Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Februari 2016

DR Zamihan dan PU Faiz Akan Bongkar Kebatilan #Wahabi Malam Ini #USJ #SubangJaya

Bismillah ..In Sha Allah..
l Online Majlis Ilmu Siaran Langsung l
Isnin l 29022016 l FORUM KHAS

LiVe 8pm [ 29022016 l FORUM PENERANGAN KEBATILAN WAHABI - Masjid Al-Irsyad USJ 1 Subang Jaya

Moderator; Ustaz Mohd Hanif Salleh
Panel 1; Ustaz Zamihan Al-Ghari
Panel 2; PU Syed Ahmad Faiz AlIdrusi

Tonton di >> https://www.youtube.com/watch?v=zRHd0YxfzsU

💞Doakan OMI dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik utk kami teruskan penyebaran ilmu fardu ain melalui alam maya..Ameen

👳🏻Semoga kita diantara yg Allah pilih utk menghadirkan diri bersama-sama berada di Majlis2 Ilmu & Taman-taman SyurgaNya

🎤Langgan mp3 pengajian penuh setiap hari,hanya RM20 sebulan, ia adalah sumbangan bagi melancarkan Live Streaming.Pm Admin utk keterangan lanjut.

📽Subscribe channel YouTube OMI utk banyak lagi kuliah2 terbaik sekitar Lembah Kelang >> https://www.youtube.com/c/OnLineMajlisIlmu

Sent from my iPhone

Wawancara BH Dengan @PDRMsia #2015 Isu IS / ISIS / DAESH - Tingkatkan Perang Siber Atasi Ancamannya !!!

 ISNIN, 4 MEI 2015 @ 7:44 AM

Tidak tegas punca ideologi IS mudah meresap



BH:Boleh Datuk jelaskan pengaruh dan ancaman kumpulan militan IS di Malaysia ketika ini?

Ayub Khan: Berdasarkan operasi, siasatan dan pengumpulan data yang kita buat setakat ini, tidak ada sebarang tanda menunjukkan ancaman IS berkurangan. Sejak Februari 2013 hingga 26 April lalu, jumlah anggota IS yang ditangkap ialah 107 orang. Daripada jumlah itu, 87 adalah lelaki dan 20 perempuan. Seramai 15 orang pula warga asing, bakinya warga tempatan. Statistik rakyat Malaysia yang berlepas ke Syria juga meningkat sekali ganda.

Sejak Januari hingga Jun 2014, jumlahnya 30 orang dan Julai ke Disember meningkat kepada 60 orang. Jumlah terbaru kita kenal pasti dianggarkan 80 orang. Trend ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, tapi ia menjadi trend global. Kita dapati pengaruh IS semakin hari semakin bertambah dan semakin ramai hendak menyertainya di Syria.

BH: Berdasarkan siasatan ke atas suspek yang ditahan itu, apakah matlamat dan perancangan mereka di negara ini?

Ayub Khan: Ancaman IS kini sudah masuk ke fasa kedua. Dalam fasa pertama, mereka hanya terbabit dalam usaha merekrut, penyebaran ideologi, pengumpulan dana dan penghantaran rakyat ke Syria. Kini mereka merancang untuk melancarkan serangan di Malaysia. Ini terbukti menerusi tangkapan pertama pada 5 April lalu membabitkan 17 suspek ketika sedang bermesyuarat bagi merancang melancarkan serangan dengan merompak senjata api di balai polis dan kem tentera. Mereka juga merancang menyerang pusat hiburan dan bangunan kerajaan kerana bagi mereka, Malaysia diklasifikasikan sebagai negara kufar, bukan negara Islam. Pada 25 April pula, 12 suspek berjaya diberkas. Mereka sudah memiliki bahan untuk diadun bagi dijadikan bahan letupan. Berdasarkan analisis daripada unit bom, letupan yang hendak dihasilkan itu mampu memberi kesan kemusnahan seluas 500 meter.

BH: Dari mana mereka mendapat arahan untuk menyerang ini?

Ayub Khan: Fasa kedua ini berlaku selepas jurucakap IS, Abu Muhammad al-Adnani mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa yang bersimpati dan bersetuju dengan perjuangan IS, tidak perlu datang ke Syria. Mereka boleh melancarkan serangan di negara masing-masing khasnya negara yang dianggap bukan negara Islam. Itu yang menyebabkan berlaku serangan persendirian seperti di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Belgium dan New York. Itulah yang cuba dilakukan kumpulan suspek yang ditahan di Gunung Nuang baru-baru ini. Mereka hendak menyahut seruan Abu Muhammad al-Adnani.

BH: Apakah tarikan ideologi IS ini sebenarnya sehingga berjaya mempengaruhi umat Islam termasuk dari Malaysia untuk menyokong perjuangan mereka?

Ayub Khan: Banyak pihak keliru. Ada yang mengatakan IS adalah khawarij baharu atau kumpulan Takfiri iaitu yang mengkafirkan orang Islam lain. Tetapi berdasarkan kajian pihak polis dan pengalaman menangani anasir militan Islam sekitar tahun 2001 hingga 2013 antaranya Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam, al-Qaeda dan al-Shabab, tidak ada perbezaan antara ideologi IS dengan kumpulan militan terbabit. Mereka kononnya memperjuangkan 'Salafi Jihadi'. Sebenarnya, mereka bukan kumpulan Salafi, tetapi mengaku sebagai Salafi dan sering membidaahkan orang. Konsepnya mudah, bidaahkan kita, kita murtad dan darah kita adalah halal. Keduanya, kumpulan ini adalah pihak yang mengeksploitasi Islam untuk kepentingan mereka. Ada juga pihak tertentu yang mahir agama, mendakwa sesetengah daripada IS itu baik dan tidak boleh melabelkan keseluruhan IS itu pengganas. Kenyataan seperti ini akan mengelirukan orang ramai, padahal dalam konteks ini, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan pembabitan rakyat Malaysia dalam IS.

BH: Apa sebenarnya yang menjadi tarikan rekrut baharu untuk menyertai IS?

Ayub Khan: Mereka hendakkan negara Islam. Mereka memang tiada ilmu, itu hakikatnya. Ia berbeza kumpulan militan sebelum ini seperti JI kerana kebanyakan anggota mereka sebenarnya hendak belajar agama, niat memang baik, tetapi silap kumpulan. Ada juga kategori yang kecewa dan bermasalah, tetapi bukan semuanya macam itu. Ada yang mahu berjihad dan berhijrah.

BH: Jika begitu, apakah peranan yang boleh dimainkan pihak berkuasa agama di negara ini bagi menangani ancaman ideologi IS?

Ayub Khan: Saya berpendapat, pihak berkuasa agama negara kita perlu lebih agresif menapis dan menyiasat latar belakang pendakwah asing yang datang ke negara ini. Jangan biarkan pendakwah asing bebas berdakwah di negara ini kerana ada antara mereka pemimpin kumpulan militan, merekrut rakyat kita seperti pelajar universiti, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan seperti yang berlaku dalam kes JI sebelum ini. Dalam isu keselamatan, saya nasihatkan semua pihak agar akur dengan nasihat polis.

BH: Dalam kebanyakan kes, adakah keluarga tahu yang anak atau saudara mereka menyokong IS?

Ayub Khan: Banyak kes yang memang keluarga mereka tahu. Bahkan, ada kes yang memang keluarga sendiri hendak hantar anak mereka ke Syria. Ada bapa yang tahu anak mereka hendak kahwin dengan pemuda IS. Mereka mahu kahwin selepas berkenalan melalui aplikasi talian video Skype. Majalah dalam talian mereka iaitu Dabiq banyak mempromosikan pemuda IS sebagai tarikan menyebabkan ramai wanita Melayu tertarik untuk ke sana.

BH: Adakah penyokong IS mempunyai karakter tertentu?

Ayub Khan: Berdasarkan siasatan kami, suspek yang ditangkap ini kebanyakannya bermasalah. Jika pelajar universiti mereka menghadapi masalah sosial, terlanjur dan mahu menebus dosa mereka. Ada juga yang hendak berhijrah ke Syria kerana mereka menganggap Malaysia bukan negara Islam, negara kufar. Kategori ketiga, mereka yang memang berniat menyertai IS hendak bertempur.

BH: Apakah cabaran paling besar PDRM menghadapi ancaman militan IS? Adakah IS berbeza dengan kumpulan militan lain yang pernah dihadapi?

Ayub Khan: Dalam cabaran menangani kumpulan militan, sejak tahun 1993 hingga kini, belum ada kumpulan pengganas yang seunik IS. IS amat unik dari segala segi seperti merekrut anggota, menghantar anggota ke Syria, kekuatan, kewangan, dana dan paling penting eksploitasi media sosial untuk merekrut ahli. Orang menyertai IS dari pelbagai negara, peringkat umur dan latar belakang.
 Ada anggota IS baharu berusia sembilan atau 10 tahun. Ia disebabkan capaian media sosial sangat luas. Ia tidak dapat dihalang. Mereka ada televisyen dan majalah dalam talian serta laman web. Segala maklumat yang mereka sediakan boleh diakses. Mereka juga ada cyber trooper. Beribu-ribu jumlahnya di serata dunia. Sudah ada golongan doktor atau anggota keselamatan menjadi ahli. Belum ada kumpulan pengganas yang dikesan begitu hebat mengeksploitasi media sosial.
Hampir 95 peratus suspek yang ditangkap ini direkrut menerusi media sosial. Anggota IS juga boleh berbaiah dengan pemimpin hanya menerusi media sosial. Mereka mengeksploitasi baiah untuk mengikat ahli dan jika mereka keluar, darah mereka halal (dibunuh). IS bergerak secara sel atau kumpulan kecil antara lima hingga 10 orang. Mereka tidak ada kumpulan besar. Matlamat mereka kini ialah sama ada hendak melancarkan serangan atau pergi ke Syria.

BH: Sebelum ini Datuk pernah mencadangkan perang siber perlu dipertingkatkan bagi menangani ancaman dan ideologi kumpulan militan IS daripada berkembang di negara ini. Ada sebarang maklum balas?

Ayub Khan: Apa yang penting, kita perlu mendapat input yang tepat jika hendak berdepan dengan perang siber. Input yang betul dan tepat ini ibarat peluru. Agensi kerajaan yang mengawal selia internet dan media sosial ibarat senjata. Itu sebabnya kita berharap pihak berkuasa agama lebih agresif menangani ancaman IS ini. Kita sedang berdepan ancaman ideologi dan kumpulan yang mengeksploitasi ayat al-Quran dan hadis untuk kepentingan mereka.

BH: Apakah benar dakwaan mengatakan pusat tahfiz, sekolah agama, maahad dan sekolah pondok menjadi sarang melahirkan militan di negara ini?

Ayub Khan: Tidak ada. Itu satu kenyataan yang terburu-buru. Hanya kerana seorang gadis bawah umur yang belajar di sekolah agama ditangkap, habis semua madrasah atau sekolah agama dilabel sebagai sarang melahirkan IS. Dalam konteks militan IS ini, mereka tidak peduli kerana dalam pasukan keselamatan dan agensi kerajaan pun mereka boleh masuk. Jangan tuduh sekolah agama sahaja.

BH: Sejauh manakah undang-undang pencegahan yang dimiliki negara hari ini mampu menangani ancaman kumpulan militan IS ini?

Ayub Khan: Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada tahun 2011, kita menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA bagi menangani ancaman keganasan. Ia adalah undang-undang prosedur, tetapi kesalahan disiasat mengikut Kanun Keseksaan.
Kita sudah mula buat tangkapan dan pendakwaan. Setakat ini 30 sudah didakwa di mahkamah mengikut Kanun Keseksaan. Kita juga gunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dalam kes tertentu. Kita berharap apabila Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dikuatkuasakan nanti, ia juga akan dapat menangani aktiviti kumpulan militan seperti IS.
Dalam POTA ada klausa yang membolehkan kita melaksanakan program pemulihan kepada individu yang didapati terbabit kegiatan militan seperti IS. Klausa ini penting kerana jika hendak menangani kumpulan keganasan, aspek pemulihan amat penting. Kita perlu memulihkan ideologi anggota kumpulan ini jika hendak membasmi ideologi mereka. Berdasarkan pengalaman memulihkan 250 ahli JI antara tahun 2001 hingga tahun 2009, kadar kejayaan kita ialah 97 peratus. Kita percaya undang-undang yang ada ini mampu menangani ancaman militan IS.

BH: Bagaimana PDRM menangani masalah keghairahan rakyat Malaysia hendak ke Syria menyertai IS walaupun sudah ramai ditangkap?

Ayub Khan: Dalam konteks polis, kita perlu meningkatkan pengumpulan risikan. Matlamat kita jelas iaitu hendak menyekat mereka keluar negara untuk sertai IS. Sebab itu kita banyak buat tangkapan dan siasat. Jika tidak cukup bukti, mereka akan dibebaskan. Sekurang-kurangnya kita ada peluang berinteraksi dengan mereka dan memberi penerangan yang sebenarnya mengenai IS.
Kalau mereka tidak bersetuju dengan penerangan yang diberikan, tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat pandangan kedua. Contohnya, remaja 14 tahun yang kita tahan, tetapi tidak didakwa dan kita bawa dia berjumpa ustaz dan pegawai polis yang mempunyai latar belakang agama dan kaunseling bagi memberi nasihat kepada mereka sepanjang tempoh tahanan sebelum dibebaskan.
Tanpa risikan, hampir mustahil kita hendak bertindak. Sebab itu kita perlukan sokongan masyarakat, rakan seperjuangan mereka atau kakitangan jabatan kerajaan supaya memberi sokongan padu kepada polis.

BH: Apa harapan Datuk dalam usaha mengenai ancaman IS?

Ayub Khan: Pertama, perlu tegas kerana kita berhadapan dengan perang ideologi. Kalau tidak tegas dalam soal agama, perkara ini akan berlarutan. Ancaman militan bukan perkara baru kerana ia sudah masuk sejak era tahun 1960-an. Sebabnya ialah kita tidak tegas, anggap semua itu tiada apa-apa jika berbeza sedikit fahaman agama. Jangan sesekali terima fahaman luar, mesti berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Sejak 1,000 tahun lebih aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahli Sunnah Wal-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha'irah dan Maturidiah dan dalam bidang fekah, ia berasaskan kepada empat imam kita iaitu Imam Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi. Jangan terpengaruh dengan sesetengah golongan yang mendakwa tidak perlu mengikut mazhab dan haram bermazhab. Golongan ini mengaku sebagai ahli sunnah Wal-Jamaah, tetapi menolak ijmak dan kias.

28 Februari 2016

Kisah Santau Dato Kazim Elias Sejak 1996


Rasulullah saw juga disihir. Sehingga turun ayat quran menghapuskan sihir yang dibuat oleh kaum Yahudi...


Sihir ilmu yang boleh membawa maut. Sihir tidak berlaku kecuali dengan izin Allah.


Nabi Ayub juga diuji dengan syaitan menimpakan penyakit kepadanya sehingga ditimpa penyakit begitu teruk.


Sihir dibawa oleh syaitan / jin kafir untuk memudaratkan manusia.


Kita perlu sentiasa bersiap sedia dan jangan leka.


Jika kena perlu redha...


Semua berlaku dengan keizinan Allah Taala...



1996
Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.


Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.


Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”


5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97


1997
Kesakitan akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.


Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.


Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?


Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk berdarah, hanya boleh minum susu sahaja.. Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.


1998
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.


Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.


Saya tanya “nape?”


Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”


Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”


Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”


Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm hati”


Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”


“Enam org?” saya terkejut..


Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.


Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.


2001
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.


Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu.. saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.


Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”


Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah… Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…???


Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.


Ustaz Kazim Elias






sumber http://www.pilihanrayakini.com/2016/02/ustaz-kazim-di-santau.html

26 Februari 2016

Nahas CN235: Nelayan lemas ketika cuba selamatkan mangsa | Jenayah | Berita Harian

Nahas CN235: Nelayan lemas ketika cuba selamatkan mangsa | Jenayah | Berita Harian

Nahas CN235: Nelayan lemas ketika cuba selamatkan mangsa


INSIDEN pesawat pengangkut CN235 milik TUDM mendarat cemas di pantai K Selangor, pagi tadi. 

KUALA SELANGOR: Seorang nelayan meninggal dunia ketika mahu membantu menyelamatkan mangsa pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di pantai Kuala Selangor, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Sumber berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian.

"Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur.

"Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

"Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/128229?m=1

Nahas CN235: Nelayan lemas ketika cuba selamatkan mangsa



INSIDEN pesawat pengangkut CN235 milik TUDM mendarat cemas di pantai K Selangor, pagi tadi.

KUALA SELANGOR: Seorang nelayan meninggal dunia ketika mahu membantu menyelamatkan mangsa pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di pantai Kuala Selangor, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Sumber berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian.

"Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur.

"Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

"Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.



Sent from my iPhone

BERNAMA - Crew Involved In CN235 Emergency Landing Flown To Subang RMAF Base

BERNAMA - Crew Involved In CN235 Emergency Landing Flown To Subang RMAF Base



Crew Involved In CN235 Emergency Landing Flown To Subang RMAF Base

KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- The eight crew members who were in the Royal Malaysian Air Force's CN235 aircraft which made an emergency landing near the beach at Kuala Selangor Friday morning have been sent to Subang RMAF base.

The RMAF said in a statement that the crew was flown to the base in an EC725 helicopter which landed at 10.18 am.

"The crew members were examined upon arrival by a Malaysian Armed Forces medical doctor," said the statement.

It said the RMAF was now focusing on efforts to retrieve the CN235 from the site and had deployed a special team to the area to control security.

"The RMAF appreciates and thank the Malaysian Maritime Enforcement Agency and residents in the area for providing initial assistance to the crew," the statement said.

The CN235 was carrying a crew of eight when it was reported to have made an emergency landing near Batu 2, Kuala Selangor at 8.50 am.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

25 Februari 2016

Gambar FB Hina TPM @Zahid_Hamidi - Lagi Laporan Polis dibuat di Sabah CC @pdrmsia @skmm_mcmc

Lagi laporan polis dibuat isu hina TPM


JUHARI (empat dari kanan) dan Aminah (enam dari kiri) bersama NGO menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Edmund Samunting

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus tampil membuat laporan polis berhubung tindakan seorang individu memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di laman sosial Facebook bagi tujuan menghina.

Selain wajar dikenakan tindakan tegas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat identiti pemilik akaun Facebook terbabit.

Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia yang membuat laporan polis berhubung isu berkenaan menyifatkan individu menggunakan akaun Doris Jones itu amat biadap, selain menghina rakyat Malaysia.

"Saya berharap polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang tadi.

Di KOTA KINABALU, Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Malaysia, Datuk Juhari Janan, berkata SKMM wajar mengambil tindakan tegas dengan mengenal pasti identiti individu berkenaan.

Beliau berkata, tindakan pemilik akaun Facebook yang mendakwa dirinya berasal dari Sabah itu bukan sekadar memalukan imej rakyat Negeri Di Bawah Bayu, malah mencetuskan persepsi negatif terhadap negara.

"Tindakan pemilik Facebook itu adalah penghinaan kepada pemimpin negara dan tidak wajar dilakukan.

"Perkara yang dilakukan wanita ini memalukan negara," katanya ketika tampil membuat laporan polis berhubung isu sama di IPD Kota Kinabalu, tadi.

Selain Persatuan Bangsa Sungai Malaysia, dua lagi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) dan Persatuan Kapal Belia Asia serta Wanita UMNO Kota Kinabalu, Kudat dan Tuaran turut membuat laporan polis.

Yang turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose dan Timbalan Presiden SAMORA, Jose Modsinupu.




Sent from my iPhone

BNBBC : Laporan Polis UMNO Bagan Datok & Pulai Gambar TPM @Zahid_Hamidi Diedit Badan Anjing - CC @pdrmsia @skmm_mcmc

Wanita hina TPM, laporan polis dibuat di 2 negeri

24 FEB: UMNO Bahagian Bagan Datoh dan Pulai hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang memuat naik wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tujuan menghina.

Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh membuat laporan polis petang tadi terhadap Doris Jones yang menghina Timbalan Perdana Menteri menerusi FB.

Seramai 21 ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Bagan Datoh diketuai oleh Naib Ketua, Abdul Aziz Mokhtar membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan jam 4.37 petang.

TELUK INTAN 24 FEBRUARY 2016 .( FOR ALL ) Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Abdul Aziz Mokhtar, (lima dari kiri) bersama barisan Exco Pemuda UMNO Bagan Datoh, menunjukkan laporan yang di buat di perkarangan Balai Polis Teluk Intan. STR/ RAVALE SAVARINATHAN . *** Local Caption ***

Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Abdul Aziz Mokhtar, bersama barisan Exco Pemuda UMNO Bagan Datoh, menunjukkan laporan yang di buat di perkarangan Balai Polis Teluk Intan.

Abdul Aziz, 40, ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, pihaknya mendesak polis segera melakukan siasatan dan menahan pihak yang terbabit dan membawanya ke mahkamah agar dikenakan hukuman setimpal.

Sementara itu di Johor Bahru, UMNO Bahagian Pulai pula membuat laporan polis jam 3.15 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Bahagian Pulai, Wan Mohd Fazli Wan Muhamad, berkata beliau menerima satu pesanan daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penghinaan itu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, beliau bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pemilik akaun FB yang menggunakan nama Doris Jones.

"Pemilik FB ini sudah melakukan provokasi melampau dan tidak bertamadun terhadap Timbalan Perdana Menteri dan kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan wanita ini yang biadap," katanya.

Manakala di IPOH, Pemuda UMNO Perak menyifatkan tindakan itu dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental, tiada maruah dan tiada sifat seorang manusia berilmu.

Ketuanya, Hairul Anwar Mohamed Noor, sehubungan turut meminta polis mengambil tindakan terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran kepada orang lain untuk menghormati sistem undang-undang di Malaysia, termasuk mereka yang berada di luar negara.




Sent from my iPhone

UMNO Pulai Buat Laporan Polis Gambar di FB Hina YAB TPM @Zahid_Hamidi



'Provokasi melampau, tidak bertamadun'

Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my



Johor Bahru: Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis berhubung pengguna Facebook bernama Doris Jones yang memuat naik status dan gambar menghina Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemudanya, Wan Mohd Fazli Wan Muhamad berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak segera kerana provokasi melampau dan tidak bertamadun itu.

Katanya, mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan keterlaluan berkenaan yang biadab selain menegaskan wanita itu perlu menghormati pemimpin negara selain sensitiviti majoriti rakyat negara ini.

"Pada hari ini 12.30 tengah hari saya berada di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Tampoi menerima gambar daripada aplikasi WhatsApp mengenai penghinaan terhadap TPM.

"Tindakan perlu diambil (terhadap wanita terbabit) supaya menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengans esuka hati," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, hari ini.



Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 24 Februari 2016 @ 9:04 PM






PERGERAKAN Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai di hadapan Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara. FOTO Mohd Azren Jamaludin



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/117788?m=1#sthash.5S0M0ghq.dpuf


Sent from my iPhone

24 Februari 2016

Gambar TPM @Zahid_Hamidi Dihina Seperti Anjing di FB Doris Jones Wajib Disiasat @PDRMsia @SKMM_MCMC


Satu facebook telah memuat naik gambar menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah ditemui di facebook Doris Jones di sini https://www.facebook.com/freenorthborneo?fref=ts


Komen menghina juga ditemui di ruang komen fb tersebut.


SEtakat ini 196 sudah kongsikan gambar dimuat naik oleh Doris dan sudah mendapat 1695 like.



Gambar ini dimuatnaik pada 22 Feb 2016 jam 4.04 petang.

Beberapa hari lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia yang jaga SKMM Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sudah bersuara akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan media sosial.

Kita kecewa melihat pengguna media sosial telah sewenangnya menjadikan medium tersebut sebagai jalan melepaskan kemarahan dan melakukan penghinaan terutama kepada pemimpin negara sendiri.

Pengajaran perlu dilakukan dengan hukuman yang setimpal kepada pelaku yang tidak berfikir panjang dalam soal ini demi mencari populariti murahan tanpa memikirkan kesan kepada maruah YAB TPM dan juga keluarga beliau.

Rakyat Malaysia wajib mengecam tindakan tidak bermoral Doris Jones ini yang sudah dilihat beberapa hari disiarkan di FB beliau sekaligus menolak kemungkinan ia satu godaman pihak luar terhadap beliau.

Kita menunggu tindakan keras akan diambil segera oleh pihak berkuasa terhadap Doris Jones dan semua yang menghina pemimpin kita.



23 Februari 2016

Gerombolan Warga Bangladesh Di KLIA Bukan Pekerja Baru Kata @imigresenmy | Suara TV


Gerombolan Warga Bangladesh Di KLIA Bukan Pekerja Baru Kata Imigresen



KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menafikan segerombolan warga Bangladesh di KLIA bukan pekerja baru seperti yang diviralkan di media sosial.

 

Menurut status yang dimuat naik di laman jabatan itu menulis, ia merupakan proses saringan yang dilakukan pasukan pemantaunya bagi mengekang kemasukan penumpang yang tidak memenuhi syarat pelawat tulen.

 

"Susulan dari gambar yang tertera dan di muatnaik ke media sosial tersebut, ingin dijelaskan bahawa gambar yang dimuat naik tersebut adalah proses saringan yang dilakukan oleh pasukan pemantau Unit Penguatkuasa Klia untuk mengekang kemasukan penumpang yang tidak memenuhi syarat sebagai pelawat tulen masuk ke Negara ini.

 

"Untuk makluman jua, ada dikalangan penumpang dalam pesawat tersebut adalah mereka yang sudah bekerja di Malaysia dan mereka kembali ke Malaysia setelah bercuti di Negara mereka,"tulis status tersebut.

 

Terdahulu, terdapat dakwaan pihak tertentu mengatakan arahan pembekuan bagi kemasukan 1.5 juta warga asing adalah alasan pihak berkuasa untuk menutup mulut rakyat.-SuaraTV



http://www.suara.tv/2016/02/23/gerombolan-warga-bangladesh-di-klia-bukan-pekerja-baru-kata-imigresen/


Sent from my iPhone

Istihalah Difatwa Haram Majlis Fatwa Kebangsaan Wahai Mufti Perlis @realdrmaza @tv3malaysia



Pagi ini merujuk kenyataan seorang doktor dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 berkenaan Istihalah.

Proses menghalalkan sesuatu yang berasaskan Babi dan Anjing (haram) disebut Istihalah atau transformasi.

Namun selepas membaca beberapa kenyataan didapati Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat ketetapan berhubung perkara ini.

Lebih jelas kita menolak penggunaan DNA Babi kerana masih ada pilihan yang ada dan belum sampai ke tahap darurat.

Sebagai mengikut mazhab Imam Syafei sudah tentu majoriti akan memilih pandangan Imam tersebut yang sudah mengupas isu ini dengan karomah ilmu Allah kurniakan kepada beliau seperti ditulis oleh Pengerusi MURSHID Dr Zaharuddin Ab Rahman seperti berikut :

PANDANGAN SILAM 

Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.

1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis dan bertukar menjadi suci dan boleh digunakan atau dimakan.

2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi. Justeru, ia tetap tidak halal.


http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1032-polemik-dna-babi-dalam-makanan-a-istihalah-transformasi.html



Pandangan Mufti Perlis pula sangat berbeza di mana beliau menggunakan fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung isu ini seperti berikut :

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

“Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis,” tulis beliau.

Beliau juga menggemukakan contoh arak yang bertukar menjadi cuka; ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah.

Dr Asri berkata Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain juga memberikan pandangan mereka tentang DNA babi yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang.




Memang benar kita boleh memilih apa jua pandangan namun kena diingat bahawa pandangan majoriti ulama perlu diambil kira dalam hal ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai Mufti negeri-negeri yang alim dan ulama dan kita tidak wajar mengambil pandangan selainnya....

Harap penerangan ini dapat memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia agar tidak lagi keliru dalam hal ini.


22 Februari 2016

TPM @Zahid_Hamidi Terus Dihentam Walau Tangguh Pekerja Asing #konspirasi #bangladesh




Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali nampaknya seperti menambah minyak ke dalam api apabila membuat kenyataan mempertikaikan penangguhan pengambilan asing oleh TPM DS Dr Ahmad Zahid Hamidi. 




Video di sini : 








Sedangkan keputusan menangguhkan semua pengambilan pekerja asing bukan lakonan bahkan keputusan yang dibuat selepas dibincang dengan YAB PM. 




Sebelum itu Tan Sri Rafidah Aziz juga mengatakan tindakan kerajaan flip flop apabila menukar keputusan selepas menandatangan MOU dengan Bangladesh. 




Tidak cukup dengan itu DS Ahmad Zahid juga difitnah dengan senarai beratus syarikat didakwa milik beliau dalam media sosial termasuk Whatsapp dan Telegram.




Dalam masa yang sama anak beliau yang sulung Dato Nurul turut dijadikan sasaran selepas gagal menembusi perisai maruah beliau.

Hingga menukar nama instagram juga dijadikan berita untuk memburukkan nama beliau.

Yang menyedihkan apabila anggota kabinet dilihat hanya memdiamkan diri sahaja tanpa membuat kenyataan menyokong kecuali beberapa orang seperti KJ dan Azalina.

Sedangkan semua tahu keputusan ini adalah keputusan kabinet yang wajib dipertahan oleh semua anggota kabinet.

Dilema ini tidak mampu menghalang YAB TPM kerana beliau akan terus mengambil langkah demi memastikan kepentingan negara dan rakyat akan terus terpelihara.

Kita yakin keberanian mengambil keputusan dan melaksanakannya akan terus menjadi pegangan dan prinsip sebagai seorang yang benar benar berjiwa besar dan tinggi karisma bukan jenis pondan dan takut ambil risiko serta hanya pandai berselindung di sebalik orang.





Cari Blog Ini

Translate