#sthash.KU6esWoJ.dpuf

Lim Kit Siang juga menegaskan bahawa tidak salah menjatuhkan Perdana Menteri

'Toppling the prime minister through constitutional means is not a crime, but part and parcel of parliamentary democracy' katanya.

Dalam kenyataan Lim juga beliau bertanya adakah Zahid memaksudkan Muhyiddin namun ia telah dinafikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sempoarna hari ini.

Dalam masa yang sama bekas wartawan penyokong kuat Tun Mahathir A.Kadir Jasin dalam tulisannya menamakan Ku Li antara sebagai tokoh dipercayai terlibat dalam konspirasi ini. Dan calon paling layak menjadi Perdana Menteri.

From the governing point of view, conceded Kadir, Razaleigh was perhaps the best candidate to rescue the economy because, despite his shortcomings and missteps in the past, he was highly experienced and knowledgeable in economic matters. "More than anything else it is the economy that needs mending and Razaleigh beats all other contenders in that aspect."

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/15/kadir-ku-li-could-very-well-be-ahead-to-replace-najib/

Kerana itu barangkali Ku Li dicalonkan oleh Lim Kit Siang untuk mengetuai PAC selain Timbalan PAC dari DAP Ahli Parlimen Kepong Tan See Giaw dan Naib Presiden UMNO DS Shafie Apdal.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/10/Lim-Kit-Siang-Ku-Li-or-Shafie-PAC/

Namun Ku Li menafikan komplot tersebut dalam satu kenyataan di The Star bertajuk 'Ku Li: I'm not involved in any plot to topple Government'

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/15/Ku-li-I-am-not-involved-plot-topple-govt/

Nampaknya banyak teka teki sedang bermain di minda rakyat selain khabar angin bahawa Azmin juga pernah bertemu tokoh UMNO di London untuk menjatuhkan Najib dengan balasan pembebasan Anwar Ibrahim.

Apakah Azmin dan Ku Li tokoh terlibat sebalik konspirasi serangan untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri melalui undi tidak percaya ?

Apakah rancangan menjatuhkan Najib ini turut dibantu kuasa Barat seperti akhbar Wall Street Journal ?

Apakah ada lagi tokoh UMNO yang lain turut bersekongkol mahu menjadi PM dengan mudah melalui pintu.belakang hingga sanggup berpakat dengan pembangkang?

Semoga Allah memelihara Malaysia dari petualang dan pengkhianat yang mengikut nafsu demi kepentingan diri sendiri.

Punca Najib mahu dijatuhkan musuh Islam barangkali kerana faktor di bawah....

SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA – Ridhuan Tee


Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

Dalam kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.

Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.

PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.
Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

PM Najib berani mengambil risiko untuk 'rock the boat' dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.
Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.

Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.

Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah

15 Ogos 2015

TPM @Zahid_Hamidi dedah wujud cubaan guling kerajaan melalui undi tidak percaya


15 Ogos 2015 11:18 AM

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan wujud gerakan tersusun untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, gerakan itu diketuai seorang tokoh UMNO dan mereka dengan kerjasama pembangkang kini dalam proses menyiapkan memorandum sebanyak tujuh muka surat dalam kertas berwarna kuning.

"Mereka mahu menggulingkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi selagi saya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan sesekali mengizinkan perkara ini berlaku," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini hari ini.- Utusan Online.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tpm-dedah-wujud-cubaan-guling-kerajaan-melalui-undi-tidak-percaya-1.124593#sthash.DhI4AbgP.dpuf

14 Ogos 2015

@Malaysiakini @mpklang Must Read This : @Zahid_Hamidi ’s note on Realtime not an approval - The Star Online


Tweet from @mpklang: Another financial scandal in the making?https://t.co/6hDtunVy55via @malaysiakinihttp://t.co/Lmsg0VOulU

THE ANSWER :

Home Ministry: Ahmad Zahid's note on
 
PUTRAJAYA: The Deputy Prime Minister's note relating to a company's request for an online system to manage the entry of Bangladeshi workers to Malaysia is neither a directive nor an approval, according to the Home Ministry.

It clarified that the note by Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who is also Home Minister, to the ministry's secretary-general on the application from Realtime Networking Sdn Bhd, was general in nature.

Ahmad Zahid's younger brother is the executive chairman of Realtime.

According to the ministry, it had not appointed or given approval for any company to handle the online system to manage foreign workers, as claimed.

The ministry said it has yet to decide on the proposals forwarded by several companies including Realtime.

"All proposals from these companies pertaining to the system will first be studied and considered by a committee in the ministry, in accordance with the existing procedure," it said in a statement, Tuesday. 

A news portal reported that Realtime had proposed for an online system with a fee to enable workers to be registered and monitored from Bangladesh and Malaysia. 

The Home Ministry also said that the Malaysian and Bangladesh Governments would continue to discuss on solving the problem of illegal repatriation of workers. 

It said both Governments would cooperate in drawing up a new procedure for the hiring of workers in stages, which would be carried out transparently and systematically, including using the online system in managing foreign workers.

"In this matter, the Government is considering involving several parties with the relevant expertise to help smoothen the operations of Government agencies," it said. - BERNAMA

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/11/Zahid-Realtime-Networking/

13 Ogos 2015

1MDB @NajibRazak BAKAL JANA UNTUNG HINGGA RM180 BILLION ?

Malam ini saya mendapat maklumat baru berkaitan 1MDB. Saya rasa maklumat ini adalah punca kenapa pihak-pihak tertentu bersungguh-sungguh mahu menjahanamkan 1MDB.

Maklumat sahih yang saya perolehi ini menyatakan bahawa aset dan perniagaan 1MDB memungkinkannya menjana keuntungan sehingga RM180 billion dalam tempoh 12 tahun.

Patutlah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan BN dan menawan Putrajaya berasa gerun dan ingin memastikan 1MDB dikuburkan.

Wawancara Arul Kanda di TV3 malam ini juga pastikan membuatkan pemutar fakta 1MDB tak lelap tidur.

Ikuti laporan Astro Awani di bawah :

KUALA LUMPUR:  Biarpun ekonomi negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk penyusutan nilai ringgit, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tetap yakin syarikat pelaburan negara itu mampu melangsaikan hutangnya dalam tempoh enam bulan.

Keyakinan itu adalah berdasarkan aset-aset miliknya yang boleh dilupuskan, antara lain, RM16 bilion hingga RM20 bilion milik syarikat subsidari 1MBD, Edra Global Energy Bhd; RM16 bilion dalam International Petroleum Investment Company (IPIC), dan RM11 bilion hingga RM12 bilion dalam projek hab ekonomi Bandar Malaysia di ibu negara.

"Saya yakin tempoh masa yang diberikan Perdana Menteri untuk 1MDB melangsaikan hutang bersesuaian dengan keadaan masa syarikat dan pasaran semasa," jelas beliau dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' di TV3 lewat Rabu.

1MDB, katanya, mempunyai aset yang kukuh dan syarikat itu juga mempunyai pelabur-pelabur tempatan dan luar negara yang berminat dengan jangka masa panjang pelaburan dalam 1MDB.

"Kira-kira 40 syarikat terkemuka daripada China, Australia dan Timur Tengah telah menunjuk minat dalam pembangunan Bandar Malaysia," kata Arul Kanda.

Jelasnya lagi, pelan rasionalisasi hutang 1MDB tidak akan terjejas disebabkan oleh penurunan nilai ringgit kerana syarikat itu memiliki aset dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan membolehkan ia membayar hutang luarnya dalam nilai dolar AS.

"Kita mempunyai syarikat janakuasa terbesar di negara asing seperti di Bangladesh dan Mesir. Kami juga mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan dengan semua aset itu dalam dolar Amerika. Jadi kita ada kelebihan iaitu aliran tunai dalam dolar Amerika yang mempunyai nilai sama jika dilupuskan," katanya.

Ditanya adakah sentimen semasa akan menjejaskan keyakinan pelabur, Arul Kanda menjelaskan masalah tohmahan dan isu politik sememangnya merisaukan pelabur namun keadaan ekonomi juga penting dalam melaksanakan pelan-pelan rasionalisasi bagi mengurangkan beban hutang 1MDB.

"Aset 1MDB pada asasnya adalah kukuh dan kekukuhan itu menyakinkan pelabur. Kalau lihat ahli perniagaan dan pelabur, mereka fokus terhadap asas dan aset. Contohnya, Edra aliran tunainya lebih RM5 bilion setahun melalui penjanaan kuasa dan penjualan tenaga. Itu adalah aliran tunai yang dilihat jangka panjang sebagai mempunyai nilai," tambahnya.

Justeru cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan pada masa sama berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beban hutang syarikat 1MDB mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media dan media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu.

Sumber dari http://www.khusairitgmalim.blogspot.com/2015/08/1mdb-untung-rm180-billion.html?m=1

12 Ogos 2015

Gambar2 TPM @Zahid_Hamidi Bersama TPU TS @MuhyiddinYassin Kembara Mahkota Johor 2015 #KMJ2015

Gaya penuh pengalaman YAB TPM Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi 
menyertai Kembara Mahkota Johor 2015 
YAB TPM menunggang sendiri motorsikal berkuasa tinggi sebaik tiba 
dengan helikopter dari Putrajaya

 Lokasi pertama Kembara Mahkota Johor di Kg Sri Gading Chaah Segamat

 Aksi TPM bersama mantan TPM buat kali pertama bertemu di khalayak ramai selepas rombakan Kabinet pada 29 Julai 2015 lalu


 Cubaan pembangkang dan pembangan mahu keruhkan hubungan dua pemimpin ini gagal hasil
ilmu yang disusuli amal dan iman yang tinggi kepada Allah

 
Bacaan doa mohon berkat Maha Esa

TPM bersama DYMM Sultan Johor

Sumbangan derma kepada Yayasan Kanser oleh Kerajaan Malaysia

Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama TPM Malaysia yang baru





SEGAMAT: Kembara Mahkota Johor (KMJ) hari ini menyaksikan gandingan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunggang motosikal berkuasa besar.

Perjalanan sejauh 80.9 kilometer ke Kampung Sri Gajah, Chaah, Segamat dari Padang Awam Lenga, Muar itu, mengambil masa kira-kira sejam.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan Jabatan Perdana Menteri masing-masing sebanyak sejuta ringgit kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dan Tabung KMJ kepada Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke Padang Awam Lenga ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bersama-sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che' Puan Khaleeda Bustamam serta putera-putera baginda.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh.


http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kembara-mahkota-johor-ketemukan-sultan-ibrahim-ahmad-zahid-dan-muhyiddin-69403

11 Ogos 2015

@Malaysikini Gagal Serang TPM @Zahid_Hamidi Isu Minit Surat Proposal Sistem 1.5 Juta Bangladesh



PUTRAJAYA, 11 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini di dalam sebuah portal pro pembangkang dikatakan beliau  memberikan satu surat kelulusan kepada salah sebuah syarikat yang dikatakan milik adik beliau.

Ia adalah satu kertas cadangan dan bukanlah surat kelulusan atau award letter.

Di katakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Di dalam surat itu, jelas tertulis bahawa "Sila ambil maklum untuk perbandingan," dan tidak langsung mengatakan atau arahan yang memberi terus atau kelulusan terhadap syarikat
Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya.


Kertas cadangan tersebut mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Oleh yang demikian, tidak seperti yang dilaporkan oleh media pro pembangkang yang mana cuba mewujudkan satu persepsi negatif terhadap Ahmad Zahid yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri, Pihaknya masih dalam proses mengkaji dan membuat perbandingan kertas kerja tersebut sebelum dibentangkan semula.

Jadi ia bukan merupakan satu isu atau kesalahan yang dilakukan oleh Menteri berkenaan dan segala penilaian dan kajian terhadap kertas kerja berkenaan masih lagi dalam proses dan tiada sebarang kelulusan mahupun isu telah diberi surat kelulusan bagi projek yang telah dilaporkan oleh media pro pembangkang itu.


Baca juga :

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/11/tidak-benar-zahid-hamidi-lulus-projek-syarikat-adiknya/

13 Pencapaian TPM DS @Zahid_Hamidi Kepada Agama Bangsa dan Negara


Selepas mendapat undi tertinggi pemilihan UMNO yang lalu dan kini dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri ke-11 tanggal 29 Julai 2015 ramai yang ingin mengetahui apakah kelebihan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sehingga dipilih menjadi TPM.

Jika secara terperinci sukar untuk dijelaskan semua apa yang dilakukan oleh beliau terutama kepada pengundi berbilang kaum di Bagan Datoh dan rakyat Malaysia sepanjang menjadi anggota Kabinet.

Namun diringkaskan di bawah ini  beberapa jasa beliau untuk diketahui oleh mereka yang mungkin mencari jawapan apakah kelebihan dan pencapaian Zahid Hamidi anak jati Bagan Datok selama ini sehingga dilantik YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Ab Razak.


1. Menubuhkan Maahad Tahfiz Al Quran di Bagan Datoh tahun 2004 


Sumbangan Ahmad Zahid buka maahad tahfiz
Ahmad Zahid (tengah) bersama Allahyarham bapanya (tiga, kiri) dan empat pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran.


BAGAN DATOH - Rasa cinta kepada al-Quran mendorong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka sebuah maahad tahfiz khusus untuk pelajar perempuan terletak bersebelahan rumah pusaka orang tuanya di Kampung Sungai Nipah Darat sejak 11 tahun lalu.

Maahad Tahfiz Al Fatah Wal Abdul Jalil Al-Quran Lil Banat yang dibuka sejak 2004 lalu, berjaya melahirkan ramai hafizah yang kini kebanyakannya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Pemangku Mudir Maahad Tahfiz berkenaan, Mohd Nordin Yahya berkata, penubuhannya adalah cetusan idea Ahli Parlimen Bagan Datoh itu sendiri, malah beliau jugalah yang memastikan sumbangan dana bagi kelancaran operasi dan pengurusannya adalah berterusan.

Menurutnya, institusi pengajian itu hanya mengenakan yuran RM250 sebulan ke atas setiap pelajar untuk kos makan dan asrama, sementara bayaran gaji serta kos pengurusan lain ditanggung oleh Ahmad Zahid.

“Pembelajaran di sini bermula pada waktu pagi dengan kelas hafazan Al-Quran, kelas fardu ain dan fardu kifayah sementara sebelah petang mengikuti kelas akademik termasuk tuisyen bagi calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan kelas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Setiap tahun, kami ambil pelajar perempuan sebanyak 35 orang untuk diberi pendidikan oleh lima tenaga pengajar, malah anak-anak di sini adalah ‘anak angkat’ Datuk Seri kerana bangunan maahad tahfiz ini bersebelahan dengan rumah pusakanya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Nordin berkata, sebelum ini juga, bapa Ahmad Zahid, Allahyarham Hamidi Abdul Fatah juga salah seorang mudir yang bertanggungjawab mengajar pelajar di maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, Ahmad Zahid juga banyak memberikan sumbangan untuk membangunkan mahaad tahfiz itu untuk terus berkembang selain mahu melahirkan ramai hafizah di dalam negara ini.

Sementara itu, salah seorang tenaga pengajar, Nur Shakireen Mohd Sideq, 24, berkata, sumbangan yang diberikan Ahmad Zahid dalam membangunkan maahad tahfiz itu sangat besar.

Dia yang juga bekas pelajar di situ berkata, sukar untuk mencari sebuah maahad tahfiz yang dikhususkan kepada pelajar wanita sahaja.

Menurutnya, dengan yuran RM250 sebulan dan perbelanjaan lain ditanggung oleh Ahmad Zahid, menarik minatnya untuk mendalami ilmu hafazan Al-Quran.

“Saya adalah pelajar ambilan tahun kedua selepas maahad tahfiz ini mendapat pengiktirafan dan ramai rakan seperjuangan saya masih melanjutkan pelajaran mereka di dalam dan luar negara dalam bidang yang sama.

“Ada daripada mereka sudah bekerja termasuk saya yang bekerja di tempat saya belajar sebelum ini,” katanya.

Nur Shakireen berkata, timbalan perdana menteri itu juga sangat mengambil berat kesemua pelajar perempuan yang belajar di maahad tahfiz berkenaan.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/sumbangan-ahmad-zahid-buka-maahad-tahfiz-1.414820




2. Menubuhkan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah Melaka mulan 2012




http://imtiazmelaka.com.my/pengenalan/latar-belakang-sekolah.html

3. Mengangkat Darul Quran menjadi Kolej Universiti semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri JAKIM





4. Melancarkan Wakaf Al Quran 


Tidak dinafikan juga pengalaman luasnya dalam bidang korporat memberikan kelebihan kepada Zahid untuk memegang jawatan kedua tertinggi itu. Komitmennya terhadap Islam, antaranya mempopularkan usaha mengagihkan al-Quran wakaf kepada beberapa golongan sasar termasuk di luar negara boleh menjadi pengimbang kepadanya dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

http://www.utusan.com.my/rencana/selamat-bertugas-kabinet-baharu-1.118479



Petikan ucapan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri melancarkan Wakaf Al Quran tahun 2008 :
Sesuai dengan ayat Allah bahawa umat Islam itu adalah bersaudara maka Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) menganjurkan program Amal Jariah dalam bentuk Wakaf al-Qur’an. Al-Qur'an tersebut akan dihantar ke negara-negara yang umat Islamnya dihimpit kemiskinan khususnya yang menjadi kumpulan minoriti di negara pemerintahnya bukan Islam . Sebagai langkah awal, DAMAI sudah menyumbang 50,000 naskhah kitab suci itu kepada umat Islam di Kemboja melalui muftinya, Kamaruddin Yusof awal Ramadan lalu. Pada masa yang sama, DAMAI turut mewakafkan 10,000 al-Qur'an kepada umat Islam di China, Ukraine dan Rusia.


http://www.islam.gov.my/node/28086


5. Berjaya mengurangkan kadar kemasukan penjenayah ke penjara berulang


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar banduan yang mempunyai kes berulang atau residivis di Malaysia pada tahun lepas adalah sebanyak 7.6%, berbanding negara lain di rantau Asean yang merekodkan kira-kira 25 hingga 35%.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-pemulihan-banduan-berjaya-kurang-kes-berulang-kata-zahid-hamidi#sthash.FOId243e.dpuf



6. Memperkenalkan Ops Cantas dan Ops Cantas Khas yang menurunkan kadar jenayah dengan begitu drastik sekali



7. Menubuhkan Skuad Taktikal Khas STING STAFOC STAGG sehingga mencapai banyak kejayaan.

8. Menumpaskan penceroboh Lahad Datu di mana serangan awal Subuh berjaya memusnahkan pertahanan penceroboh Sulu sehingga mereka menyerah kalah.

 9. Berjaya menurunkan majoriti PKR di PRK Permatang Pauh Mei 2015.



(Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 30,316 undi atau 57.1 peratus undi popular manakala calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi atau 40.44 peratus undi popular.

Dr Wan Azizah Senyum Terima Kemenangan - Gambar Malaysian Insider
Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman memperoleh 101 undi dan calon bebas Salleh Isahak mendapat 367 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memperoleh 37,090 undi atau 58.56 peratus undi popular manakala calon BN, Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi atau 40.06 peratus.

10. Mempertahankan Akta Hasutan dari dihapuskan pembangkang. Dan memindanya untuk disesuaikan dengan cabaran semasa

http://mynewshub.cc/2015/04/09/pindaan-akta-hasutan-dibuat-selepas-40-tahun-zahid-hamidi/#gs.45f6b4aae1b94f4b816e9f9a972b84d7


11. Mempertahankan empat tonggak utama Islam, Raja, Bahasa Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Sebagai pemimpin UMNO atas tiket Barisan Nasional maka kepentingan Islam Melayu serta agama lain menjadi prinsip utama beliau di dalam berkhidmat kepada rakyat. 


Setiap kali dijemput merasmikan upacara perayaan agama lain beliau juga akan memenuhi undangan tersebut.

Keadilan yang diajar Islam juga tidak menyuruh umatnya menzalimi mana-mana agama atau bangsa lain kecuali mereka menyerang Islam barulah jihad dibenarkan.

12. Memperkenalkan Akta POTA, POCA dan SOSMA yang mengembalikan taring pihak berkuasa.


13. Memperkenalkan kelas tahfiz kepada banduan sejak November 2013 bermula di penjara Kluang dan mendapat sokongan padu Sultan Johor yang berkenan memberi elaun kepada banduan yang berjaya menghabiskan hafalan.



Kerana itu tidak pelik apabila dilantik menjadi TPM maka beliau mahu memantau prestasi asal Perak untuk bekerja keras memberi khidmat kepada rakyat. Seperti YAB Perdana Menteri yang memperkenalkan KPI untuk setiap menteri bagi memantau prestasi mereka.

Siapa mengenali beliau akan tahu bagaimana kerja keras beliau dan perinsip perjuangan yang dipertahankan walau tidak ramai yang berani melakukannya..

Keberanian melawan penjenayah walau boleh mengancam nyawa diri keluarga namun diteruskan juga demi negara.

Kesungguhan menyempurnakan amanah yang diberikan membuatkan ramai pengkritik tidak dapat menyerang peribadi dan kepimpinannya.

Kebijaksanaan mengatasi fitnah pembangkang seperti isu kapal selam semasa menjadi Menteri Pertahanan dengan mengajak Lim Guan Eng menaiki kapal selam masih diingati sehingga isu kapal selam tenggelam hingga hari ini.

Itulah Zahid Hamidi dan Malaysia bertuah kerana memiliki Timbalan Perdana Menteri yang berani,bekerja keras, bijak serta berbudi mulia dari keturunan ulama untuk memimpin kita.

Cari Blog Ini

Translate